1 of 95

EMM 434

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL

TUTOR

SUHASNI BIN DOLLAH

2 of 95

BAB 4

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

  • menerangkan konsep-konsep yang berkaitan dan kepentingan pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Moral
  • memilih dan membincangkan pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Moral
  • menghuraikan langkah-langkah penting dan aplikasi pendekatan yang sesuai dalam pengajaran Pendidikan Moral dalam bilik darjah
  • menghuraikan peranan guru dan murid dalam menjayakan pendekatan PdP yang ekfektif dalam bilik darjah

3 of 95

Pendekatan Berfalsafah Tradisional

  • Para tradisionalis menegaskan pemupukan nilai, iaitu pengajaran satu set peraturan moral yang kekal dan telah diterima secara langsung oleh masyarakat.

  • Pendekatan ini berpusatkan arahan secara langsung mengenai set peraturan moral dalam masyarakat untuk diterima dan dipatuhi oleh pelajar- pelajar tanpa sebarang soalan.

  • Dengan ini, keamanan dapat dikekalkan kerana sikap dan tingkah laku moral yang diingini akan tercapai.

4 of 95

  • Ciri utama pendekatan tradisional ialah latihan moral dan pembentukan watak, iaitu seseorang yang berpendidikan moral ialah seorang yang dapat mengenal pasti kebenaran dalam nilai-nilai dan bertindak berdasarkan pengetahuannya

5 of 95

Pendekatan Berfalsafah Subjektivis (Relativis)

  • Relativis menyatakan bahawa nilai-nilai moral adalah arbitrari dan tidak sempurna, dan menolak pandangan bahawa keputusan moral perlu berdasarkan kepada kod moral yang sempurna.

  • Mereka menerima nilai-nilai moral sebagai sesuatu yang sentiasa berubah dalam masyarakat yang berlainan dan mungkin juga berubah mengikut masa dalam masyarakat yang sama

6 of 95

  • Contohnya, kemajuan dalam bidang teknologi telah membawa perubahan sosial dan nilai.

  • Berbanding dengan latihan pembentukan watak dalam pendekatan tradisional, ciri utama pendekatan subjektivis adalah dengan memberikan pemikiran yang terbuka.

  • Setiap individu disarankan atau diminta supaya memberi perhatian kepada ciri-ciri situasi atau konteks yang berkaitan dan tidak perlu terkongkong dengan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan moral yang asas dalam membuat keputusan moral mereka

7 of 95

Pendekatan Berfalsafah Rasionalis

  • Para rasionalis pula tidak menolak sepenuhnya peraturan yang telah ditetapkan oleh tradisionalis dan subjektivis, tetapi mereka menitikberatkan penggunaan sebab-sebab yang munasabah dalam membuat keputusan dan tindakan moral dalam peraturan-peraturan tersebut.

  • Dengan erti kata lain, seseorang boleh menolak atau menerima peraturan tertentu berdasarkan pada situasi tertentu dan merit.

8 of 95

9 of 95

10 of 95

  • Menurut Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seorang insan bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan.

  • Selain itu seorang insan bermoral juga perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan bertindak mengikut pertimbangan yang telah difikirkan atau keputusan yang telah dibuat.

11 of 95

  • Oleh itu, pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu kandungan pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

  • Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau diberikan perhatian yang lebih utama.

12 of 95

  • Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

  • Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya

13 of 95

  • Guru bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

  • Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

14 of 95

  • Pendekatan yang memberi tumpuan kepada tenaga pengajar disebut sebagai pendekatan berpusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan berpusatkan murid.

  • Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang berpusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

  • Apabila melihat konsep pendekatan, iaitu cara mendekati sesuatu, pendekatan ini merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya

15 of 95

16 of 95

17 of 95

  • Beberapa pendekatan pendidikan moral telah dikenal pasti untuk membantu guru dalam usaha melaksanakan proses pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Antara pendekatan itu adalah:

18 of 95

Lasswell (1976) mengelarkan kaedah ini sebagai ‘bag of virfue approach’, iaitu satu kaedah yang digunakan dalam pendidikan tingkah laku yang mengajar pola-pola perlakuan yang positif bagi amalan seseorang.

19 of 95

20 of 95

21 of 95

22 of 95

23 of 95

Terdapat empat komponen etika bertimbang rasa iaitu:

24 of 95

25 of 95

26 of 95

27 of 95

28 of 95

29 of 95

30 of 95

Untuk melaksanakan pendekatan rasional ini perlu disusun mengikut langkah-langkah berikut:

31 of 95

32 of 95

33 of 95

  • Pendekatan ini dikatakan pendekatan perkembangan kognitif karena cirinya yang memberikan penekanan pada aspek kognitif dan perkembangannya. Pendekatan ini mendorong murid untuk berfikir aktif tentang masalah-masalah moral dan dalam membuat keputusan-keputusan moral.
  • Perkembangan moral menurut pendekatan ini dilihat sebagai perkembangan tingkat berfikir dalam membuat pertimbangan moral, dari suatu tingkat yang lebih rendah menuju suatu tingkat yang lebih tinggi.
  • Tujuan yang ingin dicapai oleh pendekatan ini ada adalah untuk membantu murid dalam membuat pertimbangan moral yang lebih kompleks berdasarkan kepada nilai yang lebih tinggi.
  • Malah, pendekatan ini mendorong murid untuk mendiskusikan alasan-alasannya ketika memilih nilai dan posisinya dalam suatu dilema moral.

34 of 95

35 of 95

36 of 95

37 of 95

  • Faedah pendekatan moral kognitif ini ialah pendekatan ini boleh mendorong murid berfikir secara rasional dan logik dalam membuat sesuatu keputusan berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

  • Dalam mengendalikan pendekatan ini, guru seharusnya menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan seterusnya membimbing murid ke tahap penaakulan moral yang lebih tinggi.

38 of 95

BAB 5

39 of 95

PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

40 of 95

41 of 95

  • Pendekatan ini telah dipelopori oleh Raths, Harmin dan Simon (1978), yang mana atas kepercayaan bahawa pada masa itu, terdapat ramai orang telah mengalami kesulitan untuk mengenali nilai diri masing-masing.

  • Oleh itu, apabila seseorang ingin membuat sesuatu keputusan, keadaankeadaan yang wujud selalunya amat mengusutkan termasuk tekanan- tekanan yang datang dalam pelbagai bentuk serta perubahan yang ingin dilakukan pula menjadi sesuatu yang tidak pasti.

  • Raths dan rakan-rakannya percaya bahawa teori mereka dapat membantu setiap individu bagaimana untuk menjelaskan nilai diri masing- masing.

42 of 95

43 of 95

  • Kesimpulannya, pendekatan ini menyediakan asas kepada guru untuk merancang pengajaran-pengajaran moral yang boleh membantu murid supaya mereka lebih sedar dan kenal akan nilai-nilai kendiri masing-masing berbanding orang Iain.

  • Pendekatan ini juga boleh membantu murid untuk menyatakan secara terbuka dan jujur tentang pegangan dan amalan nilai sendiri dengan melandaskannya kepada kesedaran emosi dan pemikiran yang rasional.

44 of 95

  • Pendekatan analisis nilai disebut juga ‘Pendekatan Coombs’. Pendekatan ini menawarkan suatu proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan menghubungkaitkan nilai-nilai dalam menghadapi isu moral yang kontroversial.

  • Pendekatan ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan.

  • Oleh itu, pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan menimbangkan fakta yang terlibat dalam pertimbangan moral.

45 of 95

46 of 95

47 of 95

48 of 95

49 of 95

50 of 95

51 of 95

52 of 95

53 of 95

54 of 95

55 of 95

56 of 95

57 of 95

58 of 95

59 of 95

60 of 95

61 of 95

Melalui pendekatan berasaskan kemahiran ini, antara ciri-ciri individu masyarakat abad ke 21 yang boleh dihasilkan adalah seperti berikut

  • menyelesaikan masalah sebagai seorg daripada ahli masyarakat;
  • bekerja secara kooperatif dengan orang lain;
  • memahami, menerima dan bertolerasi terhadap berbeza budaya;  berfikir secara kritikal dan sistematik;
  • menyelesaikan sesuatu konflik bukan dengan cara keganasan;
  • mengadaptasi cara hidup yang memelihara persekitaran alam;
  • menghormati dan mempertahankan hak kemanusiaan;
  • mengikuti kehidupan bersosial pada semua peringkat; dan
  • menggunakan sebaik-baiknya ilmu pengetahuan berasaskan teknologi

62 of 95

63 of 95

64 of 95

65 of 95

66 of 95

67 of 95

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PENDEKATAN

68 of 95

69 of 95

70 of 95

71 of 95

72 of 95

73 of 95

BAB 6

Pelajar akan dapat:

a) Apakah dilema real-life

b) Bagaimana dilema real-life dapat digunakan dalam pengajaran

moral?

74 of 95

75 of 95

  • Pendidikan Moral melibatkan aspek-aspek intelek, afektif dan tingkah laku apabila dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

  • Pendidikan Moral mengajar pelajar mengetahui, memahami dan melakukan sesuatu yang bermoral. (Lickona, 1991)

76 of 95

77 of 95

  • Tinjauan akademik menunjukkan terdapat pelbagai jenis dilema yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia.

  • Berdasarkan kepada persoalan tentang kegunaan dilemma dalam pendidikan moral, maka satu kajian telah dijalankan untuk meninjau

78 of 95

79 of 95

80 of 95

  • Menurut John Wilson (1987), satu cara pengajaran Pendidikan Moral yang efektif ialah cuba meletakkan pelajar-pelajar dalam situasi kehidupan yang sebenar.

  • Hal ini bererti guru perlu mencipta keadaan dalam bilik darjah seakan-akan keadaan di luar bilik darjah dan dalam dunia sebenar

81 of 95

  • Kohlberg (1984) membuat andaian bahawa manusia memproses semua maklumat dalam dilema moral melalui struktur kognitif yang membawa mereka ke peringkat perkembangan moral mereka.

  • Dalam teorinya, Kohlberg (1975) mengakui bahawa Pendidikan Moral mempunyai asas dalam merangsangkan pemikiran aktif seseorang ketika membuat keputusan terhadap isu-isu sosial.

82 of 95

  • Teknik yang digunakan Kohlberg dalam pendekatan ini ialahadalah dengan menggunakan cerita-cerita yang mengandungi dilema moral.

  • Dilema-dilema moral yang dikemukakan oleh Kohlberg ialah dilema-dilema hipotetikal yang membincangkan isu-isu moral yang berbeza dan melibatkan nilai-nilai yang tertentu yang berkonflik seperti undang-undang, peraturan sosial, dan perintah autoriti.

83 of 95

  • Tugas guru ialah mengemukakan dilema moral dan menggalakkan 'alasan-alasan yang betul' dan bukannya 'jawapan-jawapan yang betul' dari pelajar. (Zieler, 1990).

  • Tetapi kelemahan utama dalam cara pengajaran menggunakan dilema moral hipotetikal ialah dilema akan tinggal dilema dan apabila pelajar-pelajar berhadapan dengan situasi sebenar yang berkonflik, mereka tidak dapat membuat keputusan yang matang dan bernas. (Krebs dan rakan-rakan, 1997.)

84 of 95

  • Gilligan (1982) menyatakan bahawa penggunaan dilema real-life iaitu menggunakan situasi kehidupan sebenar yang berkonflik dalam perbincangan adalah lebih realistik dalam memahami perspektif moral para responden.

  • Hal ini kerana keputusan yang dibuat oleh responden adalah keputusan untuk dirinya dan bukan untuk orang ketiga.

  • Dilema-dilema real-life adalah dalam lingkungan pengalaman pelajar-pelajar dan boleh digunakan sebagai pengukur tepat perspektif moral mereka.

85 of 95

  • Wark dan Krebs (1996) telah melaporkan bahawa dari segi kandungan dilema, penggunaan dilema real-life lebih bermakna kerana responden menghadapi dilema tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

  • Jika dilema yang dibincangkan tidak ada kaitan dengan kehidupan responden, maka pertimbangan moral yang dibuat sekadar menjawab soalan kefahaman sahaja.

86 of 95

Dilema real-life yang dihadapi, isu-isu yang dikemukakan dan contoh soalan soalan yang ditanya oleh pelajar-pelajar

  • Domain Pertama: Konsep Kendiri
  • Isu: Personaliti (Pelupa, pemalas, suka bohong) Fizikal (Terlalu gemuk, selalu jatuh sakit, tidak rasa sihat dan cergas) Emosi (cepat marah, mementingkan diri sendiri, tidak puas hati selepas melakukan sesuatu)

  • Contoh soalan: Bagaimana saya boleh mengurus diri menjadi lebih sistematik?

87 of 95

  • Domain Kedua: Konsep mengenai persahabatan

  • Isu: Kawan-kawan terlalu aktif, rasa tertinggal tidak dapat berseronok dengan kawan-kawan, rasa cemburu dengan kawan yang lebih bijak, tidak tahu menjaga hati kawan.

  • Contoh soalan: Bagaimana kawan-kawan dapat menyelesaikan masalah antara satu sama lain tanpa melukakan hati masingmasing?

88 of 95

  • Domain Ketiga: Konsep mengenai pencapaian akademik dan persekolahan

  • Isu: Keputusan peperiksaan semakin merosot, pengajaran di sekolah membosankan, guru selalu marah di sekolah, tiada motivasi untuk belajar, kerja sekolah membebankan.

  • Contoh soalan: Bagaimana saya boleh meningkatkan pencapaian akademik saya yang semakin merosot?

89 of 95

  • Domain Keempat: Konsep mengenai perhubungan ibu bapa dan anak.

  • Isu: Ibu bapa terlalu garang, tiada kasih sayang daripada ibu bapa, rindu bapa yang bekerja jauh dari rumah, tiada orang di rumah yang mendengar masalah yang dihadapi, rasa tersisih akibat perhatian ibu bapa kepada adik-adik di rumah.

  • Contoh soalan: Apakah kualiti ibu bapa yang ideal?

90 of 95

  • Elemen-elemen yang disarankan oleh Zieler (1990) telah dijadikan panduan untuk kajian dilemma real-life.

  • Antaranya ialah:
  • Pengalaman-pengalaman kehidupan pelajar sama ada pada masa kini atau masa akan datang harus dijadikan fokus utama dalam dilema yang dikemukakan.
  • Setiap dilema mengandungi watak/watak-watak utama yang berhadapan dengan konflik-konflik yang tertentu.
  • Watak-watak utama dalam dilema berada dalam satu situasi yang menghendaki mereka membuat satu pertimbangan moral. Watak-watak ini perlu berhadapan dengan masalah dalam memilih di antara beberapa pilihan yang tidak mempunyai satu penyelesaian yang muktamad.

91 of 95

92 of 95

93 of 95

Contoh dilema real-life

94 of 95

95 of 95