1 of 26

Topik 3

Etika dan Peradaban

Dalam Masyarakat

Kepelbagaian

​

depositphotos.com

2 of 26

Abstrak/Sinopsis

  • Fenomena migrasi & kepelbagaian, atau diversity, tidak dapat dipisahkan dlm mengupas etika & peradaban dlm masyarakat kepelbagaian.
  • Sblm kedatangan Eropah ke Asia, pd era pra-kolonial (PrK), telah wujud putaran migrasi di wilayah Alam Melayu yg telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing2 dgn sistem etikanya, melalui Selat Melaka.
  • Kepelbagaian ini jadi lebih kental & kompleks dgn kedatangan manusia Eropah (era kolonial), melalui perdagangan & penjajahan, yg bawa peradaban & sistem etika serta nilai Eropah.
  • Tindan lapis setiap unsur etika & peradaban yg pelbagai ini, Timur dan Barat, akhirnya tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi & amalgamasi, yg berlaku drpd paras rakyat jelata sehingga ke mercu pemerintahan kesultanan. Melalui migrasi buruh paksaan wujudlah masyarakat majmuk semasa penjajahan.
  • Pada era pasca-kolonial (PcK) yg berlanjutan ke era globalisasi, sifat kepelbagaian di Alam Melayu amnya, & Malaysia khususnya, jadi semakin pekat &n ligat apatah lagi setelah platform digital terasas membentuk kepelbagaian yg sungguh kompleks, yg dipanggil sbg SUPERDIVERSITY.
  • Dlm setiap era PrK-Kol-PcK ini wajah, idea dan amalan etika berevolusi bersama penyesuaian pada peradaban2 yg terlibat.

​

​

3 of 26

Hasil Pembelajaran Dan Objektif

  1. Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.
  2. Menganalisis impak etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.

http://backgroundlabs.com

http://www.vectorbg.net

4 of 26

  1. Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Berbagai
  2. Komponen Etika dan Peradaban:
    1. Persekitaran Geo-Fisikal �(Laut-Daratan-Gunung Ganang)
    2. Masyarakat dan Demografi �(Tani-Pedagang-Industri)
    3. Ekonomi dan Pasaran �(Sara Diri-Tukar Barang-Perdagangan)
    4. Falsafah dan Pemikiran �(Tradisional-Modeniti)
  3. Selat Melaka Sebagai Gelanggang Kepelbagaian
  4. Warisan dan Pendigitalan Sejagat

Kandungan Kursus Bab 3

www.maisinggah.com

www.tourism.gov.my

5 of 26

  • Istilah ‘peradaban’ yg berasal daripada Bahasa Arab digunakan bagi menjelaskan tentang maksud ketamadunan.
  • Sblm kedatangan Islam, perkataan yg digunakan utk bawa maksud peradaban adalah budaya yg bertunjangkan kpd keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti.
  • Istilah Melayu yg biasa digunakan utk jelaskan tentang peningkatan hidup masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Tetapi istilah tersebut tidaklah begitu meluas berbanding tamadun.
  • Selepas kedatangan Islam, istilah-istilah Arab mula digunakan dan diterimapakai dlm istilah Bahasa Melayu.

Pengenalan

6 of 26

  • Etika: prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
  • Peradaban: Sistem & tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. 

Maksud Etika dan Peradaban

lescopaque.com

7 of 26

Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian

Penempatan masyarakat

Peningkatan kualiti kehidupan dan peningkatan jangka hayat

Sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral

Bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri

Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti

Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur

Daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan

Sistem kepercayaan dan agama

8 of 26

1. Persekitaran Geo-fisikal

  • Lazimnya sesuatu etnik mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan geografi tertentu.
  • Geo-fisikal Tanah Melayu sebuah semenanjung yang di kelilingi Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan pergaulan dua peradaban besar dunia, China dan India, melalui kegiatan perdagangan.
  • Sumber dan produk pertanian dari Alam Melayu menjadi asas dagangan dengan peradaban lain.
  • Peradaban Malaysia adalah penyulaman peradaban majmuk dunia melalui difusi budaya.(penyebaran budaya)

www.budgetsabahrentcar.com

www.thestar.com.my

www.snopes.com

USA

9 of 26

  • Masyarakat bermaksud sekelompok org yg membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yg berlaku dlm lingkungan sistem sosial itu adalah lahir drpd individu2 yg berada dlm kelompok tersebut.
  • Ciri-ciri masyarakat : berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi, mempunyai kepimpinan dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)
  • Koentjaraningrat, 1970 – Suatu kelompok manusia yg hidup & bekerjasama hingga mrk dpt mengorientasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sbg kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu.

2. Masyarakat dan Demografi

http://knowledgemerger.com

10 of 26

  • Masyarakat plural adalah terdiri drpd pelbagai bangsa yg membentuk satu kependudukan dari hidup sbg komuniti-komuniti yg berasingan & di Tanah Melayu terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung, Bumiputera Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-lain serta Bumiputera Sarawak seperti Iban, Melanau & sebagainya yg bukan sahaja terpisah krn adat, makanan & pakaian tetapi juga drpd segi pekerjaan dan tempat tinggal.
  • Kewujudan masyarakat plural adalah sejajar dgn penjajah yg datang ke Tanah Melayu pada masa dulu dgn bawa masuk semua kaum tersebut utk memenuhi peluang pekerjaan di Tanah Melayu.
  • J.S. Furnivall - Masyarakat plural adalah bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dgn sistem politik yg sama serta masing2 berpegang kpd kebudayaan, agama, bahasa & pemikiran sendiri.

Definisi masyarakat dalam konteks Malaysia

11 of 26

Kesultanan Melayu Melaka�1402-1511

Penjajahan Portugis�1509-1641

Penjajahan Belanda �1641-1824

Penjajahan British�1826-1941�1946-1948

Pendudukan Jepun�1941-1945

Kemerdekaan �1957

Pembentukan Malaysia�1963-

Garis Masa Pembentukan Masyarakat Majmuk Malaysia

Peradaban majmuk

Masyarakat majmuk

Kepelbagaian

12 of 26

Dari Kemajmukan ke Kepelbagaian

  • Istilah masyarakat majmuk digunakan utk merujuk kpd masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yg membawa masuk pendatang dari China dan India untuk kepentingan ekonomi.

12

Budaya Majmuk �di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial di Alam Melayu.

Peradaban Majmuk

bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel.

Masyarakat Majmuk bercirikan pemaksaan dan perbezaan

13 of 26

14 of 26

14

SEGREGASI

AKOMODASI

  • Pemisahan atau pengasingan antara etnik dengan etnik yang lain
  • Berlaku dalam bentuk pemisahan tempat tinggal, sistem pendidikan, pengangkutan dan kemudahan awam
  • Penerimaan terhadap norma & nilai etnik lain tanpa menggugat budaya masing2.
  • Bebas mengamalkan budaya masing-masing.
  • Menyedari & menghormati budaya etnik lain & mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Konsep Memahami Proses Hubungan Etnik

ASIMILASI

AMALGAMASI

  • Merupakan proses integrasi sehala yg akan menghasilkan satu kelompok masyarakat yg mempunyai satu budaya, satu bahasa dan satu agama.
  • proses penggabungan/percantuman budaya masyarakat pelbagai

1) Asimilasi Budaya:

  • Kelompok minoriti akan mempelajari budaya kelompok majoriti.

2) Asimilasi Struktur:

  • kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat majoriti.
  • Tahap asimilasi yang paling tinggi
  • Merupakan proses percantuman melalui biologi (perkahwinan campur).

​

  • SEGMENTED ASIMILASI
  • Di, Malaysia dasar pembinaan negara bangsa terbina berdasar integrasi. Oleh kerana identity setiap etnik disubur dan dikekalkan, dari empat proses di atas segmented asimilasi kerap berlaku. Mereka mempertahankan ciri-ciri keetnikan, walapun menerima budaya tempatan dan sejagat

15 of 26

15

Skema Proses Hubungan Etnik di Malaysia

Tahap Putaran

Dimensi Nilai

Bentuk Hubungan Sosial

Hasil

Kesepadunsosial

Disfungsional

Sosial

Keruntuhan Disintegration

Risiko

Rusuhan Kebangsaan

Konflik

Sangat Tidak Baik

Plural

Kemajmukan

Segregasi

Memperakui

​

Ketegangan

Pergaduhan

Terpisah asing

Penyatupaduan

Pertembungan

Sederhana Tidak Baik

Akomodasi

Hormat

Topok Panas Pautan

Kontestasi

Rendah Tidak Baik

Akulturasi

Penerimaan

Pautan Sosial

Tolak ansur

Rendah Baik

Asimilasi Segmented

Perkongsian

Nilai Bersama

Ikatan sosial

​

Penempuan

Sederhana Baik

Amalgamasi

Meraikan

Bersatu Dalam Kepelbagaian Integrasi

Keterikatan

Bonding

Konsensus

Sangat Baik

16 of 26

3. Ekonomi dan Pasaran

  • Pada era pra-kolonial, masyarakat Melayu mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yg paling asas & hanya cukup utk menampung keperluan diri dan keluarga.
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegiatan perdagangan menjadi kegiatan terpenting dlm masyarakat disebabkan keadaan kehidupan yg masih mundur & tradisional.
  • Pada era kolonial, British dilihat terus menguasai kegiatan ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu dgn pembukaan lombong bijih timah & ladang getah serta kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran dari China dan India.
  • Pada era pasca kolonial, kjaan telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat utk selesaikan kedudukan yg tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dlm kalangan kaum & galakkan kemajuan ekonomi semua golongan masy agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat dihapuskan.

17 of 26

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

www.sentiasapanas.com

  • DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990.
  • DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  • Objektif DEB ialah:

1. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

2. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi

18 of 26

i. Kadar kemiskinan:

​

​

​

​

​

(Sumber: Malaysia (1991)-Semenanjung Malaysia sahaja)

​

​

​

​

​

​

​

​

18

Kemiskinan

1970 (dalam %)

Sasaran pada 1990

(dalam %)

Keseluruhan

49.3

16.7

Luar bandar

58.7

23

Bandar

21.3

9.1

ii. Pemilikan ekuiti korporat:

​

​

​

​

​

(Sumber: Malaysia (1991)-Semenanjung Malaysia sahaja)

​

Sasaran dan Objektif DEB

19 of 26

4. Falsafah dan Pemikiran

Falsafah dan Pemikiran Tradisional:    

  • Perspektif ini berpandangan matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia hanya diberi ruang utk memilih cara bagaimana utk mengecapi matlamat tersebut.

Ibn Khaldun berpendapat ilmu perlu diintegrasikan ilmu agama & ilmu alat.

- Menuntut ilmu agama, logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.

- Ketokohannya diakui oleh sarjana Barat :

    • Arnold Toynbee : - falsafah sejarah yg dihasilkan Ibn Khaldun merupakan sumbangan terbesarpernah dilahirkan manusia di atas muka bumi ini.
    • R. Flint :- ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yg tiada taranya.
    • G. Sarton:- Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan, malah sepanjang zaman.

​

Falsafah dan Pemikiran Moden:    

- Perspektif ini berpandangan manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan berhak memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut. �

20 of 26

Selat Melaka Sebagai Gelanggang Kepelbagaian

20

  • Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat Melaka dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik melalui aktiviti perdagangan dan perkahwinan.
  • Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.

Pegangan agama yang berbeza tetapi dari segi budaya sama

Golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina

Masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu.

Contoh : Orang Melayu - orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling sebagainya.

Orang Cina - Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya

Orang India seperti Malayalam, Punjabi dan sebagainya.

​

​

Mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam keturunan.

I. INTERAKSI DALAM LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA

hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum

21 of 26

Kesultanan Melayu Melaka – �Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik

  • Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia seperti dari Arab, Parsi, China, India dan sebagainya.
  • Pelbagai aspek menyumbang kepada zaman keagungan Melaka.

​

​

21

Aspek

Keterangan

Pemerintahan

Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam. Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah.

Perdagangan

Undang-undang Laut Melaka digunakan untuk tujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari ancaman perompak dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh Laksamana Melaka.

Kependudukan

Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi. Wujud masyarakat baru – Baba & Nyonya, Melayu Arab & Melayu India.

Kepelbagaian Budaya

Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah [Portugis, Sepanyol, Belanda dan British] dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 Masihi.

22 of 26

Pembentukan Masyarakat Majmuk�Era Kolonialisme Inggeris

  • Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang tiga mata: �keagamaan, kekayaan & kemegahan
  • Pemisahan antara agama dan sains berlaku di Eropah �(abad ke 15M) yang dinamakan Rocks of Ages: Sciences and Religion in the Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould (2002).
  • Agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam kalangan manusia, pergaduhan dan peperangan.

22

  • Sains pula dianggap sebagai bersifat sarwajagat menyatukan manusia �dengan kefahaman yang sama, dan hidup aman damai.
  • Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh British di Tanah Melayu dengan British menguasai pentadbiran negara
  • Sultan menjaga hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan. 
  • Pertembungan antara "Islam sebagai agama dan para penganutnya" dengan�"negara kolonial sekular” [terutama dalam konteks pemodenan barat]

pekhabar.com

23 of 26

Warisan dan Pendigitalan Sejagat

  • Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu cabaran besar kepada seluruh peradaban manusia dlm mempengaruhi nilai &etika masyarakat kepelbagaian.
  • Aspek media samada media elektronik atau media cetak memainkan peranan penting, secara langsung atau tidak langsung, dlm proses membina kesepaduan antara etnik melalui peresapan ke dlm amalan dan gaya hidup masyarakat Malaysia.
  • Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi & komunikasi & menyerap masuk dlm kehidupan peradaban bkn Barat melalui bentuk penjajahan pemikiran dan budaya.

​

www.cdc.gov

  • Impak media digital ke atas etika & peradaban dpt dilihat melalui peningkatan jaringan komunikasi, mendekatkan manusia dari seluruh dunia, meningkatkan taraf hidup & buka ruang kpd perkongsian ilmu tanpa sempadan.

24 of 26

24

Penutup

  • Peradaban secara umumnya adalah sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
  • Ilmu tentang etika dan peradaban hari ini adalah penting kerana boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaan sesuatu masyarakat.
  • Pengajaran daripada kitaran sejarah masyarakat patut dijadikan iktibar agar generasi muda tidak leka dengan keamanan dan kemewahan yang dikecapi.
  • Mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan etika dan peradaban juga membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.
  • Pendedahan terhadap mengenali latar belakang etika dan peradaban masing-masing pula boleh memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain.

25 of 26

RUJUKAN

  • Abdul Latiff Abu Bakar.2012. Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia. Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu UPSI. Bangungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia.
  • Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 1-20.
  • Najjah Najwa Abd Razak & Wan Norhasniah Haji Wan Husin. 2011. Hubungan Sosial antara komuniti Melayu dengan komuniti bukan Melayu mengikut perspektif peradaban: Satu pengenalan. Jurnal Pengajian Melayu 22:205- 233.
  • Senu Abdul Rahman. 2002. Revolusi Mental. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. m/s 1-3.
  • Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia: Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
  • Winstedt, R.O. 1961. The Malays: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul. m/s 2-6.

​

26 of 26

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO �MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN �INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM)

Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)

Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)

Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)

Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)

Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)

Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)

Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS)

Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR)

Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)