1 of 49

KSSM SEJARAH TINGKATAN 1

SEJARAH KITA DAN DUNIA

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

2 of 49

2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

BAB 6�PENINGKATAN

TAMADUN YUNANI

DAN ROM

SEJARAH TINGKATAN 1

3 of 49

6.1 Tamadun Yunani

  • Pengenalan
  • Lokasi dan Perkembangannya

6.2 Peningkatan Pemerintahan dan

Pentadbiran Tamadun Yunani

  • Perkembangan Sistem Demokrasi di Athens
  • Pemerintahan dan Pentadbiran di Athens
  • Pemerintahan dan Pentadbiran Sparta

6.3 Tamadun Rom

6.4 Peningkatan Seni Bina dalam

Tamadun Rom

  • Ciri-ciri Pembinaan Bangunan dalam Tamadun Rom

3

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM

  • Pengenalan
  • Lokasi dan Perkembangannya

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

4 of 49

4

6.1 TAMADUN YUNANI

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang Tamadun Yunani

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

5 of 49

5

TAMADUN YUNANI

  • berkembang antara tahun 1,000 SM - 800 SM

  • pencetus kepada perkembangan tamadun Eropah

  • inspirasi dan panduan kepada kehidupan manusia yang lebih baik menerusi pelbagai pencapaian dalam pemerintahan dan bidang pentadbiran melalui pengenalan:
  • sistem demokrasi
  • ekonomi
  • sains dan teknologi
  • kesusasteraan
  • falsafah pendidikan

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

6 of 49

6

TAMADUN YUNANI

LOKASI

  • berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau yang bertaburan di Laut Aegean serta Laut Mediterranean

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • cuaca yang sederhana membolehkan kegiatan di luar rumah seperti perdebatan dan sukan giat dijalankan
  • kedudukannya berhampiran laut - orang Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal

7 of 49

7

TAMADUN YUNANI

PERKEMBANGAN

  • terkenal dengan negara-kota atau polis yang merupakan gabungan 3 komponen, iaitu
  • bandar utama
  • bandar kecil
  • kawasan kampung
  • polis menjadi ibu kota dan pusat tumpuan masyarakat
  • di tengah-tengah polis, terdapat acropolis - pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu
  • Acropolis - lokasi yang paling strategik dari segi keselamatan, pentadbiran dan komunikasi yang dilengkapi dengan
  • rumah ibadat
  • bangunan kerajaan
  • istana
  • rumah golongan bangsawan.
  • terdapat kawasan lapang - dikenali sebagai agora (digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

8 of 49

8

TAMADUN YUNANI

PERKEMBANGAN

  • penduduk tinggal berhampiran acropolis lebih aktif terlibat dalam urusan negara berbanding dengan penduduk tinggal jauh dari acropolis
  • di luar kawasan acropolis - terdapat penduduk di kawasan kampung yang jalankan aktiviti pertanian dan penternakan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • Athens - negara-kota yang paling ramai penduduk
  • Sparta - negara-kota yang paling luas
  • terdapat 3 polis yang terkenal, iaitu:

Athens

Sparta

Corinth

9 of 49

9

TAMADUN YUNANI

PERKEMBANGAN

  • 2 ciri utama polis:
  • jumlah penduduk yang ramai
  • keluasan wilayah
  • terdapat perbezaan keluasan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

Athens:

  • 2,650 km persegi
  • 40,000 orang

Corinth:

  • 880 km persegi
  • 10,000 orang

Sparta:

  • 8,400 km persegi
  • 16 orang

10 of 49

10

TAMADUN YUNANI

RUMUSAN

  • bagi penduduk Yunani, setiap polis - tanah suci kurniaan Dewa

  • setiap warganegara punyai hak dan tanggungjawab untuk jaga kepentingannya

  • sikap ini dorong jalinan hubungan yang sangat rapat dalam kalangan setiap warganegara dan bangkitkan rasa kekitaan untuk pertahankan negara-kota

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

11 of 49

11

6.2 PENINGKATAN PEMERINTAHAN DAN

PENTADBIRAN TAMADUN YUNANI

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang peningkatan pemerintahan dan pentadbiran Tamadun Yunani

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

12 of 49

12

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

PENGENALAN

  • aspek pemerintahan dan pentadbiran - sumbangan terpenting dalam perkembangan sejarah dan tamadun manusia
  • aspek ini diwarisi oleh generasi selepas Tamadun Yunani dan kekal sehingga kini terdapat lima sistem pemerintahan yang diamalkan di kebanyakan polis, iaitu:
  • monarki
  • oligarki
  • aristokrasi
  • tirani
  • demokrasi
  • setiap sistem punyai ciri tertentu dan berbeza antara satu sama lain

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

13 of 49

13

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

PENINGKATAN PEMERINTAHAN DAN

PENTADBIRAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

01

02

03

04

05

Monarki - sistem beraja yang berasaskan keturunan dan dibantu oleh Konsul yang terdiri daripada golongan bijak pandai

Oligarki - pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa

Aristokrasi - pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan

Tirani - pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat

Demokrasi - pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian

14 of 49

14

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

PERKEMBANGAN SISTEM

DEMOKRASI DI ATHENS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • Athens - perkembangan sistem pemerintahan dan pentadbiran berlaku melalui perubahan yang dilaksanakan bagi mantapkan aspek tersebut
  • tindakan ini perlihatkan kematangan politik penduduk Athens - pilih sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan dan pentadbirannya
  • amalan demokrasi di Athens jadi ikutan dan diamalkan oleh kebanyakan negara moden hingga kini
  • sistem demokrasi di Athens melalui beberapa tahap perkembangan
  • sebelum sistem ini diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani

15 of 49

15

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

PERKEMBANGAN SISTEM

DEMOKRASI DI ATHENS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • sistem demokrasi yang diamalkan - demokrasi langsung
  • demokrasi langsung bermaksud setiap warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dan perdebatan:
  • untuk tentukan sesuatu dasar dan peraturan termasuklah hal ehwal ekonomi, sosial dan politik
  • pada zaman pemerintahan Pericles (495-429 SM) - penekanan diberikan kepada kuasa rakyat bagi mantapkan sistem demokrasi
  • demokrasi menjadi lemah dan terhapus pada zaman Raja Philip (338 SM)

16 of 49

16

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

DEMOKRASI HARI INI

  • Di Malaysia - sistem demokrasi dilaksanakan melalui pilihan raya yang memilih wakil-wakil rakyat

  • Sistem pilihan raya di Malaysia bermula pada tahun 1951 dan diamalkan sehingga kini

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

17 of 49

17

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

CIRI-CIRI DEMOKRASI DI ATHENS

Dewan Perhimpunan

Majlis

Majistret

Juri

Bahagian pentadbiran Athens terdiri daripada:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

18 of 49

18

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

KEANGGOTAAN DAN FUNGSI BADAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DI ATHENS

Dewan Perhimpunan diwujudkan di Athens:

  • badan pentadbiran yang paling tinggi
  • setiap warganegara boleh kemukakan pandangan berkaitan dasar-dasar pentadbiran yang dijalankan oleh pemerintah
  • timbulkan perasaan kebersamaan dalam kalangan warganegara Athens sehingga mereka sanggup korbankan diri demi Athens
  • punyai kuasa kawalan terhadap pentadbiran
  • tetapkan dasar-dasar yang akan dilaksanakan
  • punyai kuasa untuk putus dan keluarkan deklarasi peperangan
  • tanpa deklarasi ini, Athens tidak akan terlibat dalam mana-mana peperangan
  • berfungsi sebagai mahkamah orang awam
  • setiap warganegara yang punyai masalah boleh buat aduan
  • terutamanya kes-kes besar yang tidak dapat diselesaikan oleh badan pentadbiran yang lain

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

19 of 49

19

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

DEWAN PERHIMPUNAN

Keanggotaan Dewan Perhimpunan:

  • anggotanya terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens

  • setiap warganegara berpeluang pegang jawatan selama 6 bulan hingga setahun

  • bersidang sekurang-kurangnya 3 kali sebulan

  • semua warganegara dibenarkan hadiri perhimpunan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

20 of 49

20

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

berperanan lantik Ahli Majlis sebagai sebahagian sistem

pentadbiran yang wujud

gubal undang-undang bagi pastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya di Athens

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

buat deklarasi peperangan bagi pertahankan kedaulatan Athens

perjanjian dengan negara lain bagi licinkan hubungan antarabangsa kedua-dua belah pihak

bincangkan hal kewangan dan percukaian bagi

kukuhkan ekonomi Athens

terima duta dari negara asing bagi kukuhkan

hubungan antara kedua-dua pihak

01

02

03

04

05

06

Fungsi Dewan

Perhimpunan:

21 of 49

21

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

MAJLIS

  • jawatankuasa yang kendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting berkaitan pemerintahan dan pentadbiran
  • badan ini dikenali sebagai Majlis 500

Keanggotaan:

  • ahli dilantik oleh Dewan Perhimpunan
  • ahli terdiri daripada 500 orang dengan keahlian selama 2 tahun
  • ahli sebanyak 500 orang ini akan dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany) - setiap satu dianggotai oleh 50 orang
  • pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan

Fungsi Majlis

  • laksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
  • ahli-ahli Majlis bertanggungjawab kendalikan jabatan-jabatan kerajaan.
  • kuasa Majlis tidak atasi kuasa Dewan Perhimpunan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

22 of 49

22

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

MAJISTRET

  • badan yang laksanakan segala dasar yang telah ditetapkan
  • sama dengan perkhidmatan awam dalam sistem pentadbiran hari ini

Keanggotaan:

  • warganegara Athens
  • dianggotai 6,000 orang ahli
  • sebanyak 200 hingga 500 orang merupakan hakim
  • sebanyak 10 orang jeneral tentera anggotai badan ini

Fungsi Majistret

  • kakitangan kerajaan.
  • laksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh majlis
  • urus hal-ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

23 of 49

23

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

JURI

badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan

Fungsi Juri

  • juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes
  • pesalah akan merayu terus kepada warganegara
  • kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara

Keanggotaan:

  • dianggotai oleh 101 - 1001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan
  • perbicaraan diketuai oleh pengerusi

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

24 of 49

24

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN SPARTA

  • bersifat monarki terhad
  • terdapat 2 orang raja yang memerintah Sparta bersama-sama bagi elakkan seorang daripada raja bertindak kejam
  • kedua-dua raja datang daripada keluarga Eurypontids dan Agiads

  • Urusan pentadbiran raja dibantu oleh Dewan Perhimpunan dan Majlis
  • Dewan Perhimpunan
  • punyai 10,000 orang ahli
  • 5 orang pegawai dilantik sebagai ephors - pastikan raja tidak memerintah secara mutlak
  • Majlis
  • mempunyai 28 orang dewasa
  • Berusia melebihi 60 tahun
  • Keahlian seumur hidup

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

25 of 49

25

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

  • kaum wanita di Sparta tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan
  • kehidupan masyarakat di Sparta berbeza daripada kebanyakan polis di Yunani
  • Sparta - penekanan diberikan kepada disiplin ketenteraan
  • kanak-kanak seawal usia 7 tahun dan kaum wanita akan dilatih jadi anggota tentera
  • kaum wanita turut jalani latihan fizikal dan diajar berlari, bertinju, menari dan menyanyi di hadapan khalayak ramai
  • kaum wanita di Sparta tidak terkecuali daripada tugas pertahankan negara
  • Sparta boleh dikategorikan sebagai kerajaan ketenteraan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN SPARTA

26 of 49

26

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI

  • penekanan terhadap aspek disiplin dan taat setia kepada negara-kota - asas perkembangan Sparta
  • aspek ini tertanam kukuh dalam kalangan warganegara Sparta
  • mereka sanggup berkorban demi pertahankan kedaulatannya
  • dibuktikan melalui siri peperangan antara Sparta dengan Persia (490 - 449 SM)
  • 480 SM - Sparta berjaya kalahkan Persia dalam pertempuran di Salamis
  • penekanan kepada disiplin dan taat setia seperti ini boleh jadi contoh kepada pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN SPARTA

27 of 49

27

6.3 TAMADUN ROM

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang Tamadun Rom

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

28 of 49

28

TAMADUN ROM

PENGENALAN

  • Tamadun Rom - kesinambungan Tamadun Yunani
  • kedua-dua zaman ini sering kali dirujuk sebagai zaman klasik dalam sejarah Eropah
  • beberapa ciri Tamadun Yunani seperti kebebasan pemikiran dan sikap ingin tahu menjadi asas yang penting dalam pembinaan Tamadun Rom dan Tamadun Eropah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • Tamadun Rom muncul sebagai sebuah kuasa paling kuat di Mediterranean - berjaya kalahkan pesaing-pesaing yang wujud (Etruscan, Macedonia, Seleucid dan Mesir)
  • Rom berjaya bentuk sebuah empayar yang luas berpusat di Rom, Itali

29 of 49

29

TAMADUN ROM

LOKASI

  • terletak di Lembah Latium, berhampiran dengan Sungai Tiber
  • Lembah Latium - kawasan subur yang bolehkan aktiviti pertanian giat dijalankan
  • Sungai Tiber jadi sumber air utama kepada penduduk dan jadi laluan utama untuk berlayar ke laut

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

30 of 49

30

TAMADUN ROM

PERKEMBANGAN

Zaman Empayar (27 SM – 476 M

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • mencapai tahap kegemilangannya pada era Pax Romana (27 SM – 180 M)

  • Pax Romana begitu penting kerana selama 200 tahun keamanan wujud dalam Tamadun Rom yang berkembang meliputi 3 buah benua, iaitu Asia, Afrika, dan Eropah

dibahagikan kepada 3 zaman, iaitu:

Zaman Beraja (753 – 509 SM)

Zaman Republik (509 – 27 SM)

31 of 49

31

TAMADUN ROM

PERKEMBANGAN

  • masyarakat dalam Tamadun Rom terbahagi kepada 3 kelompok, iaitu:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • tamadun ini mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, seperti:

kalangan Patrician atau atasan

Plebian yang terdiri - petani, artisan, peniaga

golongan hamba

1

2

3

4

5

pendidikan

falsafah

sains dan teknologi

ekonomi

politik

32 of 49

32

6.4 PENINGKATAN SENI BINA DALAM

TAMADUN ROM

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang peningkatan seni bina dalam Tamadun Rom

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

33 of 49

33

PENINGKATAN TAMADUN ROM

PENINGKATAN SENI BINA

Pepatah ada menyebut:

“Rom tidak dibina dalam sehari”

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • alami perkembangan yang panjang sebelum capai kegemilangannya dalam berbagai-bagai bidang
  • tamadun ini telah buktikan keupayaan manusia untuk lahirkan ciptaan yang mengagumkan
  • sumbangan yang ditinggalkan oleh tamadun ini bukan sahaja diwarisi oleh Tamadun Eropah tetapi oleh tamadun dunia yang lain

34 of 49

34

PENINGKATAN TAMADUN ROM

PENINGKATAN SENI BINA

  • terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina

  • bina bangunan bersaiz besar dan punyai nilai estetika

  • setiap binaan punyai kegunaan yang khusus

  • binaan ini punyai ketahanan tinggi yang masih kekal hingga kini dan jadi warisan sejarah yang tidak ternilai harganya

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • perkembangan bidang seni bina melibatkan:

bangunan

jalan raya

saliran air

tempat mandi awam

35 of 49

35

PENINGKATAN TAMADUN ROM

PENINGKATAN SENI BINA

buruh

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

kemajuan seni bina Rom didorong oleh pelbagai faktor seperti;

kepakaran

pendidikan

dasar pemerintahan

kewangan

teknologi

sumber alam

36 of 49

36

PENINGKATAN TAMADUN ROM

PENINGKATAN SENI BINA

  • Kemunculan arkitek, seperti Marco Vitruvius yang karang buku terkenal tentang seni bina, iaitu On Architecture pada tahun 46 SM membolehkan bidang seni bina Rom berkembang pesat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • Sistem pendidikan yang praktikal dalam tamadun Rom turut mainkan peranan lahirkan golongan warganegara yang mahir dalam pelbagai bidang termasuklah seni bina.
  • Perkembangan pesat seni bina di Rom turut disokong oleh pihak pentadbir, seperti Marcus Visanius Agrippa (63-12 SM)

37 of 49

37

PENINGKATAN TAMADUN ROM

PENINGKATAN SENI BINA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • Kerajaan beri bantuan kewangan agar projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar

  • Golongan buruh terdiri daripada kalangan hamba juga berikan sumbangan dalam perkembangan bidang seni bina di Rom
  • Gabungan antara teknologi zaman Yunani dengan teknologi Rom, seperti penggunaan simen dan penekanan kepada aspek ketahanan dan nilai estetika, pengaruhi bidang seni bina Rom

38 of 49

38

PENINGKATAN TAMADUN ROM

CIRI-CIRI PEMBINAAN BANGUNAN

  • Seni bina Rom - gabungan antara teknik seni bina yang diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang Rom dengan gunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang kreatif

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • Gabungan ini membolehkan bangunan dan binaan dalam tamadun Rom punyai ciri-ciri yang tersendiri yang kekal sehingga kini

39 of 49

39

PENINGKATAN TAMADUN ROM

CIRI-CIRI PEMBINAAN BANGUNAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

Tempat Mandi Awam

  • Seni bina Rom yang terkenal dan masih kekal hingga hari ini ialah:

Colosseum

Pantheon

Amfiteater

Akueduk

Jalan Raya

Tembok Pertahanan

40 of 49

40

PENINGKATAN TAMADUN ROM

CIRI-CIRI PEMBINAAN BANGUNAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

41 of 49

41

PENINGKATAN TAMADUN ROM

COLOSSEUM

  • merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom
  • tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara gladiator
  • Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72 M dan diselesaikan oleh anaknya, Titus pada tahun 80 M

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • struktur binaan mempunyai ketinggian mencapai 50 meter panjang, lebar 156 meter
  • luas keseluruhan bangunan kira-kira 2.5 hektar
  • kawasan arena seluas 85 meter x 54 meter
  • mampu memuatkan 50,000 orang pada satu-satu masa
  • mempunyai sistem pengurusan penonton yang standing dengan stadium pada zaman moden
  • terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina bertingkat-tingkat

42 of 49

42

PENINGKATAN TAMADUN ROM

PANTHEON

  • binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa dewi masyarakat Rom
  • pada awalnya, dibina oleh Marcus Visanius Agrippa pada tahun 27 SM
  • musnah dalam kebakaran pada tahun 80 M
  • dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125 M

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • dibina dengan ambil gaya binaan zaman Yunani terutama di bahagian hadapan punyai tiang yang kukuh
  • atap - kubah bersaiz besar dengan diameter 43 meter
  • dinding pula dibina daripada batu-bata yang dilepa dengan simen
  • puncaknya punyai ruang terbuka yang dikenali - Oculus berukuran 13 meter lebar yang bolehkan cahaya masuk sinari ruangan dalam binaan ini

43 of 49

43

PENINGKATAN TAMADUN ROM

AMFITEATER

  • Colosseum mini atau sebuah gelanggang terbuka
  • digunakan untuk buat persembahan seni, pertunjukan dan gladiator
  • berbentuk lingkaran
  • terdapat kira-kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom - punyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza
  • Kewujudan binaan amfiteater di seluruh wilayah Rom jadi bukti nyata tentang pengaruh dan cara hidup masyarakat zaman ini yang gemari aktiviti di luar rumah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • amfiteater yang terkenal termasuklah;
  • di El Djem, Tunisia yang boleh muatkan 16,000 orang
  • di Arles, Perancis yang boleh muatkan 20,000 orang

44 of 49

44

PENINGKATAN TAMADUN ROM

AKUEDUK

  • sistem perancangan dan pengawalan air yang sistematik lambangkan teknologi dan kejuruteraan Rom
  • berfungsi bekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam empayar Rom
  • disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah ke Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • Akueduk pertama dibina di Aqua Appia (312 SM)
  • panjangnya 16 kilometer
  • Marcus Agrippa - jurutera Rom yang bertanggungjawab bina akueduk, seperti Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19 SM
  • dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap aspek mutu sumber air yang ada, aliran air dan lokasinya
  • Akueduk yang termasyhur ialah Pont du Gard di Perancis yang mempunyai 3 tingkat

45 of 49

45

PENINGKATAN TAMADUN ROM

JALAN RAYA ROM

  • mula dibina pada tahun 500 SM - untuk hubungkan bandar-bandar utama bagi mudahkan pergerakan tentera serta sebagai sistem pengangkutan
  • matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera, jalan raya tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan gunakan batu besar, batu kecil dan batu kerikil supaya tahan dan kuat tahan beban serta pergerakan pasukan tentera

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • luas jalan raya ini empat kaki (1.3 meter) tebal dan 20 kaki (6.7 meter) lebar
  • terdapat batu tanda - tunjukkan jarak satu kawasan dengan kawasan lain
  • di tepi jalan raya dibina longkang bagi alirkan air agar tidak bertakung di atas jalan raya

46 of 49

46

PENINGKATAN TAMADUN ROM

TEMBOK PERTAHANAN

  • dibina untuk melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh
  • jadi pemisah antara kawasan yang terletak di bawah kekuasaan Rom dengan kawasan yang bukan wilayah Rom

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun 100 M
  • gunakan batu yang disusun memanjang serta capai ketinggian sehingga 5 meter
  • terdapat beberapa kubu kecil - milecastel dalam jarak sebatu (1.6 kilometer) setiap satu
  • kubu kecil ini tempatkan tentera - kawal tembok tersebut
  • tembok yang terkenal ialah tembok Hadrian di Britain yang dibina pada tahun 122 M oleh Maharaja Hadrian
  • panjang tembok ini ialah 117 kilometer dan setinggi 5 meter

47 of 49

47

PENINGKATAN TAMADUN ROM

TEMPAT MANDI AWAM

  • tempat mandi awam ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan - tandas, ruang mandi, ruang untuk urut, perpustakaan, bilik berehat dan bersenam
  • ruang mandi - punyai bahagian yang berasingan, iaitu mandi air panas, sejuk, suam serta berwap
  • antara tempat mandi awam yang terkenal - Caracalla di Rom (abad 3 Masihi) oleh Maharaja Caracalla
  • tempat mandi ini boleh muatkan sehingga 1500 orang pada satu-satu masa

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

  • orang Rom percaya mandi penting untuk kebersihan dan kesihatan
  • lambangkan kehidupan bertamadun
  • bagi penuhi tuntutan tersebut, orang Rom bina tempat mandi awam yang boleh digunakan oleh setiap orang
  • mereka yang hendak gunakannya akan dikenakan bayaran tertentu

48 of 49

48

PENINGKATAN TAMADUN ROM

RUMUSAN

  • peningkatan dalam seni bina tunjukkan kemampuan dan kebolehan orang Rom hasilkan binaan yang tonjolkan kebijaksanaan mereka

  • binaan-binaan ini juga menunjukkan kebesaran dan keagungan Tamadun Rom

  • kecemerlangan Tamadun Rom bukan sahaja ditunjukkan dalam bidang seni bina tetapi dalam bidang lain, seperti pentadbiran dan pemerintahan, ekonomi, ketenteraan, pertahanan, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi

  • sebahagian daripada kecemerlangan Tamadun Rom boleh terus dinikmati dan kekal menjadi warisan dunia

  • memahami dan mengetahui ketinggian tamadun boleh menjadi inspirasi kepada peningkatan penciptaan dan kemajuan di negara kita

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SEMBILAN

49 of 49

�����TERIMA KASIH�

UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN NEGERI SEMBILAN

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula