1 of 53

HUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT

2 of 53

HASIL PEMBELAJARAN

  • Menjelaskan peranan kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

  • Menjelaskan peranan masyarakat dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

  • Menjelaskan peranan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

3 of 53

LIPUTAN KULIAH

  • PENGENALAN
  • PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
  • PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
  • PERANAN SWASTA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
  • KESIMPULAN

4 of 53

Pengenalan

  • Proses pemupukan perpaduan dan hubungan etnik – bersifat top down.

  • Kejayaan Malaysia mewujudkan keharmonian antara etnik – hasil usaha kerajaan dan disokong oleh pelbagai pihak.

5 of 53

PERANAN KERAJAAN DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

SEKOLAH WAWASAN

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

6 of 53

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL

  • 1 Julai 1969 – Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN diwujudkan.

  • 1990 – 2004 - Jabatan Perpaduan Negara diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

  • Kemudian diletakan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama JPNIN.

7 of 53

8 of 53

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

POLITIK: PERSEFAHAMAN

PENDIDIKAN

EKONOMI

PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

AGAMA

KEBUDAYAAN

9 of 53

POLITIK

  • Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam bidang politik untuk memajukan perpaduan negara hendaklah berlandaskan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan mengenai sistem Kerajaan Persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, Kedudukan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, hak mengamalkan agama masing-masing, hak asasi rakyat Malaysia, kedudukan istimewa kaum bumiputer dan peribumi, dan pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dangan Kerajaan-kerajaan Negeri.

  • Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang memainkan peranan penting – mengawal/mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan eharmonian antara kaum.

10 of 53

Ekonomi

  • Perkara penting yang perlu diambil kira;
    • Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Langkah dan program yang dilancarkan dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan wilayah mungkin menimbulkan pelbagai salah tanggapan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang tertentu. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya sebarang salah tanggapan dapat diperbetul dan apa-apa perasaan tidak puas hati dapat dibendung.
    • Program untuk mengurang dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum.
    • Sektor swasta akan terus digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi tertentu.

11 of 53

Pendidikan

  • Peranannya – menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi sosialisasi dan menyediakan saluran penyebaran dan penerapan pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunkan kesedaran nasional, semangat cina dan bangga kepada negara dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

12 of 53

Penggunaan Bahasa Kebangsaan

  • Alat paling berkesan untuk memupuk perpaduan.

  • Membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi.

  • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan – bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu.

13 of 53

Agama

  • Untuk memelihara suasana harmonis antra rakyat berbilang kaum, agama dan kepercayaan - sikap berakomodatif, hormat-menghormati dan kepekaan terhadap kepercayaan, pantang larang dan sensitiviti agama kaum lain hendaklah diamalkan.

  • Pengembangan agama dalam kalangan penganut agama lain – tertakluk pada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

14 of 53

15 of 53

Kebudayaan

  • Kebudayaan nasional berpandukan 3 prinsip di dalam Dasar Kebudayan Kebangsaan:
    • Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
    • Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan
    • Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

16 of 53

17 of 53

Integrasi wilayah

  • Langkah yang diambil untuk mengintegrasikan antara negeri dan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak:

  • Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan
  • Perluasan sistem radio dan televisyen nasional kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di kedua-dua negeri itu
  • Program lawatan pemimpin-pemimpin masyarakat.

18 of 53

19 of 53

Keselamatan

  • Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi :

  • pencegahan – mencegah daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara atau ketenteraman awam yang terbit daripada ketegangan atau konflik antara kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri.
  • Contoh: penguatkuasaan sekatan di sisi undang-undang.
  • Pemulihan – mententeramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik.
  • Contoh: Polis, Tentera

20 of 53

21 of 53

Pembangunan kawasan

  • Kawasan kejiranan – mempunyai latar penduduk daripada pelbagai kaum.

  • Penyediaan prasarana dan penganjuran aktiviti – melibatkan semua penduduk.

  • Kawasan perumahan – mengandungi pembangunan bercampur.

22 of 53

23 of 53

Pembangunan Tenaga Manusia

  • Majikan – lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya.

  • Menerapkan unsur-unsur perpaduan di kalangan pekerja dan melaksanakan dasar Kerajaan.

  • Interaksi antara pekerja pelbagai kaum dan pemupukan nilai-nilai murni perlu digalakan.

24 of 53

Media Massa

  • Media elektronki dan internet – membantu melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat dan penerapan nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan.

  • Syarikat swasta – tanggungjawab sosial.

  • Akhbar dan majalah – pengamalan etika kewartawanan, sikap bertanggungjawab dan peka apabila melapor perkara yang boleh menjejaskan perpaduan antara kaum dan agama.

  • Kawalan perlu terhadap kegiatan dan laporan media cetak – Akta Cetak dan Akta Hasutan.

25 of 53

26 of 53

Kesukanan

  • Mewujudkan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial.

  • Acara sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili pasukan kebangsaan – menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan perasaan buruk sangka di kalangan rakyat.

27 of 53

28 of 53

Pemasyarakatan Perpaduan

  • Diperkenalkan pada tahun 1998.

  • Strategi Kerajaan ke arah menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan Bangsa Malaysia berasaskan :

  • Semangat persaudaraan dan kewarganegaraan yang tinggi.
  • Melalui proses penerapan nilai-nilai murni mengenai perpaduan.

29 of 53

Pertubuhan Sukarela

  • Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk – saluran menerapkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang.

Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

  • Memperbanyak penyelidikan – perpaduan negara dan integrasi nasional.
  • Hasil kajian – merangka strategi dan perancangan program yang berkesan.
  • Pengesanan ini dapat diperkukuhkan – penerbitan bahan bacaan.

30 of 53

31 of 53

Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik

  • Pengesanan perhubungan sosial – ditingkatkan melalui sistem ‘online’.
  • Maklumat dapat dikesan, diperoleh dengan segera dan membantu pihak jabatan atau agensi untuk mengambil tindakan pencegahan awal.

32 of 53

  • PANEL DAN JKPPN – bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain.

  • Bertanggungjawab – menasihat, melapor dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.

33 of 53

Program dan Aktiviti Perpaduan

  • Program Pemetaan Perpaduan – proses meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu.

  • Peringkat sekolah – aktiviti pendidikan pelbagai budaya.

  • Tempat kerja – aktiviti pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja.

  • Peringkat komuniti – aktiviti pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan masyarakat setempat.

34 of 53

Strategi-strategi Lain

  • Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya.

  • Mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan.

  • Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia.

  • Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia

35 of 53

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

INTEGRASI WILAYAH

PEMBANGUANAN KAWASAN

KESELAMATAN

KESUKANAN

PENGGUNAAN TENAGA MANUSIA

MEDIA MASSA

36 of 53

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

PEMASYARAKATAN PERPADUAN

PERTUBUHAN SUKARELA

PEMANTAUAN ISU SEMASA & KONFLIK

PENYELIDIKAN & PENERBITAN BAHAN BACAAN

37 of 53

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

PENUBUHAN PANEL PENASIHAT PERPADUAN NEGARA &

JAWATANKUASA PENASIHAT PERPADUAN PERINGKAT NEGERI

PROGRAM DAN AKTIVITI PERPADUAN

STRATEGI-STRATEGI LAIN

38 of 53

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

  • Dalam Rancangan Malaysia ke9 – kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan.

  • Iaitu 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010.

  • Semangat perpaduan di kalangan pelajar bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak sekolah tetapi juga institut pendidikan tinggi.

39 of 53

  • Antara langkah yang boleh dijakankan adalah:

  • Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
  • Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik
  • Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik
  • Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

40 of 53

SEKOLAH WAWASAN

  • Salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan intergasi nasional.

  • Tujuannya – mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi.

41 of 53

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

  • Dilaksanakan pada tahun 2004 berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multi-disiplin.

  • Tujuannya – meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.

42 of 53

43 of 53

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI

RUKUN TETANGGA

PENERIMAAN BUDAYA

RUMAH TERBUKA

PROGRAM DI IPT

44 of 53

Rukun Tetangga

  • Diperkenalkan pada tahun 1975.

  • Objektif – memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara.

  • Aktiviti :
    • Sosial
    • Pendidikan
    • Sukan, rekreasi
    • Kesihatan dan alam sekitar
    • Kebajikan, agama
    • Kesenian dan kebudayaan
    • Ekonomi, keselamatan

45 of 53

46 of 53

Rumah Terbuka

  • Diadakan apabila tiba musim perayaan.

  • Penyediaan makanan bagi etnik dan agama yang berbeza – memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, memahami serta menghormati budaya masing-masing.

47 of 53

48 of 53

Penerimaan Budaya

  • Dari segi pakaian dan makanan.

  • Pemberian duit raya.

  • Taman-taman perumahan – terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik.

49 of 53

50 of 53

Program di IPT

  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar – menggalakkan aktiviti yang menjurus kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa.

  • Kepimpinan pelajar – dianggotai oleh pelbagai kaum.

  • Sukatan kursus – menitikberatkan aspek nilai rohani dan budaya bersama yang menyatupadukan generasi muda.

  • Saranan diwujudkan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara di IPT.

  • Aktiviti kokurikulum – sukan, persatuan, keluarga angkat, ceramah harus dipergiatkan lagi.

51 of 53

PERANAN SWASTA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

  • Pertubuhan – pertubuhan induk peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik.

  • Wujudkan pelbagai dialog dan seminar.

  • Contoh: Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.

  • Kepimpinan – kepimpinan pelbagai kaum.
  • Contoh: Majlis Belia Malaysia.

52 of 53

PERANAN SWASTA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

  • Sains dan teknologi – menseimbangkan bilangan pelajar untuk melahirkan saintis antara kaum.

  • Menyumbangkan dana – meningkatkan penyelidikan dan pembangunan.

  • Membantu pembangunan ekonomi negara – menarik ramai pelabur.

  • Memberi peluang pekerjaan.

53 of 53

KESIMPULAN

  • Setiap hubungan etnik mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing.

  • Usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu disusun dan difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik.