1 of 9

OLEH : USTAZAH NURUL AMIRAH

ULUM AL-QURAN

AYAT AL-QURAN YANG PERTAMA DITURUNKAN

KKQ TINGKATAN 2

BAHAN KKQ NEGERI SELANGOR

2 of 9

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ٥

﴿بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

SURAH AL-‘ALAQ : AYAT 1-5

PANDANGAN 1

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN

3 of 9

Daripada Aisyah R.A , beliau berkata : “permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah SAW ialah mimpi yang benar dalam tidur. Setiap kali bermimpi Rasulullah SAW melihat ada yang datang bagaikan cahaya yang terang diwaktu pagi. Setelah itu beliau amat gemar bersendirian meninggalkan keluarganya dengan bekalan makanan secukupnya di Gua Hira’. Perkara ini berulang pada Rasulullah sehinggalah baginda didatangi malaikat Jibril. Malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah SAW :”Bacalah!”. Kemudian, aku (Rasulullah) berkata : “Aku tidak tahu membaca”. Maka dipeluknya aku dengan kuat (sehingga terasa amat sakit). Diulangkan perkara tersebut sebanya 3 kali. Maka malaikat Jibril membaca, “Iqra’ bismikallazi Kholaq….. “.

DALIL

SURAH AL-‘ALAQ : AYAT 1-5

PANDANGAN 1

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN

4 of 9

يٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ١ قُمۡ فَأَنذِرۡ٢ وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ٣ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ٤ وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ٥

﴿بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

SURAH AL-MUDDATHIR : AYAT 1-5

PANDANGAN 2

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN

5 of 9

Dari Abi Salamah ibni Abd Rahman bin Auf telah berkata : Aku bertanya kepada Jabir bin Abdillah : “Manakah ayat Al-Quran yang diturunkan terawal?” Maka jawab Jabir bin Abdillah : “Ya Ayyuhal Muddathir”. Saya (Abi Salamah) bertanya : atau “Iqra’ bismi rabbik?”. Beliau menjawab: saya memberitahu kamu apa yang telah Rasulullah beritahu kepada kami. Sabda Rasulullah : Sesungguhnya aku mengasingkan diri di gua Hira’. Setelah menyelesaikan masa pengasinganku itu, aku turun dan menyusur ke lembah. Aku memandang ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Kemudian, aku memandang ke langit. Tiba-tiba aku melihat malaikat Jibril AS sehingga aku berasa gementar dan takut. Lalu aku pulang menemui Khadijah dan aku menyuruh mereka agar menyelimutkan aku, lalu aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat “Ya Ayyuhal muddathir, …….”

DALIL

SURAH AL-MUDDATHIR : AYAT 1-5

PANDANGAN 2

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN

6 of 9

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ٧﴾

﴿بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ١

SURAH AL-FATIHAH : AYAT 1-5

PANDANGAN 3

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN

7 of 9

Daripada Abi Maisarah bin Syurahbil, sesungguhnya rasulullah SAW bersabda kepada Khadijah : “Sesungguhnya apabila aku bersendirian, aku mendengar suara memanggil. Demi Allah! Aku berasa amat takut untuk menghadapi perkara tersebut. Jawab Khadijah : “Aku berlindung kepada Allah, tentu Allah tidak akan melakukan demikian kepadamu kerana engkau selalu menunaikan amanah, menyambung silaturrahim dan bercakap benar”. Ketika Abu bakar As-Siddiq datang, Khadijah menyebutkan percakapan Rasulullah SAW kepaberjumpa dengan Waraqah bin Naufal”. Lalu mereka pun pergi dan menceritakan kisah itu kepada Waraqah. Rasulullah SAW pun berkata :

( إذا خلوت وحدس سمعت نداء خلقي : يا محمد, يا محمد فانطلق هاربا في الارض ).

Kata Waraqah bin Naufal pula : “lain kali kamu jangan lari apabila datang kepadamu, tetapkanlah hatimu hingga kamu mendengar apa danya lalu dia berkata : “pergilah tuan hamba bersama Muhammad untuk yang dikatakan, kemudian, ceritakanlah kepadaku”. Apabila Rasulullah SAW bersunyi diri lalu baginda dipanggil “Hai Muhammad! Katakanlah, : Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin……..”

DALIL

SURAH AL-FATIHAH : AYAT 1-7

PANDANGAN 2

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN

8 of 9

﴿بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ﴾

AYAT BASMALAH

PANDANGAN 4

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN

9 of 9

Hadis daripada Al-Wahidi yang sanadnya dari Ikrimah dan AlHasan : “Permulaan ayat Al-Quran yang diturunkan ialah “Bismillahirrahmanirrahim” dan permulaan surah yang diturunkan ialah “Iqra’ bismi rabbikallazi Kholaq”.

DALIL

AYAT BASMALAH

PANDANGAN 2

AYAT AL-QURAN PERTAMA DITURUNKAN