ASPIRASI
MAJLIS DAERAH BERA
EDISI 2 / 2019 JULAI - DISEMBER
www.mdbera@pahang
PERKHIDMATAN BERKUALITI MASYARAKAT HARMONI
PERIUK KERA
01
" PERKHIDMATAN BERKUALITI,
MASYARAKAT HARMONI "
SIDANG EDITOR
PENAUNG
YH. DATO’ RAZIHAN BIN AZHARUDDIN D.I.M.P
PENASIHAT
CIK NOORUL NAZREEN BINTI NORDIN
KETUA EDITOR
PN. NOR ZARINA BINTI YUSOF
REKA BENTUK / GRAFIK / SUSUNAN
EN. MOHD AMIN BIN ABD KHALID
JURUFOTO
EN.MOHAMAD AMALI BIN SAFIENY
02
10 JULAI 2019 – Majlis Daerah Bera sentiasa mengambil langkah proaktif terhadap pegawai dan kakitangan jabatan ini supaya bebas daripada gejala ketagihan dadah kerana sekiranya ini berlaku akan menjejaskan mutu kerja kakitangan terbabit khususnya dan seterusnya akan menjejaskan mutu perkhidmatan jabatan amnya. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis sentiasa mengadakan ujian air kencing secara mengejut kepada pegawai dan kakitangan bagi memastikan persekitaran kerja jabatan ini bebas daripada najis dadah.
03
PROGRAM ‘ URINE TEST ’ PEGAWAI DAN KAKITANGAN
SERAMAI 1,419 atlet dan pegawai akan berkampung di Pekan selama empat hari bermula semalam bagi menjayakan temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah berkata, penyertaan kali ini terdiri daripada 12 kontinjen dari seluruh daerah negeri ini melibatkan 15 acara sukan dipertandingkan. "Kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan ini sudah menjangkau kali kelapan sejak 16 tahun lalu dan diadakan secara bergilir-gilir mengikut daerah. "Pada kali ini 15 sukan yang dipertandingkan termasuk bola sepak, futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, golf, sepak takraw, petanque, tarik tali, menembak, boling, pingpong, dart, karom dan memanah," titah baginda sebelum merasmikan acara tersebut. Baginda berkata, menerusi penglibatan sukan bukan sahaja dapat memantapkan kesihatan fizikal bahkan mewujudkan sikap setiakawan dan silaturahim terutama dalam sukan berpasukan. Majlis Daerah Bera telah menduduki tempat ke-6 keseluruhan pada kali ini dimana menunjukkan peningkatan prestasi berbanding kedudukan sebelum ini tempat ke-9 keseluruhan.
04
15-18 Ogos 2019
05
BERA, Ogos - Bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara kali ke-61 yang bakal diraikan pada 31 Ogos ini, masyarakat diseru mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan, kediaman dan kenderaan. Menyokong kepada usaha itu, kira-kira 20,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada orang ramai menerusi konvoi mengibarkan Jalur Gemilang menjelajah seluruh daerah yang diadakan bermula 17 Ogos lalu. Pelbagai kenderaan terlibat termasuk teksi, kenderaan agensi kerajaan, motosikal dan basikal. Malah di Bera sahaja kira-kira 20 kenderaan terlibat dalam menjayakan sesi penjelajahan konvoi kempen mengibarkan Jalur Gemilang.
Sehubungan dengan itu, Majlis Daerah Bera menyeru semua pemilik/penyewa premis perniagaan dan industri di daerah ini bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di samping memperindahkan bangunan/premis masing-masing sama ada mewarnai dengan cat-cat yang menarik, membuat reka bentuk dan tema kemerdekaan, memperindahkan persekitaran premis dan landskap masing-masing.
06
JOHAN ( KATEGORI PEJABAT KERAJAAN )
Sempena Pertukaran YH. Dato ’ Razihan Bin Adzharuddin. DIMP. ( YDP ) Majlis Daerah Bera. Sebagai menghargai jasa beliau satu Majlis perpisahan telah diadakan bertempat di Panorama Resthouse Majlis Daerah Bera. YH Dato’ merupakan YDP MDB Yang ke-8. Memulakan khidmatnya di MDB bermula 22.04.2015. Majlis Dimulakan dengan ucapan dari YH. Dato ’ Razihan Bin Adzharuddin dan diteruskan dengan tayangan slaid yang memaparkan kenangan-kenangan YH Dato sepanjang tempoh bertugas di Majlis Daerah Bera. Majlis Diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan sesi bersalaman dan sesi fotografi bersama warga kerja Majlis Daerah Bera dan tetamu yang hadir.
07
MAJLIS DAERAH BERA
MAJLIS SETULUS BUDI SEGUNUNG KASIH - 6 SEPTEMBER 2019
08
TAKLIMAT KEPADA
JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PAHANG
10 SEPTEMBER 2019
Koperasi Kakitangan Majlis Daerah Bera Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 2 pada 24 September 2019 bertempat di Dewan Cemerlang, Majlis Daerah Bera. Mesyuarat dirasmikan oleh Puan Puteri Yasmin, Wakil Daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Pahang. Mesyuarat juga telah dihadiri oleh anggota Koperasi MDB yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Bera
09
MESYUARAT AGUNG
KOPERASI MDB KALI KE-2
10
PROGRAM LIBAT URUS AHLI AHLI MAJLIS, MAJLIS DAERAH BERA BERSAMA PEMIMPIN TEMPATAN
2 OKTOBER 2019
11
MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG - 21 OKTOBER 2019
25 November 2019 – Satu perjumpaan Bersama Yang Dipertua Ke-9 Majlis Daerah Bera iaitu Encik Khuzaidi Bin Harun telah diadakan pada hari ini bagi bersuai kenal dengan Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian / Unit di Majlis Daerah Bera. Seluruh pegawai dan kakitangan MDB amat mengalu-alukan kedatangan En. Khuzaidi Bin Harun selaku Yang Dipertua MDB yang baru dan semoga dengan kehadiran beliau ke jabatan ini akan membawa organisasi ini ke tahap yang lebih tinggi.
12
MAJLIS DAERAH BERA
PERJUMPAAN BERSAMA
YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BERA YANG BARU
09-250 1708
09-250 1700, 09-250 1701, 09-250 1702
MAJLIS DAERAH BERA
28200 Bandar Bera , Pahang Darul Makmur
majlis@mdbera.gov.my
www.mdbera.gov.my
majlisdaerahbera