1 of 101

BAB 1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Perniagaan Tingkatan 5 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

2 of 101

PENGENALAN

  • Pengurusan sumber manusia juga dikenali sebagai pengurusan modal insan yang memfokuskan kepada keperluan tenaga kerja dan pengurusan dalam pembahagian kerja.
  • Oleh itu, pengurusan sumber manusia perlu dirangka, dirancang dan dilaksanakan secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat perniagaan yang disasarkan.

3 of 101

DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

4 of 101

DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  • Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.

5 of 101

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  • Sumber manusia sentiasa mencukupi
  • Sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini.
  • Pengagihan sumber manusia secara berkesan.

6 of 101

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  • Kebajikan pekerja sentiasa dijaga.
  • Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau.
  • Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi.

7 of 101

PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN

8 of 101

PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN

  • Peranan pengurusan sumber manusia melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal keperluan sumber manusia dalam perniagaan.

9 of 101

KEPERLUAN PEKERJA, MEREKRUT PEKERJA, KONTRAK PEKERJAAN DAN DESKRIPSI TUGAS

  • Teknik merekrut dan proses pemilihan boleh menarik calon yang berkelayakan menyertai sesebuah perniagaan.
  • Deskripsi tugas yang jelas akan memastikan pekerja menjalankan tugas dengan cekap.
  • Penawaran kontrak yang menarik akan dapat memastikan kesetiaan pekerja.

10 of 101

MEMBANGUNKAN PASUKAN UNTUK MENCAPAI SASARAN

  • Mewujudkan semangat berpasukan.
  • Setiap pekerja akan berusaha untuk mencapai Indeks Pencapaian Utama (KPI) pasukan sebagai petunjuk kepada prestasi pencapaian kerja.
  • Wujud kerjasama melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk mencapai sasaran pasukan.

11 of 101

PRESTASI PASUKAN

  • Prestasi pasukan akan mempengaruhi produktiviti, kuantiti dan kualiti pengeluaran sesuatu perniagaan.
  • Prestasi dan motivasi pasukan boleh dipertingkatkan melalui latihan dan kursus secara intensif.

12 of 101

LATIHAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN

  • Program latihan dan pembangunan mesti diberikan secara berterusan mengikut keperluan semasa.
  • Program latihan dan pembangunan seperti latihan sambil bekerja boleh melengkapkan diri pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang khusus.

13 of 101

MEMBENTUK PERSEKITARAN KERJA YANG POSITIF DAN HARMONI

  • Persekitaran kerja yang kondusif akan meningkatkan produktiviti, motivasi, kepuasan kerja, mengurangkan kesilapan tugas dan tekanan kerja.
  • Bagi jangka masa panjang, persekitaran kerja yang harmoni akan membolehkan pekerja menjana banyak idea baharu serta mampu menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pihak luar.

14 of 101

PEMANTAPAN BUDAYA PROFESIONAL

  • Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat mewujudkan dan memantapkan budaya profesional di tempat kerja.
  • Contohnya, konsep pengurusan Jepun seperti Total Quality Management (TQM), Kaizen, 5S, Zero Defect dan sebagainya boleh diamalkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

15 of 101

MENGGALAKKAN KREATIVITI DAN INOVASI

  • Pengurusan sumber manusia perlu menggalakkan pembangunan bakat pekerja menerusi pelbagai aktiviti dan menyediakan sumber pembiayaan pendidikan untuk menggalakkan pekerja menambahkan pengetahuan dan kemahiran kepakaran.

16 of 101

MENGGALAKKAN KREATIVITI DAN INOVASI

  • Pekerja yang kreatif dan inovatif dalam organisasi akan memantapkan pencapaian organisasi melalui tambah baik, hasil produk dan perkhidmatan untuk memberi persaingan perniagaan lebih baik.
  • Pekerja yang kreatif dan inovatif akan diberikan ganjaran dan penghargaan kerana sumbangan, produktiviti dan motivasi kerja mereka.

17 of 101

PEMBERIAN INSENTIF YANG MUNASABAH

  • Fungsi ganjaran kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi perniagaan, meningkatkan motivasi dan kesetiaan pekerja serta memastikan pekerja rasa mereka dihargai.
  • Pengurus Sumber Manusia perlu menyediakan skim kesihatan dan keselamatan yang bersesuaian bagi menjamin atau melindungi kebajikan pekerja.
  • Hal ini bagi mewujudkan kesetiaan pekerja dan persekitaran kerja yang harmoni.

18 of 101

PEMBERHENTIAN PEKERJA

  • Terdapat beberapa jenis penamatan kontrak perkhidmatan seperti persaraan, penamatan perkhidmatan secara sukarela, penamatan perkhidmatan secara tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.
  • Pekerja yang diberhentikan atau menamatkan perkhidmatan akan diberikan ganjaran atau pampasan setimpal oleh majikan seperti bayaran gratuiti, persaraan dan pencen sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.

19 of 101

PEMBERHENTIAN PEKERJA

  • Perniagaan perlu ada sistem pemberhentian kerja yang sistematik supaya tidak ada pembaziran sumber manusia.
  • Mewujudkan suasana harmoni dan hubungan baik antara majikan dengan pekerja di dalam perniagaan.

20 of 101

APLIKASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN YANG MAMPAN

21 of 101

APLIKASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN YANG MAMPAN

  • Perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang memiliki kekuatan tersendiri dalam aspek penciptaan nilai.
  • Perniagaan yang mampan mampu mengekalkan pencapaian prestasi kedudukan kewangan dan penarafan yang meningkat secara berterusan.

22 of 101

MAYBANK

  • Maybank merupakan sebuah institusi perbankan yang terbesar di Malaysia.
  • Maybank menawarkan perkhidmatan seperti perbankan pengguna, perniagaan, perbankan korporat dan perkhidmatan perbankan swasta.
  • Maybank memiliki lebih daripada 374 buah cawangan tempatan dan 90 buah cawangan luar negara dan pejabat serta 2,700 buah mesin Automatic Teller Machine (ATM) dalam negara.
  • Kejayaan Maybank menjadi sebuah perniagaan yang mampan kerana bergantung kepada kecekapan dalam pengurusan sumber manusia melalui:

23 of 101

MAYBANK

  • Maybank menyediakan pelbagai program kompetensi dan praktikal untuk tenaga kerja agar para pekerja mempunyai bakat dan kemahiran yang tersendiri.
  • Maybank melaksanakan latihan penginstitusian bersama-sama pihak kerajaan dan swasta untuk membangunkan pasukan dan perkongsian kemahiran pekerja.

24 of 101

MAYBANK

  • Maybank mengamalkan pelbagai penilaian dalam proses pembangunan prestasi pasukan menerusi penetapan Indeks Prestasi Utama (KPI).
  • Pihak pengurusan sumber manusia kerap mengadakan sesi dialog mingguan dalam talian bagi memberi laluan kepada pekerja untuk menyumbang buah fikiran demi penambahbaikan organisasi.
  • Maybank menyediakan saluran e-mel (ASM) untuk membolehkan peringkat bawahan menyampaikan idea atau masalah kepada Exco Kumpulan.

25 of 101

MAYBANK

  • Maybank melaksanakan pelbagai program kepimpinan dalam pemantapan budaya profesional dalam kalangan pihak pengurusan.
  • Maybank menumpukan pembangunan kreativiti dan inovasi bakat baru menerusi ujian wawasan, kemahiran menyelesaian masalah, kepintaran matematik, aplikasi dalam talian selain keupayaan untuk menangani persekitaran yang mencabar.

26 of 101

MAYBANK

  • Maybank telah mewujudkan pelbagai skim ganjaran seperti peluang pembangunan dan kerjaya, faedah, pelan insentif jangka panjang, tunai boleh ubah, tunai tetap lain dan bayaran asas.
  • Maybank melaksanakan konsep T.I.G.E.R yang menjadi garis panduan kepada semua pekerja untuk mewujudkan persekitaran kerja dalaman yang positif dan harmoni.

27 of 101

PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SENDIRIAN BERHAD ATAU PERODUA

  • Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau PERODUA merupakan syarikat pengeluar kenderaan buatan Malaysia yang mencatat jualan kenderaan tertinggi dalam negara semenjak tahun 2006.
  • Perodua telah ditubuhkan pada tahun 1993 di Sungai Choh Rawang, Selangor dengan keluasan tapak kira-kira 80 hektar.
  • Perodua Kancil merupakan kenderaan pertama yang telah dilancarkan pada Ogos 1994.

28 of 101

PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SENDIRIAN BERHAD ATAU PERODUA

  • PERODUA menyediakan penghuraian dan spesifikasi tugas yang jelas dan teratur untuk dijadikan panduan kepada pekerja.
  • Pembahagian dan pengkhususan kerja membolehkan pekerja bekerja mengikut kemahiran dan keupayaan yang sesuai.
  • Hal ini telah meningkatkan keupayaan, kompetensi dan sumbangan pekerja kepada syarikat.
  • Pekerja diberi peluang mengikuti latihan simulasi, teknikal dan praktikal bagi mendedahkan mereka dengan pengetahuan penggunaan teknologi terkini.

29 of 101

PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SENDIRIAN BERHAD ATAU PERODUA

  • Program mentor menti dan pembelajaran kendiri diwujudkan bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan profesional, kemahiran teknikal dan pengalaman.
  • Keadaan ini secara langsung menggalakkan budaya kerjasama dan sepasukan dalam mencapai KPI organisasi.

30 of 101

PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SENDIRIAN BERHAD ATAU PERODUA

  • Sistem pengurusan sumber manusia juga memantau keperluan pekerja dalam organisasi melalui pangkalan data pekerja, bagi memastikan proses pengeluaran (production line) tidak terganggu oleh masalah kekurangan pekerja.
  • Keperluan pekerja dapat diatasi menerusi carta penggantian, pengambilan pekerja secara luaran atau mempromosikan pekerja dalaman yang berpengalama

31 of 101

PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SENDIRIAN BERHAD ATAU PERODUA

  • Pelan penambahbaikan prestasi pekerja dilaksanakan menerusi pelbagai ganjaran dan insentif yang menarik kepada pekerja yang cemerlang.
  • Khidmat nasihat dan kaunseling juga disediakan untuk memotivasikan pekerja yang kurang produktif.
  • Hubungan harmoni antara majikan dan pekerja diwujudkan menerusi pematuhan kepada perubahan dasar, prosedur dan peraturan yang ditetapkan organisasi.

32 of 101

ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

33 of 101

ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

  • Perancangan pengelolaan sumber manusia membantu merangka pembentukan strategi yang sesuai untuk memenuhi keperluan sumber manusia yang tepat bagi sesebuah perniagaan.
  • Perancangan sumber manusia yang strategik akan memudahkan pihak pengurusan merangka program bersesuaian untuk pembangunan perniagaan yang mampan.

34 of 101

ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

  • Penempatan pekerja dan fasiliti
  • Standard prosedur operasi tugas
  • Sistem penggajian
  • Penghargaan dan hukuman

35 of 101

PENEMPATAN PEKERJA DAN FASILITI

  • Penempatan pekerja adalah mengikut aspek kemahiran, kebolehan, minat kerjaya dan pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan.
  • Fasiliti yang bersesuaian dapat membantu meningkatkan kecekapan dan prestasi kerja.

36 of 101

CONTOH PENEMPATAN PEKERJA DAN FASILITI

  • Seorang akauntan memerlukan perisian perakaunan yang terkini.
  • Tukang jahit memerlukan mesin jahit yang pelbagai fungsi kerja dan alatan tambahan yang diperlukan.

37 of 101

STANDARD PROSEDUR OPERASI TUGAS

  • Standard Prosedur Operasi (SOP) merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.
  • SOP dalam pengurusan perniagaan melibatkan pengendalian dokumen seperti pelan, peraturan, pematuhan dan dasar bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan, meminimumkan risiko dan memelihara

38 of 101

CONTOH STANDARD PROSEDUR OPERASI TUGAS

  • Pekerja pembinaan perlu menggunakan topi keselamatan apabila memasuki tapak projek.
  • Pegawai bomba perlu sentiasa memakai baju keselamatan ketika bertugas

39 of 101

SISTEM PENGGAJIAN

  • Sistem penggajian yang kompetitif akan meningkatkan motivasi pekerja.
  • Jika sistem penggajian tidak adil, pekerja tidak akan kekal lama dan ini akan meningkatkan kos sumber manusia untuk melatih pekerja baharu.
  • Persaingan yang tinggi dalam mengekalkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir memerlukan pengurusan sumber manusia menyediakan ganjaran yang menarik.

40 of 101

CONTOH SISTEM PENGGAJIAN

  • Anggota polis perlu dilindungi dengan insurans berkelompok kerana melakukan tugas yang berisiko tinggi memerangi jenayah.
  • Seorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi akan mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baharu.

41 of 101

PENGHARGAAN DAN HUKUMAN

  • Pekerja yang berprestasi tinggi harus diberi penghargaan.
  • Pekerja yang berprestasi rendah dan bermasalah, akan dikenakan hukuman seperti amaran lisan dan bertulis, potongan gaji, tiada kenaikan pangkat, tiada insentif diberikan dan akhirnya pemberhentian kerja.
  • Tujuan hukuman sebagai peringatan dan pengajaran supaya pekerja lebih berdisiplin dan dapat meningkatkan prestasi.

42 of 101

CONTOH PENGHARGAAN DAN HUKUMAN

  • Pekerja yang banyak memberikan sumbangan kepada organisasi akan diberikan penghargaan.
  • Pekerja yang tidak mematuhi prosedur, peraturan dan polisi organisasi akan dikenakan hukuman.

43 of 101

JENIS KESALAHAN

  • Rasuah
  • Pecah amanah.
  • Salah guna aset syarikat
  • Tidak beretika
  • Ingkar arahan tanpa sebab kukuh.
  • Ponteng kerja.

44 of 101

PENYELESAIAN MASALAH

  • Perhubungan harmoni antara majikan dan pekerja dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang sejahtera.
  • Pihak pengurusan perlu mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bagi menggalakkan komunikasi berkesan.

45 of 101

CONTOH PENYELESAIAN MASALAH

Setiap masalah pekerja boleh dibawa berunding untuk mencari penyelesaian.

46 of 101

STRUKTUR ORGANISASI

  • Fungsi struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab, jawatan, jalur hubungan komunikasi dan deskripsi tugas.

47 of 101

KEPENTINGAN STRUKTUR ORGANISASI

  • Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan dalam organisasi mengikut keperluan setiap unit, bahagian atau jabatan dalam organisasi.
  • Membolehkan penyelarasan antara fungsi kerana setiap bahagian atau jabatan dalam organisasi mempunyai objektif yang berlainan.
  • Malah penyelarasan antara jabatan adalah penting bagi menentukan aktiviti yang diadakan selaras dengan matlamat organisasi.

48 of 101

KEPENTINGAN STRUKTUR ORGANISASI

  • Menetapkan bidang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan kompetensi, pengetahuan dan kepakaran.
  • Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi bagi membolehkan bahagian atau jabatan diwujudkan untuk mengendalikan bidang tugas tertentu.

49 of 101

CONTOH KEPENTINGAN STRUKTUR ORGANISASI

50 of 101

HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN PEKERJA DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN

51 of 101

DEFINISI KEBOLEHKERJAAN

  • Kebolehkerjaan boleh didefinisikan sebagai kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.
  • Hal ini membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka.
  • Antara kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan ialah kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi terkini, berinisiatif dan keusahawanan.

52 of 101

53 of 101

KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN

  • Kelayakan yang bersesuaian
  • Berpengalaman
  • Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan
  • Berpengalaman dalam industri tertentu
  • Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan atau jabatan

54 of 101

KELAYAKAN YANG BERSESUAIAN

  • Majikan akan mengambil pekerja berdasarkan kelayakan mengikut keperluan perniagaan.
  • Kepelbagaian ujian diperlukan untuk menilai personaliti dan kebolehan calon daripada beberapa aspek penting yang memenuhi keperluan perniagaan.

55 of 101

KELAYAKAN YANG BERSESUAIAN

  • Contohnya bagi sesebuah syarikat pengiklanan laman sesawang, pekerja yang perlu diambil mesti mempunyai pengetahuan teknologi maklumat, kreatif dan inovatif serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
  • Contohnya seorang akauntan perlu memiliki sekurang-kurangnya kelayakan akademik dalam bidang perakaunan dan kelayakan profesional seperti badan perakaunan bertauliah.

56 of 101

BERPENGALAMAN

  • Para pekerja yang mempunyai pengalaman merupakan satu kelebihan kepada perniagaan.
  • Majikan lebih memberi keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam pelbagai industri kerana dapat menjimatkan masa dan kos latihan pekerja.
  • Contohnya usahawan restoran mengutamakan pengambilan cef yang mempunyai pengalaman kerja kerana mereka terlatih, berkebolehan, kreatif dan ini dapat mengurangkan kos latihan dan pembangunan kerja.

57 of 101

BERPENGETAHUAN TENTANG PRODUK DAN PERKHIDMATAN

  • Pekerja yang berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan merupakan satu kelebihan untuk dipilih oleh majikan.
  • Pekerja yang berpengetahuan dalam perkhidmatan membolehkan mereka memasarkan perkhidmatan dan produk kepada pelanggan dengan berkesan.

58 of 101

BERPENGETAHUAN TENTANG PRODUK DAN PERKHIDMATAN

  • Pengetahuan tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan, juga boleh disampaikan melalui media sosial.
  • Contohnya pegawai bank perlu mempunyai pengetahuan tentang produk perbankan yang terkini dan perkhidmatan sampingan untuk memberi nilai tambah kepada pelanggannya.

59 of 101

BERPENGALAMAN DALAM INDUSTRI TERTENTU

  • Pengalaman dalam bidang kerja berkaitan amat penting kerana pekerja dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan lebih baik.
  • Contohnya pramugari yang telah lama berkhidmat dengan syarikat penerbangan, mereka lebih terlatih dan mempunyai pengetahuan yang baik dalam deskripsi tugas.
  • Kemahiran kebolehkerjaan ini, dapat memberi khidmat yang terbaik untuk syarikat penerbangan.

60 of 101

KEBERKESANAN MENCAPAI SASARAN INDIVIDU DAN PASUKAN ATAU JABATAN

  • Seseorang pekerja yang mempunyai pengalaman dan potensi boleh menyumbang kepada pencapaian sasaran individu, pasukan dan jabatan.
  • Komitmen dan daya usaha kerja yang positif dapat membentuk kesepakatan yang harmoni dalam mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan.

61 of 101

MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI DALAM 1.6 SESEBUAH PERNIAGAAN

62 of 101

MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN

  • Struktur organisasi perniagaan menunjukkan cara pembahagian setiap tugas dan tanggungjawab dalam kalangan pekerja.

63 of 101

JENIS STRUKTUR ORGANISASI

  • Struktur organisasi berdasarkan fungsi
  • Struktur organisasi berdasarkan produk
  • Struktur organisasi berdasarkan geografi/wilayah
  • Struktur organisasi berdasarkan pelanggan
  • Struktur organisasi berdasarkan matriks

64 of 101

STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN FUNGSI

  • Digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi kerana mudah dibentuk dan dipraktikkan.
  • Diwujudkan berdasarkan kepada fungsi utama dalam organisasi seperti pemasaran, pengeluaran, kewangan, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber manusia.
  • Menempatkan individu mengikut kemahiran atau kepakaran dalam fungsi tertentu.

65 of 101

CONTOH STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN FUNGSI

66 of 101

STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN PRODUK

  • Perniagaan berskala besar yang mengeluarkan pelbagai jenis produk.
  • Diwujudkan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelaraskan operasi atau perkhidmatan yang berkaitan.
  • Individu bekerja mengikut pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam penghasilan produk tertentu.

67 of 101

CONTOH STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN PRODUK.

68 of 101

STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN GEOGRAFI/WILAYAH

  • Diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi fokus syarikat.
  • Struktur organisasi ini memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di ibu pejabat bagi tujuan penyelarasan jabatan, unit dan bahagian di pelbagai wilayah.

69 of 101

CONTOH STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN GEOGRAFI/WILAYAH.

70 of 101

STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN PELANGGAN

  • Struktur organisasi ini diwujudkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pelanggan syarikat tersebut.
  • Biasanya wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan.
  • Penempatan pekerja adalah bergantung kepada kepakaran mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

71 of 101

CONTOH STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN KEPERLUAN PENGGUNA DI BANK

72 of 101

STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN MATRIKS

  • Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
  • Kombinasi dua jenis struktur organisasi iaitu struktur organisasi mengikut fungsi dan struktur organisasi mengikut produk.

73 of 101

CONTOH STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN MATRIKS.

74 of 101

SISTEM PENGGAJIAN BAGI SESEBUAH ORGANISASI

75 of 101

SISTEM PENGGAJIAN BAGI SESEBUAH ORGANISASI

  • Gaji ialah bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi.
  • Penggajian merujuk kepada semua urusan berkaitan gaji pekerja.
  • Tujuan penggajian adalah untuk menarik pekerja berkhidmat dalam organisasi, mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan memotivasikan pekerja

76 of 101

GAJI

  • Gaji Asas
  • Upah
  • Elaun

77 of 101

GAJI ASAS

  • Gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan seperti elaun, bonus, komisen dan lain-lain.
  • Gaji asas akan dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang telah dibuat antara pihak majikan dan pekerja.

78 of 101

UPAH

  • Upah merupakan bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja atau mengikut hari bekerja.

79 of 101

ELAUN

  • Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerja.
  • Pemberian elaun bergantung kepada jenis jawatan yang disandang.

80 of 101

FAEDAH

  • Caruman KWSP
  • Caruman PERKESO
  • Komisen
  • Pinjaman Kewangan
  • Bonus Tunai
  • Biaiswa Pendidikan

81 of 101

FAEDAH

  • Insurans Kelompok
  • Kemudahan Perubatan
  • Kemudahan Cuti
  • Tempat Penjagaan Anak-anak
  • Kemudahan Keselamatan
  • Kemudahan Penginapan

82 of 101

CARUMAN KWSP

  • Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (1955) mewajibkan caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) setiap bulan.

83 of 101

CARUMAN PERKESO

  • Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) (1969) mewajibkan pihak majikan mengambil insurans pampasan pekerja iaitu caruman majikan 1.25% dan pekerja 0.5% daripada gaji bulanan pekerja untuk melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya.

84 of 101

KOMISEN

  • Komisen ialah ganjaran yang diberikan kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan.
  • Jumlah komisen bergantung kepada jumlah jualan yang dilakukan oleh pekerja

85 of 101

PINJAMAN KEWANGAN

  • Pinjaman kewangan adalah faedah yang disediakan oleh perniagaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

86 of 101

BONUS TUNAI

  • Penghargaan yang dibayar secara tunai kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu berdasarkan prestasi perniagaan.

87 of 101

BIASISWA PENDIDIKAN

Bantuan kewangan kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran dan latihan.

88 of 101

INSURANS BERKELOMPOK

  • Majikan membayar premium kepada syarikat insurans untuk melindungi majikan dan pekerja apabila berlaku risiko semasa bekerja.

89 of 101

KEMUDAHAN PERUBATAN

  • Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai majikan.

90 of 101

KEMUDAHAN CUTI

  • Kemudahan akan diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan merangkumi cuti tahunan, cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dan sebagainya.

91 of 101

TEMPAT PENJAGAAN ANAK-ANAK

Kemudahan penjagaan anak-anak di tempat kerja yang disediakan oleh majikan.

92 of 101

KEMUDAHAN KESELAMATAN

  • Penyediaan alat keselamatan dan persekitaran kerja yang selamat supaya pekerja tidak terdedah kepada sebarang risiko.

93 of 101

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Tempat tinggal yang disediakan oleh majikan kepada pekerja.

94 of 101

PENENTU-PENENTU SISTEM PENGGAJIAN

  • Kemampuan Organisasi
  • Bentuk dan Jenis Tugas
  • Undang-undang dan Peraturan Kerajaan
  • Ganjaran yang dibayar oleh Pesain
  • Permintaan dan Penawaran Buruh
  • Faktor Lokasi

95 of 101

KEMAMPUAN ORGANISASI

  • Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan memberi lebih banyak ganjaran kepada pekerja.

96 of 101

BENTUK DAN JENIS TUGAS

  • Pekerja yang menjalankan tanggungjawab besar akan diberi ganjaran yang lebih tinggi.

97 of 101

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KERAJAAN

  • Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum yang perlu diberikan oleh sesebuah organisasi.

98 of 101

GANJARAN YANG DIBAYAR OLEH PESAING

  • Bagi mengelakkan pekerja daripada berhenti, majikan akan memberi ganjaran yang setara atau lebih tinggi berbanding dengan ganjaran oleh pesaing.
  • Skim ganjaran yang menarik akan memotivasi dan mengekalkan pekerja untuk berkhidmat dengan syarikat dan mengelakkan masalah pusing ganti” pekerja.

99 of 101

PERMINTAAN DAN PENAWARAN BURUH

  • Permintaan dan penawaran buruh akan menentukan kadar upah di pasaran.

100 of 101

FAKTOR LOKASI

  • Sistem penggajian akan dipengaruhi oleh kos sara hidup setempat, kedudukan geografi kawasan dan risiko lokasi serta kemudahan infrastruktur yang sedia ada.

101 of 101

TAMAT