1 of 53

EEM443�TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

TUTOR

SUHASNI BIN DOLLAH

2 of 53

BAB 1

GEJALA SOSIAL PADA ABAD KE-21

DI MALAYSIA

3 of 53

  • Peningkatan kejadian jenayah dan pelbagai bentuk gejala sosial lain seperti pembunuhan, rompakan, rogol, keganasan rumah tangga, penagihan dadah, ragut, seks di luar nikah, dan pornografi internet telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan anggota masyarakat, pelancong dan pelabur asing terhadap tahap keselamatan yang sedia ada.

4 of 53

  • Beberapa masalah sosial di Malaysia sering kali dikaitkan dengan proses pembangunan dan transformasi sosial yang mendadak.

  • Proses perbandaran dan perindustrian yang berlaku sejak kemerdekaan khususnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru bukan sahaja telah merancakkan proses pembangunan negara, tetapi turut mengakibatkan berlakunya krisis nilai dan keterasingan sosial dalam kalangan sesetengah golongan masyarakat khususnya remaja dan golongan muda.

5 of 53

  • Hal ini disebabkan pelbagai faktor seperti status sosioekonomi yang secara relatif rendah selain ketidakupayaan sesetengah anggota masyarakat itu untuk memenuhi tuntutan umum masyarakat berhubung status,kejayaan, pekerjaan yang baik dan pemilikan barang konsumer .

6 of 53

TRANSFORMASI MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEMUNCULAN PELBAGAI GEJALA SOSIAL

  • Ahli sosiologi Perancis, Emile Durkheim, menerangkan tentang keadaan yang dipanggil anomie, iaitu kekacauan norma yang berlaku dalam masyarakat di Eropah yangmengalami proses pemodenan dan perindustrian akibat kebangkitan kapitalisme mulai Zaman Pencerahan(Enlightenment) pada abad ke-17, disusuli dengan Revolusi Industri dan Revolusi Sains pada abad ke-18 dan ke-19.

7 of 53

  • Dalam bukunya bertajuk Suicide (1951), Durkheim menyatakan bahawa runtuhnya ikatan moral, aturan, budaya, dan undang-undang adalah berpunca daripada transformasi sosial yang mendadak dalam masyarakat.

  • Oleh itu, masyarakat terpaksa membentuk kawalan sendiri kerana norma baru belum sempat atau dapat berkembang dengan kukuh.

8 of 53

  • Kesan balas daripadanya ialah kekacauan dan ketidakseragaman antara keadaan masyarakat dan peluang individu untuk membangun, mencapai kepuasan, dan menikmati daya pengeluaran di dalam masyarakat.

  • Keadaan anomie ini menghasilkan ketegangan dalam kalangan individu kerana persekitaran sosial yang mengundang konflik, ketegangan, kekeliruan, atau kehendak yang mustahil untuk dipenuhi

9 of 53

  • Robert K. Merton (1937) pula telah mengembangkan teori anomie ini dengan menekankan ‘percanggahan’ antara definisi goals (matlamat) menurut kehendak sosial masyarakat dengan means (cara atau kaedah) untuk mencapai matlamat tersebut.

  • Merton menekankan bahawa kekayaan dan kemewahan adalah matlamat utama anggota masyarakat, khususnya bagi kelompok minoriti dan miskin dalam masyarakat industri.

  • Apa yang diingini dan dicapai oleh anggota masyarakat adalah berkisar mendapatkan wang, kedudukan, status, mendapatkan barang konsumer.

10 of 53

  • Kupasan tentang teori anomie ini digunakan dalam masyarakat Barat bagi memahami norma-norma dan nilai masyarakat industri yang mengalami transformasi sosial besar-besaran kesan daripada Revolusi Industri danRevolusi Sains.

  • Seperti telah terbukti dalam sejarah sains sosial, dalam latar belakang sejarah Eropah Barat inilah maka lahir tokoh-tokoh pemikir sosial yang mencetuskan perdebatan dan penulisan yang prolifik, yang mengupas persoalan-persoalan kemasyarakatan demi memahami serta mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang timbul.

  • Dengan demikian lahir dan berkembanglah sains sosial dan kemanusiaan seperti ilmu falsafah,ekonomi, politik, sosiologi, psikologi, pendidikan dan lain-lain di Eropah untuk menganalisis masalah-masalah tersebut dan mencari jalan keluar (Abdul Rahman 2006

11 of 53

PENYELIDIKAN BERTEMAKAN GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA

  • Seiring dengan kemajuan ekonomi dan proses perbandaran yang pesat, Malaysia berdepan dengan pelbagai jenis jenayah dan gejala delinkuensi yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

  • Banyak kajian yang dijalankan oleh ramai pengkaji tertumpu kepada jenis-jenis jenayah yang melibatkan orang muda (remaja) dan dewasa, faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang terlibat dalam jenayah, dan kesan-kesan daripadanya.

12 of 53

  • Zeenath Kausar (2005) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

  • Beliau mengkaji tentang jenis-jenis masalah sosial yang dilakukan atau melibatkan golongan wanita seperti rogol, gangguan seksual, seks luar nikah, penceraian, dan penagihan dadah.

  • Zeenath telah mengumpul data statistik dan maklumat mengenainya, dan menyiasat sebab-musabab berlakunya masalah sosial tersebut.

13 of 53

  • Kajian Hasan Baharom et.al (2003) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjudul ‘Kajian Jenayah Juvana di Pantai Timur’ mengkaji tentang faktor-faktor yang menjadi punca keterlibatan remaja dalam pelbagai jenayah dan delinkuensi, dan mengenal pasti bilangan si pelaku yang melakukan kesalahan menurut jantina.

  • Hasil kajian mendapati faktor keluarga, latar belakang pendidikan, pengaruh negatif rakan sebaya, media massa dan masyarakat menyumbang ke arah remaja melakukan jenayah dan delinkuensi.

  • Namun, faktor umur, tempat tinggal dan latar belakang keluarga merupakan antara penyumbang utama kepada pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja

14 of 53

  • Satu kajian PhD oleh Sohaimi Daud (2004) dari Universiti Malaya (UM) berjudul ‘Proses dan Prosedur Sistem Pengadilan Jenayah di Malaysia Terhadap Jenayah Rogol’ telah mengkaji proses dan prosedur sistem pengadilan jenayah rogol di Malaysia.

  • Menurut beliau, pemahaman menyeluruh berkenaan proses sistem keadilan jenayah di Malaysia ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti kategori perogol, dan memperbetulkan persepsi masyarakat dan negara terhadap mangsa rogol, keterlibatan perogol kanak-kanak, dan persoalan hukuman ke atas pesalah rogol.

15 of 53

  • Kajian oleh Zulfakar Ramlee (2004) dari UIAM berjudul ‘Incest: Its Legal Implication from Islamic Perspective’ mengkaji tentang seks di luar nikah atau zina, kategori hukuman yang dikenakan kepada si pelaku dalam konteks hukum Islam, dan isu-isu yang berkaitan dengan pengadilan ke atas jenayah tersebut termasuk kedudukan perundangan terhadap anak ‘luar nikah’.

  • Maheran Zakaria (2004) dari UiTM yang menjalankan kajian berjudul ‘Kajian Mengenai Ciri-ciri Pelaku dan Mangsa Jenayah Sumbang Mahram di Malaysia’ telah meneliti trend jenayah sumbang mahram di Malaysia dan kekerapan berlakunya jenayah tersebut berdasarkan lokasi atau negeri.

  • Hasil kajian beliau menunjukkan kebanyakan pelaku dan mangsa berada dalam golongan kelas bawahan dan orang Melayu.

16 of 53

  • Kajian PhD oleh Ahmad Hassan (2004) dari UM berjudul ‘Wanita Kelantan dan Pelacuran: Satu Kes Kajian di Kota Bharu, 1950an-1970an’ meneliti dinamika kegiatan pelacuran akibat perubahan gaya hidup yang pesat di Kota Bharu, Kelantan antara tahun 1950anhingga 1970an.

  • Kajian tersebut turut mengkaji pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan pelacuran dalam tempoh tersebut.

  • Hasil kajian mendapati peningkatan penceraian, kemiskinan dan masalah mendapatkan pekerjaan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan pelacuran.

17 of 53

  • Fauziah Ibrahim et.al (2008) bertajuk ‘Sokongan Keluarga dan Kecenderungan Penagihan Relaps Dalam Kalangan Penagih Dadah di Malaysia’. Kajian dijalankan ke atas 400 orang responden dari lapan buah pusat serenti yang merangkumi Zon Selatan, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Utara bagi mengukur tahap sokongan keluarga terhadap penagih relaps dan menentukan perkaitan antara sokongan keluarga dengan kecenderungan penagihan relaps.

  • Hasil kajian mendapati 96 peratus penagih dadah berulang menyatakan bahawa mereka menerima sokongan yang sederhana daripada keluarga dan hanya empat peratus sahaja yang menerima sokongan yang rendah daripada keluarga.

18 of 53

  • Selain daripada jenis-jenis jenayah dan masalah sosial yang disebut di atas, kajian tentang skim cepat kaya juga merupakan antara tumpuan pengkaji untuk menerangkan perubahan dalam masyarakat yang turut menyumbang kepada kemunculan pelbagai bentuk masalah sosial.
  • Kajian oleh Muhammad Muda et.al (2002) dari UniversitiS ains Islam Malaysia (USIM) bertajuk ‘Kajian KegiatanSkim Cepat Kaya di Semenanjung Malaysia’ mengkaji bagaimana skim cepat kaya beroperasi, faktor-faktor yang mendorong orang menyertai skim tersebut, dan apakah kedudukan skim ini dari segi hukum syarak.

19 of 53

  • Selain kajian yang dijalankan oleh Rahimah AbdulAziz, satu lagi kajian tentang mangsa penderaan fizikal ke atas kanak-kanak yang memberi fokus kepada aspek tahap perkembangan personaliti dan resiliensi mangsa dijalankanoleh Mariani Mansor dan Asnarulk hadi Abu Samah (2008) bertajuk ‘Analisis Personaliti dan Resiliensi Kanak-Kanak Mangsa Penderaan Fizikal’.

  • Kajian yang dijalankan ke atas 106 kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 16 tahun dari lima buah pusat perlindungan kanak-kanak di Selangor dan Kuala Lumpur mendapati tahap personaliti kanak-kanak mangsa penderaan fizikal adalah rendah dari segi penyesuaian personaliti dan mangsa penderaan kurang atau tiada keinginan atau keupayaan untuk memajukan diri.

20 of 53

BAB 2

KEGANASAN KELUARGA:

GEJALA PENGANIAYAAN DAN PENGABAIAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

21 of 53

  • Secara umum keganasan keluarga antara lain merangkumi penganiayaan kanak-kanak

  • Keganasan domestik; keganasan oleh kanak-kanak; penganiayaan adik-beradik,

  • Penganiayaan warga tua dalam keluarga.

  • Antara keganasan keluarga yang paling memusnahkan ialah penganiayaan kanak-kanak dan keganasan domestik atau keganasan yang berlaku antara suami-isteri.

22 of 53

  • Keganasan mengikut Gelles dan Cornell (1990) bermaksud satu tindakan yang dilakukan dengan niat atau niat yang dipersepsikan untuk menyebabkan kesakitan atau kecederaan fizikal terhadap orang lain.

  • Sementara sebagai satu konsep, keganasan keluarga merujuk kepada sebarang tindakan yang diambil terhadap individu yang mempunyai hubungan yang sah dengan pelaku atau terhadap mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pelaku bertujuan untuk menyebabkan kecederaan fizikal.

23 of 53

  • Mengikut Levinson (1989) dan juga Eshleman (2000) keganasan keluarga ini tidak terdapat berlaku dalam masyarakat yang kehidupan berkeluarganya dicirikan oleh sikap kerjasama, komitmen, berkongsi dan kesamaan.

  • Sebaliknya, keganasan keluarga adalah lebih lazim terdapat dalam masyarakat di mana golongan lelaki mengawal kehidupan golongan wanitanya, terdapatnya penerimaan penyelesaian secara ganas terhadap konflik dan ibu-ibu menanggung sebahagian besar tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak.

24 of 53

PENERANGAN TEORITIS

  • Gejala keganasan keluarga. Gejala tersebut dilihat bukan saja dari sudut individu, tetapi juga dari sudut sosiobudaya yang lebih luas.

  • Bermakna, keganasan dilihat sebagai disebabkan oleh sistem konflik yang terdapat dalam sesebuah masyarakat dan keberadaan norma budaya yang menerima serta membolehkan keganasan keluarga itu berlaku.

  • Banyak teori telah diutarakan guna menerangkan tentang fenomena keganasan keluarga yang dipercayai terdapat dalam hampir semua negara di dunia.

25 of 53

  • Dari sudut individu, Gelles (1974) telah mengutarakan teori psikopatologi berkaitan keganasan keluarga ini.

  • Teori ini menegaskan bahawa keganasan yang berlaku antara anggota sesebuah keluarga adalah kerana terdapatnya ciri-ciri psikologi yang tidak normal (abnormal) dalam kalangan mereka yang terlibat dengan keganasan itu.

  • Sumber keganasan keluarga diandaikan terdapat dalam personaliti penganiaya itu sendiri (O’Leary, 1993).

26 of 53

  • Goode (1974) telah mengutarakan teori sumber atau kawalan sosial berkaitan keganasan keluarga ini.

  • Secara ringkas teori ini menegaskan bahawa keganasan merupakan sumber yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan, iaitu apabila sumber-sumber lain seperti wang, penghormatan, kasih sayang, dan matlamat yang dikongsi bersama dirasakan telah berkurangan, tidak mencukupi atau pun tiada

27 of 53

  • Tindakan ganas individu juga cuba diterangkan dari sudut sosial dan psikologikal, iaitu melalui teori pembelajaran sosial, yang menekankan bahawa secara umum individu belajar bertindak ganas daripada masyarakatnya dan juga daripada keluarganya (Ney 1992; Eshleman, 2000).

  • Konsep ‘lingkaran keganasan’ (cycle of violence) menunjukkan bahawa tindak laku ganas dipelajari hasil seseorang individu itu menjadi mangsa keganasan atau menjadi saksi kepada keganasan.

  • Dalam hal ini dikatakan bahawa individu yang dibesarkan dalam keluarga yang ganas akan cenderung untuk mengulangi pola yang telah dipelajari itu.

28 of 53

  • Selain itu terdapat teori budaya yang memberi tumpuan kepada penerimaan keganasan dalam sistem nilai masyarakat dan norma sosial, yang menentukan bila dan dalam keadaan apa perilaku ganas boleh diterima (Wolfgang dan Ferracuti,1967).

  • Satu ketika dahulu banyak masyarakat dunia memiliki norma budaya dan perundangan yang memberi hak kepada seorang suami untuk mengenakan hukuman berat terhadap isterinya bagi memperbetulkan perlakuannya’ yang dianggap salah.

29 of 53

Penganiayaan Kanak-kanak sebagai Satu Bentuk Keganasan Keluarga

  • Lazimnya, masyarakat menerima bahawa tidak menjadi kesalahan untuk ibu bapa memukul anaknya sekiranya tindakan itu adalah untuk tujuan memperbetulkan salah laku yang terus menerus berlaku atau untuk tujuan mengawal.

  • Selain itu, kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan yang berlaku antara ibu bapanya, didapati lebih kerap menjadi mangsa penganiayaan

30 of 53

Erti Penganiayaan Kanak-kanak

  • Kebanyakan orang bersetuju bahawa bentuk penganiayaan kanak-kanak yang dikatakan serius, adalah seperti tindakan fizikal yang mengakibatkan kesan-kesan luka dan abrasi, lebam-lebam, kecederaan kepala dan otak, kerosakan sistem urat saraf, melecur, terbakar, patah tulang, seliuh dan dislokasi; penganiayaan seksual, kecederaan dalaman dan kematian.

31 of 53

  • Di Malaysia, norma dan budaya yang diamalkan mempertahankan hak ibu bapa mengawal dan mengurus anak-anak mereka dengan cara yang dia anggap sesuai.

  • Budaya yang terdapat di negara ini juga secara tradisinya menerima penggunaan hukuman berat untuk tujuan mengawal dan mengurus ini, seperti yang dibayangkan oleh ungkapan “sayangkan anak tangan-tangankan” (pepatah Melayu), “anak yang setia (filial) dihasilkan daripada belantan” (terjemahan pepatah Cina) dan “spare the rod and spoil the child” (pepatah Inggeris)

32 of 53

Jenis Penganiayaan Kanak-kanak

  • Penganiayaan secara umumnya boleh dikategorikan kepada empat jenis utama: iaitu penganiayaan fizikal, yang bermaksud keganasan dan tindakan yang disengajakan, yang menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak berkenaan dan boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan yang kekal terhadap perkembangan kanak-kanak

33 of 53

  • Jenis kedua ialah pengabaian fizikal yang merujuk kepada kegagalan menyediakan keperluan asas kepada seorang kanak-kanak untuk membolehkan ia hidup dengan sempurna termasuk makanan, pakaian, tempat kediaman, keselamatan emosi, rawatan perubatan dan pendidikan.

  • Pengabaian fizikal termasuk ditinggalkan atau dibiarkan tanpa jagaan untuk satu tempoh yang lama.

  • Jenis ketiga ialah penganiayaan seksual.

34 of 53

  • Henry Kempe (1978) telah menerangkan penganiayaan kanak-kanak sebagai meliputi daripada bayi yang dihentam kepada penganiayaan fizikal yang dikenakan terhadap kanak-kanak pelbagai umur, sehinggalah kepada kegagalan kanak-kanak untuk berkembang, pengabaian, penganiayaan psikologi dan emosi dan penganiayaan seksual.

35 of 53

Sebab Berlakunya Penganiayaan Kanak-kanak

  • Perkara yang menyebabkan penganiayaan berlaku dalam keluarga ialah pengangguran atau tingkat pendapatan yang rendah yang mengakibatkan tekanan ekonomi berlaku;
  • Rumah yang sesak, berbahaya, kotor atau tidak sihat; keluarga yang tidak mempunyai banyak hubungan dengan saudara mara, jiran, rakan dan sebagainya;
  • Kejiranan yang tidak selamat;
  • Keluarga beribu tunggal yang terpaksa berkerja dan memenuhi bermacam tanggungjawab yang lain lalu menghadapi tekanan yang amat sangat;
  • Masalah kesihatan dalam keluarga dan lain-lain.
  • Keganasan suami-isteri, gejala penganiayaan kanak-kanak secara umumnya merentasi sempadan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat

36 of 53

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan, penderaan seksual kanak-kanak adalah yang tertinggi berbanding bentuk penderaan lain dalam kalangan golongan itu.

  • Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Wan Noraidah Wan Mohd Zain, berdasarkan statistik setakat 2022, sebanyak 1,168 kes direkodkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak.

  • Antara punca yang dikenal pasti sebagai faktor utama penderaan terhadap kanak-kanak adalah masalah ekonomi yang dihadapi ibu bapa.

  • “Penderaan seksual adalah paling tinggi, di mana berdasarkan kes statistik penderaan, 6,770 kes dilaporkan pada 2022, penderaan seksual paling tinggi, iaitu sebanyak 1,168.

37 of 53

BAB 3

PERANAN PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM MEMBINA SAHSIAH PELAJAR BERKUALITI

38 of 53

  • Gejala sosial boleh dihuraikan sebagai satu keadaan atau cara hidup yang berlaku di dalam suatu masyarakat yang mana ia adalah bertentangan dengan ciri-ciri atau nilai budaya dan juga nilainilai keagamaan sesebuah masyarakat (Ab. Halim Tamuri, et.al, 2004)

  • Peranan guru amat rumit di mana guru perlu memahami bahawa tujuan pendidikan iaitu mewujudkan ciri-ciri ketuhanan di dalam diri manusia untuk kebaikan diri sendiri dan untuk kebaikan manusia sejagat.

  • Guru harus menegakkan nilai-nilai tertentu dan mahir sebagai seorang pengajar, pengurus, pekerja sosial dan kesihatan mental, mahupun seorang ilmiah serta pengganti ibu bapa.

39 of 53

  • Sabitha Marican (1995), perubahan dan pertumbuhan ekonomi yang drastik menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang sibuk bekerja di luar.

  • Ibu bapa kurang menyedari fungsi mereka sebagai ibu bapa dan kegagalan memberi pengawasan moral terhadap anak-anak.

40 of 53

  • Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anakanak yang bersekolah, tetapi hal ini turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Rozana dan Nor Hashimah, 2005)

41 of 53

  • Pihak sekolah sudahpun menyediakan pelbagai kursus motivasi dan kaunseling kepada pelajar bermasalah ini dan mengharapkan golongan ini berubah bukan setakat untuk kebaikan diri sendiri, tetapi juga untuk agama, bangsa dan negara.

42 of 53

  • Pendidikan Moral yang bermatlamat melahirkan pelajar yang berakhlak dan mempunyai nilai terpuji yang mana diharapkan dapat dipraktikkan dalam kerjaya kelak amat signifikan.

43 of 53

  • Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

  • Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan pelajar melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.

44 of 53

  • Mata pelajaran PM merupakan satu usaha untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan kepada tiga aspek iaitu perkembangan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral.

  • Mata pelajaran ini diharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, berperwatakan mulia dan mengutamakan perpaduan serta bersemangat patriotik ke arah menyumbang secara produktif terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara

45 of 53

  • Kurikulum PM memberi tumpuan kepada usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid dengan memberi penekanan kepada pemahaman, penghayatan dan amalan nilai universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum.

  • Kurikulum ini juga turut menyediakan satu panduan hidup kepada murid untuk membuat keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial terhadap keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara.

46 of 53

  • Mata pelajaran PM juga menekankan kepada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21).

  • Kurikulum PM sekolah rendah dan sekolah menengah bermatlamat untuk membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global.

47 of 53

Prinsip-prinsip tersebut adalah :

i. Bertanggungjawab pada diri, keluarga, dan orang lain.

ii. Berpegang teguh pada ajaran agama.

iii. Prihatin kepada alam sekitar.

iv. Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.

v. Bersemangat patriotik.

vi. Menghormati hak asasi manusia.

vii. Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

48 of 53

  • Penerapan nilai-nilai murni dalam merentasi kurikulum pembelajaran amat digalakkan bagi mengukuhkan penghayatan akhlak pelajarpelajar tidak kira lapisan peringkat pendidikan.

  • Terdapat empat elemen yang terkandung di dalam penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum iaitu nilai-nilai agama, nilai-nilai moral, nilai-nilai budaya dan juga nilai-nilai-nilai estetika.

  • Elemen penerapan nilai-nilai agama dalam merentas kurikulum adalah terdiri daripada etika, kemanusiaan dan keagamaan.

49 of 53

  • Terdapat beberapa prinsip utama yang telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial sebagaimana hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui ungkapan “ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

50 of 53

51 of 53

Peranan Pendidik dan Ibu bapa

  • Menurut Mohamad Muda (1998), para pendidik bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang mana penekanan dititikberatkan mengenai perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.

  • Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

52 of 53

53 of 53

SEKIAN TERIMA KASIH