1 of 21

Dasar Perlindungan

AE025

1

Sebab mengamalkan dasar perlindungan

Definisi

Jenis perlindungan

  1. Melindungi industri strategik
  2. Melindungi industri muda
  3. Membaiki imbangan pembayaran
  4. Mencegah lambakan
  5. Mengurangkan pergantungan kepada negara asing

Bukan Tarif

Tarif

2 of 21

Definisi Dasar Perlindungan

  • Dasar perlindungan merupakan dasar sesebuah negara mengadakan pelbagai sekatan perdagangan untuk melindungi industri tempatan daripada persaingan asing.

3 of 21

Sebab mengamalkan Dasar Perlindungan

  • Melindungi industri strategik
  • Melindungi industri muda
  • Membaiki imbangan pembayaran
  • Mencegah lambakan
  • Mengurangkan pergantungan kepada negara asing

4 of 21

a. Melindungi industri strategik

  • Industri beras (keperluan asas negara) dan senjata api (keselamatan).
  • Penting semasa kecemasan dan peperangan.
  • Mengurangkan persaingan melalui sekatan import.
  • Industri berkembang dan menghasilkan bekalan yang mencukupi.

5 of 21

b. Melindungi industri muda�

  • Industri baru ditubuhkan, belum menikmati ekonomi bidangan dan AC yang tinggi.
  • Belum mendapat kepercayaan sepenuhnya drpd orang ramai, pasaran terhad dan tingkat pengeluaran di bawah tingkat optimum.
  • Belum setanding dari segi kualiti dan harga berbanding barang import.
  • Kerajaan perlu menyekat barang import supaya industri muda boleh berkembang.

6 of 21

c. Membaiki imbangan pembayaran

  • Imbangan pembayaran defisit berpunca daripada kadar syarat perdagangan yang merugikan iaitu jumlah perbelanjaan import melebihi eksport.
  • Untuk membaiki IP melalui sekatan import dan galakan eksport.
  • Sekatan import boleh membantu industri penggantian import negara dan subsidi ekport boleh membantu memajukan industri berorientasikan ekport dan mempelbagaikan ekonomi dalam negara.

7 of 21

d. Mencegah lambakan�

  • Dasar lambakan ialah dasar yang memonopoli pasaran negara rakan dagang dengan menjual barang pada harga yang jauh lebih rendah.
  • Tujuan: kuasai pasaran negara dagangnya.
  • Negara berkenaan akan kehilangan pasaran dan boleh menambahkan masalah pengangguran.
  • Oleh itu sekatan berbentuk tarif dan kuota dapat menghalang kemasukan barang import (lambakan) dan melindungi industri tempatan dan mengekalkan tingkat guna tenaga.

8 of 21

e. Mengurangkan pergantungan �kepada negara asing�

  • Pergantungan kepada satu atau sedikit industri berbahaya kepada ekonomi dan politik sesebuah negara.
  • Pergantungan ekonomi akan mengakibatkan pengangguran yang hebat jika berlaku perubahan dalam permintaan ke atas keluaran industri negara tersebut.
  • Penawaran barang-barang penting akan terputus jika berlaku pergeseran politik.
  • Sesebuah negara perlu mempelbagaikan keluaran dan mengurangkan pergantungan kepada negara asing bagi mengelakkan krisis ekonomi dan politik.

9 of 21

Jenis Perlindungan & Kesannya

AE025

9

10 of 21

Jenis Perlindungan

i. Tarif

  • Ad-valorem
  • Tarif spesifik

​

ii. Bukan Tarif

  • Kuota
  • Embargo
  • Kawalan Tukaran Asing
  • Subsidi Eksport

10

11 of 21

Tarif

  • Adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport
  • Dua bentuk iaitu
      • Tarif Ad- Valorem
      • Tarif Spesifik
  • Tarif merupakan satu sekatan perdagangan kerana ia menaikkan harga barang import, mengurangkan permintaan terhadap barang import dan menambahkan permintaan ke atas barang penggantian import.
  • Kelebihan – dapat memperbaiki imbangan pembayaran dan menambahkan sumber pendapatan negara.

​

12 of 21

i. Tarif Ad- Valorem

  • Cukai import yang dihitung berdasarkan harga/nilai barang import.
  • Dikenakan sebagai suatu peratusan daripada harga yang diimport.
  • Cth: 50% dikenakan ke atas kereta Mercedes yang bernilai RM90,000 seunit, bermakna cukai import kereta berkenaan ialah RM45,000.

13 of 21

ii. Tarif Spesifik

  • Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.
  • Cth: jika tarif sebanyak RM40 dikenakan ke atas setiap 100 kg beras Thailand, cukai tersebut adalah tetap tidak kira harga beras import naik atau turun dari semasa ke semasa.

AE025

13

14 of 21

Kuota�(Sekatan Bukan Tarif)

  • Menghadkan jumlah maksimum barang yang diimport dalam tempoh masa tertentu.
  • Hanya sejumlah kuantiti barang tertentu yang boleh diimport.
  • Apabila kuota import dikenakan, penawaran import jatuh. Kesannya harga barang import meningkat.
  • Seterusnya output pengganti import tempatan juga meningkat. Ia melindungi industri pengganti import tempatan.

15 of 21

Embargo�(Sekatan Bukan Tarif)

  • Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import suatu barang dari negara tertentu.

​

  • Satu sekatan ekonomi terhadap negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia (bermusuh atau tiada hubungan diplomatik).

​

  • Contoh embargo oleh negara-negara Timur Tengah terhadap Iraq yang telah menyerang Kuwait 1991 (Perang Teluk) dan mencetuskan krisis kekurangan petroleum di dunia.

16 of 21

  • Kerajaan boleh mengurangkan import dengan mengurangkan pertukaran asing yang boleh dibeli oleh pengimport tempatan.

​

  • Cth: Jika Malaysia ingin mengurangkan import dari Singapura, Bank Pusat boleh mengurangkan Dolar Singapura yang boleh dibeli oleh pengimport tempatan.

​

Kawalan Tukaran Asing�(Sekatan Bukan Tarif)

17 of 21

Subsidi Eksport�(Sekatan Bukan Tarif)

  • Subsidi eksport adalah bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan eksport.

​

  • Ia akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan seterusnya menurunkan harga barang eksport berkenaan.

​

  • Ini akan meningkatkan kuasa persaingan barang eksport dan menyekat persaingan eksport negara asing di pasaran antarabangsa.

​

18 of 21

Kesan Negatif �Dasar Perlindungan

a. Ketakcekapan dalam jangka panjang.

b. Meningkatkan kos barangan.

c. Mengurangkan daya saing pada peringkat antarabangsa.

19 of 21

a. Ketakcekapan dalam jangka panjang.

  • Ketidakseimbangan dalam peruntukan sumber akan berlaku apabila lebih banyak sumber beralih ke industri yang dilindungi oleh tarif. Sumber-sumber ekonomi mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap di industri lain dan bukan di industri yang dilindungi.

​

  • Pertambahan pendapatan yang dinikmati oleh firma-firma dalam industri yang dilindungi bukan disebabkan peningkatan kecekapan tetapi disebabkan oleh kenaikan harga akibat pengenaan tarif.

​

  • Beban ketidakcekapan akan ditanggung oleh pengguna dalam bentuk kenaikan harga barang yang dikenakan tarif.

20 of 21

b. Meningkatkan kos barangan

  • Taraf hidup dan kebajikan penduduk jatuh apabila pengimport memindahkan beban cukai import kepada pengguna dalam bentuk harga yang tinggi.

​

  • Kenaikan harga barang import yang menyebabkan peningkatan permintaan barang pengganti import tempatan tidak disertai oleh kenaikan mutu barang. Ini merugikan pengguna.

21 of 21

c. Mengurangkan daya saing pada peringkat antarabangsa

  • Perlindungan industri tempatan dengan tarif akan menimbulkan tindak balas yang sama dari negara-negara yang dikenakan tarif. Keadaan ini akan menjejaskan perkembangan industri eksport negara ini.

​

  • Industri tempatan menjadi kurang cekap kerana kekurangan galakan untuk meninggikan kecekapan sendiri setelah tarif mengurangkan persaingan yang dihadapi dari luar negeri.