1 of 65

KSSM SEJARAH TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 65

KSSM SEJARAH TINGKATAN 5

SEJARAH TINGKATAN 3

BAB 5 PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

3 of 65

02

  • Perundangan
  • Jabatan dan Agensi Kerajaan
  • Kewujudan Syarikat Perwakilan
  • Pewujudan Sistem Kewangan dan Insurans

PENTADBIRAN BARAT BERKAITAN DENGAN EKONOMI

01

  • Modal
  • Teknologi
  • Buruh
  • Skala Besar dan Bercirikan Eksport
  • Tanah

PENGENALAN EKONOMI MODEN OLEH KUASA BARAT DI NEGARA KITA

03

  • Pengangkutan
  • Kemudahan Pelabuhan
  • Telekomunikasi

KESAN EKONOMI AKIBAT PENTADBIRAN BARAT DI NEGARA KITA

04

  • Perkembangan Bandar
  • Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum
  • Perkembangan Pendidikan
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Pembinaan Penjara

KESAN SOSIAL AKIBAT PERKEMBANGAN EKONOMI DI NEGARA KITA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

3

4 of 65

5.1

LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN TEMPATAN DI SARAWAK DAN SABAH

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menyatakan latar belakang pemerintahan tempatan di Sarawak dan Sabah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

4

5 of 65

Di Sarawak, terdapat beberapa kerajaan Melayu seperti Sawaku, Kalaka, Samadong dan Melano

Sistem pemerintahan yang diamalkan ini membawa

kestabilan dan menyumbang kepada keharmonian serta kemakmuran di negeri-negeri ini

Sebelum kedatangan kuasa-kuasa luar, masyarakat

tempatan di Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan yang berkesan

Sistem ini menjadi panduan dalam perkembangan

ekonomi, sosial dan politik masyarakat tempatan

di kedua-dua buah negeri

01

02

03

04

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

5

Sarawak is first recorded on a European map 1537

6 of 65

  • Sistem ini dilaksanakan oleh masyarakat tempatan di Sarawak dan Sabah
  • Asas yang penting ialah pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat

1. SISTEM KESUKUAN

  • Pengaruh Kesultanan Brunei ketara di Sarawak dan Sabah
  • Di Sabah, selain Kesultanan Brunei, wujud pengaruh Kesultanan Sulu di bahagian pantai timur Sabah

2. SISTEM PENTADBIRAN

TEMPATAN

SISTEM PEMERINTAHAN TEMPATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

6

  • Sistem pemerintahan di Sarawak dan Sabah mempunyai persamaan dan perbezaan yang mempunyai kaitan langsung dengan perkembangan sejarah sosiopolitik yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut
  • Setiap suku kaum di Sarawak dan Sabah mempunyai ketua rumah tetapi disebut mengikut dialek masing-masing, namun semuanya mempunyai maksud yang sama

PENGENALAN

Malay Native in Borneo-Sketched in Singapore

7 of 65

1. SISTEM KESUKUAN (SARAWAK)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

7

Penekanan terhadap

kepatuhan kepada adat

Pemimpin menjadi orang tengah menyelesaikan

pertelingkahan dalam kalangan penduduk dan memastikan keharmonian berkekalan

Ketua dalam masyarakat Kenyah dikenali sebagai Peran Lepo, sementara masyarakat Kayan sebagai Kelunan Maren

Pemilihan pemimpin bukan sekadar faktor keturunan, namun lebih kepada kebolehan peribadi

Bagi masyarakat Melanau, ketua masyarakat dikenali sebagai Menteri

Dalam masyarakat Bidayuh, sumber autoriti ialah Tua Kapung

Bagi masyarakat Iban, pemimpin utama ialah Tuai Rumah. Beliau

menjadi sumber autoriti masyarakat

01

02

03

04

05

06

07

08

Antara masyarakat yang mengamalkan sistem ini termasuklah Iban, Bidayuh,

Kenyah, Kelabit dan Kayan

8 of 65

1. SISTEM KESUKUAN (SABAH)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

8

Pegangan adat menjadi

alat kawalan sosiopolitik

yang berkesan

Masyarakat ini mempunyai

pemimpin yang dikenali sebagai Orang Tua (Ketua Kampung). Sebagai pemimpin utama yang

menyelesaikan pertikaian

Selain itu, sistem

pemerintahan mengandungi

Majlis Kampung dan Tukang-tukang Adat

Majlis Kampung membantu

Orang Tua dalam pengurusan adat dan kehidupan seharian

Tukang-tukang Adat pula

memastikan setiap upacara adat dilakukan dengan betul bagi mengelakkan bencana

Bagi masyarakat Bajau

di pantai timur Sabah, pemimpin dikenali sebagai matto’a yang menjadi pelindung adat dan

kepentingan anak buah

01

02

03

04

05

06

Antara masyarakat yang

mengamalkan sistem ini

termasuklah Kadazandusun,

Murut dan Bajau

9 of 65

2 (A) SISTEM PENTADBIRAN TEMPATAN (SARAWAK)

Pentadbiran dijalankan oleh pembesar tempatan yang menjadi wakil sultan atau pembesar yang memiliki wilayah tersebut

Kawasan di Sungai Sarawak ditadbir oleh Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung sebagai wakil Sultan Brunei

Kawasan pedalaman ditadbir oleh Orang Kaya (O.K.) seperti O.K. Beti di Padeh, O.K. Antau di Rimbas, O.K. Jugah di Lundu dan O.K. Gasing di Skrang

Kuasa Kesultanan Brunei di Sarawak adalah berasaskan kepada

sistem penguasaan tanah

Pengaruh Brunei menyebabkan pemerintahan di Sarawak dipengaruhi sistem pentadbiran Kesultanan Brunei. Sistem pentadbiran dipecahkan kepada tiga bentuk, iaitu Sungai Kerajaan, Sungai Tulin dan Sungai Kuripan

01

02

03

04

05

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

9

10 of 65

  • Sistem ini diamalkan oleh kerajaan-kerajaan awal yang wujud di Sarawak

  • Kerajaan Sawaku merupakan antara kerajaan awal yang terletak di sekitar Sungai Sarawak ditadbir oleh Datu Merpati Jepang

  • Keturunan Datu Merpati Jepang secara turuntemurun menguasai pentadbiran di wilayah ini dengan memakai gelaran Datu Patinggi, Datu Bendahara (Datu Bandar) dan Datu Temenggung

  • Sewaktu pengaruh Kesultanan Brunei, golongan pembesar ini menjadi wakil bagi pihak Sultan Brunei

  • Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei

  • Mereka bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dan membangunkan Sarawak

SISTEM KEDATUAN DI SARAWAK

2 (B) SISTEM KEDATUAN DI SARAWAK

  • Sistem Kedatuan merupakan sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di Sarawak yang berpusat di sekitar Sungai Sarawak
  • Sistem ini merupakan kesinambungan daripada sistem kerajaan yang terdapat sebelum ini di Sarawak

PENGENALAN

11 of 65

2 (C) SISTEM PENTADBIRAN TEMPATAN (SABAH)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

11

Kawasan pantai barat dikuasai oleh Kesultanan Brunei, manakala kawasan pantai timur dikuasai oleh Kesultanan Sulu

Kuasa Kesultanan Brunei di Sabah berasaskan sistem penguasaan tanah

Pentadbiran dijalankan oleh pembesar tempatan yang menjadi wakil sultan atau pembesar (pengiran) yang memiliki wilayah tersebut

Sultan Sulu memiliki semua tanah di bawah pengaruhnya. Namun begitu, pemerintahan diwakilkan oleh Datu

Kuasa golongan Datu pula bergantung pada milikan bilangan hamba (pengikut) dan kemampuan menghantar ufti secara tetap kepada sultan

Golongan Datu inilah yang sebenarnya menjalankan pentadbiran di pantai timur Sabah dan sistem ini dikenali sebagai sistem Datu

01

02

03

04

05

06

12 of 65

2 (D) SISTEM KETUA BEBAS DI SABAH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

12

02

01

03

05

Mereka berkuasa dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di kawasan masing-masing

Antara Ketua Bebas yang dikenali ialah Syarif Osman yang berkuasa di daerah Marudu antara tahun 1830-1840 dan Datu Kerunding yang berkuasa di daerah Tungku pada akhir abad ke-19

Mereka mempunyai undang-undang

tersendiri dan tidak mengiktiraf kuasa lain

Mereka tergolong atau mempunyai pertalian keluarga dengan Sultan Brunei atau Sultan Sulu

Ketua bebas ini muncul daripada sikap berani dan keperwiraan seseorang tokoh yang mencabar kewibawaan Sultan di kawasannya

04

PENGENALAN

Pada abad ke-17 dan 18, sistem pentadbiran Ketua Bebas dijalankan di kawasan-kawasan yang kuasa Sultan Brunei dan Sulu agak lemah atau tidak berkesan. Sistem ini bergantung pada kemampuan individu untuk memerintah kawasan yang dikuasainya

13 of 65

KESIMPULAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

13

01

02

Jelaslah bahawa Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan yang teratur yang

membawa kepada kestabilan dan kemakmuran kepada masyarakat

Dalam masa yang sama

menarik kehadiran kuasa luar. Oleh itu, kita seharusnya berwaspada terhadap anasir luar yang

mampu mengambil alih kuasa yang ada jika kita tidak bersatu padu

14 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

14

Sikap bersedia menerima perubahan yang membawa kepada kebaikan penting dalam kehidupan. Bincangkan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.5.5)

CAKNA MINDA

15 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

15

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Sistem Ketua Bebas di Sabah mempunyai kelebihan tersendiri. Jelaskan.

16 of 65

5.2

PELUASAN KUASA DINASTI BROOKE DI SARAWAK

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan peluasan kuasa rejim Brooke di Sarawak

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

16

17 of 65

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

17

Peluasan kuasa Barat di Sarawak dilakukan oleh pihak persendirian, iaitu James Brooke

Kekayaan Sarawak terutamanya sagu, antimoni dan emas menarik perhatian James Brooke untuk menguasai Sarawak. Beliau menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan kuasanya

Selain itu, perpecahan

politik di Sarawak dan alasan kegiatan pelanunan digunakan sepenuhnya oleh James Brooke

hingga akhirnya beliau berjaya memperoleh Sarawak daripada Kesultanan Brunei

Seterusnya,

James Brooke dan keluarganya berusaha meluaskan kuasa mereka ke seluruh Sarawak

01

02

03

04

Antimony ore is discovered on the Sarawak River - 1826

18 of 65

SARAWAK KETIKA KEHADIRAN JAMES BROOKE

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

18

Kawasan ini menjadi pusat perdagangan dan pentadbiran. Kawasan ini sangat strategik kerana mampu mengawal kegiatan perdagangan sungai dan kawasan pedalaman

Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota ke kawasan ini sebagai pembesar Brunei untuk menguasai ekonomi

Pada tahun 1820-an, kalangan masyarakat Melayu bertumpu di Lidah Tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak

Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang penting

01

02

04

03

19 of 65

SARAWAK KETIKA KEHADIRAN JAMES BROOKE

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

19

PENGENALAN

Terdapat beberapa individu yang terlibat dalam percaturan politik dan pemerintahan di Sarawak antara tahun 1830-an hingga 1840-an

  • Dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan masalah di Sarawak
  • Merupakan bapa saudara Sultan Brunei
  • Berusaha memujuk Datu Patinggi Ali dan pembesar Melayu, namun gagal
  • Beliau meminta bantuan James Brooke

PENGIRAN RAJA MUDA HASHIM

  • Sultan Brunei yang mentadbir wilayah Sarawak pada tahun 1827 berhasrat mengawal kegiatan perdagangan di Sarawak
  • Pengiran Indera Mahkota mendirikan pusat pentadbiran di Kuching
  • Menimbulkan perbalahan dengan pembesar tempatan kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
  • Penentangan dipimpin oleh Datu Patinggi Ali yang ingin membebaskan Sarawak daripada cengkaman Pengiran Indera Mahkota

SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN II,

SULTAN BRUNEI

  • Mencari peluang untuk mendapatkan Sarawak
  • Pada peringkat awal, menjalankan aktiviti pengembaraan di antara Sarawak dan Singapura dengan kapalnya Royalist
  • Mendapat sokongan pihak British melalui angkatan tentera laut
  • Menerima pelawaan Pengiran Raja Muda Hashim untuk menyelesaikan masalah di Sarawak
  • James Brooke mengenakan syarat, iaitu Pengiran Raja Muda Hashim perlu menyerahkan Sarawak kepada beliau

JAMES BROOKE

  • Pembesar tempatan di Sarawak
  • Melakukan penentangan terhadap pentadbiran Brunei pada tahun 1836
  • Menentang tindakan-tindakan wakil Sultan Brunei yang menjejaskan kehidupan masyarakat tempatan
  • Bersetuju berunding dengan James Brooke dan menamatkan penentangan

DATU PATINGGI ALI

01

02

03

04

20 of 65

JAMES BROOKE MENDAPATKAN KUASA PEMERINTAHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

20

James Brooke menggunakan kesempatan terhadap masalah yang berlaku di Sarawak sehingga berjaya menyelesaikannya

James Brooke menggunakan empat strategi dalam usaha mencapai

Matlamatnya iaitu:

Perjanjian

Rundingan

Ugutan

Ketenteraan

01

02

21 of 65

1. RUNDINGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

21

Strategi ini digunakan oleh James Brooke apabila berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim apabila diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak

Dalam rundingan inilah Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James Brooke dan tawaran ini dilakukan sebanyak dua kali sebelum James Brooke menerimanya

01

02

22 of 65

2. UGUTAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

22

Kehadiran James Brooke adalah untuk mengesahkan penyerahan Sarawak seperti yang dilakukan oleh Pengiran Raja Muda Hashim

Tindakan James Brooke menyebabkan Sultan bersetuju mengesahkan penyerahan Sarawak tersebut

Ugutan kedua dilakukan secara tidak langsung kepada pemerintah Brunei, Sultan Omar Ali

Saifuddin apabila James Brooke hadir ke Brunei diiringi oleh angkatan tentera laut British

Tindakan ini menyebabkan Pengiran Raja Muda Hashim bersetuju menyerahkan pemerintahan Sarawak kepada James Brooke

Strategi ugutan dilakukan oleh James Brooke sebanyak dua kali. Pertama, terhadap Pengiran Raja Muda Hashim yang cuba berdolak-dalik dan tidak bersetuju dengan rundingan yang dilakukan sebelumnya, iaitu menyerahkan Sarawak kepadanya. Bagi mengatasi hal ini, James Brooke mengugut Pengiran Raja Muda Hashim dengan bersedia menyerang kedudukan Pengiran Raja Muda Hashim di Kuching

01

02

03

04

05

23 of 65

3. PERJANJIAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

23

James Brooke turut menggunakan perjanjian sebagai strategi untuk meluaskan kuasa. Dua

perjanjian terpenting berlaku pada tahun 1841 dan 1842

PERJANJIAN 1841: JAMES BROOKE DENGAN PENGIRAN

RAJA MUDA HASHIM

  • James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya
  • James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat Melayu

PERJANJIAN 1842: JAMES

BROOKE SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN

  • Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan
  • Semua hasil pendapatan kawasan ini diserahkan kepada James Brooke
  • James Brooke mestilah memberikan ufti tahunan sebanyak 2,500 Dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei
  • Tidak boleh campur tangan dalam hal adat dan agama penduduk tempatan
  • Tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran Sultan Brunei
  • Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak

Kedua-dua perjanjian inilah yang membolehkan James Brooke mendapatkan kekuasaan sebagai pemerintah Sarawak dan secara langsung menamatkan kekuasaan Kesultanan Brunei di Sarawak

01

02

03

04

24 of 65

4. KETENTERAAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

24

James Brooke turut menggunakan kekuatan ketenteraan dalam usahanya untuk mendapatkan

kuasa di Sarawak

Walau bagaimanapun, kejayaan James Brooke ini hanyalah permulaan kepada penguasaan yang lebih luas. Kemudiannya, ia meliputi kawasan-kawasan lain di Sarawak yang masih dalam

kekuasaan Kesultanan Brunei

Kapal ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun yang mengganggu perdagangan dan ketenteraman Sarawak

Bantuan ketenteraan diperoleh melalui sokongan kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British.

01

02

03

04

25 of 65

JAMES BROOKE MENDAPATKAN KUASA PEMERINTAHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

25

01

02

04

03

05

  • James Brooke anggap kebangkitan orang tempatan sebagai lanun
  • Isu ini jadi alasan tindakan meluaskan kuasa di kawasan orang Iban sebagai tindakan yang sah dan mendapat sokongan British

MENENTANG KEBANGKITAN

ORANG TEMPATAN

  • James Brooke dapat bantuan dan sokongan daripada tentera laut British
  • Kapal perang HMS Dido berjaya menghancurkan kubu kuat orang Iban di Sungai Saribas dan Sungai Skrang

KEKUATAN TENTERA

  • James Brooke berjaya dapat sokongan daripada orang tempatan, orang Melayu dan Iban

MEMPEROLEH SOKONGAN

SEBAHAGIAN MASYARAKAT

TEMPATAN

  • Di Mukah, James Brooke menyokong Pengiran Matusin hingga membolehkan Brooke memecahkan kekuatan masyarakat tempatan di Mukah

AMBIL KESEMPATAN

DARIPADA PERTELINGKAHAN

YANG WUJUD DALAM

MASYARAKAT TEMPATAN

  • James Brooke Berjaya menyingkirkan tokoh tempatan yang menentangnya
  • Sharif Masahor yang dituduh terlibat dalam pakatan menyingkirkan Brooke dibuang ke Singapura
  • Datu Patinggi Abang bin Abang Qahar pula dibuang ke Melaka

MENGHAPUSKAN TOKOH TEMPATAN YANG MENENTANG KEDUDUKANNYA

06

  • Benteng dan kubu yang dilengkapi dengan meriam didirikan di kawasan yang strategik bagi mengawal kawasan tersebut
  • Kubu di Sungai Skrang dibina pada tahun 1849 selepas Perang Beting Maru tamat bagi memerhati pergerakan kaum Iban Skrang daripada menentang pentadbiran Brooke di Kawasan tersebut. Pada tahun 1849, kubu ini dinamakan Fort James
  • Pada tahun 1862, Renjer Sarawak ditubuhkan bagi mengawasi keamanan dan pertahanan

MEMPERKUKUH

PERTAHANAN SARAWAK

07

  • Dalam usaha meluaskan kuasa di Sarawak, James Brooke memperoleh sokongan kewangan daripada pemodal Eropah terutama Baroness Angela Burdett-Counts

SOKONGAN KEWANGAN

26 of 65

KRONOLOGI PELUASAN KUASA DINASTI BROOKE

TAHUN 1841

  • James Brooke memperoleh kawasan Kuching, kemudiannya merangkumi kawasan dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan
  • Sejak tahun 1840-an, James Brooke Berjaya menguasai Batang Lupar dan Sungai Saribas

Tanjung Datu

TAHUN 1861

  • Sultan Abdul Mumin menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol setahun kerana membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan
  • Kawasan yang terlibat termasuklah Oya, Mukah, Tatau dan Bintulu

TAHUN 1883

  • Orang Kayan yang mendiami kawasan Sungai Baram bangun menentang Kesultanan Brunei
  • Charles berjaya mendapatkan Baram dan seluruh lembangan Sungai Baram daripada Sultan Brunei dengan bayaran ufti sebanyak 4200 Dolar Sepanyol setahun

TAHUN 1853

  • Penentangan orang Iban di Saribas dan Batang Lupar berjaya ditumpaskan dengan menggunakan alasan menghapuskan lanun.
  • Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Kalaka berjaya diperoleh oleh James Brooke. Sebagai balasan, separuh daripada hasil pendapatan wilayah ini diberikan kepada Sultan Abdul Mumin

TAHUN 1885

  • Kawasan di Sungai Trusan diperoleh oleh Charles Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol yang diserahkan kepada Temenggung kerana kawasan itu di bawah penguasaan beliau.
  • Tindakan ini diambil bagi membolehkan isu pembunuhan beberapa peniaga Sarawak oleh orang Murut di kawasan itu dapat diselesaikan

TAHUN 1890

  • Limbang diperoleh Charles Brooke pada tahun 1890
  • Tindakan ini dilakukan apabila penduduk Limbang bersetuju untuk menyertai Sarawak
  • Bayaran sebanyak 6000 Dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei

TAHUN 1905

  • Pada 12 Januari 1905, kerajaan Sarawak memperoleh hak terhadap Lawas yang sebelum itu dimiliki oleh SBUB
  • Sempadan Sarawak itu masih dikekalkan hingga kini

27 of 65

KESIMPULAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

27

01

02

Jelaslah bahawa kelicikan dan kemampuan James Brooke

menggunakan pelbagai strategi membolehkannya berjaya

mendapatkan Sarawak daripada Sultan Brunei. Perpecahan

dan konflik masyarakat tempatan memudahkan usaha

James Brooke ini

Dalam hal ini, sejarah membuktikan

bahawa tanpa sifat bersatu padu dan berwaspada, orang

asing akan lebih mudah untuk mengambil alih kuasa dan

seterusnya menguasai negara kita

28 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

28

Sikap berwaspada terhadap anasir luar penting demi mempertahankan kedaulatan negara. Bincangkan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.5.6)

CAKNA MINDA

29 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

29

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Perancangan yang teratur dan strategik penentu kejayaan. Bahaskan.

30 of 65

5.3

PELUASAN KUASA SYARIKAT BORNEO

UTARA BRITISH DI SABAH

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menghuraikan peluasan kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

30

31 of 65

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

31

Kedudukan Sabah yang strategik dan mempunyai potensi ekonomi yang besar menyebabkan Sabah menjadi perhatian pemodal asing

02

Dengan strategi pajakan, pembelian dan perjanjian, akhirnya Sabah berjaya dikuasai oleh pemodal asing seterusnya dimiliki oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

03

Sebelum kehadiran kuasa-kuasa Barat di Sabah, pentadbiran di Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu serta Ketua-ketua Bebas

01

32 of 65

KEMAKMURAN SABAH MENARIK PEMODAL ASING

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

32

Dua faktor penting yang menyebabkan Sabah menjadi tarikan kepada pemodal luar ialah:

kekayaan ekonomi

kedudukannya yang strategik

01

02

33 of 65

1. KEDUDUKAN STRATEGIK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

33

Sabah berada di tengah-tengah laluan perdagangan di antara China dan Singapura. Sabah

juga berhampiran dengan laluan Pulau Palawan yang merupakan laluan maritim bagi kapal-kapal dagang untuk belayar ke China dan Jepun

01

02

03

Sabah penting dalam aktiviti perdagangan yang melibatkan

kepulauan Sulu hingga New Guinea dan Australia

Pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai barat dan timur Sabah merupakan pelabuhan semula jadi yang strategik. Kapal boleh berlabuh dengan selamat daripada

tiupan angin monsun. Antara

pelabuhan utama termasuklah

di Teluk Gaya

34 of 65

2. KEKAYAAN EKONOMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

34

06

Kekayaan yang dimiliki oleh Sabah menjadi perhatian dalam kalangan pemodal asing. Mereka berusaha meluaskan kuasa di Sabah. Hal peluasan kuasa ini agak unik kerana berbeza daripada usaha kuasa luar yang meluaskan kuasa di negeri-negeri lain di negara kita

01

Hasil-hasil ekonomi Sabah terutamanya sarang burung, sagu, rotan, getah perca, gamat dan sirip ikan yu telah lama memasuki pasaran antarabangsa

05

Di kawasan dataran dan lembah pula,

tanaman seperti indigo dan kapas hidup

subur. Hal ini membolehkan pertanian komersial dijalankan dengan giat

03

Sarang burung mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran di China

04

Keadaan ini menyebabkan pedagang Barat yang berminat mendapatkan barangan China menjadikan sarang burung sebagai barang dagangan yang penting untuk dibawa ke China

02

Barangan ini didagangkan oleh masyarakat tempatan dengan pedagang-pedagang asing yang

datang ke Sabah

35 of 65

SABAH SEBELUM PENGUASAAN SBUB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

35

  • Alexander Dalrymple yang membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu telah mengibarkan bendera British di Pulau Balambangan yang menandakan pulau tersebut menjadi milik British (1763)
  • Penempatan British
  • di sini menghadapi pelbagai masalah termasuk serangan lanun
  • British meninggalkan pulau ini pada November 1805

PULAU BALAMBANGAN

  • James Brooke berusaha meluaskan daerah kekuasan dengan mengadakan perjanjian dengan Sultan Brunei berhubung dengan Pulau Labuan
  • Sultan Brunei serahkan Labuan kepada British melalui perjanjian pada 18 Disember 1846. British bertanggungjawab tumpaskan lanun serta melindungi perdagangan
  • James Brooke sebagai Gabenor pertama

PULAU LABUAN

PENGENALAN

Sebelum pertapakan dan peluasan kuasa SBUB di Sabah, dua kawasan telah pun dimiliki oleh British, iaitu Pulau Balambangan dan Pulau Labuan.

36 of 65

PERTAPAKAN SBUB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

36

PERTAPAKAN

SBUB

01

Sultan Brunei bersetuju

08

1888, Borneo Utara menjadi negeri naungan British. Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara hingga tahun 1942

04

Alfred dan Edward Dent memajak pantai timur Sabah daripada Sultan Sulu pada tahun 1878

05

Baron Gustavus von

Overbeck bekerjasama

dengan Alfred dan Edward Dent majukan Sabah

02

Charles Lee Moses

menyewa Sabah daripada Sultan Brunei pada tahun 1865 selama 10 tahun

07

Julai 1881, Alfred Dent dan adiknya tubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd. dan dapat status piagam (Charter) pada 1 November 1881

03

Moses menjual haknya kepada J. W. Torrey dan T. B. Harris dan menjadikan Kimanis sebagai pusat kegiatan perdagangan mereka

06

Torrey menjual haknya

kepada Baron Gustavus

von Overbeck

PENGENALAN

  • Kedudukan strategik dan potensi kekayaan Sabah menarik perhatian pemodal asing
  • Beberapa strategi digunakan oleh mereka, iaitu dengan menyewa, memajak dan mengadakan perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu
  • Perkembangan ini membawa perubahan ekonomi, sosial dan politik yang penting di Sabah

37 of 65

PELUASAN KUASA SBUB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

37

  • Kedudukan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) sebagai sebuah syarikat berpiagam menjadi asas penting dalam usahanya untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan di Sabah
  • Piagam Diraja memberikan kuasa kepada SBUB untuk memiliki Sabah
  • Piagam Diraja yang diterima oleh SBUB diberikan oleh kerajaan British yang mengiktiraf kedudukan SBUB sebagai wakil kerajaan British
  • Hal ini secara tidak langsung menunjukkan peluasan kuasa British ke atas Sabah
  • Syarat yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk menerima Piagam Diraja adalah seperti yang berikut:

PENGENALAN

SBUB menerima Penasihat British

SBUB perlu memelihara adat resam, agama dan undang-undang penduduk tempatan. SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama

SBUB mesti melantik Pegawai Tadbir daripada pegawai yang diakui British

SBUB tidak dibenarkan menyerahkan Sabah kepada pihak lain tanpa kebenaran British

01

02

03

04

38 of 65

PELUASAN KUASA SBUB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

38

01

Dua matlamat utama SBUB ialah pembangunan ekonomi melalui eksploitasi sumber-sumber yang terdapat di Sabah dan

melindungi serta mempertahankan hak-hak masyarakat tempatan

03

Kuasa sebenar syarikat terletak di tangan kalangan pemodal di London. Di Sabah pula, sistem birokrasi yang diterajui oleh Gabenor dibentuk bagi memastikan usaha syarikat untuk mengaut keuntungan

02

Melalui piagam ini, SBUB mempunyai kuasa mentadbir Sabah. Sir Rutherford Alcock menjadi presiden pertama, manakala Alfred Dent dilantik sebagai pengarah urusan.

04

Gabenor pertamanya ialah William Hood Treacher (1881-1887)

39 of 65

KESIMPULAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

39

01

02

Kedudukan Sabah yang strategik dan potensi ekonominya menjadi faktor yang menarik kemasukan

pemodal asing termasuklah SBUB. Setelah bertapak dan memperoleh Piagam Diraja daripada kerajaan British, SBUB bertindak meluaskan kuasanya di Sabah

Meskipun demikian, peluasan

kuasa ini menyebabkan kekayaan yang dimiliki oleh Sabah akhirnya dikuasai oleh pihak asing. Oleh itu, kestabilan negara amatlah penting bagi memastikan usaha inovasi dan kreativiti kita untuk memajukan ekonomi negara tidak dimanipulasi dan dieksploitasi oleh kuasa asing

40 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

40

Kewibawaan pemimpin penting dalam membangunkan negara. Bincangkan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.5.7)

CAKNA MINDA

41 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

41

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Kemakmuran negara mampu dimanipulasi dan dieksploitasikan oleh kuasa asing. Bahaskan.

42 of 65

5.4

BENTUK PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK

DAN SABAH

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Merumuskan pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

42

43 of 65

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

43

01

Peluasan kuasa oleh Dinasti Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah bermatlamat mengaut keuntungan daripada eksploitasi terhadap sumber hasil dan kuasa politik mereka

02

Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, pelbagai perubahan pentadbiran dilakukan

03

Perubahan pentadbiran ini memberikan kesan besar kepada kehidupan masyarakat di Sarawak dan Sabah

44 of 65

PEMANTAPAN PENTADBIRAN BARAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

44

02

04

01

03

05

Pengekalan Golongan

Elit Tempatan

Pentadbiran Berasaskan

Kaum

Pembahagian

Wilayah

Pentadbiran

Berhierarki

Perundangan

Pemantapan Pentadbiran

di Sarawak dan Sabah

The Kuching General Post Office building, built in 1931 with neoclassical architecture; pictured in 2015

A Datu Banddar for more than 40 years as one of the Rajah's ministers and also a member of Supreme Council, c. 1930s

45 of 65

1. PEMBAHAGIAN WILAYAH (SARAWAK)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

45

PENGENALAN

Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah menyusun semula sistem pentadbiran dengan membuat pembahagian terhadap wilayah-wilayah yang dikuasai. Hal ini dilakukan bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan lebih berkesan

03

Setiap bahagian dipecahkan kepada daerah dan kampung

04

Sempadan Kawasan ini menjadi asas pemilikan dan kekuasaan Dinasti Brooke. Hal ini berbeza daripada amalan sebelumnya yang lebih menekankan kepada hak percukaian

01

Pada tahap awal, Raja Brooke membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian bagi memudahkan

pentadbiran

02

Charles Brooke menambahkan dua bahagian pada tahun 1885 dan 1890

46 of 65

1. PEMBAHAGIAN WILAYAH (SABAH)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

46

03

Setiap Residensi diketuai oleh Residen, sementara di daerah pula diketuai oleh Pegawai Daerah

04

Setiap Pegawai Daerah dibantu oleh Penolong Pegawai Daerah. Kebiasaannya, Residen, Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah berbangsa Inggeris atau Eropah

01

SBUB turut melaksanakan pembahagian

residensi di Sabah. Pada tahap awal hanya terdapat dua Residensi, iaitu Residensi Pantai Timur yang berpusat di Sandakan dan Residensi Pantai Barat yang berpusat

di Jesselton

02

Pada tahun 1922, kawasan pentadbiran

terdiri daripada lima residensi, iaitu

Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Pantai

Timur dan Tawau yang kesemuanya

berjumlah 17 daerah

47 of 65

2. PENGEKALAN PEMBESAR TEMPATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

47

03

Dengan asas ini, sikap mengambil berat terhadap usaha mempertahankan hak

dan kepentingan kaum dijadikan pegangan

04

Keadaan yang hampir sama turut berlaku di Sabah apabila SBUB perlu memenuhi syarat Piagam Diraja, iaitu menghormati dan mempertahankan masyarakat peribumi

01

Dasar yang dijalankan oleh Dinasti Brooke di Sarawak berasaskan kepada amanah

02

Sarawak merupakan milik penduduk peribuminya dan Raja Brooke memerintah bagi pihak dan untuk

kepentingan mereka

48 of 65

2. PENGEKALAN PEMBESAR TEMPATAN DI SARAWAK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

48

01

Dinasti Brooke melibatkan kalangan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran atas nama dasar amanah

02

Dasar ini digunakan bagi mengisi kekurangan pegawai-pegawai Eropah yang jumlahnya kecil

03

Penglibatan orang tempatan seperti kalangan Datu, iaitu Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggung serta dua jawatan baharu, iaitu Datu Imam dan Datu Hakim

04

Ketika zaman Charles Vyner Brooke, beberapa gelaran diwujudkan, iaitu Datu Menteri, Datu Pahlawan, Datu Bentara dan Datu Amar

05

Para pembesar tidak lagi dibenarkan mengutip cukai, sebaliknya diberikan gaji dan peranan membantu pentadbiran

06

Mengekalkan semua

undang-undang tempatan dan adat yang tidak bercanggah dengan sistem barat

49 of 65

2. PENGEKALAN PEMBESAR TEMPATAN DI SABAH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

49

Ketua bergaji akan memelihara keamanan

dan peraturan serta mengutip cukai kepala

dan mentadbir keadilan

Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri dan bertugas dalam menjaga keamanan daerah mereka, memungut cukai dan mengurus pentadbiran pengadilan (pembantu majistret)

Institusi peribumi yang utama ialah Institusi Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung (Orang Tua) dan Mahkamah Anak Negeri

Ketua Anak Negeri yang diakui

diserapkan ke dalam sistem pentadbiran SBUB dan dibayar gaji, sementara Ketua Anak Negeri yang tidak diakui tidak

dibayar gaji

Ketua Anak Negeri yang juga digelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah

Bagi menjamin kecekapan dan pentadbiran yang baik, SBUB membahagikan ketua-ketua peribumi kepada kategori ketua

yang diakui dan yang tidak diakui

01

02

03

04

05

06

50 of 65

3. PENTADBIRAN YANG BERHIERARKI (SARAWAK)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

50

01

02

03

04

Residen pula mengetuai pentadbiran di setiap bahagian yang terdiri daripada Kuching, Simanggang, Sibu, Marudi dan Lawas

Setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah

Pentadbiran pada peringkat kampung turut diperkemaskan melalui jawatan penghulu yang menjadi ketua bagi satu atau lebih kampung

Raja Brooke mengetuai pentadbiran di Sarawak yang dibantu oleh Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri

51 of 65

3. PENTADBIRAN YANG BERHIERARKI (SABAH)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

51

Majlis penasihat ditubuhkan pada tahun 1883 untuk menasihati gabenor dalam hal

ehwal pentadbiran

SBUB di Sabah diketuai oleh Gabenor yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London

01

02

52 of 65

4. PENTADBIRAN BERASASKAN KAUM (SARAWAK)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

52

Bagi orang Cina diwujudkan jawatan Kapitan dan Kangcu

Dinasti Brooke mengamalkan sistem pecah dan perintah

Tiga kategori masyarakat

dikelompokkan, iaitu Melayu, Iban dan Cina

Charles Brooke mewujudkan

jawatan tertinggi masyarakat Iban iaitu Temenggung

Orang Melayu dalam pentadbiran, orang Cina dalam ekonomi dan orang Iban dalam keselamatan dan ketenteraan

01

02

03

05

04

53 of 65

4. PENTADBIRAN BERASASKAN KAUM (SABAH)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

53

Pentadbiran berasaskan peribumi di Sabah

Pentadbir dikenali sebagai Penolong Pegawai Daerah

Memberikan kesan kepada pentadbiran kerajaan peringkat tempatan

Ketua-ketua etnik berperanan dan dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran

02

01

03

04

54 of 65

5. PERUNDANGAN (SARAWAK)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

54

Mahkamah diwujudkan

dengan diadili oleh raja dan dibantu Ketua Majistret

Mahkamah Adat diwujudkan bagi mengadili kesalahan masyarakat tempatan

Mahkamah Residen diwujudkan di setiap bahagian. Residen bertindak sebagai Majistret

Pada tahun 1911, Mahkamah

Cina diwujudkan di Kuching

bagi menangani dan mengurus

hal ehwal dan kes-kes yang

melibatkan masyarakat Cina

01

Undang-undang lapan perkara

diperkenalkan pada Januari 1842

02

03

04

05

55 of 65

5. PERUNDANGAN (SABAH)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

55

Menggunakan undang-undang barat dan tempatan

01

02

03

04

05

Diwujudkan Mahkamah

Majistret dan Mahkamah

Anak Negeri

Mahkamah Majistret

menggunakan undang-undang Barat

Mahkamah

Majistret diadili

oleh Pegawai Daerah

Mahkamah Anak Negeri

diadili oleh Ketua

Anak Negeri

Mahkamah Anak Negeri wujud sehingga kini

Jawatan Ketua Anak Negeri kekal sehingga kini

Mahkamah di Sabah pada masa kini

56 of 65

KESIMPULAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

56

01

02

Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan tempatan yang mantap sebelum kedatangan kuasa Barat. Kedudukan strategik dan kekayaan kedua-dua buah negeri ini menarik perhatian para pemodal luar untuk menguasai kekayaan yang dimiliki

Kesannya, berlaku peluasan kuasa yang merubah sistem pemerintahan tempatan. Jelaslah bahawa sebagai warganegara kita perlu sentiasa bersedia untuk menerima perubahan yang membawa kebaikan. Dalam masa yang sama, kita perlu berwaspada terhadap anasir luar

yang boleh mengancam hak dan kemakmuran negara yang kita miliki

57 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

57

Pentadbiran yang sistematik dan berkesan penting untuk kemajuan negara. Bincangkan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.5.8)

CAKNA MINDA

58 of 65

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

58

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Mempertahankan kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama. Bahaskan.

59 of 65

LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 5

“Trust yourself, you know more than

you think you do”

(Benjamin Spock)

#USAHATANGGAKEJAYAAN

#SELAMATMAJUJAYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

60 of 65

1. Siapakah pembesar tempatan yang memimpin penentangan terhadap pentadbiran Pengiran

Indera Mahkota di Sarawak?

  1. James Brooke
  2. Sharif Masahor
  3. Datu Patinggi Ali
  4. Pengiran Raja Muda Hashim

2. Susunan Dinasti Brooke yang betul di Sarawak ialah….

  1. James Brooke, Anthony Brooke, Charles Brooke
  2. James Brooke, Charles Brooke, Charles Vyner Brooke
  3. Charles Brooke, James Brooke, Charles Vyner Brooke
  4. Charles Vyner Brooke, James Brooke, Anthony Brooke

3. Apakah faktor terpenting yang menyebabkan British meninggalkan Pulau Balambangan

pada tahun 1805?

  1. Kemarau
  2. Serangan lanun
  3. Serangan penyakit
  4. Kekurangan bekalan makanan

4. Siapakah Gabenor pertama Syarikat Borneo Utara British di Sabah?

  1. Baron Gustavus von Overbeck
  2. William Hood Treacher
  3. Charles Lee Moses
  4. James Brooke

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

60

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

61 of 65

5. Apakah tindakan James Brooke seterusnya apabila Pengiran Raja Muda Hashim memohon bantuan menyelesaikan pertikaian di Sarawak?

  1. Menyerang Brunei
  2. Membedil Kuching
  3. Mendapatkan bantuan daripada British
  4. Mengadakan perundingan dengan Datu Patinggi Ali

6. Namakan sistem pemerintahan Barat yang sama diamalkandi Sarawak dan Sabah?

  1. Sistem Kesukuan
  2. Sistem Pentadbiran Tempatan
  3. Sistem Kedatuan
  4. Sistem Ketua Bebas

7. Bagaimanakah James Brooke mendapatkan kuasa pemerintahan di Sarawak?

  1. Mendapatkan bantuan tentera laut British
  2. Menentang kebangkitan orang tempatan
  3. Melalui perjanjian
  4. Memperkukuh pertahanan Sarawak

8. Faktor penting yang menyebabkan Sabah menjadi tarikan kepada pemodal luar ialah…

  1. Perebutan takhta
  2. Pentadbiran yang mantap
  3. Pelabuhan yang makmur
  4. Kekayaan Ekonomi

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

61

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

62 of 65

  1. Sistem pemerintahan di Sarawak dan Sabah mempunyai persamaan dan perbezaan.

Gambar 1: Peta Sarawak dan Sabah

a) Senaraikan dua sistem pemerintahan tempatan yang

diamalkan di Sarawak dan Sabah. (2m)

..………………………………………………………………

………………………………………………………………..

b) Mengapakah terdapat persamaan dan perbezaan dalam

sistem pemerintahan di Sarawak dan Sabah? (1m)

………………………………………………………………..

c) Namakan satu sistem pemerintahan yang sama diamalkan

di Sarawak dan Sabah? (1m)

……………………………………………………………….

d) Jelaskan sistem kedatuan yang diamalkan di Sarawak.

(2m)

………………………………………………………………..

………………………………………………………………..

d) Sistem pemerintahan yang teratur membawa kepada

kestabilan dan kemakmuran rakyat. Bincangkan. (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

62

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

63 of 65

2. Peluasan kuasa Barat di Sarawak dilakukan oleh pihak

persendirian iaitu James Brooke.

Gambar 2: James Brooke

a) Apakah yang menarik perhatian James Brooke untuk

menguasai Sarawak? (2m)

.......……………………………………………………………

…………………………………………………………………

b) Senaraikan dua strategi James Brooke untuk

mendapatkan kuasa pemerintahan? (2m)

………………………………………………………………....

…………………………………………………………………

c) Bagaimanakah kubu kuat orang Iban dihancurkan oleh

James Brooke? (1m)

……………………………………………………………….

d) Mengapakah James Brooke perlu menyingkirkan

pemimpin tempatan seperti Sharif Masahor yang

menentangnya? (1m)

………………………………………………………………..

e) Sifat bersatupadu dan sentiasa berwaspada dengan

orang asing penting dalam mengekalkan kedaulatan

negara/negeri. Bincangkan. (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………...............

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

63

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

64 of 65

1. Bagi menyelaraskan sistem pentadbiran yang berkesan,

SBUB di Sabah membentuk sistem pentadbiran

berhierarki.

a) Berdasarkan rajah di atas, jelaskan sistem pentadbiran

yang diamalkan oleh SBUB di Sabah. (6m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

b) Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan tempatan

yang mantap sebelum kedatangan kuasa Barat. Buktikan.

(8m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

c) Pada pandangan anda, sejauh manakah sistem

pentadbiran Syarikat Borneo Utara British berjaya

membangunkan Sabah? (6m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

64

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN ESEI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

65 of 65

Unit Sejarah

+603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/

TERIMA

KASIH

BPK Peneraju Pendidikan Negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula