1 of 63

KSSM SEJARAH TINGKATAN 4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 63

BAB 6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

SEJARAH TINGKATAN 4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

3 of 63

ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

3

BAB 6

  • Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
  • Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
  • Penubuhan Parti Komunis Malaya

6.1 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA

  • Aspek Politik
  • Aspek Sosioekonomi
  • Penamatan Darurat

6.4 KESAN ZAMAN DARURAT

  • Perisytiharan Darurat
  • Tindakan Komunis

6.2 ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA

  • Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
  • Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
  • Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
  • Rancangan Briggs
  • Tawaran Pengampunan
  • Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
  • Perintah Berkurung
  • Perang Saraf
  • Rundingan Baling

6.3 USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIUS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

4 of 63

ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

4

1948

1949

1950

1951

1952

1955

1960

  • Perisytiharan Darurat
  • Pengharaman PKM
  • Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
  • Penubuhan MCA
  • Pelaksanaan Rancangan Briggs
  • Pembunuhan Sir Henry Gurney
  • Pelaksanaan Perang Saraf
  • Penubuhan Parti Perikatan
  • Perundingan Baling
  • Perisytiharan Penamatan Darurat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

06

07

5 of 63

6.1

KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menyatakan latar belakang pengaruh komunis di negara kita

5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

6 of 63

6.1 LATAR BELAKANG

6

  • Komunisme - ideologi diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mereka tulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital

IDEOLOGI KOMUNIS

  • Perkataan komunis - orang yang anut fahaman komunis
  • Komunisme - suatu fahaman politik yang jadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara
  • Percubaan sebarkan ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an
  • 2 buah negara sebaran fahaman komunis di negara kita - China dan Indonesia

MAKSUD KOMUNIS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

7 of 63

6.1.1 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DARI CHINA

7

CAWANGAN KMT

  • 1924 - cawangan KMT ditubuhkan hampir di setiap bandar negeri Melayu - Muar, Melaka. Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani - sebarkan pengaruh komunis

IDEOLOGI KOMUNIS

  • 1920-an dibawa masuk - cawangan Parti Kuomintang (KMT) ibu pejabat di China

PKN TIDAK BERJAYA

  • Capai matlamat dan dorong Comintern arahkan penubuhan parti baharu - Parti Komunis Malaya (PKM)

PERTUBUHAN SELAIN KMT

  • Main School - orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC)
  • 1927 - perpecahan antara Parti KMT dengan PKC
  • 1928 - The Communist International (Comintern) berpusat di Moscow arahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

8 of 63

6.1.2 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DARI INDONESIA

8

  • Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh - sebarkan fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah

BEBERAPA PEMIMPIN KOMUNIS

  • Orang Melayu - kerana komunis guna kekerasan untuk capai matlamat mereka

TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN

  • 1926 - kuasai Pulau Jawa - PKI berusaha buka cawangan di Tanah Melayu

KEGAGALAN PARTAI KOMUNIS INDONESIA (PKI)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

9 of 63

6.1.3 PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

9

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

  • 30 April 1930- PKM ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • PKM bergerak - kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina
  • PKM menyusup dalam Kesatuan Sekerja - kukuhkan pengaruh komunis

ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN ( 1941-1945)

  • PKM jalinkan kerjasama dengan British - perangi Jepun
  • 1942 - Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga dibentuk
  • Terima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan daripada British

SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH

  • Kekosongan politik di Tanah Melayu - British lewat kembali ke Tanah Melayu - beri peluang PKM luaskan pengaruhnya
  • Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan lakukan kekacauan, kekejaman dan pembunuhan - orang Melayu, Cina dan India – yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun

BMA MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN

  • 1 Disember 1945 - MPAJA dibubarkan - PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah di Tanah Melayu
  • Beri peluang PKM untuk pengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi komunis

PKM MENYUSUP DALAM KESATUAN SEKERJA

  • Melalui Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)
  • Disember 1947 - bulan Mei 1948, komunis berjaya kuasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA
  • British bertindak luluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 - sekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya PKM diharamkan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

10 of 63

6.1.4 KESIMPULANNYA

10

PENYEBARAN IDEOLOGI KOMUNIS

SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

  • Dari China dan Indonesia - terdapat penduduk yang terpengaruh dengan fahaman komunis
  • Ideologi ini berkembang dalam kesatuan sekerja
  • Berlaku kekosongan politik di Tanah Melayu - buka peluang kepada PKM untuk sebarkan fahamannya
  • PKM kemudiannya diharamkan oleh British

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

11 of 63

ELEMEN K

K10.5.5

Sikap berhati-hati penting dalam menghadapi anasir yang menggugat kestabilan negara. Bincangkan.

11

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

12 of 63

CAKNA

MINDA

Kekosongan politik di Tanah Melayu membuka peluang kepada PKM sebarkan fahamannya. Bahaskan.

12

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

13 of 63

6.2

ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan ancaman dan keganasan komunis di negara kita

13

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

14 of 63

6.2 PENGENALAN

14

anjurkan 2 persidangan di Calcutta, India - (19 hingga 25 Februari 1948) Persidangan Kongres Belia Asia dan Persidangan Parti Komunis India (Mac 1948). PKM hantar wakil ke persidangan tersebut

GERAKAN KOMUNIS ANTARABANGSA

pengikut komunis di kawasan yang dijajah - digesa perhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia

DALAM PERSIDANGAN TERSEBUT

ambil keputusan lancarkan perjuangan bersenjata bagi tubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu

JAWATANKUASA EKSEKUTIF PUSAT PKM

Tindakan komunis sebabkan British istiharkan darurat. PKM teruskan tindakan lumpuhkan ekonomi dan insfrastruktur serta ancam keselamatan rakyat

KOMUNIS LANCARKAN PERJUANGAN BERSENJATA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

15 of 63

6.2.1 PERISYTIHARAN DARURAT

15

UNDANG-UNDANG DARURAT

Dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri Perak seperti di Ipoh dan Sungai Siput serta di Johor yang merangkumi daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plentong

PENGISYTIHARAN DARURAT

Sir Edward Gent - Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu isytiharkan darurat

PEMBUNUH 3 ORANG PENGURUS LADANG

16 Jun 1918 - komunis bunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John Allison, pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian

UNDANG-UNDANG DARURAT DIPERLUAS

17 Jun 1948- meliputi keseluruhan negeri Perak dan Johor. 18 Jun 1948 - dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

01

03

04

16 of 63

6.2.2 TINDAKAN KOMUNIS

16

MENGANCAM PASUKAN KESELAMATAN

MEROSAKKAN INFRASTRUKTUR

MENGANCAM KESELAMATAN RAKYAT

MELUMPUHKAN EKONOMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

17 of 63

6.2.2 TINDAKAN KOMUNIS: MELUMPUHKAN EKONOMI

17

KOMUNIS LEMAHKAN EKONOMI BRITISH

jadikan lombong bijih timah dan ladang getah sasaran utama serangan

KOMUNIS TETAP MENERUSKAN AKTIVITI

gugat keamanan dan kestabilan negara walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu - penduduk hilang keyakinan terhadap British

1948 HINGGA 1956

Komunis serang 80 lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

KOMUNIS JUGA

Rosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai, sekolah dan bunuh pekerja

TINDAKAN KOMUNIS

sebabkan pekerja lombong dan ladang getah derita, kerja harian di lombong dan ladang terganggu serta nyawa terancam

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

18 of 63

6.2.2 TINDAKAN KOMUNIS: MEROSAKKAN INFRASTRUKTUR

18

Mereka - bom, rosakkan dan alihkan landasan kereta api. Kenderaan yang lalu di jalan raya ditembak dan dibakar

Komunis turut sabotaj kemudahan telefon, telegraf dan rosakkan paip air

Komunis jalankan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas terutamanya sistem pengangkutan dan perhubungan

Keadaan ini jejaskan kehidupan harian penduduk tempatan - infrastruktur tidak dapat diselenggara dengan baik

Komunis bertindak serang pekerja awam baiki jalan raya, pasang paip air, bina sistem pengairan dan pekerja penyelidikan di tapak skim hidroelektrik

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

19 of 63

6.2.2 TINDAKAN KOMUNIS: ANCAM KESELAMATAN RAKYAT

19

Tindakan komunis - bawa kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat

5 Julai 1949 - komunis telah campak bom tangan di Sheum Circus Kampar, Perak - 46 orang cedera parah dan 4 orang mati

Mereka - ugut, sabotaj, serang, lakukan kekejaman, aniaya, culik, rampas, bakar harta benda dan bunuh penduduk yang enggan bekerjasama

Komunis lakukan pelbagai tindakan ganas - gugat keselamatan rakyat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

20 of 63

6.2.2 TINDAKAN KOMUNIS: ANCAM PASUKAN KESELAMATAN

20

Cetuskan keadaan huru-hara dan tunjukkan ketidakupayaan kerajaan melindungi keselamatan penduduk

PKM sasarkan pasukan keselamatan dan serang balai polis

  • Komunis cuba wujudkan sebuah kerajaan republik komunis di Tanah Melayu
  • Pelbagai tindakan dilakukan komunis - tujuan ancam keamanan negara
  • Tindakan komunis ini sebabkan rakyat dan kerajaan bekerjasama banteras ancaman komunis

KESIMPULAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

21 of 63

26 Jun 1948

Temerloh, Pahang

Komunis serang Balai Polis Kuala Krau

17 Jun 1948

Choh, Johor

Komunis serang Balai Polis Kampung Jeram

28 Jun 1948

Jerantut, Pahang

Komunis bakar Balai Polis

8 Mac 1949

Kajang, Selangor

Komunis serang jip tentera

17 Julai 1948

Gua Musang, Kelantan

Komunis serang Balai Polis Gua Musang

22 Februari 1950

Muar, Johor

Komunis serang Balai Polis Bukit Kepong

28 Jun 1950

Kota Tinggi, Johor

Komunis serang Balai Polis Kambau

28 Mei 1954

Kedah

Komunis bunuh Ketua Polis Kedah

24 Mac 1950

Ulu Semur, Kelantan

Komunis serang hendap pasukan askar Melayu

21 Februari 1952

Taiping, Perak

Komunis serang kenderaan polis

18 Oktober 1954

Pontian, Johor

Komunis serang balai polis Chuan Seng

6.2.3 KOMUNIS SERANG PASUKAN KESELAMATAN

20

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

06

07

08

09

10

11

22 of 63

ELEMEN K

K10.5.6

Pemikiran yang strategik penting untuk berjaya. Bincangkan.

22

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

23 of 63

CAKNA

MINDA

Pelbagai tindakan diambil oleh komunis untuk cuba mewujudkan sebuah kerajaan republik komunis di Tanah Melayu. Buktikan.

23

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

24 of 63

6.3

USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menjelaskan usaha-usaha menangani ancaman komunis

24

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

25 of 63

6.3.1 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG BARAT

25

Tahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang perbicaraan

Kenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang bantu komunis

Ketatkan undang-undang senjata api dengan kenakan hukuman mati terhadap mereka yang bawa senjata api dan bahan letupan

Geledah rumah kediaman, memagar kampung, adakan perintah berkurung, wujudkan Kampung Baru, pindah dan tempatkan penduduk

Haramkan PKM dan parti politik berfahaman radikal (AWAS, Ikatan Pembela Tanah Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), PKMM dan Hizbul Muslimin)

Tangkap pemimpin gerakan radikal - Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Khatijah Sidek

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

06

26 of 63

6.3.2 PEMERKASAAN PASUKAN KESELAMATAN

26

  • Pasukan Askar Melayu
  • Pasukan Askar Komanwel
  • Sarawak Rangers
  • Cawangan Khas
  • Special Constables (SC)
  • Polis Hutan
  • Polis Wanita
  • Senoi Praaq (Urang Perang)
  • Auxiliary Police (AP)
  • Home Guard

POLIS

PASUKAN

KESELAMATAN

TENTERA

SUKA-

RELAWAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

27 of 63

Guy C. Madoc ketua badan perisikan (Ogos 1950), tubuhkan Cawangan Khas (Special Branch) - jadi sebahagian pasukan polis

A. POLIS (CAWANGAN KHAS)

25

Tugas risikan - bolehkan pihak berkuasa mengetahui operasi PKM

Menyamar sebagai komunis untuk dapatkan maklumat tentang PKM

British ambil ramai ahli Cawangan Khas orang Cina - untuk jejak anggota komunis hingga ke kubu persembunyian

Cawangan Khas (badan perisikan) - beri sumbangan semasa darurat

Kejayaan Cawangan Khas - buat penyusupan dalam organisasi PKM memudahkan pasukan keselamatan merancang tindakan terhadap PKM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

06

28 of 63

A. POLIS (SPECIAL CONSTABLE)

26

Ditubuhkan - 1948 ketika Rancangan Briggs sedang dilaksanakan

24 ribu orang Special Constable dilatih dan dihantar kawal ladang dan kawasan lombong

Jadi barisan hadapan dalam hadapi ancaman komunis

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

29 of 63

Asalnya dikenali sebagai Flying Squad

A. POLIS (POLIS HUTAN)

25

1951 - pasukan ini dinamakan Jungle Squad - kemudiannya ditukarkan kepada Jungle Companies

1953 - pasukan ini disusun semula dan dinamakan Police Field Force (PFF)

18 Oktober 1958 - PFF dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan

Tugas pasukan - buru komunis, buat rondaan di pinggir hutan, bawa bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas dalam hutan dan jaga kubu (jungle fort)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

30 of 63

A. POLIS (POLIS WANITA)

26

Ditubuhkan - Ogos 1955

Barbara D.R Wentworth - pegawai polis wanita pertama

Beliau ditugaskan untuk latih anggota baharu dan susun pasukan polis wanita

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

31 of 63

Ditubuhkan pada 1956

A. POLIS (SENOI PRAAQ: URANG PERANG)

25

Senoi Praaq dalam bahasa Semai dikenali sebagai Urang Perang

Ditugaskan kesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan

Anggota terdiri - Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan

dikenali sebagai “The Silent Killers”

Pesan Apot a/k Saad (Big Nose):

"Jangan sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa berlapar di dalam hutan, makanan dicatu, tak cukup tidur, tinggalkan anak bini berbulan-bulan, nyawa pula di hujung peluru, semuanya semata-mata nak tengok rakyat Malaysia dapat hidup aman"

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

03

05

32 of 63

A. POLIS (AUXILIARY POLICE)

26

Disember 1948 - terdapat 17 ribu anggota Auxiliary Police (AP)

Mereka pertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis

Mereka bantu polis menentang ancaman komunis

1956 - anggota AP dijadikan Police Volunteer Reserve

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

33 of 63

B. TENTERA (PASUKAN ASKAR MELAYU)

33

Ditubuhkan pada 1933

Tugas - banteras gerila komunis di dalam hutan

Kerajaan lengkapkan tentera darat dengan pasukan meriam dan pasukan bantuan yang lain

Pasukan - dibesarkan dari 3 rejimen kepada 7 rejimen

Berprestasi cemerlang dalam memerangi komunis

Pasukan ini berjaya musnahkan kubu operasi komunis

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

02

03

04

05

06

01

34 of 63

B. TENTERA (PASUKAN ASKAR KOMANWEL)

34

Kerajaan bawa masuk askar Komanwel dari Britain, Australia, New Zealand, India, Afrika Timur, Kenya, Uganda, Rhodesia dan Fiji

1954 - 25 ribu orang askar Britain, 10 ribu askar Gurkha, satu batalion askar Afrika dan satu batalion rejimen Fiji ditempatkan di Tanah Melayu

Pasukan askar ini bantu dalam usaha memerangi komunis di negara kita

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

35 of 63

B. TENTERA (SARAWAK RANGERS)

35

Banyak kem dan markas komunis berjaya dimusnahkan

Pasukan terdiri - orang Iban

Cogan katanya “Agi Hidup Agi Ngelaban” yang bermaksud “Selagi Hidup Selagi Melawan”

Mereka mahir

selok-belok hutan

Tugas - jejak persembunyian komunis di dalam hutan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

36 of 63

C. SUKARELAWAN (HOME GUARD)

36

Home Guard - pasukan Pengawal Kampung

Tugas - bantu sekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan jatuh ke tangan komunis

Anggota diberi latihan ketenteraan -kawal kampung dan pekan

Julai 1951 - 75 ribu Home Guard di seluruh Tanah Melayu

Berjaya bantu dalam usaha amankan kampung dan lindungi pekerja lombong dari serangan komunis

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

37 of 63

6.3.3 PENDAFTARAN KEBANGSAAN DAN KAD PENGENALAN

37

23 Julai 1948 - Kerajaan kenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan - kawal pergerakan penduduk (Undang-Undang Darurat)

Untuk mudahkan pihak keselamatan bezakan orang awam dengan komunis

Di bawah peraturan ini - lelaki, wanita dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dikehendaki daftarkan diri dengan pihak berkuasa

Anggota Special Constables sedang memeriksa kad pengenalan penumpang bas

Orang awam dikehendaki bawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

38 of 63

6.3.4 RANCANGAN BRIGGS

38

Rancangan Briggs - langkah berkesan lemahkan pergerakan komunis

1950- Rancangan Briggs dilancarkan - Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu

Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs - dilantik jadi Pengarah Operasi

Tujuan utama - putuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang bekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan kepada PKM

Suasana di kampung baru -

penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa pindah dari kampung halaman ke petempatan baharu yang agak asing

Kawasan penempatan semula - digelar sebagai "Kampung Baru“ - dipagari kawat berduri dan dikawal oleh Special Constables

Kampung ini dilengkapi - kemudahan tempat tinggal, bekalan elektrik, air paip, sekolah, kemudahan kesihatan, kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat

Mac 1952 - lebih daripada 423 ribu orang penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke 410 buah Kampung Baru

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

06

07

08

39 of 63

6.3.5 TAWARAN PENGAMPUNAN

39

6 September 1949 - Sir Henry Gurney isytiharkan pengampunan kepada komunis supaya serah diri

Setiap hari

  • Radio Malaya siarkan syarat tawaran pengampunan
  • Poster ditampal di serata tempat
  • 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil

Penyebaran risalah dilakukan pelbagai cara termasuk melalui pengangkutan udara. Iklan dan wayang gambar digunakan untuk bantu penduduk pujuk anggota komunis supaya serah diri

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

40 of 63

6.3.6 KEMPEN BULAN RAKYAT LAWAN PENJAHAT

40

Pelaksanaan kempen dapat galakkan interaksi dan eratkan hubungan antara kaum

22 Dis 1949 - Majlis Perundangan Persekutuan isytihar kempen "Bulan Rakyat Melawan Penjahat"

Kempen berjaya libatkan rakyat berbilang kaum - bekerjasama menentang komunis

Mac 1950 - jumlah sukarelawan cecah 435,905 orang (lelaki dan wanita) daripada pelbagai sektor termasuk golongan profesional

Penduduk diseru daftar diri secara sukarela dengan pihak berkuasa

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

41 of 63

6.3.7 PERINTAH BERKURUNG

41

Perintah berkurung dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk banteras ancaman komunis

Mac 1952 - penduduk Tanjung Malim dikenakan perintah berkurung selama 22 jam untuk elakkan mereka berhubung dengan komunis

Jun 1951 - penduduk di kawasan Labis, Johor, dikenakan perintah berkurung untuk bolehkan pasukan keselamatan jalankan operasi buru komunis

Tindakan ini dibuat - 40 orang komunis serang sekumpulan pekerja baiki paip air dan korbankan 12 nyawa

27 Mac 1952 - Sir Gerald Templer (Templer) tiba di Tanjung Malim dan maklumkan penduduk tentang hukuman terhadap sikap mereka yang enggan berikan sebarang maklumat tentang gerakan komunis kepada kerajaan

Perintah berkurung - tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu untuk bolehkan pasukan keselamatan jalankan operasi dengan lebih berkesan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

01

02

03

04

05

06

42 of 63

6.3.8 PERANG SARAF

42

02

MELONGGARKAN SYARAT KEWARGANEGARAAN

  • Tarik kaum bukan Melayu jadi rakyat Tanah Melayu
  • Wujudkan bangsa bersatu
  • 14 September 1952 - 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak jadi warganegara

03

MENGADAKAN PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN

KUALA LUMPUR

  • Kerajaan adakan pilihan raya tempatan pertama
  • Tujuan - galakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam politik
  • Dapatkan sokongan untuk menentang komunis

04

MENAWARKAN HADIAH WANG TUNAI

  • Kepada penduduk yang dapat tangkap atau berikan maklumat tentang gerila komunis
  • Contoh siapa berjaya tangkap Chin Peng, (pemimpin PKM) - hidup atau mati diberikan hadiah $250 ribu

01

MENGADAKAN LAWATAN

  • Templer dampingi rakyat - pandangan dan masalah
  • 122 lawatan ke sekolah, kampung, dll serta terima perwakilan
  • 20 lawatan dengan diiringi isteri ke Kampung Baru dan Kampung Melayu
  • Isteri beliau tubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat komuniti

Perang saraf - rancangan dilaksanakan oleh British untuk hapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

43 of 63

6.3.8 PERANG SARAF

43

06

MEMAJUKAN PERKHIDMATAN PENERANGAN

  • Dapatkan sokongan penduduk tempatan
  • Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya - medium timbulkan kesedaran rakyat - sokong kerajaan banteras komunis - sebarkan risalah antikomunis kepada penduduk - risalah kerajaan kepada komunis di hutan

Perang saraf - rancangan dilaksanakan oleh British untuk hapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

05

MEMENANGI KEPERCAYAAN ORANG ASLI

  • Supaya sokong kerajaan dalam usaha hapuskan komunis
  • Templer dirikan 14 kubu untuk dapatkan sokongan Orang Asli
  • Kubu sediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan

07

KAWASAN HITAM DAN

KAWASAN PUTIH

  • Kawasan hitam - terdapat kegiatan komunis aktif dan dikenakan perintah berkurung
  • Kawasan putih - bebas daripada ancaman komunis
  • 1954 - Kerajaan isytihar Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan kawasan putih

44 of 63

6.3.9 RUNDINGAN BALING

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

44

28 Disember 1955 - Tunku Abdul Rahman adakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah - untuk tamatkan ancaman komunis dan capai kemerdekaan

Wakil Persekutuan Tanah Melayu - Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. Wakil PKM - Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin

Tunku Abdul Rahman enggan terima syarat tersebut - rundingan gagal

Pertemuan libatkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

dengan PKM

Tunku Abdul Rahman minta Chin Peng bubarkan PKM, letak senjata dan serah diri. Chin Peng tetapkan syarat kerajaan perlu setuju akui PKM sebagai parti politik yang sah

01

02

03

04

05

45 of 63

ELEMEN K

K10.5.7

Keamanan negara menjamin kedaulatan negara. Bincangkan.

45

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

46 of 63

CAKNA

MINDA

Kerajaan berusaha membanteras ancaman komunis melalui pelbagai kaedah. Buktikan.

46

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

47 of 63

6.4

KESAN ZAMAN DARURAT TERHADAP NEGARA KITA

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menganalisis kesan zaman darurat terhadap negara kita

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

47

48 of 63

6.4.1 ASPEK POLITIK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

48

A) PENINGKATAN JUMLAH WARGANEGARA

1952 - Kerajaan longgarkan syarat kewarganegaraan

01

02

03

Lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India jadi warganegara PTM

Kelonggaran syarat - tunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi wujudkan perpaduan rakyat

49 of 63

6.4.1 ASPEK POLITIK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

49

B) PENUBUHAN MALAYAN CHINESE ASSOCIATION

Darurat dorong Sir Henry Gurney ambil langkah tawan hati penduduk Cina ke arah penubuhan parti politik berorientasikan tempatan

27 Februari 1949 - Tan Cheng Lock bentuk Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur

MCA bantu kerajaan - segi kewangan dan tempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru

Februari 1953 - Penubuhan MCA yakinkan British bukan semua orang Cina sokong komunis. MCA sedia berganding bahu dengan kerajaan perangi komunis. MCA punyai 250 ribu orang ahli

02

03

04

05

06

01

MCA juga jalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan loteri - didermakan kepada penduduk di Kampung Baru

Pertengahan tahun 1953 - MCA berjaya kumpulkan $2.5 juta - perbaik kehidupan penduduk Cina di Kampung Baru

50 of 63

6.4.1 ASPEK POLITIK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

50

C) MEMPERCEPAT KEMERDEKAAN

Penubuhan CLC tingkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum - boleh berkongsi kepentingan dan hala tuju yang sama melalui penubuhan Parti Perikatan

(UMNO–MCA–MIC)

Darurat - faktor dorong British sedia cepatkan kemerdekaan PTM

British sedar pihaknya tidak boleh tamatkan darurat melalui strategi ketenteraan semata-mata

Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 berikan British keyakinan bahawa PTM dapat tewaskan komunis - melalui perpaduan penduduk yang berbilang kaum

Dalam suasana inilah, British berikan kemerdekaan kepada PTM. PKM tidak punyai alasan untuk teruskan perjuangannya

01

02

03

04

05

51 of 63

6.4.2 ASPEK SOSIOEKONOMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

51

A) MENINGKATKAN KOS PERBELANJAAN

Anggaran purata kos darurat - $250 ribu hingga $300 ribu sehari

Kerajaan terpaksa belanjakan lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun untuk banteras ancaman komunis

Darurat jejaskan perkembangan ekonomi dan tingkatkan kos perbelanjaan pihak British - tangani ancaman komunis

1950 hingga 1953 - perbelanjaan kerajaan dianggarkan lebih $7 juta - pembangunan di Kampung Baru

Kerajaan belanjakan kos yang besar - selesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan

01

02

03

04

05

52 of 63

6.4.2 ASPEK SOSIOEKONOMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

52

B) MENYEBABKAN PENDERITAAN DAN KESENGSARAAN KEPADA RAKYAT

Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain berkurangan - harga barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi

Peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong alami kesukaran - sasaran peras ugut komunis dapatkan wang dan bekalan makanan

Gagal penuhi tuntutan komunis - musnah lombong, ladang dan kedai serta ancam nyawa

Rakyat hadapi penderitaan semasa zaman darurat ini. Kawasan ladang dan lombong jadi sasaran serangan komunis - kegiatan ekonomi negara terjejas

Ramai pekebun dan pekerja lombong tidak dapat bekerja - perintah berkurung dikenakan

Akibatnya, penduduk tidak dapat jalankan kegiatan harian

Penduduk hadapi kesukaran bergerak dan perolehi bekalan keperluan - terpaksa patuhi pelbagai peraturan dikenakan oleh kerajaan

Catuan bekalan makanan dikenakan oleh kerajaan - bergantung pada ubi kayu, keledek dan jagung

01

02

03

04

05

07

06

08

53 of 63

6.4.2 ASPEK SOSIOEKONOMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

53

C) MERENGGANGKAN HUBUNGAN KAUM

Rancangan penempatan semula - Kampung Baru - didominasi oleh kaum tertentu

Kaum Cina ditempatkan di kawasan petempatan yang sama - kaum lain di petempatan lain

Petempatan baharu dilengkapi prasarana - berkembang jadi bandar baharu - kaum Melayu tertumpu di kampung serba kekurangan

Kawalan ketat pasukan keselamatan - hubungan dengan kaum lain terbatas - tidak beri ruang penduduk Kampung Baru bersosial dengan kaum lain

01

02

03

04

05

Pengasingan - hubungan antara kaum semakin renggang

54 of 63

6.4.2 ASPEK SOSIOEKONOMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

54

D) JUMLAH KORBAN ZAMAN DARURAT

02

Darurat - banyak anggota pasukan keselamatan, komunis dan orang awam terkorban

Darurat - penderitaan dan kesengsaraan kepada penduduk PTM

01

55 of 63

6.4.3 PENAMATAN DARURAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

55

Mulai 31 Julai 1960 - penamatan zaman darurat berkuat kuasa (zaman darurat berlangsung selama

12 tahun di negara kita)

Darurat tinggalkan kesan dari aspek politik dan sosioekonomi. Darurat sebabkan rakyat hidup dalam penderitaan

Tindakan komunis - musnahkan kemudahan asas - serang penduduk dan anggota keselamatan - sebabkan keadaan huru-hara

Bagi menghargai keamanan yang dikecapi - kita perlu bersama-sama mempertahankan negara daripada musuh

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk banteras komunis dan kembalikan keamanan negara kita

02

03

04

05

01

56 of 63

ELEMEN K

K10.5.8

Keamanan negara menjamin kedaulatan negara. Bincangkan.

56

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

57 of 63

CAKNA

MINDA

Tempoh darurat 12 tahun menyebabkan kesengsaraan dan kesulitan kepada penduduk tempatan. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

57

58 of 63

LATIHAN PENGUKUHAN

AKHIR BAB 6

#USAHATANGGAJAYA

58

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

59 of 63

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

1. Bagaimana Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah ancaman komunis yang mendapat bantuan daripada Min Yuen?

  1. Mengisytiharkan darurat
  2. Melancarkan perang saraf
  3. Memperkenalkan tawaran pengampunan
  4. Melaksanakan kawasan penempatan semula

2. Bagaimana Sir Gerald Templer mendapatkan sokongan penduduk supaya menyokong usaha perang saraf?

  1. Mewujudkan Kampung Baru
  2. Memperkenalkan kad pengenalan
  3. Membawa masuk tentera Komanwel
  4. Melonggarkan syarat kewarganegaraan

3. Mengapa kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu - $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara tahun 1948 hingga 1960?

  1. Menamatkan konfrontasi
  2. Membendung rusuhan kaum
  3. Menghapuskan kegiatan lanun
  4. Membanteras ancaman komunis

4. Perkataan komunis bermaksud…

  1. Orang yang menganut fahaman komunis
  2. Fahaman yang diasaskan oleh Karl Marx
  3. Fahaman politik yang menjadikan negara milik bersama
  4. Sebuah ideologi

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

59

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

60 of 63

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

5. Pada zaman pendudukan Jepun (1941-1945) PKM menjalinkan kerjasama dengan British dengan…

  1. Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
  2. Melancarkan serangan bersenjata
  3. Memberikan bantuan senjata
  4. Membentuk Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)

6. Apakah punca darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent pada bulan Jun 1948?

  1. Komunis lancar serangan kepada British
  2. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah
  3. Komunis sabotaj landasan kereta api
  4. Komunis bakar kampung

7. Antara berikut yang manakah merupakan tindakan komunis dalam usaha melumpuhkan ekonomi British?

  1. Menyerang lombong dan ladang getah
  2. Bakar hutan
  3. Merosakkan infrastruktur
  4. Merosakkan jalan raya

8. Apakah kesan zaman darurat terhadap negara kita?

  1. Membawa kepada penubuhan UMNO
  2. Menawarkan kenaikan pangkat
  3. Mempercepatkan kemerdekaan
  4. Rundingan Baling diadakan

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

60

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

61 of 63

SOALAN STRUKTUR

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

  1. Darurat memberikan kesan jangka masa panjang terhadap negara kita.

  1. Nyatakan dua aspek yang terkesan semasa darurat dilaksanakan. (2m)

………………………………………………………………

………………………………………………………………

………………………………………………………………

  1. Apakah tujuan Sir Henry Gurney mengambil langkah menawan hati penduduk Cina? (1m)

……………………………………………………………….

c) Senaraikan tiga usaha MCA membantu British memerangi

ancaman komunis. (3m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

d) Darurat menjadi faktor British mempercepatkan

kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Buktikan. (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………...............

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

61

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

62 of 63

SOALAN STRUKTUR

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

  1. Rundingan Baling diadakan dalam usaha menamatkan ancaman komunis dengan mencapai kemerdekaan.
  1. Bilakah Rundingan Baling dibuat? (1m)

……………………………………………………………

b) Dimanakah rundingan tersebut diadakan? (1m)

………………………………………………………………

  1. Senaraikan dua orang wakil Persekutuan Tanah Melayu bagi rundingan tersebut. (2m)

………………………………………………………………

d) Nyatakan dua tuntutan yang dikemukakan oleh Tunku

Abdul Rahman kepada PKM? (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

e) Mengapakah Rundingan Baling menemui kegagalan?

(1m)

……………………………………………………………….

f) Kerjasama antara rakyat dengan kerajaan penting dalam

usaha mempertahankan kedaulatan tanah air.

Bincangkan. (3m)

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

62

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

63 of 63

TERIMA KASIH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN TERENGGANU

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

Unit Sejarah

+603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/