1 of 18

Belanjawan Negara, Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan

2 of 18

Belanjawan Negara, Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan

Belanjawan Negara

Dasar Fiskal

Dasar Kewangan

3 of 18

Belanjawan Negara

Konsep Belanjawan

Mengenal pasti sumber hasil Kerajaan Persekutuan Malaysia

Mengenal pasti perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia

Menerangkan sumber hutang negara

Mengenal pasti kebaikan & keburukan hutang negara

4 of 18

Konsep Belanjawan Negara

  • Belanjawan negara merujuk kepada anggaran kewangan sektor awam yang meliputi jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan kerajaan yang dirancang bagi satu tahun tertentu.

Belanjawan Negara = Jumlah hasil kerajaan – Jumlah perbelanjaan kerajaan

  • Akaun semasa kerajaan persekutuan pula ialah perbezaan di antara jumlah hasil kerajaan dengan jumlah perbelanjaan mengurus.

Akaun semasa kerajaan = Jumlah hasil kerajaan – Jumlah perbelanjaan mengurus

5 of 18

Konsep Belanjawan Negara

  • Belanjawan negara terbahagi kepada tiga iaitu,

Belanjawan lebihan

Jumlah Perbelanjaan

Jumlah Hasil

Belanjawan kurangan

Jumlah Perbelanjaan

Jumlah Hasil

Belanjawan seimbang

Jumlah Perbelanjaan

Jumlah Hasil

6 of 18

Sumber Hasil Kerajaan

Sumber hasil

Cukai

Cukai langsung

Cukai tak langsung

Bukan cukai

7 of 18

Sumber Hasil Kerajaan

  • Hasil kerajaan persekutuan terbahagi kepada dua bahagian iaitu, hasil cukai dan hasil bukan cukai.
  • Hasil cukai adalah semua hasil yang dikutip berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan ke atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, syarikat dan perkongsian.
  • Terdiri daripada dua jenis iaitu hasil cukai langsung (cukai pendapatan, duti setem, cukai harta pusaka, cukai pintu, cukai tanah) dan hasil cukai tak langsung (duti import & eksport, duti eksais, cukai jualan & perkhidmatan, duti kastam).

8 of 18

Sumber Hasil Kerajaan

  • Hasil cukai langsung ialah bebanan cukai yang ditanggung oleh pembayar cukai tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain.
  • Contoh,
    • Cukai pendapatan persendirian/syarikat/petroleum/koperasi
    • Duti setem
    • Cukai harta pusaka
    • Cukai pintu/tanah

9 of 18

Sumber Hasil Kerajaan

  • Hasil cukai tak langsung ialah bebanan cukai yang ditanggung oleh pembayar cukai tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain.
  • Contoh,
    • Duti import/eksport/eksais
    • Cukai jualan & perkhidmatan
    • Duti kastam

10 of 18

Sumber Hasil Kerajaan

  • Hasil bukan cukai pula merupakan bayaran ke atas barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
  • Contoh,
    • Cukai jalan
    • Royalti petroleum
    • Terimaan bukan hasil
    • Lesen & permit
    • Denda & pampasan
    • Pendapatan pelaburan
    • Sewa bangunan/harta kerajaan
    • Keuntungan syarikat milik kerajaan
    • Pemberian daripada kerajaan asing/agensi antarabangsa

11 of 18

Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan kerajaan

Mengurus

Pembangunan

12 of 18

Perbelanjaan Kerajaan

  • Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia terdiri daripada dua jenis iaitu, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
  • Perbelanjaan mengurus mengikut objek merupakan perbelanjaan semasa yang dilakukan oleh kerajaan untuk melicinkan urusan pentadbiran negara dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
  • Contoh,
    • gaji/emolumen kakitangan awam
    • bayaran khidmat hutang
    • pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri
    • pencen dan ganjaran
    • bekalan dan perkhidmatan
    • Subsidi
    • pemberian kepada badan berkanun
    • bayaran balik dan hapus kira
    • lain-lain bayaran mengurus.

13 of 18

Perbelanjaan Kerajaan

  • Perbelanjaan pembangunan mengikut sektor pula merupakan perbelanjaan modal/pelaburan kerajaan ke atas projek-projek pembangunan demi menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan bersifat pelaburan jangka panjang.
  • Contoh,
    • Keselamatan – ketenteraan/pertahanan
    • Perkhidmatan sosial – Pendidikan/kesihatan/perumahan
    • Perkhidmatan ekonomi – pertanian/perdagangan/ pengangkutan/kemudahan awam
    • Pentadbiran am

14 of 18

Belanjawan Negara

  • Secara umumnya, perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh hasil kerajaan.
  • Defisit belanjawan pula akan dibiayai dengan pinjaman jangka pendek/jangka panjang.
  • Pinjaman kerajaan ini dikenali sebagai hutang negara.

15 of 18

Belanjawan Negara

Konsep Belanjawan

Mengenal pasti sumber hasil Kerajaan Persekutuan Malaysia

Mengenal pasti perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia

Menerangkan sumber hutang negara

Mengenal pasti kebaikan & keburukan hutang negara

16 of 18

Hutang Negara

  • Secara umumnya, perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh hasil kerajaan.
  • Defisit belanjawan pula akan dibiayai dengan pinjaman jangka pendek/jangka panjang.
  • Pinjaman kerajaan ini dikenali sebagai hutang negara.
  • Hutang negara adalah sumber kewangan yang wujud apabila kerajaan membuat pinjaman sama ada dari dalam atau luar negara untuk membiayai perbelanjaan kerajaan disebabkan kekurangan dalam hasil kerajaan.
  • Apabila Hasil < Perbelanjaan kerajaan, kerajaan terpaksa membuat hutang.
  • Sumber hutang negara terbahagi kepada dua iaitu, hutang dalam negara dan hutang luar negara.

17 of 18

Hutang Dalam Negara

  • Pinjaman yang dibuat daripada sumber dalam negara seperti penjualan bon atau surat jaminan kerajaan dan pinjaman daripada institusi kewangan dalam negara seperti bank pusat dan KWSP.
  • Kebaikan hutang dalam negara.
    • Mudah diperolehi dari penjualan sekuriti kerajaan.
    • Tidak melibatkan bayaran faedah dan bayaran balik ke luar negara.
    • Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing.
    • Alternatif alat simpanan selamat bagi masyarakat.
  • Keburukan hutang dalam negara.
    • Sumber pinjaman terhad dan tidak dapat menampung belanjawan kurangan atau perbelanjaan pembangunan.
    • Keupayaan penciptaan kredit bank-bank perdagangan akan berkurang seterusnya akan mengurangkan pelaburan swasta.

18 of 18

Hutang Luar Negara

  • Pinjaman yang dibuat daripada sumber luar negara seperti pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa. Contohnya Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pembangunan Asia. Hutang luar negara juga terdiri daripada pinjaman daripada kerajaan asing.
  • Kebaikan hutang luar negara.
    • Aliran modal dari luar negara dapat baiki defisit dalam imbangan pembayaran.
    • Sumber pinjaman lebih luas dapat membiayai projek-projek pembangunan.
    • Tidak menjejaskan keupayaan bank mencipta kredit.
  • Keburukan hutang luar negara.
    • Rizab mata wang asing mengalir ke luar negara memburukkan imbangan pembayaran.
    • Jumlah hutang bertambah akibat kenaikan nilai mata wang asing.