Future Skills for All
Panduan permulaan Siri micro:bit
Cara menggunakan panduan ini
Dokumen ini bertujuan untuk membimbing anda memulakan pengalaman Future Skills for All. Panduan ini memberikan gambaran tentang bagaimana sumber Future Skills for All boleh digunakan di dalam kelas bersama murid-murid anda.
Isi Kandungan
01
02
03
04
05
REKA BENTUK PROGRAM
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
PERSEDIAAN GURU
STRUKTUR PENGAJARAN
Reka bentuk program serta sumber yang terdapat pada laman Future Skills for All.
Senarai bahan yang diperlukan sebelum pengajaran bermula.
Langkah-langkah persediaan yang boleh diambil oleh guru sebelum memulakan kelas.
Cara-cara untuk menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah.
TIP TAMBAHAN
Tip tambahan untuk memastikan pengajaran berjalan dengan lancar dan cara menghadapi cabaran di dalam bilik darjah.
1. Video Tutorial
Reka Bentuk Program
2. Nota
3. Kuiz & Tugasan
Setiap pengajaran disediakan dengan video tutorial yang membawa murid untuk membina sebuah projek ringkas menggunakan micro:bit.
Nota tambahan sebelum dan selepas video tutorial membantu murid untuk memahami konsep yang ingin diketengahkan dengan lebih mendalam.
Murid perlu melengkapkan kuiz dan tugasan bagi setiap pengajaran sebagai bukti penguasaan.
Setiap pengajaran direka bentuk untuk mempunyai 3 elemen penting di bawah dalam membantu murid memahami dan menguasai isi pengajaran tersebut.
Bahan-bahan yang diperlukan
Komputer
Set micro:bit
Fon Kepala (headphones)
Kod Kelas Unik Anda
Laman Future Skills for All
Laman MakeCode
Komputer atau laptop yang mempunyai sambungan internet.*
Set micro:bit yang lengkap untuk setiap murid.*
Fon kepala untuk membantu murid fokus dan tidak menggangu murid lain.*
Kod unik Google Classroom yang diberikan kepada anda.
Laman Future Skills for All untuk semua pengisian pembelajaran.
Laman MakeCode untuk mengaturcara micro:bit.
*tidak mencukupi untuk setiap murid? Lihat seksyen 05: Tips Tambahan
Persediaan Guru
Isi borang Guru
Maklumkan kepada murid
Bersiap sedia
Terima kod unik kelas anda
Senarai murid
01
02
03
04
05
Isikan borang guru untuk mendapatkan kod unik kelas anda.
Tulis di atas papan putih di kelas anda:
Laman Future Skills for all: http://futureskills.moe-dl.edu.my/
Kod unik kelas anda
Semak aktiviti pengajaran sebelum mulakan kelas. Selesaikan cabaran serta tugasan yang diberikan untuk memastikan anda juga menguasai pengisian pengajaran.
Tunggu 1-2 hari bekerja untuk emel daripada pihak kami dengan kod unik kelas anda.
Simpan senarai murid kelas anda berserta dengan emel dan kata laluan sebagai rujukan.
Struktur Pengajaran
A. Akaun murid
B. Tonton video dan selesaikan tugasan
C. Tamat sesi pembelajaran
Tips Tambahan: Apa yang boleh saya buat apabila bahan tidak mencukupi?
Stesen
Masalah internet
Pasangan atau berkumpulan
Seluruh kelas
Bina stesen komputer, micro:bit dan juga kuiz. Bahagikan kelas kepada 3 stesen ini supaya mereka boleh mengambil giliran untuk melengkapkan tugasan di setiap stesen.
Perisian MakeCode boleh dimuat turun untuk digunakan tanpa sambungan internet. Video tutorial juga boleh dimuat turun untuk ditayangkan kepada seluruh kelas. Soalan kuiz boleh dipaparkan di depan atau di cetak untuk diberikan kepada setiap murid.
Tetapkan seorang murid sebagai “pemandu” yang mengawal komputer dan seorang lagi sebagai “navigator” yang menjelaskan apa yang perlu dilakukan. Tukar peranan setiap 5 - 10 minit.
Tayangkan aktiviti serta video di depan kelas. Selepas video ditayangkan, bincang bagaimana murid boleh mula membina projek micro:bit mereka. Jalankan aktiviti pembinaan bersama-sama.
Terdapat pelbagai cabaran dalam kelas. Ini adalah tips tambahan untuk menghadapinya!
Tips Tambahan: Apakah cara terbaik untuk memastikan murid saya menguasai pengajaran?
Terdapat 3 cara yang boleh anda ambil sebagai guru untuk memastikan murid anda tidak ketinggalan.
Contoh skrip:
Future Skills for All adalah aktiviti yang boleh dijalankan dalam bilik darjah atau di rumah untuk memperkenalkan murid kepada bidang sains komputer. Siapa yang boleh kongsi maksud sains komputer? [jawapan yang mungkin diberikan: pengaturcaraan, komputer, penyelesaian masalah]. Salah satu cara untuk menjelaskan maksud sains komputer adalah membina sesuatu melalui pengaturcaraan dan menyelesaikan masalah menggunakan komputer.
Bagi aktiviti Future Skills for All, anda akan menonton video tutorial, membaca nota dan mengaturcara micro:bit menggunakan laman MakeCode.
2. Terangkan pengaturcaraan MakeCode & micro:bit
Contoh skrip:
Apabila anda mengaturcara atau menulis kod, anda sebenarnya sedang memberikan komputer arahan dalam bentuk langkah-langkah yang tersusun. Ramai pengaturcara menulis kod dalam bentuk teks dengan menaipnya menggunakan papan kekunci. Dengan MakeCode, anda menggunakan kod dalam bentuk blok yang akan bercantum seperti “puzzle”. Dengan MakeCode, anda boleh mengaturcara papan micro:bit untuk menyalakan lampu LED, menggerakkan motor, memainkan muzik dan banyak lagi.
3. Semak perkembangan murid sepanjang pembelajaran atas talian
Bagi setiap video di dalam pengajaran, murid boleh memilih untuk melihat transkrip, sarikata dari 4 jenis bahasa dan juga memilih untuk mengubah kelajuan video. Ini dapat membantu murid untuk mengikuti pengajaran berdasarkan keselesaan dan tahap masing-masing.
Contoh soalan yang boleh ditanya:
Tip tambahan untuk tingkatkan tahap cabaran:
Apa yang akan berlaku jika saya ubah kedudukan/keluarkan/masukkan blok kod ini? Jom kita cuba lihat apa yang akan berlaku.
Terima kasih!
Soalan?
Hubungi kami di futureskillsforall@arusacademy.org.my
Future Skills for All
Siri micro:bit