1 of 22

Lebihan Pengguna &�Lebihan Pengeluar

2 of 22

Definisi

Lebihan pengguna ialah faedah yang diperoleh/dinikmati oleh pengguna apabila harga keseimbangan pasaran lebih rendah daripada harga yang sanggup dibayar oleh pengguna.

Lebihan pengeluar ialah faedah yang diperoleh/dinikmati oleh pengeluar apabila harga keseimbangan pasaran lebih tinggi daripada harga yang sanggup ditawar oleh pengeluar.

3 of 22

Rajah Lebihan Pengguna

 

P (RM)

Q (unit)

SS

DD

E

10

30

5

0

Lebihan

Pengguna

4 of 22

Rajah Lebihan Pengeluar

 

P (RM)

Q (unit)

SS

DD

E

10

3

5

0

Lebihan

Pengeluar

5 of 22

Dasar Kerajaan

6 of 22

Dasar Kerajaan

  1. Dasar harga maksimum & Dasar harga minimum.

  • Cukai & Subsidi.

7 of 22

Tujuan Campur Tangan Kerajaan

  • Kerajaan campur tangan dalam pasaran adalah bertujuan untuk memastikan kestabilan dalam tingkat harga umum.

  • Melalui pelaksanaan dasar kawalan harga, cukai & subsidi.

8 of 22

Dasar Harga Maksimum

  • Dasar harga maksimum ialah dasar kerajaan yang menetapkan tingkat harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan pasaran.

  • Bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna.

  • Harga maksimum adalah harga paling tinggi yang boleh dijual beli dalam pasaran.

  • Biasanya dasar harga maksimum dilaksanakan ke atas barang-barang keperluan seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya.

  • Perlaksanaan dasar harga maksimum akan mewujudkan lebihan permintaan, seterusnya mewujudkan pasaran gelap.

  • Langkah-langkah kerajaan,
    1. Catuan (untuk mengatasi lebihan permintaan).
    2. Sudsidi @ pelepasan cukai kepada pengeluar (untuk tambah output pada harga rendah).
    3. Mengurangkan permintaan barang tersebut (mencari barang pengganti @ barang import).

9 of 22

E

Q (unit)

P (RM)

0

D

D

20

8

S

S

16

30

12

Dasar harga maksimum

10 of 22

Dasar Harga Minimum

  • Dasar harga minimum ialah dasar kerajaan yang menetapkan tingkat harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan pasaran.

  • Bertujuan untuk menjaga kebajikan & meningkatkan pendapatan pengeluar.

  • Harga minimum adalah harga paling rendah yang boleh dijual beli dalam pasaran.

  • Biasanya dasar harga minimum dilaksanakan ke atas hasil pertanian seperti sayur, padi, getah, kelapa sawit dan sebagainya.

  • Perlaksanaan dasar harga minimum akan mewujudkan lebihan penawaran yang boleh disimpan untuk penggunaan akan datang.

  • Langkah-langkah kerajaan,
    1. Membeli lebihan penawaran & simpan dalam stok penimbal.
    2. Sudsidi @ pelepasan cukai kepada pengeluar (untuk mengurangkan kos firma).
    3. Mengeksport lebihan penawaran dalam negara.
    4. Meningkatkan permintaan terhadap barang tersebut melalui pengiklanan/kempen.

11 of 22

E

30

12

Q (unit)

P (RM)

0

D

D

40

8

16

S

S

Dasar harga minimum

12 of 22

Cukai & Subsidi

13 of 22

Cukai (jualan)�

  • Cukai jualan ialah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang dan perkhidmatan.
  • Ia sejenis cukai tak langsung di mana beban cukai boleh dipindahkan kepada pihak lain.
  • Cukai jualan yang dikenakan ke atas firma menyebabkan kos pengeluaran firma meningkat seterusnya penawaran firma berkurang.
  • Kesannya pengeluar akan memindahkan sebahagian beban cukai tersebut kepada pengguna dengan cara menaikkan harga barang.
  • Kesan cukai (jualan) = P↑ & Q↓

14 of 22

Kesan cukai (kaedah rajah)

E1

Q

P

0

D

D

S1

S1

P1

Q1

E0

S0

S0

P0

Q0

A

B

P2

Beban cukai ditanggung PENGGUNA

Beban cukai ditanggung PENGELUAR

15 of 22

Penerangan rajah

  • Berdasarkan rajah, keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan S0 bersilang dengan keluk penawaran D0 pada tingkat harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0.

  • Apabila cukai dikenakan, kos pengeluaran akan meningkat, pengeluar akan mengurangkan penawaran, jadi keluk penawaran akan beralih ke kiri dari S0 ke S1 iaitu sebesar cukai seunit yang dikenakan oleh kerajaan (jarak P1-P2).

  • Titik keseimbangan beralih dari E0 ke E1. Kesannya tingkat harga naik dari P0 ke P1, manakala kuantiti keseimbangan berkurang dari Q0 ke Q1.

  • Jumlah beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna ialah kawasan P0P1E1A, manakala beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar ialah P2P0AB.

16 of 22

Kesan cukai (kaedah persamaan)

Contoh,

Qd = 150 – 25P

Qs = 70 + 25P

T seunit = RM1.80

Keseimbangan asal,

Qd = Qs

150 – 25P = 70 + 25P

– 50P = 70 – 150

P = RM1.60

Qd = 150 – 25 (1.6)

Qd = 110 unit

Bentukkan fungsi Qs selepas T

Qs1 = 70 + 25 (P – 1.8)

Qs1 = 70 + 25P – 45

Qs1 = 25 + 25P

Keseimbangan baru,

Qd = Qs1

150 – 25P = 25 + 25P

– 50P = 25 – 150

P = RM2.50

Qd = 150 – 25 (2.5)

Qd = 87.5 unit

Cukai jualan dikenakan ke atas pengeluar menyebabkan penawaran firma berkurang dan fungsi penawaran firma berubah. Fungsi Qs selepas cukai,

Qs = a + b (P – Cukai seunit)

Selepas cukai dikenakan oleh kerajaan sebanyak RM1.80 kepada pengeluar, Pe meningkat daripada RM1.60 kepada RM2.50 & Qe berkurang daripada 110 unit kepada 87.5 unit.

Pengguna menanggung beban cukai sebanyak RM0.90 seunit (P1-P0).

Pengeluar menanggung beban cukai sebanyak RM0.90 seunit (T-Tpengguna)

17 of 22

E1

Q (unit)

P (RM)

0

D

D

S1

S1

2.50

87.5

E0

S0

S0

1.60

110

A

B

0.70

Jumlah cukai ditanggung PENGGUNA (RM78.75)

Jumlah cukai ditanggung PENGELUAR (RM78.75)

T seunit yg dikenakan oleh kerajaan RM1.80

18 of 22

Subsidi (jualan)�

  • Subsidi ialah bantuan kewangan oleh kerajaan kepada pengeluar yang bergantung kepada tingkat output.
  • Tujuan subsidi diberikan adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran dan harga sesuatu barang.
  • Kesannya penawaran firma meningkat dan harga barang akan berkurangan.

19 of 22

Kesan subsidi (kaedah rajah)

E0

Q

P

0

D

D

S0

S0

P0

Q0

E1

S1

S1

P1

Q1

P2

Subsidi yang dinikmati oleh

PENGGUNA

Subsidi yang dinikmati oleh

PENGELUAR

A

B

20 of 22

Penerangan rajah

  • Berdasarkan rajah, keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan S0 bersilang dengan keluk penawaran D0 pada tingkat harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0.

  • Apabila kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar, kos pengeluaran akan berkurang, pengeluar dapat menambah ouput, jadi keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0 ke S1 iaitu sebesar subsidi seunit yang diberikan oleh kerajaan (jarak P1-P2).

  • Titik keseimbangan beralih dari E0 ke E1. Kesannya tingkat harga turun dari P0 ke P1, manakala kuantiti keseimbangan bertambah dari Q0 ke Q1.

  • Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengguna ialah kawasan P0P1E1B, manakala subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar ialah P2P0AB.

21 of 22

Kesan subsidi (kaedah persamaan)

Qd = 200 – 15P

Qs = 100 + 5P

Subsidi seunit = RM2.00

Keseimbangan asal,

Qd = Qs

150 – 25P = 70 + 25P

– 50P = 70 – 150

P = RM5.00

Qd = 200 – 15 (5)

Qd = 125 unit

Bentukkan fungsi Qs selepas subsidi

Qs1 = 100 + 5 (P + 2)

Qs1 = 100 + 5P + 10

Qs1 = 110 + 5P

Keseimbangan baru,

Qd = Qs1

200 – 15P = 110 + 5P

– 20P = 110 – 200

P = RM4.50

Qs = 110 + 5 (4.5)

Qs = 132.5 unit

Subsidi diberikan kepada pengeluar menyebabkan penawaran firma bertambah dan fungsi penawaran firma berubah. Fungsi Qs selepas subsidi,

Qs = a + b (P + Subsidi seunit)

Selepas subsidi diberi oleh kerajaan sebanyak RM2 kepada pengeluar, Pe berkurang daripada RM5.00 kepada RM4.50 & Qe meningkat daripada 125 unit kepada 132.5 unit.

Pengguna menikmati subsidi sebanyak RM0.50 seunit (P0-P1).

Pengeluar menikmati subsidi sebanyak RM1.50 seunit (Sub-Subpengguna)

22 of 22

E0

Q (unit)

P (RM)

0

D

D

S0

S0

5.00

110

E1

S1

S1

4.50

132.5

6.50

Subsidi yang dinikmati oleh

PENGGUNA (RM66.25)

Subsidi yang dinikmati oleh

PENGELUAR (RM198.75)

A

B

Subsidi seunit yg diberikan oleh kerajaan RM2.00