1 of 13

ASPIRASI

EDISI 1 / 2020 JANUARI - JUN

BULETIN MAJLIS DAERAH BERA

BARISAN MBJ SESI 2020-2021

مجليس دأيره برا

2 of 13

01

MAJLIS DAERAH BERA

" PERKHIDMATAN BERKUALITI,

MASYARAKAT HARMONI "

SIDANG EDITOR

PENAUNG

TUAN MOHD KHUZAIDI BIN HARUN

PENASIHAT

CIK NOORULNAZREEN BINTI NORDIN

 

KETUA EDITOR

PN. NOR ZARINA BINTI YUSOF

REKA BENTUK / GRAFIK / SUSUNAN

EN. MOHD AMIN BIN ABD KHALID

JURUFOTO

EN. MOHAMAD AMALI BIN SAFIENY

 

3 of 13

02

MAJLIS DAERAH BERA

Majlis Perutusan Tahun Baharu 2020 daripada Yang Dipertua Bersama Warga Kerja Majlis Daerah Bera (MDB). Majlis yang diadakan di Dewan Cemerlang,MDB pada tanggal 15 Januari 2020 ini telah dihadiri oleh semua Pegawai dan warga kerja MDB.

Dalam ucapannya, Tuan Mohd Khuzaidi Bin Harun selaku yang Dipertua MDB, telah menyentuh beberapa perkara dan pencapaian-pencapaian sepanjang tahun 2019. Beliau juga mengingatkan kepada warga kerja MDB untuk terus kekal komited serta mematuhi segala prosedur dan peraturan yang digariskan bagi mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

PERUTUSAN TAHUN BARU 2020

OLEH YANG DIPERTUA MDB

4 of 13

03

MAJLIS DAERAH BERA

Tarikh: 15 Januari 2020

Masa : 9.00pagi – 3.00ptg

Tempat : ruang legar aras bawah mdb

5 of 13

17 Januari 2020 – Program ini telah diadakan di Dewan Kempas IPD Bera bertujuan untuk memberi pemahaman kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berkaitan pindaan Cukai Tanah Negeri Pahang 2020 dan juga isu berkenaan Cukai Taksiran Majlis Daerah bera.

04

MAJLIS DAERAH BERA

PROGRAM SESI KONSULTASI AWAM BERKENAAN PINDAAN CUKAI TANAH NEGERI PAHANG 2020 DAN TAKLIMAT CUKAI TAKSIRAN

6 of 13

11 Februari 2019 – Satu lawatan penandaarasan oleh Bahagian Pentadbiran Dan Sumber Manusia Majlis Daerah Bera ke Majlis Daerah Raub telah diadakan bertujuan berkongsi maklumat dan bertukar pendapat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bahagian ini ke satu tahap yang lebih tinggi selaras dengan matlamat jabatan supaya mutu perkhidmatan kepada pelanggan sentiasa dapat dipertingkatkan antara lain adalah bagi perkongsian ilmu mengenai Tatacara Pengurusan Mesyuarat Penuh, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dan Prosedur MS ISO 9001 : 2015 mengenai Manual Kualiti. Lawatan ini disertai oleh lima(5) orang pegawai dan kakitangan BPSM MDB.

05

MAJLIS DAERAH BERA

LAWATAN PENANDAARASAN BAHAGAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA MDB KE MAJLIS DAERAH RAUB

7 of 13

14 FEBRUARI 2020- Majlis Daerah Bera telah menerima kunjung hormat daripada YB. Dato’ Sri Norolazali Bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai merangkap Ahli Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahanguntuk membincangkan tentang isu-isu dan masalah tentang pembangunan daerah Bera. Dalam perbincangan tersebut kedua-dua pihak saling mengemukakan idea dan kaedah untuk menyelesaikan masalah dan cadangan untuk menambahbaik perkhidmatan kepada penduduk Daerah Bera amnya.

06

MAJLIS DAERAH BERA

TAKLIMAT PENGURUSAN MDB KEPADA YB DATO' SRI NOROLAZALI BIN SULAIMAN SSAP., DIMP

8 of 13

07

MAJLIS DAERAH BERA

Majlis penghargaan telah diadakan kepada pegawai dan kakitangan MDB yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang terbaik dalam tahun 2019 serta dipilih bagi menerima Anugerah Pengkhidmat Cemerlang 2019. Penerima anugerah menerima Sebuah Plak Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM 1,000.00 beserta sijil. Penghargaan diucapkan kepada yang terpilih dan semoga ianya memberi semangat kepada warga kerja yang lain untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada Majlis Daerah Bera.

9 of 13

Majlis Daerah Bera telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang pada 4 Mac 2020 yang lalu. Tujuan kunjung hormat oleh pihak Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang ke Majlis Daerah Bera adalah untuk melihat sendiri kaedah dan cara penyelesaian aduan awam oleh jabatan ini untuk setiap aduan yang dikemukakan oleh pengadu. Selain itu, beliau juga memberi turut memberi nasihat tentang kaedah penyelesaian aduan yang lebih berkesan.

MAJLIS DAERAH BERA

08

kunjungan HORMAT Pengarah BIRO PENGADUAN AWAM negeri Pahang

10 of 13

09

MAJLIS DAERAH BERA

18 MAC 2020 – Berkuat kuasa pada 18 Mac, Malaysia secara rasmi melaksanakan langkah kawalan pergerakan. Pada 25 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui siaran langsung kebangsaan mengumumkan bahawa perintah kawalan itu dilanjutkan sehingga 14 April. Walau bagaimanapun, terdapat pertimbangan kawalan pergerakan lebih lanjut sehingga akhir April atau Mei kerana jumlah kes di Malaysia dijangka meningkat pada pertengahan April, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada 8 April, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu kementerian kesihatan sedang mengadakan perbincangan dengan kabinet negara mengenai kemungkinan lanjutan PKP, dengan keputusan empoh PKP yang diumumkan tidak lewat daripada hari Jumaat.

TINJAUAN OPERASI SANITASI AWAM OLEH

TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

11 of 13

21 April 2020 - Program Serahan Bantuan Covid-19 Fasa 3 DUN Kemayan bersama ADUN Kawasan Kemayan dan YDP Majlis Daerah Bera, bertempat di Dewan Terbuka, Kg. Baru Kemayan. Dalam program ini sejumlah barangan keperluan harian dengan nilai RM50 dan wang tunai RM150 seorang telah diagihkan bagi meringankan beban penduduk di kawasan Kemayan yang terjejas punca pendapatan akibat daripada pelaksanaan PKP bermula 18 Mac 2020.

10

MAJLIS DAERAH BERA

SERAHAN BANTUAN PKP DUN KEMAYAN

12 of 13

23 April 2020 - Program Serahan Bantuan Covid 19 Fasa 3 DUN Guai dan Triang bersama ADUN Kawasan Guai dan YDP Majlis Daerah Bera, bertempat di Lobi Majlis Daerah Bera. Dalam program ini sejumlah barangan keperluan harian dengan nilai RM50 dan wang tunai sebanyak RM150 seorang telah diagihkan bagi meringankan beban penduduk di kawasan Guai yang terjejas punca pendapatan akibat daripada pelaksanaan PKP bermula 18 Mac 2020.

11

MAJLIS DAERAH BERA

SERAHAN BANTUAN PKP DUN GUAI DAN TRIANG

13 of 13

Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat

MAJLIS DAERAH BERA

Pejabat Majlis Daerah Bera

28200 Bandar Bera, Pahang Darul Makmur

Diterbitkan oleh

Tel: 09-2501700

Fax: 09-2501708

E-mel: majlis@mdbera.gov.my

Facebook: majlisdaerahbera

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI TASEK BERA