BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
A. Ucap Tama Pegawai Pendidikan Daerah | |
1. | Dialog Prestasi perlu menjadi budaya di semua sekolah supaya prestasi murid dapat dipantau secara berterusan. Pengetua mesti mempengerusikan Dialog Prestasi di peringkat sekolah dan perlu membuat Tindak Ikut dan Tindak Susul (FUFT) terhadap keputusan Dialog Prestasi yang diambil. |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
A. Ucap Tama Pegawai Pendidikan Daerah | |
2. | Pengetua perlu menyampaikan dan sentiasa mengingatkan guru-guru tentang Reformasi Pendidikan agar dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat difahami sehingga ke peringkat akar umbi. |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
A. Ucap Tama Pegawai Pendidikan Daerah | |
3. | PPD Jasin akan mengkategorikan sekolah mengikut tiga (3) kategori iaitu Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi dan Sekolah Inspirasi berdasarkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana intervensi yang berbeza akan dilaksanakan mengikut kategori sekolah. Tindakan: PPD |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
A. Ucap Tama Pegawai Pendidikan Daerah | |
4. | Pengetua tidak boleh menutup kelas Dual Language Programme (DLP) di sekolah. Pengetua boleh membuat penangguhan kelas DLP sekiranya berlaku penyusutan enrolmen murid DLP. Walau bagaimanapun penutupan kelas DLP boleh dipertimbangkan bagi kelas DLP yang telah membuat penangguhan kelas DLP selama tiga tahun berturut-turut. Tindakan:
d. SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub e. SMK Dang Anum f. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
B. Dialog Prestasi Berfokus | |
5. | Pengetua perlu membentangkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) SPM 2025 kepada semua guru agar semua guru cakna dengan KPI sekolah. Semua guru perlu merancang dan melaksanakan intervensi yang tepat untuk mencapai KPI tersebut. |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
B. Dialog Prestasi Berfokus | |
6. | Pengetua perlu merancang dan melaksanakan intervensi berimpak seawal murid berada di Tingkatan 1 dan perlu dilaksanakan secara konsisten bagi murid di Tingkatan 2, 3 dan 4 untuk menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
B. Dialog Prestasi Berfokus | |
7. | Pengetua perlu menggalakkan semua guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme diri masing-masing seperti menjadi Pemeriksa Kertas SPM bagi menjadi nilai tambah kepada guru dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
B. Dialog Prestasi Berfokus | |
8. | Pengetua mempunyai autonomi dalam memberi kebenaran kepada guru yang bertugas di luar sekolah dan harus akur kepada MMI (Melindungi Masa Instruksional) dengan mengutamakan keberadaan guru di sekolah bagi tujuan PdPc yang berkesan. |
BIL | PERKARA |
Tanggungjawab dan Tindakan Pengetua | |
B. Dialog Prestasi Berfokus | |
9. | Pengetua perlu memperkasakan Panitia sekolah masing-masing dengan merancang untuk melaksanakan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan Panitia sekolah lain yang setara untuk peningkatan prestasi. |
MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN
TERIMA KASIH