1 of 67

STRATEGI CEMERLANG

2 of 67

Ceramah ini akan memberi MAKNA kepada anda sekiranya anda:

  • Gunakan mata untuk melihat.
  • Gunakan telinga untuk mendengar.
  • Gunakan hidung untuk bernafas.
  • Gunakan tangan untuk mencatat.
  • Gunakan hati dan akal untuk menghayati
  • Tidak gunakan mulut untuk berbual.

3 of 67

CABARAN UNTUK ANDA

4 of 67

PELAJAR CEMERLANG SPM 2017

5 of 67

PELAJAR CEMERLANG SPM 2018

Pelajar terbaik Terengganu bagi SPM 2018 (dari kiri) Muhammad Hilman Nor Azmi, Amirah Husna Abdul Kahar, Nurin Batrisyia Mohd Azmi, Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dan Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri menunjukkan keputusan SPM yang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Shafruddin Ali Hussin di SMKA Syeikh Abdul Malek.

6 of 67

PELAJAR OKU CEMERLANG SPM 2018

KOTA BHARU - Pelajar orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Rizdwan Roslan, 18, tidak dapat menahan kegembiraan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018 di SMK Pengkalan Chepa 2.

KOTA BHARU - Pelajar orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Rizdwan Roslan, 18, tidak dapat menahan kegembiraan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018 di SMK Pengkalan Chepa 2.

7 of 67

KSSM Tasawwur Islam bermatlamat untuk:

1. Menjelaskan prinsip pandangan hidup Islam secara syumul

2. Melahirkan individu yang mampu menangkis salah faham terhadap Islam bertepatan dengan fitrah manusia sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T bagi memenuhi tuntutan Maqasid Syariah.

3. Bertanggungjawab membangunkan tamadun bangsa dan negara demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

8 of 67

Matlamat peperiksaan untuk menilai sejauh mana penguasaan pencapaian objektif mata pelajaran dan mentafsir pengetahuan serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Penilaian Tasawwur Islam di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) manakala peperiksaan awam mengikut format Sijil Pelajaran Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

9 of 67

STRATEGI CEMERLANG

Kata Luqman al-Hakim: Setiap Usaha Bergantung Kepada Keyakinan. Usaha Tanpa Keyakinan Akan Menemui Kegagalan

Azali Azlan

Nik Nur Madihah

Amalkan makan kurma dan minum madu setiap hari serta solat hajat dan berpuasa sepanjang peperiksaan selain banyak bersabar dan konsisten dalam mengulangkaji

10 of 67

STRATEGI CEMERLANG

KEMISKINAN BUKAN PENGHALANG

UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

11 of 67

12 of 67

�TASAWWUR ISLAM

13 of 67

14 of 67

15 of 67

16 of 67

17 of 67

18 of 67

1. Tidak boleh menulis maksud bagi istilah contoh “ Gadaian “

3. Bagi soalan BETUL / SALAH mesti mengikut arahan yang telah diberikan.

4. Tidak boleh menggunakan perkataan maksud bagi soalan carta/rajah , ia mesti menggunakan perkataan bahasa Arab.

19 of 67

Kata kunci memainkan peranan penting dalam menentukan sesuatu jawapan sama ada memerlukan huraian atau tidak perlu huraian

20 of 67

Huraian boleh dilakukan dengan menggunakan perkataan berikut :

seperti, kerana, iaitu, di dalam, yang, contohnya, agar, supaya, untuk dll

21 of 67

Jangan menggunakan perkataan DAN sebagai huraian kerana dianggap sebagai isi lain bukan huraian

CONTOH SALAH;

Kejadian jenayah berleluasa dan keharmonian negara tergugat

CONTOH BETUL ;

Kejadian jenayah berleluasa menyebabkan keharmonian negara tergugat

22 of 67

Jawapan bagi soalan ini memerlukan isi dan huraian

Contoh Jawapan :

  • Menyebarkan berita palsu/negatif(1m) untuk memesongkan akidah/menyesatkan. (1m)
  • Menyajikan program hiburan(1m) yang keterlaluan.(1m)
  • Menayangkan filem-filem lucah dan ganas(1m) yang merosakkan akhlak umat Islam.(1m)

[ TERANGKAN ]

Contoh Soalan :

Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning.

23 of 67

Jawapan bagi soalan ini memerlukan isi dan huraian.

Contoh Jawapan :

  • Masyarakat tidak akan aman (1m) kerana berlaku pergaduhan/tiada persefahaman (1m).
  • Berlaku pergaduhan/perbalahan (1m) dalam kehidupan (1m).
  • Berlaku kezaliman/keganasan (1m) seperti pembunuhan (1m).

[ HURAIKAN ]

Contoh Soalan :

Huraikan dua kesan ajaran sesat terhadap umat Islam.

24 of 67

Jawapan bagi soalan ini memerlukan isi dan huraian.

Contoh Jawapan :

  • Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang (1m) supaya dapat membezakan antara baik dan buruk. (1m)
  • Memperkukuhkan keimanan kepada Allah SWT (1m) dengan mendalami ilmu pengetahuan.(1m)
  • Mengamalkan akhlak mulia (1m) supaya terhindar daripada perbuatan keji.(1m)

[ JELASKAN ]

Contoh Soalan :

Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman budaya kuning.

25 of 67

Jawapan bagi soalan ini memerlukan isi dan huraian

Contoh Jawapan :

Maksud Rasul

Manusia lelaki pilihan Allah / yang diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendaki menyampaikan kepada orang lain /

[ APAKAH ]

Contoh Soalan :Apakah maksud Rasul?.

26 of 67

Jawapan bagi soalan ini tidak memerlukan huraian

Contoh Jawapan :

  • Islam ialah agama yang diiktiraf/diperakukan

/diciptakan oleh Allah SWT(Rabaniyyah).

  • Islam agama yang lengkap/merangkumi kehidupan dunia dan akhirat (Syumuliyyah).
  • Islam agama yang menekankan hubungan sejagat (Alamiyyah).
  • Islam ialah agama samawi / agama langit.

[ NYATAKAN ]

Contoh Soalan :

Nyatakan dua sebab Islam diterima sebagai agama yang diredhai di sisi Allah SWT.

27 of 67

Jawapan bagi soalan ini memerlukan fakta yang tepat tanpa huraian.

Contoh Jawapan :

  • Solat fardu
  • Puasa bulan ramadan
  • Menuntu ilmu
  • Mentaati ibubapa/guru
  • Menutup aurat
  • Menunaikan zakat

[ SENARAIKAN ]

Contoh Soalan :Senaraikan empat amalan wajib yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim.

28 of 67

Contoh Soalan :

Anda sebagai seorang pelajar sekolah. Setiap bulan ibu bapa anda memberikan wang untuk menampung perbelanjaan sekolah sebanyak RM 50.00.

Cadangkan cara anda memanfaatkan wang tersebut.

[ CADANGKAN ]

Jawapan bagi soalan ini memerlukan anda memberikan pandangan atau cadangan

Contoh Jawapan :

  • Membayar yuran seperti yuran persatuan agama Islam.
  • Membeli keperluan pembelajaran seperti pen dan buku latihan.

29 of 67

Contoh Soalan :

Perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat akan mengakibatkan huru hara dan ekonomi negara menjadi mundur.

Bagaimanakah masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku ?.

Contoh Jawapan :

* Saling hormat menghormati antara satu sama lain (1m) bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

*Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti masyarakat (1m) seperti bergotong-royong .

BAGAIMANAKAH

Jawapan bagi soalan ini memerlukan anda memberi pandangan tentang sesuatu isu.

30 of 67

Contoh Soalan :

Islam merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah s.w.t yang mempunyai keunggulannya yang tersendiri.

Buktikan Islam adalah agama yang unggul.

Contoh Jawapan :

  • Agama Islam adalah lengkap dan sempurna dalam semua aspek kehidupan.
  • Agama Islam adalah sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
  • Ajaran Islam adalah adil dan saksama kepada semua manusia.

[ BUKTIKAN ]

Jawapan bagi soalan ini memerlukan anda memberikan jawapan dan fakta yang tepat.

31 of 67

Perbezaan ialah menyatakan antara dua perkara atau lebih.

Jawapan bagi soalan jenis ini sebaik-baiknya dijawab dalam bentuk jadual atau petak.

Mesti terdapat perbezaan antara kedua-dua bahagian.

Jawapan mesti selari

Jangan tinggalkan kosong

Jika menjawab dalam satu ayat, mesti mempunyai ayat sendikata seperti MANAKALA atau SEDANGKAN.

[ PERBEZAAN ]

32 of 67

Contoh Soalan :

Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Sistem barat.

Sistem sosial Islam

Sistem sosial barat

Berasaskan al-Quran

Berasaskan pemikiran manusia

Berdasarkan kepada ukhuwwah

Berdasarkan warna kulit dan kedudukan

Mementingkan urusan dunia dan akhirat

Mementingkan keduniaan dan kebendaan semata-mata

33 of 67

ELAKKAN JAWAPAN NEGATIF

Berikan dua perbezaan antara sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan ciptaan manusia (4 markah)

Perundangan Islam

Ciptaan manusia

Bersumberkan al-quran dan hadis (1m)

Tidak bersumberkan al-quran dan hadis (x)

Lengkap(1m)

Tidak lengkap (x)

34 of 67

MENJAWAB PERBEZAAN DALAM AYAT

Sistem sosial Islam berasaskan al-Quran

MANAKALA

Sistem sosial barat berasaskan pemikiran manusia.

35 of 67

Bentuk soalan untuk isu semasa

  1. Punca/sebab/faktor berlaku masalah
  2. Cara mengatasi masalah tersebut
  3. Kesan berlaku masalah

36 of 67

RUMUSAN BENTUK SOALAN

  • FAKTA :
  • Nyatakan
  • Senaraikan
  • Jelaskan

37 of 67

SOALAN ISI + HURAIAN MENGGUNAKAN KABUS

K - Kerana

A - Agar

B - Bagi

U - Untuk

S - Supaya/seperti

*** Huraian yang sama tidak boleh digunakan dalam soalan yang sama***

38 of 67

JAWAPAN MAKSUD YANG SAMA :

  • Diberkati Allah/Dirahmati Allah/Diredai/Disayangi
  • Mendapat dosa/Balasan buruk/masuk neraka
  • Dihormati masyarakat/Disanjungi/Dimuliakan
  • Porak peranda/huru hara/ Tidak aman
  • Perpecahan/Pergaduhan/Pertelingkahan

39 of 67

CONTOH JAWAPAN PUNCA / SEBAB / FAKTOR

  • Lemah iman
  • Tiada penguatkuasaan undang-undang
  • Ibubapa tidak beri perhatian
  • Kurang didikan agama
  • Jahil tentang cara hidup Islam
  • Mementingkan kemewahan hidup
  • Sifat mementingkan diri sendiri
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Kesempitan hidup
  • Sifat ingin mencuba sesuatu
  • Dorongan hawa nafsu
  • Pengaruh media massa /persekitaran

40 of 67

CONTOH SOALAN SEBAB / FAKTOR / PUNCA

Kes buang bayi merupakan masalah sosial yang semakin membimbangkan.

Huraikan dua sebab masalah tersebut masih berlaku. (4 m)

Dua sebab kes buang bayi ialah :

  • Jahil (1m) kerana tiada didikan agama (1m)
  • Lemah iman (1m) kerana kurang penghayatan agama(1m)

41 of 67

CONTOH JAWAPAN KESAN NEGATIF (BURUK)

INDIVIDU

  • Jiwa tidak tenang
  • Dimurkai Allah/dimasukkan ke dalam neraka/berdosa
  • Dibenci masyarakat/dipandang hina/akidah rosak

MASYARAKAT

  • Berlaku huru hara/kucar kacir/pergaduhan
  • Jenayah berleluasa dalam masyarakat
  • Umat Islam dipandang hina

NEGARA

  • Negara mundur
  • Ekonomi meleset
  • Pembangunan terbantut
  • Dipandang hina oleh negara lain

42 of 67

CONTOH SOALAN (KESAN INDIVIDU)

Terangkan tiga kesan buruk perbuatan meminum arak kepada individu yang melakukannya. (6m)

Tiga kesan buruk perbuatan minum arak kepada individu ialah :

  • Dilaknat oleh Allah (1m) kerana melakukan dosa(1m)
  • Dipandang hina(1m) oleh masyarakat(1m)
  • Merosakkan akhlak (1m) kerana melanggar perintah Allah SWT(1m)

43 of 67

CONTOH JAWAPAN CARA ATASI

  • Memberikan didikan agama
  • Memantapkan iman
  • Banyak melakukan amalan sunat
  • Sentiasa menginggati Allah/berdoa
  • Mengikut ajaran al-quran dan as-sunnah
  • Mengamalkan Islam secara menyeluruh
  • Mengadakan program kesedaran /kempen
  • Menguatkuasaan undang-undang
  • Mengenakan hukuman yang berat
  • Menyeru kearah kebaikan & mencegah kemungkaran
  • Hormat menghormati antara satu sama lain
  • Menunjukkan contoh teladan yang baik

44 of 67

CONTOH JAWAPAN KESAN POSITIF (BAIK)

  • Dikasihi Allah /dirahmati Allah/diberkati Allah/mendapat pahala/dimasukkan ke dalam syurga
  • Dimurahkan rezeki
  • Dihormati masyarakat/disukai masyarakat
  • Hidup aman sejahtera
  • Iman menjadi mantap
  • Melahirkan rasa insaf dalam diri
  • Mengeratkan silaturrahim
  • Jiwa menjadi tenang
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Menghindarkan diri daripada sifat mazmumah

45 of 67

46 of 67

BENTUK-BENTUK SOALAN KBAT

  • CIRI-CIRI SOALAN KBAT :
  • Ada stimulus /rangsangan minda iaitu ada gambar/ pernyataan/dialog/ petikan akhbar dan lain-lain
  • Respon terbuka (jawab apa sahaja)
  • Bukan soalan lazim (bukan soalan biasa)
  • Soalan tidak berulang

47 of 67

CARA MENJAWAB KBAT:

  1. Jawapan mengikut rubrik

I – Isi /Fakta (1m)

H – Huraian (1m)

HL - Contoh/Huraian Tambahan (1m)

K - Rumusan /Kesimpulan (1m)

48 of 67

CARA MENJAWAB KBAT 4 MARKAH

I - Isi(1m)

H – Huraian (1m)

HL – Contoh/sebab/Kesan/dalil(1m)

K – Rumusan/Kesimpulan/Penutup(1m)

49 of 67

CARA MENJAWAB KBAT 4 MARKAH

I - Isi(1m)

H1– Huraian (1m)

H2 – Contoh (1m)

H3- Penutup (1m)

50 of 67

CARA MENJAWAB KBAT 6 MARKAH

I - Isi(2m)

H – Huraian (2m)

HL – Contoh/sebab/Kesan/dalil(2m)

Contoh soalan:

Pendapatan daripada sumber yang halal dapat menjamin keberkatan dan kesejahteraan sesebuah negara.

Huraikan dua implikasi sekiranya pendapatan negara datangnya dari sumber yang haram. (6m)

51 of 67

JAWAPAN KBAT 6 MARKAH

Dua implikasi sekiranya pendapatan negara datangnya dari sumber yang haram ialah :

  • Negara tidak diberkati oleh Allah (I:1m) kerana tidak mengikut syariat(H;1m) seperti hasil perjudian(HL/C : 1m)
  • Berlaku perselisihan dalam masyarakat (I:1m)hingga menggugat ketenteraman negara (H:1m) seperti terdapat perbezaan ideologi politik(HL/C :1m)

52 of 67

KENAL PASTI KEHENDAK SOALAN (KBAT)

Kehendak Soalan

Isi Jawapan

  • Bagaimanakah
  • Menerangkan tentang CARA
  • Mengapakah/Apakah
  • PUNCA/FAKTOR/SEBAB/KESAN
  • Tuliskan Hujah/Pendapat/Bukti
  • Memerlukan PANDANGAN/PEMERHATIAN
  • Bincangkan/Cadangkan/Ramalkan
  • Memerlukan PANDANGAN/PEMERHATIAN

53 of 67

CONTOH SOALAN KBAT

Setiap kumpulan ajaran sesat mempunyai pengikut tegar . Mengapakah mereka masih menyakini ajaran tersebut walaupun bertentangan dengan logik akal? (4 markah)

Jawapan :

Jahil dalam ilmu agama (1m) kerana tidak mendalami ilmu tauhid (1m) seperti mengikut ajaran kerajaan langit(1m) yang akhirnya membawa kepada kehancuran (1m)

54 of 67

KESIMPULAN/RUMUSAN KBAT

  • Rujuk isi atau huraian
  • Jangan ulang stimulus /soalan walau sedikit
  • Guna kata sendi KABUS
  • Bentuk ayat pengajaran / ayat merumus
  • Kita hendaklah….
    • Kita mestilah….
    • Kesimpulannya…
    • Oleh itu ….

55 of 67

1. Pastikan anda mendapat kertas soalan yang betul

2. Baca arahan pada muka depan kertas soalan dengan teliti

3. Tulis butiran diri dengan lengkap pada buku kertas jawapan seperti Nombor kad pengenalan dan angka giliran

4. Baca semua soalan sepintas lalu daripada soalan 1 hingga soalan 7.

56 of 67

5. Perhatikan jumlah markah untuk memastikan jawapan yang sepatutnya anda berikan

6. Tandakan soalan yang anda rasakan boleh mudah atau yakin boleh dijawab. (untuk memilih soalan)

7. Tulis rangka jawapan dengan ringkas pada kertas soalan ketika membaca soalan.

8. Mulakan menjawab soalan yang mudah dahulu kemudian diikuti dengan jawapan yang susah

9. Pastikan aspek jawapan yang perlu diambil perhatian ketika menjawab seperti bukan, tidak benar dan sebagainya

57 of 67

10. Tuliskan nombor soalan dengan betul.

11. Tuliskan pembuka jawapan.

12. Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk point ( jangan dalam bentuk ayat yang berjela-jela/ karangan )

13. Sebaik-baiknya berikan huraian bagi setiap jawapan dan berikan jawapan lebih daripada yang diminta.

14. Sekiranya soalan perbezaan buatlah dalam bentuk kolum atau gunakan sendi kata.

58 of 67

15. Tinggalkan ruangan antara satu jawapan dengan jawapan

seterusnya

16. Jawapan untuk setiap bahagian perlu dibuat dalam

halaman yang berlainan

17. Semak semula jawapan setelah selesai menjawab semua

soalan.

18. Jawab semua ceraian soalan yang dipilih jangan tinggalkan tanpa jawapan.

19. Peruntukan 10 minit untuk menyemak jawapan.

59 of 67

1. Butiran diri tidak ditulis dengan lengkap.

2. Jawapan tidak lengkap / terlalu ringkas atau kurang daripada yang diminta.

3. Jawapan berbelit-belit dan tidak dapat difahami.

4. Tidak cermat memilih dan memahami kehendak soalan.

5. Lemah dalam memahami sesuatu istilah.

60 of 67

6. Tidak dapat menulis istilah tertentu dengan betul.

7. Tidak mengikut panduan markah yang diberikan.

8. Isi jawapan yang berulang-ulang atau sama maksud

9. Tertinggal ceraian jawapan.

10. Jawapan diberi tidak mengikut kehendak soalan.

61 of 67

11. Jawapan yang diconteng dengan liquid paper dan tidak ditulis semula.

12. Tulisan yang tidak boleh dibaca dengan jelas oleh pemeriksa.

13. Jawapan tidak mengikut urutan nombor yang sepatutnya.

14. Menggunakan bahasa pasar atau daerah.

15. Tiada nombor soalan

16. Tiada perenggan / ruang antara satu jawapan dengan jawapan yang lain

62 of 67

1. Mengulangkaji semua tajuk yang telah dipelajari di tingkatan 4 & 5

2. Menjawab soalan dengan struktur bahasa penulisan yang boleh difahami

3. Elakkan daripada mengulangi maksud isi yang sama

4. Elakkan daripada menjawab terlalu ringkas atau meleret-leret

63 of 67

5. Tumpukan lebih perhatian kepada buku teks dan bahan rujukan hanya sebagai pelengkap sahaja.

6. Calon digalakkan memberi isi jawapan yang lebih jika jawapan yang diberikan tidak begitu menyakinkan.

7. Kuasai semua tajuk dalam sukatan pelajaran dan elakkan daripada meramal tajuk-tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan.

64 of 67

STRATEGI CEMERLANG

 

Amalan Umum

 

  1. Memberi perhatian yang serius terhadap pelajaran dalam kelas
  2. Dengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh guru
  3. Hormati guru.
  4. Jaga disiplin diri/patuhi peraturan sekolah.
  5. Paling penting patuhi peraturan Allah/Doa/Solat Hajat.
  6. Baca buku teks.Baca dari kulit ke kulit.Buku lain hanya sebagai rujukan tambahan.Baca setiap tulisan dalam buku teks.(kamus,info bestari dll)
  7. Buat nota ringkas.
  8. Buat latihan menjawab soalan
  9. Banyak tanya guru.

65 of 67

Perkara rutin sebelum/semasa/selepas menjawab soalan.

 

  1. Mulakan dengan doa
  2. Tulis maklumat diri pada kertas jawapan
  3. Baca arahan betul-betul / menyeluruh.
  4. Baca soalan berulang kali dan fahami kehendak soalan.
  5. Tandakan / gariskan intipati soalan tersebut.
  6. Semak semula jawapan sebelum kertas jawapan dihantar.

66 of 67

penutup

Teknik menjawab dengan berkesan sudah pasti akan dapat membantu para pelajar untuk mencapai kejayaan. Ulangkaji tanpa teknik menjawab yang berkesan tidak memadai. Teknik menjawab yang berkesan tanpa ulangkaji yang berterusan tidak berguna. Oleh itu, ulangkaji yang berterusan dan teknik menjawab yang berkesan insyaAllah menjamin kejayaan yang cemerlang.

67 of 67

Terkasar bahasa,

terlajak bicara

haraf maaf……….

SEKIAN TERIMA KASIH