1 of 45

GARIS PANDUAN PENGURUSAN WABAK HEPATITIS A DI MALAYSIA

EDISI 3 2025

Dr. Diana Raj

Pakar Perubatan Kesihatan Awam

Pejabat Kesihatan Daerah Klang

26.8.2025-27.8.2025

KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT)

PENGURUSAN PENYAKIT-PENYAKIT BAWAAN MAKANAN & AIR DI MALAYSIA PERINGKAT JKNS

2 of 45

PENGENALAN

Hepatitis A merupakan penyakit bawaan makanan dan air yang disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV).

HAV dikenal pasti buat pertama kali pada tahun 1973 melalui pemerhatian partikel virus dalam spesimen najis individu yang dijangkiti, menggunakan kaedah mikroskop elektron imun

An Ancient Threat in Modern Communities

3 of 45

EPIDEMIOLOGI

Pada tahun 2016, WHO menganggarkan terdapat 1.5 juta kes dan kira-kira 7,134

kematian akibat virus Hepatitis A di seluruh dunia.

Kadar jangkitan lebih tinggi

di negara-negara berpendapatan rendah seperti Afrika dan sebahagian negara-negara Asia.

Millions affected every year globally

4 of 45

EPIDEMIOLOGI

    • Kadar insiden 2023: 0.4 per 100,000 penduduk
    • Kes tertinggi: kump umur 18-40 tahun (47%), kump umur 41-60 tahun (32%)
    • Kadar seroprevalen: 67% (1986), 54.9% (1993) & 48.4% (2000)
    • Kadar seroprevalen tertinggi: kump umur 41-60 tahun (76.1%)
    • Negeri yang melaporkan les tertinggi (IR per 100,000): Sabah (1.1) & Perak (0.7)

Rajah : Tren Kes Hepatitis A di Malaysia, 2014-2023

5 of 45

FAKTOR RISIKO

Faktor risiko:

    • Pengendalian makanan/minuman yang tidak bersih,
    • Sistem sanitasi tidak sempurna,
    • Amalan kebersihan diri tidak memuaskan
    • Hubungan seksual oral-anal.

6 of 45

GEJALA

Gejala:

    • Air kencing berwarna gelap,
    • Najis berwarna pucat,
    • Cirit-birit, letih, demam, sakit sendi, hilang selera makan, mual, sakit perut, muntah,
    • Jaundis (kulit/mata kuning).

7 of 45

FASA BAGI PENYAKIT HEPATITIS A

04

FASA

Fasa Konvalesen (Convalescent Phase)

03

FASA

Fasa Ikterik

(Icteric Phase)

02

FASA

Fasa Prodomal (Pre-Icteric Phase)

01

FASA

Fasa Inkubasi/

Pra-klinikal

(Pre-Clinical Phase)

Pesakit sudah mula sembuh dan alanine aminotransferase biasanya di tahap normal.

Bermula 10 hari selepas fasa prodromal bagi 85% daripada kes yang dijangkiti.

Pesakit mengalami air kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat, jaundis, sakit pada hipokondrium kanan. Serum bilirubin dan alanin aminotransferase (ALT) meningkat.

Berlaku dalam beberapa hari sehingga lebih seminggu. Pesakit mungkin mengalami kehilangan selera makan, mual, muntah, lesu, dan keletihan.

Pesakit belum bergejala tetapi boleh menjangkiti orang lain

2 minggu sebelum fasa prodromal.

8 of 45

KOMPLIKASI

    • Kebiasaannya jangkitan adalah ringan.

    • Hepatitis A tidak menyebabkan hepatitis kronik.

    • Komplikasi boleh berlaku (golongan berusia/penyakit kronik).
            • Relapsing hepatitis → gejala kembali selepas sembuh sementara.
      • Kolistatik hepatitis → jaundis berpanjangan kerana aliran hempedu tersekat.
      • Autoimun hepatitis → sistem imun menyerang hati.
      • Subfulminan/Fulminan hepatitis → kegagalan hati akut, dengan mortaliti tinggi (hingga 80%).

9 of 45

KOMPLIKASI

    • Relaps boleh berlaku (3-20%) selepas 4-15 minggu gejala hilang.

                  • Relaps klinikal → gejala kembali (biasanya < 3 minggu).

                  • Relaps biokimia → pesakit tiada gejala, tetapi enzim hati (ALT/AST) masih tinggi / naik semula → menunjukkan keradangan hati belum pulih sepenuhnya.

                  • Relaps biokimia boleh berlaku hingga 12 bulan selepas jangkitan awal.

10 of 45

AGEN JANGKITAN

Hepatitis A Virus:

    • Genus Hepatovirus, Keluarga Picornavirus (RNA virus, tiada envelope, kecil)
    • Boleh hidup berbulan-bulan di persekitaran
    • Mempunyai sejenis serotaip tetapi boleh berlakunya genomic heterogenicity
    • Manusia merupakan perumah (host) utama
    • Minimum infective dose: rendah (10-100 particle viral)
    • Punca utama jangkitan : makanan laut bercengkerang, makanan yg tidak perlu dimasak /memerlukan banyak pengendalian (sandwich & salad)
    • Tempoh inkubasi: 15-50 hari, purata 28 hari
    • Viral shedding berterusan selama 1-3 minggu
    • Tempoh kebolehjangkitan maksimum: 1-2 minggu sebelum onset hingga 2 minggu selepas bermulanya jaundis

11 of 45

AGEN JANGKITAN

Ciri-ciri HAV yg menyebabkan ianya sukar dinyahaktif:

  1. Stabil pada pH rendah (kurang dari 3.0-acid perut)
  2. Resistant terhadap suhu tinggi-suhu masak biasa
  3. Kebal terhadap proses pengeringan, detergen dan pelarut organic (tahan bahan kimia biasa)
  4. Kebal terhadap suhu -20°C selama beberapa tahun-Frozen food

HAV boleh dinyakaktif dengan cara:

  1. Suhu tinggi: ≥ 85°C, atau diwap (steam) 90°C selama 4 minit (kilang proses kerang rebus beku)
  2. Autoklaf: 121°C selama 30 minit (makmal diagnostik & hospital-linen dan sampel tercemar)
  3. Bahan kimia berkesan: formalin (vaksin), sodium hypochlorite (clorox/bleach-bersihkan tandas pesakit), potassium permanganate/iodin-kecemasan atau tiada akses kepada air terawat / klorinasi.
  4. UV light: pancaran cukup kuat & terus (loji rawatan air moden)

12 of 45

CARA PENYEBARAN VIRUS HEPATITIS A

Jangkitan secara fekal-oral

Makan makanan atau minum air yg tercemar oleh najis pesakit Hep A

Semasa penyediaan makanan. Apabila pesakit Hep A menyediakan makanan tanpa mengamalkan amalan kebersihan tangan yang baik

Bekalan air tercemar dengan sisa kumbahan atau tidak dirawat dengan sempurna

A

Hubungan seks (oral-anal) dengan pesakit

13 of 45

PARAS ANTIBODI SETELAH JANGKITAN HEP A

    • IgM dikesan 5-10 hari selepas jangkitan dan masih dapat dikesan selama 4-6 bulan daripada onset
    • IgG dapat dikesan beberapa hari selepas kes mempunyai gejala dan kekal sepanjang hayat
    • Imuniti daripada jangkitan kekal sepanjang hayat

Rajah : Paras antibodi yang dikesan selepas jangkitan

14 of 45

DEFINISI

KRITERIA KLINIKAL:

Individu yang mengalami gejala akut seperti demam, kelesuan, keletihan melampau, kurang selera makan, loya, cirit-birit, jaundis akut dan kesakitan pada bahagian atas abdomen (Right Upper Quadrant)

DAN

Peningkatan alanine aminotransferase (ALT) melebihi 2.5 kali ganda paras normal

A. DEFINISI KES

KRITERIA MAKMAL:

Positif antibodi IgM bagi virus Hepatitis A (HAV IgM Antibody)

ATAU

Positif HAV melalui ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) atau genotyping dan/atau positif antigen

15 of 45

DEFINISI

B. Klasifikasi Kes

Kes yang disyaki:

Kes yang memenuhi kriteria klinikal

Kes yang disahkan:

Kes yang memenuhi kriteria klinikal dan makmal

16 of 45

DEFINISI

C. Kontak

Mereka yang mempunyai sejarah pengambilan makanan atau minuman daripada sumber yang sama dengan pesakit atau yang ada hubungan terus dengan pesakit pada bila-bila masa sepanjang tempoh 2 minggu sebelum jaundis dan sehingga 2 minggu selepas jaundis.

17 of 45

DEFINISI

Wabak penyakit ini berlaku apabila terdapat 2 atau lebih kes dalam satu-satu masa inkubasi dalam lokaliti yang sama atau mempunyai hubungan epidemiologi (epidemiologically linked).

Wabak diisytiharkan tamat selepas tiada kes baru dilaporkan dalam masa 56 hari iaitu 2 kali tempoh inkubasi (menggunakan purata IP 28 hari) daripada tarikh onset kes terakhir.

D. Wabak

18 of 45

PENGURUSAN KLINIKAL

Tiada rawatan khas. Rawatan sokongan diberikan jika keadaan klinikal memerlukannya.

  1. Langkah-langkah pencegahan penyakit enterik
  • Pesakit berisiko menjangkiti orang lain sewaktu prodromal sehingga 1-2 minggu selepas jaundis bermula.
  • Enteric precaution perlu dibuat sewaktu tempoh kebolehjangkitan.
  • Pelupusan darah dan air kencing pesakit perlu dibuat secara sanitari berpandukan Policies & Procedures on Infection Prevention & Control yang terkini.
  1. Rawatan

Enteric precaution: A set of actions to prevent spread of germs from patients faeces/vomit

19 of 45

KRM

Hepatitis A

Mode of transmission

Ingestion of contaminated food

Ingestion of contaminated food

Oral-anal sex

Incubation Period

Short (few hours to 2 days)

Long (15–50 days, avg ~28 days)

Clinical course

Mainly GI upset

Systemic viral infection

Control Measures

Identify & remove contaminated food

Hygiene

Enteric precautions�Hygiene

Vaccine

Immunity

No long-term immunity.

Lifelong immunity

PERBANDINGAN RINGKAS

20 of 45

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

Kes disyaki atau disahkan wajib dinotifikasi kepada PKD berdekatan dalam tempoh tidak melebihi 1 minggu daripada tarikh diagnosis

  1. Notifikasi Kes

Menggunakan borang siasatan FWBD/003/UMU/2025 (pindaan 2025).

Punca jangkitan perlu disiasat dengan mendapatkan maklumat:

  1. Tarikh jangkitan disyaki berlaku (berdasarkan maklumat onset kes & tempoh inkubasi)
  2. Tempat tinggal dan tempat kerja kes
  3. Punca dan sejarah makanan dan minuman sewaktu tempoh inkubasi
  4. Pergerakan kes sewaktu 1 bulan sebelum onset, dan 2 minggu selepas gejala jaundis
  5. Aktiviti seksual kes seperti homoseksual atau seks oral
  6. Senarai kontak yang mempunyai hubungan dengan kes sewaktu tempoh kebolehjangkitan

  1. Penyiasatan Kes
  1. Penyiasatan Epidemiologi

21 of 45

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

  • Lawatan ke tempat-tempat yang berpotensi menjadi punca jangkitan

Mengesan kes-kes lain secara aktif (ACD)

Identifikasi sumber jangkitan (kebersihan tandas & sumber air, cara simpan, masak & hidang makanan, keadaan dapur / kantin / gerai

Mengenal pasti cara perebakan virus.

  • Siasatan terperinci jika melibatkan pesakit yang bekerja dalam bidang pengendalian makanan, bekalan air, pelupusan sisa kumbahan dan sisa pepejal.
  • Sistem pelaporan wabak dalam tempoh 24 jam.
  1. Penyiasatan Kes

22 of 45

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

  1. Pengesanan Kontak

Tujuan:

-Mengenal pasti punca jangkitan/kes primer- siasatan kontak kepada kes sebelum bergejala.

-Magnitud penyebaran jangkitan/kes sekunder-individu yg disyaki mendapat jangkitan daripada kes.

Semua kontak perlu disiasat sama ada mempunyai gejala.

Jika bergejala, sampel perlu diambil.

Pemantauan kontak perlu dibuat selama sebulan daripada tarikh terakhir pendedahan kepada kes dalam tempoh kebolehjangkitan

23 of 45

  1. Siasatan Persekitaran

Tujuan:

Mengenal pasti faktor-faktor risiko dan dijalankan melalui kaedah pemerhatian oleh pegawai penyiasat di lapangan

Aspek siasatan:

Ciri demografi dan sosioekonomi penduduk setempat yg berkait dgn faktor risiko kejadian penyakit Hep A.

Kemudahan asas sanitasi seperti pengurusan air limbah, air kumbahan dan sistem perparitan.

Jenis bekalan air & sistem perpaipan yang digunakan. Rekod pemantauan kualiti air untuk tempoh 3 bulan sebelum onset jaundis perlu disemak.

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

Cultural aspects of community

24 of 45

  1. Pemeriksaan Premis
  • Premis makanan yang disyaki termasuk kilang ais yang dikaitkan dengan sejarah pengambilan makanan dan minuman oleh kes, perlu diperiksa termasuk rantaian bekalan bahan mentah.

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan diperlukan untuk membantu siasatan.

  • Jika berlakunya wabak, Pasukan RRT bagi siasatan premis makanan disyaki perlu diaktifkan
  1. Siasatan Makmal

*Dibentangkan oleh wakil Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK)

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

25 of 45

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

  1. Langkah-langkah pencegahan & kawalan
    • Premis makanan yang disyaki menjadi tempat punca jangkitan perlu dibuat pemeriksaan untuk menilai risiko penularan jangkitan.
    • Arahan pembersihan dan/atau arahan penutupan premis makanan boleh diberikan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
    • Tindakan penambahbaikan perlu dibuat bagi sistem bekalan air terawat (pengklorinan tambahan) dan pengurusan sisa pepejal/air limbah/air kumbahan oleh agensi terlibat.
    • Penilaian dan tindakan kawalan (pengklorinan) bagi sistem bekalan menggunakan telaga di kawasan yang tiada akses bekalan air terawat.
  1. Kawalan Persekitaran

26 of 45

Kumpulan sasaran: kes (disyaki dan disahkan), kontak, penduduk setempat, pengendali makanan, pengunjung/pesakit yang datang ke fasiliti kesihatan, anggota kesihatan, pemimpin setempat, masyarakat umum.

  1. Pendidikan Kesihatan

Amalan kebersihan diri seperti membasuh tangan selepas menggunakan tandas, & sebelum menyentuh makanan

Amalan kebersihan dan keselamatan makanan seperti meminum air dan memakan makanan yang dimasak dengan sempurna, menutup makanan daripada dihinggapi lalat.

Dapatkan rawatan segera sekiranya bergejala

Pembuangan najis yang sanitari

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

Targeted and Specific

27 of 45

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

  1. Pengukuhan Survelan Kesihatan Awam
    • Survelan berdasarkan notifikasi secara sindromik oleh fasiliti Kesihatan
  1. Komunikasi risiko dan Pembangunan Kapasiti
    • Pemberian maklumat yang jelas dan mudah difahami menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan
    • Penglibatan komuniti setempat dan pengamal media dalam kawalan wabak
    • Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi penguatkuasaan lain
    • Latihan berterusan kepada anggota Kesihatan

28 of 45

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM

  1. Langkah-Langkah Pencegahan Wabak di Hospital
    • Prosedur disinfeksi untuk mengelakkan penularan secara nosokomial kepada pesakit lain atau anggota kesihatan dan kakitangan sokongan.
    • Pematuhan Policies & Procedures on Infection Prevention and Control (IPC).
  1. Imunisasi
    • Pengambilan vaksin bagi individu yang ingin mengunjungi negara-negara endemik Hepatitis A.
    • Pemberian vaksin untuk lokaliti wabak boleh dipertimbangkan mengikut keperluan.

29 of 45

PENGURUSAN LAPORAN WABAK

  • Laporan Awal Wabak

Perlu dihantar kepada CPRC Negeri, CPRC KKM dan Sektor FWBD dalam masa 24 jam setelah notifikasi diterima menggunakan sistem pelaporan awal wabak CPRC.

  • Laporan Harian Wabak

Perlu dihantar setiap hari ke Unit FWBD, KKM melalui Unit CDC Negeri. Rujuk borang FWBD/004/UMU/Daerah/2025, FWBD/004/UMU/Negeri/2025, FWBD/005/UMU/2025.

  • Laporan Akhir Wabak

Perlu dihantar dalam masa satu (1) bulan selepas tamat wabak ke Sektor FWBD, KKM melalui Unit CDC Negeri menggunakan format IMRAD (Introduction, Methodology, Results and Discussion).

30 of 45

31 of 45

32 of 45

33 of 45

34 of 45

35 of 45

36 of 45

37 of 45

38 of 45

39 of 45

40 of 45

41 of 45

42 of 45

43 of 45

44 of 45

45 of 45

SEKIAN TERIMA KASIH