1 of 67

BAB 6 BENTUK MUKA BUMI

Geografi Tingkatan 1 KSSM

Oleh Cikgu Nur Shazlinda bt Ab Rahman

2 of 67

6.1 BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

3 of 67

BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

  • Tanah Tinggi
  • Tanah Pamah
  • Pinggir Laut
  • Saliran

4 of 67

Tanah Tinggi

  • Tanah tinggi merujuk kepada kawasan ketinggian melebihi 180 m dari aras laut merangkumi banjaran gunung dan dataran tinggi.
  • Banjaran gunung di Malaysia terjadi akibat daripada proses lipatan.
  • Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke selatan Semenanjung Malaysia.

Banjaran Titiwangsa

5 of 67

Tanah Tinggi

  • Kebanyakan banjaran terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan di barat serta tengah negeri Sabah.
  • Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang rendah.
  • Sebagai contoh, purata suhu di Cameron Highlands ialah 19oC, berbanding Kuala Lumpur 27oC.

Cameron Highlands

6 of 67

Tanah Pamah

  • Tanah pamah ialah kawasan yang rendah dan ketinggian tidak melebihi 180 m dari aras laut.
  • Kebanyakan tanah pamah di Malaysia terdapat di lembangan sungai, dataran, delta dan dataran pantai.
  • Sebagai contoh, Dataran Kelantan, Dataran Kedah–Perlis, Delta Rajang dan Delta Segama.

Dataran Kedah–Perlis

7 of 67

Pinggir Laut

  • Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km
  • Malaysia dikelilingi Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Melaka.

Laut Sulawesi

8 of 67

Pinggir Laut

  • Terdapat pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun.
  • Malaysia dikelilingi laut cetek yang terletak atas pentas benua dikenali sebagai Pentas Sunda.
  • Di pinggir pantai terdapat ciri fizikal seperti pantai, tebing tinggi, tanjung, teluk, gerbang laut, batu tunggul dan batu sisa.

9 of 67

Saliran

  • Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik.
  • Kebanyakan sungai berpunca dari kawasan tadahan hujan di tanah tinggi.
  • Selain sungai, terdapat tasik semula jadi dan tasik buatan manusia di Malaysia.

10 of 67

6.2 LOKASI PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

11 of 67

Tanah Tinggi

  • Tanah tinggi merujuk kepada kawasan yang melebihi 180 m dari aras laut.
  • Tanah tinggi di Malaysia terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan dataran tinggi.

Gunung Kinabalu

12 of 67

Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia

  • Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di pedalaman negara China yang merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.
  • Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan gunung lipat tua yang stabil

Dataran Tinggi Yunan

13 of 67

Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia

  • Banjaran Titiwangsa tinggi di utara dan menganjur semakin rendah ke selatan
  • Banjaran Titiwangsa merupakan 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia.

14 of 67

15 of 67

Tanah Tinggi di Sarawak dan Sabah

  • Kawasan tanah tinggi terletak di pedalaman Sarawak dan Sabah.
  • Terdapat beberapa banjaran dan gunung di Sarawak dan Sabah.
  • Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi dan Banjaran Brassey terletak di Sabah.

Banjaran Crocker

16 of 67

Tanah Tinggi di Sarawak dan Sabah

  • Gunung Kinabalu yang terletak di Banjaran Crocker merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.
  • Di Sarawak terdapat Banjaran Tama Abu, Banjaran Pergunungan Iran, Pergunungan Hose dan Banjaran Kapuas Hulu.

Banjaran Tama Abu

17 of 67

18 of 67

Taman Negara Gunung Mulu

  • Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua yang terpanjang di dunia.
  • Di sini terletaknya 'Sarawak Chamber', iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747
  • Gua yang paling panjang di Asia Tenggara, iaitu Gua Rusa juga terletak di sini.
  • Gua-gua besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang.

Gua Rusa

19 of 67

Tanah Pamah

  • Tanah pamah ialah kawasan datar atau beralun yang berketinggian kurang daripada 180 m dari aras laut.
  • Kawasan tanah pamah Malaysia terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembangan sungai.

20 of 67

Tanah Pamah di Semenanjung Malaysia

  • Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur Dataran Kedah–Perlis, Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan dan sebagainya.

Dataran Hulu Sungai Perak

21 of 67

22 of 67

Dataran Kedah–Perlis

  • Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga ke selatan negeri Kedah
  • Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada jenis tanih aluvium
  • Kawasan yang sesuai untuk penanaman padi

23 of 67

Dataran Kelantan

  • Tanah pamah yang rendah dan rata
  • Diliputi tanih jenis aluvium
  • Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian

24 of 67

Dataran Hulu Sungai Perak

  • Dataran Hulu Sungai Perak – Sambungan jaluran tanah pamah dari utara ke selatan negeri Perak
  • Kawasan tanah pamahnya luas
  • Kawasan tanah pamah sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi

25 of 67

Tanah Pamah di Sarawak dan Sabah

  • Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah.
  • Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat.
  • Dataran di sepanjang pantai barat negeri Sarawak pula merupakan tanah pamah yang luas
  • Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak.

26 of 67

27 of 67

Delta Rajang

  • Dataran luas dan subur
  • Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat Sarawak
  • Kegiatan pertanian dijadikan kegiatan utama
  • Tanih subur akibat mendapan daripada kejadian banjir

28 of 67

Dataran Pantai Timur Sabah

  • Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat
  • Kawasan tanah pamah lebih lebar
  • Terdapat banyak kawasan berpaya
  • Sesuai untuk kegiatan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan koko

29 of 67

Dataran Pantai Barat Sabah

  • Tanah pamah yang agak sempit dan terputus-putus
  • Terbentuk di kaki Banjaran Crocker
  • Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti di Likas dan Kepayan

perindustrian di Likas

30 of 67

Dataran Pantai Barat Sarawak

  • Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas
  • Sangat sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran

31 of 67

Bario

  • Bario terletak di Tanah Tinggi Kelabit yang berketinggian 1 000 m dari aras laut.
  • Terletak bersempadanan dengan Kalimantan
  • Bario terkenal dengan keunikan tanaman padi yang ditanam di kawasan tanah tinggi.

32 of 67

Pinggir Laut di Malaysia

  • Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut yang panjang. Kedalaman laut di pesisiran Malaysia agak cetek, iaitu lebih kurang 180 m
  • Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai kawasan pantai sepanjang kira-kira 4 800 km

33 of 67

PINGGIR LAUT DI MALAYSIA

34 of 67

  • Tebing tinggi terbentuk akibat hakisan ombak semasa air pasang

35 of 67

  • Gua merupakan kesan lekukan yang terbentuk akibat tindakan ombak terhadap tebing tinggi

36 of 67

37 of 67

  • Gerbang laut terbentuk disebabkan hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua laut.

38 of 67

  • Batu tunggul hasil daripada runtuhnya gerbang laut

39 of 67

  • Tanjung terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut.
  • Batuan keras yang kekal akan menganjur membentuk tanjung.
  • Sebagai contoh, tanjung di Malaysia adalah seperti: Tanjung Datu (Sarawak)
  • Tanjung Bungah (Pulau Pinang) Tanjung Piai (Johor)

Tanjung Piai (Johor)

40 of 67

  • Pulau ialah daratan yang dikelilingi oleh laut, contohnya:
  • Pulau Langkawi (Kedah)
  • Pulau Redang (Terengganu)
  • Pulau Sipadan (Sabah)
  • Pulau Tatagan, Semporna (Sabah)

Pulau Sipadan (Sabah)

41 of 67

  • Teluk terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut di pinggir pantai.
  • Sebagai contoh, teluk di Malaysia adalah seperti:
  • Teluk Batik (Perak)
  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan)
  • Teluk Darvel (Sabah)
  • Teluk Chempedak (Pahang)

Teluk Batik (Perak)

42 of 67

  • Pulau Sipadan ialah satu-satunya pulau laut (oceanic island) di Malaysia
  • Pulau laut ialah pulau yang terbentuk disebabkan oleh letusan gunung berapi di dasar laut.

43 of 67

Saliran di Malaysia

  • Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik. Pada umumnya, sungai-sungai di Malaysia adalah pendek, beraliran deras dan berliku-liku
  • Selain itu, terdapat beberapa tasik semula jadi dan tasik buatan manusia.

44 of 67

45 of 67

46 of 67

6.3 KEPENTINGAN PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

47 of 67

KEPENTINGAN PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

  • Pelancongan
  • Pertanian
  • Jana Kuasa Hidroelektrik

48 of 67

Pelancongan

  • Kawasan tanah tinggi mempunyai pemandangan yang menarik, suhu yang nyaman, sesuai untuk pelancongan, contohnya:
  • Bukit Bendera (Pulau Pinang)
  • Gunung Kinabalu (Sabah)
  • Genting Highlands (Pahang)

49 of 67

Pertanian

  • Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan, contohnya:
  • Cameron Highlands (Pahang)
  • Tanah Tinggi Kundasang (Sabah)

50 of 67

Jana Kuasa Hidroelektrik

  • Kawasan tanah tinggi menerima hujan yang banyak sesuai untuk penjanaan kuasa hidroelektrik, contohnya:
  • Empangan Kenyir (Terengganu)
  • Empangan Temenggor (Perak)
  • Empangan Chenderoh (Perak)
  • Empangan Bakun (Sarawak)
  • Empangan Batang Ai (Sarawak)
  • Empangan Tenom Pangi (Sabah)

Empangan Kenyir (Terengganu)

Empangan Bakun (Sarawak)

51 of 67

Kepentingan Tanah Pamah

  • Petempatan
  • Perindustrian dan Perdagangan
  • Perhubungan dan Pengangkutan
  • Pertanian

52 of 67

Petempatan

  • Kawasan tanah pamah yang rata serta struktur tanah yang stabil sesuai untuk petempatan, contohnya
  • Kuala Lumpur
  • Alor Setar (Kedah)
  • Johor Bahru (Johor)
  • Sandakan (Sabah)

53 of 67

Perindustrian dan Perdagangan

  • Kawasan tanah pamah dilengkapi kemudahan infrastruktur asas berpotensi menjadi kawasan perindustrian dan perdagangan, contohnya:
  • Kawasan perindustrian Perai (Pulau Pinang)
  • Kawasan perindustrian Shah Alam (Selangor)
  • Kawasan perindustrian Kamunting (Perak)

Kawasan perindustrian Perai

54 of 67

Perhubungan dan Pengangkutan

  • Jalan raya, landasan kereta api dan lapangan terbang dapat dibina di tanah pamah, contohnya:
  • Lebuhraya Utara – Selatan
  • Lapangan terbang KLIA
  • Landasan kereta api Laluan Pantai Barat

55 of 67

Pertanian

  • Kawasan tanah pamah sesuai untuk pertanian, contohnya:
  • Padi di Dataran Kedah – Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang
  • Getah, kelapa sawit dan nanas di Dataran Johor

Delta Rajang

56 of 67

Kepentingan Saliran

  • Sempadan
  • Perikanan
  • Perhubungan dan Pengangkutan
  • Pengairan dan Penjanaan Hidroelektrik

57 of 67

Sempadan

  • Sungai di Malaysia berfungsi sebagai sempadan antarabangsa dan sempadan negeri, contohnya:
  • Sungai Golok - sempadan antarabangsa antara negara Malaysia dengan negara Thailand
  • Sungai Bernam - sempadan antara negeri Selangor dengan Perak

Sungai Golok

58 of 67

Perikanan

  • Sungai dan tasik penting untuk kegiatan penternakan dan penangkapan ikan air tawar, contohnya:
  • Sungai Endau (Johor)
  • Sungai Rajang (Sarawak)
  • Sungai Pahang (Pahang)
  • Tasik Kenyir (Terengganu)

Tasik Kenyir (Terengganu)

59 of 67

Perhubungan dan Pengangkutan

  • Sungai juga digunakan untuk mengangkut kayu balak, contohnya:
  • Sungai Kinabatangan (Sabah)
  • Sungai Rajang (Sarawak)
  • Sungai Baram (Sarawak)

Sungai Rajang (Sarawak)

60 of 67

Pengairan dan Penjanaan Hidroelektrik

  • Sungai dijadikan empangan untuk penjanaan kuasa hidroelektrik, contohnya:
  • Empangan Tenom Pangi (Sabah)
  • Empangan Murum (Sarawak)
  • Empangan Kenering (Perak)
  • Empangan Pergau (Kelantan)

Empangan Murum (Sarawak)

61 of 67

Bandar Temerloh

  • Bandar Temerloh di negeri Pahang dikenali sebagai ‘Bandar Ikan Patin’ kerana penternakan ikan patin dalam sangkar banyak dijalankan di Sungai Pahang sekitar daerah ini.
  • kan patin juga menjadi masakan istimewa yang disajikan di restoran di bandar Temerloh.

62 of 67

Kepentingan Pinggir Laut

  • Perikanan
  • Pelancongan
  • Perlombongan
  • Pelabuhan

Pulau Redang

63 of 67

Perikanan

  • Antara kawasan perikanan utama di Malaysia, contohnya:
  • Kuala Selangor (Selangor)
  • Kuala Muda (Kedah)
  • Sandakan (Sabah)

Kuala Muda (Kedah)

64 of 67

Pelancongan

  • Kawasan pinggir laut mempunyai pelbagai ciri fizikal yang mampu menggalakkan kegiatan pelancongan, contohnya:
  • Pulau Pangkor (Perak)
  • Pulau Sipadan (Sabah)
  • Pulau Tioman (Pahang)

Pulau Tioman (Pahang)

65 of 67

Perlombongan

  • Kawasan pesisir pantai kaya dengan sumber mineral seperti petroleum dan gas asli.
  • Sumber ini terdapat di luar kawasan pesisir pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Terengganu

66 of 67

Pelabuhan

  • Kawasan pinggir laut berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang sesuai dijadikan tapak pelabuhan, contohnya:
  • Pelabuhan Klang, Selangor Aktiviti
  • Pelabuhan Klang (Selangor)
  • Pelabuhan Pasir Gudang (Johor)

Pelabuhan Pasir Gudang (Johor)

67 of 67

TAMAT