1 of 5

FOKUS LMS

SEJARAH SPM 2021

iPRO SIFU

XTRA FOKUS

Bab 3: Pendudukan Jepun

2 of 5

Bab 3: Pendudukan Jepun di Negara Kita

Apakah tujuan slogan / propaganda Jepun “Semangat Asia” dan ”Asia untuk Orang Asia” ?

  • menanam semangat anti penjajah Barat
  • menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia

Mengapakah Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa @ Jelaskan dasar peluasan kuasa Jepun.

Apakah tindakan Jepun untuk memenuhi keperluan ekonomi, ketenteraan dan perkembangan politiknya?

Dasar Peluasan Kuasa

Huraian

Keperluan Perindustrian

  • mengurangkan kebergantungan kepada negara Barat
  • memerlukan wilayah untuk mendapatkan bahan mentah
  • menjadi kawasan pasaran bagi mengembangkan lagi perindustrian

Pengaruh Golongan Tentera

  • Peranan Jeneral Hideki Tojo mengheret Jepun ke kancah peperangan
  • memandangkan Jepun mempunyai angkatan tentera yang paling moden di Asia
  • menyelesaikan masalah ekonomi

Orde Baharu Asia

  • matlamatnya mengembangkan kuasa
  • mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat
  • membentuk satu blok ekonomi di Asia Timur merangkumi Jepun, Korea, China dan Manchuria

3 of 5

Bab 3: Pendudukan Jepun di Negara Kita

Mengapakah Jepun berminat menguasai negara kita?

Jelaskan faktor-faktor kedatangan Jepun ke negara kita.

Faktor

Huraian

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

  • Keperluan bahan mentah untuk perindustrian
  • ekoran Pembaharuan Meiji dan operasi ketenteraan Jepun.
  • Tanah Melayu menjadi sasaran kerana pengeluaran bahan mentah
  • Contohnya, bijih timah dan getah

Kepentingan Strategik Ketenteraan

  • Kedudukan Tanah Melayu yang strategik sesuai untuk ketenteraan Jepun
  • Untuk menguasai Singapura bagi membuka laluan penguasaan Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera.
  • Penguasaan terhadap Pulau Borneo penting untuk menjayakan operasi penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa.

4 of 5

Bab 3: Pendudukan Jepun di Negara Kita

Huraikan dasar pendudukan Jepun di negara kita dari aspek politik @ dasar pentadbiran Jepun.

Dasar

Huraian

Pentadbiran Tentera Jepun

  • memperkenalkan pemerintahan Tentera Tanah Melayu
  • Pada peringkat awal Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan di bawah satu pentadbiran untuk membentuk Kawasan Pertahanan Khas 
  • diletakkan dibawah pasukan tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Singapura. 
  • pentadbiran dilakukan secara berasingan kerana terdapat perbezaan politik dan ekonomi
  • Pentadbiran Singapura (Syonan-to) diasingkan dengan Tanah melayu (Malai Baru)
  • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran kerajaan Thailand 
  • Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Kita Boruneo dan diketuai oleh Gabenor Jeneral.

Dasar terhadap Raja-raja Melayu

  • Pentadbiran tentera Jepun mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu serta diberikan bayaran pencen. 
  • Kedudukan sultan di negeri masing-masing diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun 

Dasar terhadap kepimpinan Tempatan

  • Pentadbiran tentera Jepun memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi
  • Langkah ini bagi mengatasi masalah kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk
  • menubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrenjo
  • untuk melatih dan menanam semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun.

5 of 5

Bab 3: Pendudukan Jepun di Negara Kita

Huraikan dasar pendudukan Jepun di negara kita dari aspek ekonomi dan sosial.

Dasar

Huraian

Ekonomi

  • Akibat kemelesetan ekonomi, pentadbiran tentera Jepun melaksanakan sistem ekonomi kawalan. 
  • Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Penyelidikan Bahan diperkenalkan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan. 
  • Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan untuk membangunkan industri tempatan dan memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada. 
  • Mata wang Jepun di cetak dan dikenali sebagai “wang pokok pisang” bagi menggantikan mata wang yang digunakan oleh British

Sosial

  • Jepun bertindak menutup sekolah Inggeris dan Cina
  • Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan untuk membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu), mencapai teknologi industri, meningkatkan disiplin dan menerapkan nilai Jepun. 
  • Menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin), menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun (Tenno Heika). 
  • Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dijalankan secara meluas bagi menjadikan bahasa Jepun sebagai lingua franca dalam Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya. 
  • Sekolah bermula dengan perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo).