1 of 54

EKM322�KESUSASTERAAN MELAYU

SUHASNI BIN DOLLAH

2 of 54

BAB 1

3 of 54

  • Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “castra”. Susastera pula mempunyai makna kata yang membawa maksud khusus iaitu :

Su = indah, baik, lebih berfaedah

Sastera = huruf atau buku

ke) susastera (an) = kumpulan buku-buku yang indah bahasanya

dan baik isinya.

4 of 54

  • Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.

  • Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

  • Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa

5 of 54

  • Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975 : 1)

  • Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi

dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani.

6 of 54

  • Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera.

  • Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin.

  • Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur.

7 of 54

  • Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus menatapnya.

  • Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang berkesan.

8 of 54

1.2 Sastera Lisan (Rakyat)

  • Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan.

  • Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan.

  • Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.

9 of 54

  • Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu.

  • Sastera hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan.

  • Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya.

  • Sastera juga tidak diketahui bilakah karya dicipta.

  • Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian.

10 of 54

1.2.1 CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

  • Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan tersebut tersebar dalam masyarakat menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri kelisanannya.

  • Ada juga hasil yang masih lagi tersebar secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.

  • Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.

11 of 54

  • Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok-tambah tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu sudah menjadi satu versi yang tersendiri.

  • Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patinya tetap kekal.

  • Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur kesusasteraan juga bebas melakukan penambahan dan pengurangan atau melakukan penyesuaian jika mereka mahu.

  • Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa
  • penciptanya yang sebenar.

  • Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam bentuk tokok-tambah oleh penutur dan pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama masyarakatnya.

12 of 54

  • Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik bersama masyarakat secara tidak langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakatnya. Penyataan tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau secara tersirat.
  • Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan, penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika berhadapan dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana dan seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar.
  • Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan.
  • Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat.

13 of 54

  • Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum.

  • Oleh itu, pandangan dan tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat.

  • Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu masyarakat.

14 of 54

1.2.1 FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)

1. Sebagai “Alat” Hiburan

  • Sastera lisan dalam bentuk rakyat turut dijadikan sebagai alat hiburan kepada masyarakat.

2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik.

  • Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.

15 of 54

3. Sebagai “Alat” Mengkritik.

  • Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk

16 of 54

4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.

  • Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orangorang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan.

17 of 54

5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”.

  • Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.

18 of 54

Aktiviti Kendiri

1. Jelaskan definisi kesusasteraan.

2. Nyatakan fungsi yang terdapat dalam sastera lisan

19 of 54

1.3 Bentuk-bentuk Kesusasteraan

  • Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, iaitu :
    • Prosa
    • Puisi

20 of 54

1.4 Jenis-jenis Kesusasteraan

  • Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)
  • Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif)

21 of 54

a) Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)

  • Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan yang terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut;

  • Cerita Lipur Lara (panglipur lara)
  • Cerita Jenaka
  • Cerita Binatang
  • Cerita Asal usul
  • Cerita Hantu
  • Cerita Teladan

22 of 54

b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif)

Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya;

  • Pantun
  • Gurindam
  • Seloka
  • Teka-teki dan Nyanyian Rakyat
  • Jampi, Mantera dan Serapah
  • Pepatah dan Perbilangan Adat
  • Ungkapan Berangkap
  • Peribahasa, Bidalan dan sebagainya.

23 of 54

24 of 54

1.4.2 PERANAN SANG KANCIL

DALAM CERITA BINATANG

  • Terdapat tiga peranan yang penting Sang
  • Kancil di dalam cerita Binatang:
  • a. Sang Kancil mengalahkan
  • binatang yang besar:

b. Sang Kancil memainkan peranan

sebagai hakim:

  • Sang Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang saudagar dengan bapa kanak-kanak. Perbalahan ini berpunca dari kanak-kanak yang menjadi sihat kerana tercium masakan si kaya.

25 of 54

  • Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil:
  • Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.

26 of 54

1.5 Struktur Teks Kesusasteraan

Kesusasteraan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu cara yang biasa ditemui

adalah dalam bentuk teks, yakni dalam bentuk tulisan yang tersusun. Teks kesusasteraan

merupakan satu bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di

bawah:

 Tema

 Gaya Bahasa

(Yang berikutnya untuk sastera naratif sahaja)

 Plot

 Watak dan Perwatakan

 Sudut Pandangan

 Latar

27 of 54

Aktiviti Kendiri

28 of 54

29 of 54

BAB 2: PERANAN SASTERA DALAM PEMBINAAN DAN� PENYATUAN BAHASA MELAYU

30 of 54

  • Jika bahasa sering diungkapkan sebagai “alat untuk menghasilkan sastera”, maka sastera dapat dikatakan sebagai salah satu wadah yang memungkinkan bahasa berkembang, maju dan terus hidup.

  • Dalam hubungannya dengan hakikat itulah pembicaraan ini berusaha memperlihatkan peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan bahasa Melayu.

31 of 54

  • Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat daripada sudut pembinaan korpus bahasa itu sendiri.

  • Yang termasuk di dalamnya ialah tatabahasa, sistem tulisan, perkamusan,
  • pengucapan dan gaya bahasa.

32 of 54

2.2 SIFAT BAHASA SASTERA

  • Slametmuljana membandingkn kata-kata yang terdapat dalam karya sastera dengan kata-kata yang terdapat dalam karya sastera dengan katakata yang terdapat dalam kamus. Berbeza dengan kata-kata dalam kamus yang berupa bahan mentah, kata-kata dalam karya sastera merupakan kata-kata yang terpilih, sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh pengarang.

  • Dalam hubungan inilah kita mendapati bahawa diksi atau pemilihan kata menjadi soal yang penting sekali, baik dalam penciptaan prosa mahupun puisi.

33 of 54

  • Ciri kedua bahasa sastera yang digariskan oleh Slametmuljana ialah bahawa ikatan ayat atau susunan katanya terasa mengandungi hembusan nafas pengarangnya.

  • Jika buku tatabahasa menyajikan ayat-ayat yang berbagai-bagai pola dan jenisnya untuk maksud memperkenalkan atau mengajarkannya, maka karya sastera menyajikan pola-pola dan jenis-jenis ayat yang tertentu untuk maksud menimbulkan kesan tertentu pada khalayak.

34 of 54

2.2.1 Peranan Sastera dalam Pembinaan Bahasa Melayu

Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat daripada sudut:

(1) Karya sastera sebagai sumber data bagi penyusunan tatabahasa;

(2) Karya sastera dan pertumbuhan tradisi persuratan;

(3) Karya sastera sebagai sumber data perkamusan;

(4) Pengucapan sastera dan retorik;

(5) Karya sastera sebagai peningkat estetik bahasa;

1. Apakah pengertian sastera.

2. Jelaskan sifat bahasa sastera yang anda fahami. Berikan contoh yang

berkaitan.

(6) Karya sastera sebagai bahan pengajaran dan pemelajaran bahasa.

35 of 54

2.2.2 Karya Sastera sebagai Sumber Data Penyusunan Tatabahasa

  • Walaupun sastera sering dikatakan memiliki tatabahasanya sendiri, iaitu yang disebut olehSlametmuljana (1966 dan 1969) sebagai gramatika stilistika atau yang dikatakan William O. Hendricks (1976) sebagai grammar of style.

  • Namun dengan berdasarkan pada hakikat bahawa bahasa sastera itu tetap dalam lingkungan bahasa umum juga, maka karya sastera dapat menjadi salah satu sumber data bagi penyusunan tatabahasa.

36 of 54

2.2.3 Karya Sastera dan Pertumbuhan Tradisi Persuratan

  • Tradisi tulisan atau persuratan yang akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu.

  • Proses penciptaan karya sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. Bukti yang jelas ialah bahawa puisi atau sajak yang lebih hidup apabila dideklamasikan ternyata ditulis terlebih dahulu, kemudian diucapkan.

37 of 54

2.2.4 Karya Sastera sebagai Sumber Data Perkamusan

  • Karya sastera menjadi salah satu sumber data bagi penyusunan kamus, terutama kamus umum.

  • Karya sastera bukan hanya dapat menyajikan kata-kata sebagai data mentah yang dapat menjadi masukan atau entri kamus, malah yang lebih penting ialah penggunaan kata-kata dalam pelbagai konteks dan pengertian khusus.

38 of 54

2.2.5 Pengucapan Sastera dan Retorik

  • Pengucapan puisi Melayu yang ada sekarang ini bersifat fonemis, iaitu kata-kata yang diucapkan sebagaimana yang dieja.

  • Pengucapan puisi yang fonemis sifatnya itu ternyata meninggalkan kesan retorik yang kuat

39 of 54

2.2.6 Karya Sastera sebagai Peningkat Estetik Bahasa

  • Keindahan dalam sastera dapat dilihat pada aspek bunyi, ungkapan, dan ayat.

  • Dalam aspek bunyi, karya sastera menampilkan unsur seperti aliterasi, asonasi, dan rima.

  • Dalam hal ungkapan, karya sastera memperkaya bahasa dengan metafora, simile, personafikasi, hiperbola, dan sebagainya.

  • Dalam hal ayat, pemilihan antara gaya nominal dengan gaya verbal, antara ayat mudah dengan ayat majmuk, dan sebagainya mencorakkan bahasa sastera menjadi suatu ragam bahasa yang berseni.

40 of 54

2.2.7 Karya Sastera sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran � Bahasa Melayu

  • Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat daripada sudut pendidikan bahasa.

  • Matlamat pendidik bahasa yang utama ialah memberikan kemahiran bahasa kepada pelajar supaya dengan adanya kemahiran itu dapatlah pelajar memperoleh pengetahuan-pengetahuan lain yang pelbagai.

  • Dalam hubungannya dengan matlamat memberikan kemahiran bahasa itu, karya sastera yang terpilih dapat dijadikan bahan pengajaran bahasa.

41 of 54

Aktiviti Kendiri

42 of 54

2.3 Peranan Sastera dalam Penyatuan Bahasa Melayu

2.3.1 Penyatuan di Peringkat Negara

  • Karya-karya sastera kita menggunakan bahasa Melayu umum.

  • Karya-karya sastera kita menggunakan bahasa Melayu yang dapat difahami oleh seluruh masyarakat pembaca, baik pembaca itu ada di Perlis atau di Johor, di Semenanjung atau di Sabah dan di Sarawak.

43 of 54

2.3.2 Penyatuan di Peringkat Serantau

  • Sejarah perkembangan bahasa Melayu menunjukkan bahawa sejak tradisi tulisan bermula, karya-karya sastera Melayu pada dasarnya menggunakan ragam bahasa Melayu yang sama, biar di daerah Melayu mana sekalipun, karya tersebut dihasilkan.

44 of 54

45 of 54

BAB 3: ANALISIS DAN INTERPRETASI SASTERA

46 of 54

3.2 KONSEP SASTERA

Menurut (Arba’ie : 2008) sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:

S – Seni bahasa yang indah

A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang

S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang

T – Tersurat & tersirat

E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa

R – Realiti kehidupan

A – Alternatif

47 of 54

3.3 Pendekatan Objektif : Menganalisis Karya Sastera

  • Abrams (1979: 3-29), terdapat empat pendekatan dalam menganalisis atau mengkaji karya sastera, iaitu pendekatan yang menonjolkan kajiannya terhadap peranan pengarang sebagai pencipta karya sastera pula disebut sebagai pendekatan ekspresif; pendekatan yang lebih menitikberatkan peranan para pembaca sebagai penyambut atau menghayati sastera, iaitu pendekatan pragmatik; pendekatan yang lebih berorientasikan pada aspek referensi dalam kaitannya dengan dunia nyata iaitu pendekatan mimetik; sedangkan yang memberi perhatian penuh pada karya sastera sebagai sesuatu struktur yang autonomi dengan kepaduan intrinsik iaitu pendekatan objektif.

48 of 54

3.3.1 Konsep Dasar Pendekatan Objektif

  • Pendekatan struktural dipelopori oleh kaum Formalis Russia dan Strukturalisme Prague, yang mendapat pengaruh langsung dari teori Saussure yang mengubah kajian linguistik dari pendekatan diakronik ke sinkronik.
  • Kajian linguistik tidak lagi ditekankan pada sejarah perkembangannya, melainkan pada hubungan antar unsurnya.
  • Masalah unsur dan hubungan antara unsur merupakan hal yang penting dalam pendekatan ini (Nurgiyantoro, 2000 : 36).
  • Aliran ini muncul dengan teori strukturalisme yang dikemukakan oleh antropologi Perancis, iaitu Claudio Levi Strauss.

49 of 54

  • Pendekatan Objektif ialah pendekatan yang memberi perhatian penuh pada karya sastera sebagai struktur yang autonomi, kerana itu tulisan ini terarah kepada menganalisis karya sastera secara strukturalisme. Sehingga pendekatan strukturalisme juga dinamakan sebagai pendekatan objektif.

  • Semi (1993 : 67) ada menyebut bahawa pendekatan struktural dinamakan sebagai pendekatan objektif, pendekatan formal, atau pendekatan analisis.

  • Strukturalisme berpandangan bahawa untuk menanggapi karya sastera secara objektif haruslah berdasarkan pemahaman terhadap teks karya sastera itu sendiri.

50 of 54

  • Suwondo (2001 : 55) berpendapat memahami sasterastrukturalisme bererti memahami karya sastera dengan menolak campur tangan dari luar.

  • Jadi memahami karya sastera bererti memahami unsur-unsur yang membina struktur.

  • Dengan demikian analisis struktur bermaksud memaparkan dengan teliti kaitan unusr-unsur dalam kesusasteraan sehingga menghasilkan makna secara menyeluruh.

  • Rene Wellek (1958: 24) menyatakan bahawa analisis sastera harus mementingkan segi asasnya.

51 of 54

3.3.2 Penerapan Pendekatan Objektif

Roman Ingarden, seorang ahli falsafah Poland, Rene Wellek dalam Pradopo (2000 : 14) menggariskan norma-norma itu, iaitu;

i. Lapis bunyi (sound stratum), misalnya bunyi suara dalam kata, frasa, dan kalimat.

ii. Lapis maksud (units of meaning), misalnya maksud dalam fonem, suku kata, kata, frasa, dan ayat.

iii. Lapis objek, misalnya objek-objek yang dikemukakan seperti latar, pelaku, dan dunia pengarang

52 of 54

Selanjutnya, Roman Ingarden masih menambah dua norma lagi;

  • Norma dunia, dan
  • Norma metafizik.

53 of 54

Langkah-langkah mengkaji puisi dilakukan melalui tahap-tahap yang telah dikemukakan oleh Waluyo (1987 : 146);

i. Menentukan struktur karya sastera,

ii. Menentukan penyair dan kenyataan sejarah,

iii. Mengkaji unsur-unsur, dan

iv. Sintesis dan interpretasi .

54 of 54

Kesimpulannya

  • Proses makna karya sastera dapat difahami dengan menggunakan perbagai pendekatan.

  • Pendekatan objektif atau struktural merupakan salah satu pendekatan yang dapat digunakan dalam menganalisis karya sastera.

  • Meskipun analisis sastera dengan menggunakan pendekatan objektif dalam hal ini analisis strukturalisme mempunyai beberapa kelemahan, akan tetapi analisis struktural merupakan sesuatu yang harus dilalui, sebagai sebuah tahap awal dalam proses pemaknaan karya sastera.