1 of 19

EMM413

Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

School of Education and Cognitive Science

2 of 19

3 of 19

Pengenalan

  • Penulisan ini membincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam mendepani era revolusi Industri 4.0.
  • Pengajaran kemahiran menulis murid di Tahap I menekankan pembelajaran yang menyeronokkan serta berkonsepkan aktiviti didik hibur.
  • Aktiviti didik hibur yang mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian dan permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu murid menguasai dan menghayati pembelajaran bahasa Melayu.
  • Murid di Tahap II pula diberi penekanan dalam aplikasi kemahiran bahasa.
  • Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan.
  • Murid dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dan tatabahasa yang baik bagi membantu murid menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti.

4 of 19

OBJEKTIF KAJIAN�

  1. Mengenal pasti penguasaan kemahiran menulis bahasa Melayu murid SJKC.
  2. Mengenal pasti penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

dalam kalangan murid di SJKC.

  1. Mengenal pasti pengunaan bahan sastera dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu di SJKC.

5 of 19

6 of 19

7 of 19

8 of 19

  • Dapatan pemerhatian semasa pelaksanaan PdP di bilik darjah menunjukkan murid terlibat aktif dalam aktiviti soal jawab bersama guru dan rakan-rakan.
  • Murid juga dapat menjelaskan tajuk karangan dengan mudah dan dapat merumuskan dan menyusun isi-isi penting mengikut urutan perenggan.
  • PdP guru lebih terancang dan tersusun.
  • Fungsi guru di dalam bilik darjah sebagai fasilitator dapat dilihat dengan jelas apabila guru hanya perlu membimbing kumpulan murid memahami tugasan.
  • Murid-murid boleh melaksanakan tugasan menulis mereka dengan bersoal jawab dan berbincang dalam kumpulan.

9 of 19

10 of 19

11 of 19

12 of 19

13 of 19

  • Dapatan pemerhatian PdP di bilik darjah menunjukkan murid-murid Tahun 3 seronok belajar kemahiran menulis bahasa Melayu apabila guru menyediakan bahan bantu seperti animasi cerita dan bahan-bahan digital di dalam kelas.
  • Guru juga menayangkan cerita gambar bersiri bagi menarik minat murid terhadap tajuk karangan penceritaan.
  • Murid dapat mencatatkan isi karangan dan menyusun isi mengikut perenggan.
  • Murid dapat membuat ayat apabila guru menyuruh murid meramal dan membayangkan cerita tersebut seolah-olah murid pernah mengalaminya atau menceritakan semula pengalaman mereka sesuai dengan tajuk karangan.

14 of 19

15 of 19

Berikan pendapat anda tentang hasil dapatan kajian penulis

  • PdP kemahiran menulis bahasa Melayu di SJKC perlu dipertingkatkan melalui kerjasama semua pihak.
  • Guru-guru Bahasa Melayu perlu mempersiapkan diri dengan mengaplikasikan strategi dan kaedah PdP yang pelbagai serta bersesuian dengan kesediaan murid.
  • Pelaksanaan PdP yang sesuai serta berkonsepkan PdP abad ke-21 serta inovasi PdP IR 4.0 tidak semestinya bergantung sepenuhnya kepada teknologi yang tinggi tetapi lebih kepada kreativiti dan inovasi penyampaian guru.
  • Guru-guru bahasa Melayu perlu peka dengan perubahan perkembangan global pendidikan.

16 of 19

  • Dalam PdP kemahiran menulis bahasa Melayu, murid perlu dibimbing menyusun ayat bagi membentuk perenggan.
  • Dengan demikian, murid akan berupaya mengedit dan memurnikan penulisan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan.
  • Murid SJKC Tahap I perlu dibimbing menguasai kemahiran menulis bahasa Melayu melalui pengolahan cerita berdasarkan pengetahuan sedia ada (PSA) imaginasi futuristik dan meramal kajian masa depan (KMD).

17 of 19

  • Pemantapan Pengajaran Kemahiran Menulis: Kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid di SJKC memerlukan pendekatan pengajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan dalam kemahiran menulis.
  • Aktiviti seperti penggunaan animasi dan bahan digital dapat meningkatkan minat mereka dalam menulis karangan.
  • Penekanan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua: Murid-murid SJKC yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu cenderung untuk tidak menggunakannya dalam komunikasi seharian.
  • Guru perlu lebih kreatif dalam mengintegrasikan bahasa Melayu dalam pelbagai konteks, seperti aktiviti bercerita, supaya murid lebih yakin dan selesa menggunakan bahasa tersebut.

18 of 19

  • Penggunaan Bahan Sastera dan Digital: Penggunaan bahan sastera, terutama dalam bentuk digital, didapati dapat membantu murid memahami dan menulis karangan dengan lebih baik. kajian ini mencadangkan bahawa integrasi bahan sastera melalui teknologi seperti RI 4.0 penting dalam PdP bahasa Melayu.
  • Keperluan Guru untuk Kreatif dan Inovatif: Guru bahasa Melayu perlu mengadaptasi kaedah pengajaran abad ke-21 dengan memanfaatkan teknologi dan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.
  • Pendekatan PdP yang kolaboratif dan koperatif dapat membantu murid membina kemahiran menulis yang lebih baik.
  • Kajian ini memberi panduan untuk menambah baik pengajaran bahasa Melayu di SJKC dan menunjukkan keperluan untuk lebih banyak sokongan dan inovasi dalam pengajaran kemahiran menulis.

19 of 19

Rujukan