1 of 23

PENYIMPANAN

PENGGUNAAN UBAT BERKUALITI – PENGGUNA

UBAT

2 of 23

DI MANAKAH ANDA SIMPAN UBAT ANDA?

3 of 23

Tempat Penyimpanan Ubat Yang Biasa Diamalkan

Tepi

dapur

Bilik

mandi

Kereta

Peti

sejuk

4 of 23

Tanggapan yang salah :

Penyimpanan ubat dalam peti sejuk boleh menambah jangka hayat ubat dan ubat tahan lebih lama.

PETI

SEJUK

  • Ubat tidak boleh disimpan di dalam tempat sejuk beku.

Jika ubat biji disimpan di dalam peti sejuk,

ubat menjadi lembap dan mudah hancur.

  • Keberkesanan ubat tidak dijamin
  • Risiko mendapat kesan mudarat
  • Bukan semua ubat perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Ubat biji tidak boleh disimpan dalam peti sejuk.

Yang sebenarnya ...

5 of 23

KERETA

Ubat inhaler atau ubat serangan jantung (GTN) biasanya disimpan dalam kereta kerana takut terlupa atau tertinggal di rumah, dan mudah diambil semasa kecemasan.

  • Ubat tidak boleh disimpan di dalam kereta untuk tempoh yang lama.
  • Suhu dalam kereta yang terletak di bawah sinaran cahaya matahari boleh mencecah hampir 50⁰C.

Jika ubat disimpan di dalam kereta :

    • Ubat akan rosak
    • Ubat inhaler meruap keluar daripada bekasnya

Yang sebenarnya ...

Tanggapan yang salah :

6 of 23

BILIK MANDI

  • Ubat tidak boleh disimpan di dalam bilik mandi kerana faktor :
    • Kebersihan
    • Kelembapan
    • Keselamatan ( boleh dicapai oleh kanak-kanak )

Ubat kumur biasanya

disimpan dalam bilik mandi

supaya senang diambil.

Yang sebenarnya ...

Tanggapan yang salah :

7 of 23

DAPUR

Ubat tidak boleh disimpan

berhampiran dapur/ ketuhar gelombang

mikro / peti sejuk kerana faktor :

    • Suhu tinggi
    • Kebersihan
    • Keselamatan (boleh dicapai oleh

kanak-kanak)

Ubat mudah rosak apabila terdedah pada haba.

Ubat disimpan berhampiran dapur/ketuhar gelombang mikro / peti sejuk supaya mudah dan senang diambil.

Yang sebenarnya ...

Tanggapan yang salah :

Ubat mudah dicapai oleh kanak-kanak sekiranya diletak di atas meja makan.

8 of 23

BAGAIMANAKAH SEPATUTNYA UBAT DISIMPAN ?

Semua tempat pun tak boleh …

9 of 23

Amalan Penyimpanan Ubat Yang Betul

Langkah 1 :

Simpan ubat dalam

bungkusan asal beserta label.

Bungkusan asal

  • Bungkusan asal = blister / botol / kotak/ sampul ubat

Label ubat

  • Penting untuk mengelakkan

kekeliruan.

  • Memastikan pesakit

mengambil ubat yang betul.

10 of 23

Amalan Penyimpanan Ubat Yang Betul

Langkah 2 :

Simpan ubat dalam bekas yang sesuai di tempat yang mudah dicari.

Bekas yang sesuai

  • Bekas yang sesuai sebaik-

baiknya bertutup dan mudah

dilihat.

  • Bekas perlu teratur dan dilabel

untuk memudahkan pencarian

ubat.

Tempat yang sesuai

  • Ubat perlu mudah dicari

terutamanya dalam kes

kecemasan (contohnya ubat

sedut ketika serangan asma).

11 of 23

Amalan Penyimpanan Ubat Yang Betul

Langkah 3 :

Asingkan ubat makan dengan ubat untuk kegunaan luar.

Ubat makan

tablet, kapsul, ubat

sirap, suspensi, dll.

Elakkan terminum ubat

untuk kegunaan luar.

Ubat kegunaan luar

krim, losyen, ubat salap, dll.

12 of 23

Arahan penyimpanan ubat

  • Ubat insulin dan suspensi antibiotik yang telah dibancuh perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2 - 8 °.
  • Ikut arahan penyimpanan seperti yang tertera pada label.

Langkah 4 :

Simpan ubat seperti yang

disarankan pada label ubat.

Penyimpanan ubat di dalam peti sejuk

  • Simpan ubat dalam bekas bertutup di bahagian tengah peti sejuk kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan simpan ubat di bahagian sejuk beku atau di pintu peti sejuk.

Amalan Penyimpanan Ubat Yang Betul

C

13 of 23

Langkah 5 :

Simpan ubat di tempat yang

selamat yang tidak boleh

dicapai oleh kanak-kanak.

Jauhkan ubat daripada

suhu yang tinggi,

cahaya,

kelembapan

& kanak-kanak.

Amalan Penyimpanan Ubat Yang Betul

14 of 23

TIP PENYIMPANAN UBAT-UBATAN

15 of 23

Tip Penyimpanan Ubat

Jangan campur ubat yang baru diterima dengan yang lama walaupun ubat yang sama.

Elakkan daripada terambil ubat yang tamat tarikh luput.

Tarikh luput : 1/2/2018

Tarikh luput : 1/12/2019

1

16 of 23

Tip Penyimpanan Ubat

2

Jangan campur ubat-ubatan yang berbeza dalam bekas yang sama.

Perkara ini boleh menyebabkan :

  • Kesilapan pengambilan ubat
  • Interaksi ubat-ubatan

Penggunaan pill box hendaklah dengan cara yang betul :

  1. Untuk mengelakkan terlupa ambil ubat (contoh : warga emas)
  2. Untuk tempoh yang singkat ( contoh : semasa perjalanan jauh)

17 of 23

Tip Penyimpanan Ubat

3

Ubat serangan jantung

(Glyceryl Trinitrate, GTN)

Simpan ubat yang sensitif kepada cahaya dalam botol legap / blister yang tidak lut cahaya.

Ubat darah tinggi

(Nifedipine)

Contoh :

18 of 23

Tip Penyimpanan Ubat

4

Simpan kembali ubat selepas digunakan.

Elakkan daripada mudah dicapai oleh kanak-kanak.

19 of 23

Tip Penyimpanan Ubat

5

Asingkan ubat yang telah mengalami perubahan pada bentuk, rupa, warna, bau atau rasa.

Elakkan daripada terambil ubat yang sudah rosak.

20 of 23

Ingat

Patuhi arahan penyimpanan ubat seperti yang dinyatakan pada bungkusan ubat.

Pastikan ubat disimpan di tempat yang bersesuaian dan selamat.

Jika tidak pasti, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

1

2

3

21 of 23

VIDEO

Mari kita tonton

cara penyimpanan ubat yang betul

22 of 23

23 of 23

SEKIAN

TERIMA KASIH