UCAPAN PERASMIAN
WAKIL JAWATANKUASA
IKRAM NEGERI SELANGOR
Bersempena :
MESYUARAT AGUNG KAWASAN
IKRAM SELANGOR
TAHUN 2025
Selamat Datang dan Terima Kasih
Saya mewakili IKRAM Selangor dan JKN mengucapkan selamat datang kepada semua ahli yang hadir ke MAK ini. MAK adalah ruang untuk kita berkongsi pengalaman, ilmu dan semangat dalam membangunkan IKRAM dan aktivismenya di kawasan. MAK juga adalah ruang untuk kita bermuhasabah apa yang lalu dan melihat masa depan dengan harapan, perancangan, cadangan dan tindakan yang boleh dilakukan.
Terima kasih dan ucapan tahniah tidak terhingga kepada ahli yang hadirke MAK ini. Kehadiran ini tidak wajib tetapi ia sangat bermakna kepada kami Ikram kawasan dan negeri. Iamemberi semangat untuk kami melakukan yang lebihbaik. Semoga kehadiran ini adalah amal soleh yang jariah buat antum. Sememangnya perancangan adalah penting tetapi semangat untuk melaksanakan perancangan itu lebih penting.
Dorongan Untuk Amal Da’wah
Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mau pun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beribalasan dengan pahala yang lebih baik dariapa yang telah mereka kerjakan. (An Nahl : 97)
مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Jalan Amal Da’wah
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (daripada segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf: 108)
قُلْ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى
وَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
1
4
2
5
3
6
Tarbiah Teras Perjalanan Kita
Tarbiah dan pembinaan generasi sebagai tonggak utama aktiviti IKRAM
Keutamaan IKRAM kawasan adalah membangun dan menyantuni ahli.
Tarbiah dan modal insan menjadi teras utama dalam perancangan IKRAM.
IKRAM kawasan perlu melabur dalam membangunkan NUQABA
Marilah kita jadikan tarbiah kita dapat mengikuti manhaj tarbiah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Kita mengikut acuan atau sibghah yang telah dilalui oleh generasi awal yang terbaik tersebut.
Ahli adalah aset barakah bagi jemaah ini.
IKRAM ADALAH JEMAAH KADER
1
2
3
4
5
Tarbiah di Kawasan
Bagi ahli baru IKRAM, mereka berhak mengenali kita lebih dekat. Mereka perlu mendapat penerangan induksi. Mereka wajar diziarahi dan disantuni.
Bagi ahli biasa mereka berhak mendapat sentuhan lanjut fikrah Islam dan program membina ukhuwwah kekeluargaan
Bagi ahli yang telah konsisten melalui syurut 01, telah menyedari kewajiban dakwah, maka mereka berhak dipertingkatkan untuk melalui halaqah 02 yang lebih tersusun
Ahli yang telah memahami Islam, ada inisiatif-inisiatif dakwah, dan menyedari kepentingan amal jamai, mereka adalah anasir soleh berpotensi menjadi KADER seterusnya dalam perkumpulan usrah AAAT
Setiap orang AAAT mesti mempunyai usrah pimpinan seorang naqib. Sewajarnya tidak ada ahli AAAT yang tidak mempunyai usrah.
USRAH RAHMAH IMPIAN KITA
• AAAT adalah sebagai ‘kader’ sebuah gerakan Islam yang bermisi besar, bukan sekadar hanya menjadi ahli sebuah NGO
• Setiap usrah adalah sebagai satu pasukan da’i pejuang, bukan setakat majlis ilmu mingguan yang akademik atau majlis ilmu.
•Usrah hidup membangun kasih sayang ‘kekeluargaan’,
• Usrah meniup semangat juang
• Usrah mengambil berat amal soleh peribadi
• Usrah mengambil berat kesejahteraan (kesihatan dan kebajikan) setiap anggotanya.
• Dakwah setempat menjadi medan amal utama usrah ini.
•Usrah menumbuhkan pemimpin.
•Usrah mengobarkah dakwah dan DAU. Mencetuskan idea inisiatif amal da’awi yang tidak henti-henti.
•Oleh itu naqib adalah pemimpin yang utama bagi kita.
Institusi Naqib
Naqib adalah pemimpin yang utama bagi kita
Usrah adalah jantung bagi IKRAM
Naqib adalah jantung bagi usrah
USRAH RAHMAH yang melahirkan KADER
LIQA NUQABA adalah sessi penting para Murabbi/Naqib
KENAPA KITA PERLUKAN KADER ?
Kita mesti mengeluarkan KADER yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang.
Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya.
Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua penyokong.
(Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadawiyy)
FOKUS PERKADERAN KITA
Latihan, bimbingan, semangat dan peluang kepimpinan wajar diberi seluas mungkin kepada ikhwah dan akhawat bagi manfaat IKRAM dan masyarakat. Kepimpinan kawasan mempunyai succession plan untuk kepimpinan akan datang.
Akhawat tonggak dalam membangun wanita, keluarga dan kanak-kanak diperingkat dalaman dan luaran. Keluarga menjadi tulang belakang jemaah.
Hamasatus syabab. Tenaga muda yang dinamik perlu menjadi kuat dan berdaya tahan untuk berada dalam arus perdana aktivisme dakwah kita
Hikmatus syuyukh wajar dimanfaatkan dalam bidang-bidang yang menjadi minat mereka. Senior sentiasa mempertingkat thaqafah dan seni tarbiah yang sesuai dengan generasi kedua dan ketiga.
Pelajar sekolah menengah IKRAM Musleh menjadi fokus terpenting perkaderan bagi kawasan
Kawasan yang tiada sekolah kita wajar memberi tumpuan pada sekolah-sekolah berasrama
Kembalikan kekuatan kita dahulu dengan cemerlang membuat perkaderan di universiti dengan memperkasakan HEMA kawasan.
Sekurang-kurangnya sebulan sekali wujud satu majlis ilmu atau rehlah sebagai wasail tarbiah khas untuk RA dan ahli-ahli Muhib.
Memanfaatkan asatizah kita yang senior dan junior dalam tarbiah dan MSAU
Terima kepada semua. Selamat bersidang. Semoga Allah sentiasa memimpin kita ke jalan yang benar. Semoga IKRAM Selangor dan semua IKRAM kawasan melonjak jauh ke hadapan.
Mari bersama-sama dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM kita merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan IKRAM ......................