1 of 24

2 of 24

TUGASAN 3

PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN FORUM (CLO1,

TOPIK 9, LEVEL 2)

(20 MARKAH)

3 of 24

Sinopsis Topik 9

Kelestarian etika dan peradaban sejagat senantiasa tercabar dan terkesan oleh proses hakisan

sosial. Ini kerana perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas dan sukar dikawal, sama ada dari segi sosial, ekonomi, politik, alam sekitar, teknologi, dan lain-lain.

Kepesatan pembangunan ekonomi banyak membawa implikasi positif dalam peningkatan

pendapatan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat. Namun begitu

ketidakseimbangan pembangunan negara membawa implikasi negatif terhadap persekitaran fizikal, alam sekitar dan kesihatan masyarakat.

Pada dekad awal kemerdekaan berlakunya shared poverty (kemiskinan bersama), namun

setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik dan menjadi pemangkin kepada shared prosperity (kesejahteraan

bersama) yang terangkum di dalamnya kesepaduan nasional. Perubahan yang berlaku dalam

masyarakat dan pembangunan ekonomi telah membawa cabaran dalam penghayatan etika dan peradaban di Malaysia.

Justeru, persoalan penting yang ingin dibincangkan dalam Topik 9 ini ialah bagaimana etika dan

peradaban Malaysia boleh diperkasa dalam konteks hubungan antarabangsa demi meluaskan ruang sivik ke arah mengukuhkan pembinaan negara bangsa.

4 of 24

Hasil Pembelajaran Dan Objektif

Objektif

  • Memahami cabaran keterlestarian etika dan peradaban di Malaysia

Hasil Pembelajaran Dan Objektif

  • Menghuraikan etika dan peradaban Malaysia dalam konteks pengalaman negara dan antarabangsa.
  • Menjelaskan kelestarian etika dan peradaban dalam kepelbagaian dan negara bangsa.
  • Menganalisis matlamat pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama.

5 of 24

Peta Minda

CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN

Masyarakat Kepelbagaian

Matlamat Pembangunan Lestari

Wawasan Kemakmuran Bersama

Hubungan Antarabangsa

Negara-bangsa

a)Defisit Sosial

  1. Tadbir Urus & Pembangunan
  2. Black Economy

& Rasuah

6 of 24

I. Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia

Dalam suasana kedinamikan etika dan peradaban ini, kita perlu sentiasa memahami, prihatin, insaf dan secara sedar merancang dan melaksanakan pembaharuan institusi (institutional reform) dan iniatitif bagi memastikan etika menjadi sebahagian darah daging dalam setiap rakyat Malaysia demi memastikan peradaban Malaysia terus unggul.

7 of 24

I. Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia

Etika dan peradaban di Alam Melayu dan timur dari China, India dan Timur Tengah adalah berteraskan nilai. Nilai-nilai utama yang menjadi adab, di antaranya, adalah tanggungjawab, keperihatinan, amanah, bertolak ansur, kedamaian, keadilan, kebaikan, disiplin, kerajinan, muafakat dan kemajuan. Etika dalam sebuah peradaban membina adab, adat, adat resam dan adat istiadat berdasar nilai-nilai yang sesuai dengan persekitaran geografi, ekonomi, sosio-budaya dan politik setempat.

Kedatangan penjajah barat membawa dimensi baru dalam etika dan peradaban di mana agama dipisah dari politik, dan rasionaliti, legal dan perkiraan keuntungan menjadi matlamat setiap individu.

Kekuatan setiap peradaban ini telah disulam ke dalam peradaban Malaysia dengan etika dan peradaban Melayu dan Islam sebagai terasnya.

8 of 24

2. Kedinamikan Etika dan Peradaban Malaysia

  • Setiap peradaban memiliki ciri-ciri yang pemajmukkan. Namun begitu, gelanggang pertemuan dan pergaulan sepanjang Selat Melaka, dari pelabuhan Palembang, Melaka hingga Kedah dan Acheh menunjukkan hubungan ini menguntungkan di mana produk tempatan ditukar dengan produk dari China, India dan Barat.
  • Terdapat kumpulan etnik daripada pelbagai peradaban majmuk ini memilih untuk tinggal dan, dengan kemerdekaan, menjadi rakyat di Persekutuan Tanah Melayu.
  • Sejarah sosial dari zaman pra, kolonial hingga ke awal pasca kolonial menunjukkan bahawa masyarakat plural di Tanah Melayu membentuk masyarakat utama di negara ini;
  • Kepelbagaian ini, pada awalnya, menyebabkan ketidakseimbangan sosial dan jurang yang disebabkan oleh perbezaan etnik, bahasa, budaya, agama, pekerjaan dan tempat tinggal.

9 of 24

2. Kedinamikan Etika dan Peradaban Malaysia

  • Rusuhan etnik 13 Mei dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada dekad 1970an telah menyumbang dalam usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat hingga pembangunan, migrasi dalaman dan perubahan teknologi telah mencetus perubahan sosial dan transformasi masyarakat.
  • Perubahan sosial telah menukarkan aktiviti/pekerjaan sara diri bertani rakyat Malaysia ke arah pekerjaan bercirikan komersial-industrial, menukarkan golongan miskin kepada kelas menengah dan kehidupan kampung menjadi kosmopolitan.
  • Perubahan sosial ini menandakan negara sudah berubah dari sebuah negara mundur ke negara maju; mentransformasi masyarakat daripada memiliki budaya tradisional kepada budaya kemodenan yang mengutamakan keadilan, keterangkuman, demokrasi, kesepaduan sosial, menolak keganasan dan ketidakstabilan politik.
  • Budaya moden ini telah mengurangkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan di antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia.

10 of 24

  • Kini, jurang etnik di antara komuniti di Malaysia tidak luas. Wujud suasana kesepaduan yang diikat oleh nilai sivik sejagat seperti keadilan, kebajikan dan keterangkuman hingga perbezaan etnik

menjadi perkara sekunder serta hilang kepentingannya sebagai pendorong tindakan kebanyakan individu di Malaysia.

  • Maka etika dan peradaban dimiliki rakyat Malaysia, yang di mana asalnya majmuk, telah menjadi asas dalam membina perkongsian nilai hidup bersama hingga pendapat awam disepakati bersama dan hubungan di antara rakyat Malaysia diperhatikan lebih merentas batas etnik dalam membina hubungan sosial di antara mereka
  • Rakyat Malaysia sudah mampu menerima, berkongsi dan meraikan perbezaan etnik di antara satu sama lain hingga menyubur kesedaran kolektif etos bangsa Malaysia sebagai jati diri mereka.

2. Kedinamikan Etika dan Peradaban Malaysia

11 of 24

3. DEB Pemangkin Sharing Poverty

Tetapi Gagal Menghasilkan Shared Prosperity

  • DEB adalah dasar awam yang dibangunkan untuk menyusun semula masyarakat dari segi pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan kediaman. Dasar ini telah menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dari tahun 1970an sehingga lahirnya masyarakat kelas pertengahan dan ciri kosmopolitan dalam negara pada hari ini.
  • Namun begitu, DEB sebagai pemangkin perubahan Shared Poverty dalam tahun 1970an hingga tahun 2010an berdasar data pengagihan pendapatan, pemilikan harta, dan ekuiti saham korporat berdasarkan konsep bandar, luar bandar dan etnik menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan pertumbuhan ekonomi dengan cara ini, sehinggakan bukan kelas pertengahan yang meningkat tetapi golongan B40. Kegagalan mengagihkan kekayaan negara ini telah mewujudkan keresahan politik dan pergerakan reformasi pada dekad 2000an
  • RMK11 mengambil model ekonomi baru tetapi dipengaruhi oleh pendekatan BRIC (Brazil, Rusia, India, China) yang mementingkan pendapatan per kapita tinggi tanpa memberi tumpuan yang wajar kepada kumpulan B40, miskin dan terpinggir dalam masyarakat. Dalam PRU14, rakyat memilih kerajaan baru agar Shared Prosperity menjadi matlamat pembangunan negera yang mendahulukan kebajikan rakyat.

12 of 24

4. Hakisan Sosial ke atas Kelestarian

Etika dan Peradaban

  • Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban Malaysia dari 2000 semakin berlaku dan memuncak di 2018 di mana budaya keadilan, integriti, tolak ansur, kesepaduan dan demokrasi semakin terhakis.
  • Hakisan sosial ini dipacukan lagi dengan tsunami maklumat palsu yang berniat membakar sentimen etnik dan agama di dunia digital tanpa etika. Kesannya, keharmonian dan kestabilan negara menjadi tidak terjamin.
  • Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban negara akan ditinjau dari aspek-aspek di bawah:
    1. Defisit sosial
    2. Tadbir Urus dan Pembangunan
    3. Black Economy dan rasuah

13 of 24

4. Hakisan Sosial ke atas Kelestarian Etika dan Peradaban

Kehilangan etika akan merosakkan negara dan peradaban.

a. Defisit sosial dalam pembangunan Negara: Golongan

miskin tanpa mengira etnik di bandar dan dalam sektor

pertanian serta negeri-negeri yang masih terperangkap

dengan kemiskinan. Mereka masih berhadapan dengan

masalah kekurangan peluang dan akses kepada

pendidikan dan penjagaan kesihatan yang terbatas;

b. Defisit sosial dalam pembinaan bangsa/Nation-building:

isu-isu berkaitan etnik, bahasa, budaya, agama,

kekeluargaan,

Institusi

Beraja,

Perlembagaan

Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri dan sejarah

semakin dibahaskan tanpa memahami Perlembagaan Persekutuan itu sendiri;

c. Tadbir Urus dan Pembangunan:

Keadilan,

keterangkuman, kegagalan mengurus B40, media sosial

menjadi agen menghasut dan mensensasikan isu

berkenaan

etnik,

agama dan Perlembagaan

Persekutuan. Hal ini menggugat keharmonian,

kestabilan dan kemajuan negara

d. Black Economy dan rasuah: Perdagangan manusia,

pekerja asing tanpa dokumen, pelacuran, judi, dadah,

pembalakan, pecemaran alam sekitar seperti hutan,

sungai, sampah dan lain-lain, dan rasuah dalam kalangan

agensi-agensi keselamatan dan pembangunan negara

terus berlaku.

14 of 24

5. Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi Pembangunan Negara Bangsa dan Ketamadunan Malaysia

Kelangsungan kelestarian etika dan peradaban Malaysia tertakluk kepada pembinaan negara bangsa yang tersimpul dalam membina bangsa Malaysia dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai asasnya, serta tadbir

urus dan pembangunan negara dengan adil dan terangkum untuk mengurang defisit sosial.

Pengukuhan kedua-dua aspek ini akan mengukuhkan keterikatan kolektif merentas etnik dan negeri hingga terbina kesepaduan nasional.

Pembinaan negara bangsa yang menetapi sejarah dan warisan simbol-etno negara akan melahirkan keharmonian dan kestabilan negara.

Manakala tadbir urus yang baik dan pembangunan yang stabil akan mengukuhkan kualiti hidup dan kesepaduan nasional rakyat.

Perancangan masa depan terangkum dalam aspek di bawah:

  1. Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari
  2. Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara c.

Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat.

15 of 24

5a. Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari

Wawasan Kemakmuran Bersama 2020-2030 adalah satu wawasan untuk mengambil kira ketidakseimbangan sosio-ekonomi di negara berdasarkan keperluan dan juga dalam kalangan Melayu dan Bumiputera yang tinggal di luar bandar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pendekatan pembangunan ekonomi

model Brazil, Russia, India dan China yang menguntung pemilik ekuiti korporat asing dan golongan T20 Malaysia masih diteruskan tetapi diimbangani dengan

mengambil kira keperluan golongan B40 yang tidak mempunyai suara dan kuasa, dan sering dipinggirkan dari peluang dan akses kepada sumber material negara.

Penggubalan RMK12 perlu mengutamakan pembangunan dengan pengagihan

demi memastikan rakyat diutamakan hingga kualiti hidup yang meningkatkan akan membina budaya moden dan disulami dengan nilai norma sejagat sebagai proses membina bangsa Malaysia.

Kelestarian etika dan peradaban Malaysia yang berpaksikan nilai yang mengutamakan kesepaduan nasional dan perpaduan dalam negara pasti akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan damai dan kelangsungan pembangunan pasti akan berlaku. Rakyat akan berkongsi nilai keadilan, keterangkuman, tolak ansur, bertanggung jawab dan prihatin dengan keperluan kebajikan sesama mereka terjamin.

16 of 24

5b. Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara

Tadbir urus dan pembangunan yang baik akan membina kesepaduan nasional hingga mewujudkan pengukuhan perpaduan negara. Etika dan adab seperti amanah, bertanggung jawab, prihatin dengan kebajikan, bertolak ansur dan sebagainya pasti akan mengikat rakyat untuk hidup aman, damai dan harmoni bersama.

Kegagalan melaksanakan pembangunan dan tadbir urus dengan adil akan menyebabkan jurang di antara kaya-miskin, bandar-desa dan kumpulan

etnik-agama. Ini juga akan melahirkan kumpulan yang bukan sahaja miskin, terpinggir dan terabai tetapi juga kumpulan yang renggang dengan kerajaan. Budaya kerenggangan ini akan melahirkan budaya “kepembangkangan” dalam kalangan rakyat, yang menolak dan akhirnya mengambil tindakan melampau dan ganas jika tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Dalam suasana politik sedemikian, selalunya etika dan adab terhadap negara akan dicalar dengan tanggapan buruk dan dalam dunia

digital kini, berita-berita memburukkan kepimpinan dan parti pemerintah, walaupun palsu, akan ditularkan tanpa mengambil kira sensitiviti terhadap rakyat pelbagai etnik dan agama.

Dalam suasana sosial kepinggiran sedemikian, kepimpinan politik dan NGO akan mengemblingkan dimensi etnik dan agama demi mendapat pengaruh dan undi. Dengan kualiti hidup dan ekonomi yang tidak terjamin pasti akan

berterusan kegelisahan dan ketegangan sosial dalam masyarakat. Jika perkara ini tidak ditangani segera, perpecahan dan ketidakstabilan politik akan berlaku dan ini akan membantut kemajuan negara.

17 of 24

5c. Perkongsian Pengalaman Etika dan Peradaban Malaysia demi Keharmonian, Kestabilan dan Kemajuan Ketamadunan Sejagat

Malaysia adalah sebuah negara tamu pasca kolonial dan menerima pelbagai peradaban majmuk. Pertemuan dan pergaulan peradaban majmuk ini telah memperkayakan peradaban kewatanan Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak melalui proses difusi dengan pinjam meminjam

budaya, pemakanan, bahasa dan budaya kerja di antara satu sama lain. Pengalaman Malaysia menunjukkan pembangunan yang pesat tidak akan membawa makna yang besar jika pengagihan kekayaan tidak berlaku dan kesejahteraan rakyat tidak dijaga. Hasil pembangunan yang hanya dinikmati oleh sekumpulan kecil rakyat perlu dihindari. Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara perlu ditegakkan dan dinikmati Bersama.

  • Indeks Kualiti Hidup, Indeks Kesejahteraan Malaysia, Indeks Maqasid Malaysia, Indeks Perpaduan Nasional dan Indeks Kedamaian Global menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang makmur, damai dan sejahtera. Kejayaan Malaysia dalam mentadbir urus dan pembangunan negara yang baik, adil dan terangkum adalah formula yang boleh dikongsi bersama dengan negara-negara yang masih berhadapan dengan konflik etnik dan agama dalam negara mereka.

18 of 24

5c. Perkongsian Pengalaman Etika dan Peradaban Malaysia Demi Keharmonian, Kestabilan dan Kemajuan Ketamadunan Sejagat

  • Malaysia sentiasa berpegang bahawa tadbir urus dan pembangunan kemajuan adalah alat kepada pencapaian matlamat akhir negara, iaitu perpaduan.
  • Namun begitu perpaduan hanya menjadi idaman dan yang dicapai bukan matlamat akhirnya tetapi kesepaduan nasional. Kesepaduan nasional adalah satu proses ke arah menuju perpaduan.*
  • Dalam dunia digital kini, bukan sahaja tadbir urus dan pembangunan yang baik dan stabil diperlukan, tetapi kenyataan berbaur sensitif berkenaan etnik dan agama lain perlu ditangani. Kenyataan negatif berkenaan etnik yang dipanaskan lagi oleh maklumat palsu pasti akan melahirkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan dalam masyarakat.
  • Pengalaman Malaysia perlu dikongsi sama di peringkat negara-negara jiran, sewilayah dan sedunia dalam membina keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat di mana potensi pengupayaan personaliti manusia untuk berdikari dan membina jati diri sendiri diutamakan.

  • Peningkatan keupayaan individu akan mengukuh keupayaan keluarga, komuniti dan negara dan nilai-nilai keinsanan sejagat.

19 of 24

Bincangkan topik berikut dalam forum myPLS dan serahkan bukti penyertaan anda dalam perbincangan dalam talian

Adakah pengaruh budaya Barat mengancam identiti dan kelestarian peradaban Malaysia dalam kalangan generasi muda melalui perubahan gaya hidup, pemikiran, bahasa dan nilai Masyarakat?

Kongsikan pandangan anda dan bertukar-tukar pandangan anda dengan rakan-rakan sekursus anda dalam forum myPLS.

20 of 24

Jawapan 1

  • Pengaruh budaya Barat sememangnya boleh mengancam identiti dan kelestarian peradaban Malaysia dalam kalangan generasi muda sekiranya diterima tanpa tapisan.
  • Perubahan gaya hidup yang terlalu bebas, penggunaan bahasa rojak, pemikiran individualistik serta pengabaian nilai murni boleh menghakis jati diri masyarakat.
  • Kelestarian etika dan peradaban Malaysia berasaskan nilai seperti amanah, tanggungjawab, toleransi, keadilan dan muafakat yang menjadi teras pembinaan negara bangsa.
  • Selain itu, hakisan sosial yang dipacu oleh media digital dan penyebaran maklumat tanpa etika turut mengancam keharmonian serta kestabilan negara.
  • Namun begitu, budaya Barat tidak harus ditolak sepenuhnya kerana unsur positif seperti kemajuan teknologi, disiplin, inovasi dan pemikiran kritis boleh dimanfaatkan.
  • Oleh itu, generasi muda perlu mengamalkan sikap bijak menilai pengaruh luar dengan mengekalkan bahasa kebangsaan, adat budaya, nilai agama dan semangat patriotisme agar identiti serta kelestarian peradaban Malaysia terus terpelihara.

21 of 24

Jawapan 2

  • Pengaruh budaya Barat membawa dimensi baru yang mengutamakan rasionaliti, legaliti, dan perkiraan keuntungan individu, serta memisahkan agama daripada politik.
  • Perubahan pantas ini menyumbang kepada proses hakisan sosial yang mencabar kelestarian etika dan peradaban di Malaysia, terutamanya melalui persekitaran digital tanpa etika.
  • Tsunami maklumat palsu dan media sosial dalam dunia digital hari ini sering memacu kerenggangan sosial, mencalar etika, serta menghasut sentimen etnik dan agama.
  • Kesannya, nilai tradisi murni seperti amanah, tanggungjawab, dan toleransi yang menjadi darah daging masyarakat boleh terhakis jika generasi muda menyerap budaya moden sekular tanpa tapak nilai yang kukuh.
  • Oleh itu, bagi mengekalkan identiti, pembangunan negara bangsa haruslah sentiasa berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta menyulam nilai-nilai murni tersebut bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai etos dan jati diri Bangsa Malaysia yang unggul.

22 of 24

ARAHAN CARA MENGHANTAR BUKTI PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

Lakukan perkara-perkara berikut:

  Pilih EMPAT (4) hantaran anda yang terbaik daripada perbincangan forum yang disediakan oleh Academic Facilitator anda.

  1. Lakukan tangkap layar hantaran dan masukkannya sebagai imej dalam tugasan anda.
  2. Tangkap layar hendaklah dalam fail imej (sama ada dalam format JPG atau PNG).

23 of 24

  • Tangkap layar hendaklah mengandungi: Nama, Tajuk perbincangan, Hari, Tarikh dan Masa.

  • Pastikan kesemua tangkap layar hantaran anda jelas dan mudah dibaca untuk dinilai oleh Academic Facilitator.

 (20 MARKAH)

24 of 24