1 of 44

WARISAN NEGARA

KSSM SEJARAH TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 44

2

BAB 9�KERAJAAN KEDAH,

KELANTAN,

NEGERI SEMBILAN

DAN PERLIS

SEJARAH TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3 of 44

KERAJAAN KEDAH, �KELANTAN, �NEGERI SEMBILAN �DAN PERLIS

3

MONDAY, FEBRUARY 1, 20XX

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

9.1 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis

    • Pengenalan
    • Sistem Pemerintahan Beraja
    • Adat Istiadat
    • Perundangan
    • Persuratan
    • Kesenian

9.2 Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan

    • Pengenalan
    • Keunikan Adat Perpatih
    • Keunikan Pemerintahan di Negeri Sembilan

4 of 44

4

9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, dan Perlis

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

5 of 44

5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN

  • kelangsungan kewujudan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis hingga kini turut diiringi dengan kegemilangannya mengharungi pelbagai cabaran sejak pengasasan lagi
  • kemegahan dan kegemilangan kerajaan ini dapat dilihat menerusi warisan dalam aspek:
  • sistem pemerintahan beraja
  • adat istiadat
  • perundangan
  • persuratan
  • kesenian

6 of 44

6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

  • pengenalan institusi beraja oleh setiap kerajaan sejak pengasasan merupakan warisan yang kekal hingga hari ini
  • warisan ini telah diperkembangkan menerusi pewujudan institusi raja berperlembagaan apabila negara mencapai kemerdekaan

7 of 44

7

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

  1. penggunaan gelaran pemerintah
  2. Kerajaan Kedah dan Kelantan - gelaran Sultan
  3. Kerajaan Perlis - gelaran Raja
  1. cara pelantikan pengganti pemerintah
  2. pelantikan putera Sultan atau Raja sebagai pengganti
  3. daripada jurai keturunan pemerintah pengasas

8 of 44

8

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

  • sistem pemerintahan beraja dalam sesebuah negeri sejak diasaskan kekal diwarisi hingga hari ini
  • pentadbiran wilayah kekal dengan pengubahsuaian mengikut keperluan sistem pemerintahan pada masa ini

9 of 44

9

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

  • Sultan atau Raja - hierarki tertinggi dalam pemerintahan beraja
  • warisan ini dikekalkan dengan kedudukan Sultan atau Raja - ketua bagi negeri serta memiliki keistimewaannya
  • Sultan atau Raja bertanggungjawab - ketua agama Islam dan merupakan lambang perpaduan rakyat
  • pembesar dilantik - wakil pentadbir bagi pihak kerajaan dan bertanggungjawab terhadap jajahan atau daerah
  • warisan pentadbiran secara unit daerah ini masih wujud hingga kini
  • penghulu - penguasa pada peringkat mukim
  • berperanan - orang perantaraan antara rakyat dengan pemerintah
  • warisan pentadbiran peringkat mukim ini masih kekal hingga hari ini - kewujudan ketua kampung yang bertanggungjawab untuk tadbir unit yang lebih kecil.

10 of 44

10

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

ADAT ISTIADAT

  • keserumpunan budaya kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis wujudkan persamaan warisan adat istiadat diraja yang meliputi aspek
  • keputeraan
  • perkahwinan
  • pertabalan
  • penganugerahan darjah kebesaran
  • pemakaman pemerintah
  • alat-alat kebesaran diraja turut diwarisi dan digunakan dalam setiap istiadat rasmi

11 of 44

11

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • sistem pemerintahan raja yang berdaulat terpancar menerusi warisan istiadat pertabalan diraja
  • pertabalan pemerintah bertujuan memaklumi rakyat dan bagi mengabsahkan kedaulatan raja

ISTIADAT PERTABALAN

12 of 44

12

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

ISTIADAT PERTABALAN

1. Majlis Pemasyhuran

  • majlis pemasyhuran pengganti Sultan atau Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan

2. Istiadat Pertabalan

  • dimulai dengan mempersembahkan naskhah al-Quran dan alat kebesaran diraja
  • Sultan atau Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian mengucup keris kuasa
  • Menteri Besar mengetuai seruan “Daulat Tuanku”

13 of 44

13

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

ADAT ISTIADAT

Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran

  • warisan yang kekal hingga hari ini
  • lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat
  • penganugerahan ini disempurnakan bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah
  • Darjah Kebesaran dianugerahkan sebagai pengiktirafan kepada Sultan atau Raja, kerabat diraja dan rakyat yang berjasa

14 of 44

14

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PERUNDANGAN

  • Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis memantapkan sistem pentadbiran dengan laksanakan undang-undang yang kemas dan teratur
  • sistem perundangan ini bertujuan – jamin keadilan rakyat, lancarkan pentadbiran kerajaan dan makmurkan negeri sistem perundangan ini diwarisi hingga kini dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan

15 of 44

15

Penggantian Pemerintah

  • Sultan atau Raja hendaklah lelaki, berketurunan raja, berbangsa Melayu dan beragama Islam

Peranan Sultan atau Raja

  • kedudukan Sultan atau Raja sebagai Ketua Negeri
  • Ketua Agama Islam

Tanggungjawab Sultan atau Raja

  • larangan kepada Sultan atau Raja, Menteri dan Jemaah Menteri menyerahkan negeri atau kuasa kepada kerajaan lain
  • Sultan atau Raja berhak memilih Menteri Besar

Badan Penasihat Sultan atau Raja

  • kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua
  • membantu Sultan atau Raja dalam mentadbir negeri dan rakyat

Hak Rakyat dalam

Pentadbiran

  • warganegara berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PERUNDANGAN

16 of 44

16

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PERUNDANGAN

Pemantapan Undang-Undang Islam

  • 1955 - Kerajaan Kedah perkenalkan enakmen zakat yang diuruskan menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa
  • Kerajaan Kelantan perkenalkan enakmen dan pekeliling berkaitan undang-undang jenayah Islam dan busana cara Islam dalam kehidupan rakyatnya
  • abad ke-19 - Hukum Maksiat di Kelantan ditulis larang perbuatan laga lembu dan persembahan menora

17 of 44

17

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PERSURATAN

  • kegemilangan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis turut mewariskan hasil karya persuratan yang sangat bernilai dan masih kekal hingga hari ini
  • karya-karya persuratan ini masih menjadi asas rujukan utama dalam kewujudan sesebuah kerajaan

18 of 44

18

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KARYA SEJARAH

  • 1927 - Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah - karya Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad catatkan sejarah istana Kedah dan pentadbiran di Perlis
  • mengisahkan pengasasan dan senarai pemerintah, pembukaan ibu kota, alat kebesaran diraja, iaitu nobat dan pengislaman pemerintah kerajaan Kedah
  • 1821 - Hikayat Merong Mahawangsa dihasilkan mengisahkan pengasasan kerajaan Kedah,
  • pembukaan kota pentadbiran dan pengislaman pemerintah

19 of 44

19

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KARYA SEJARAH

  • 1911 - Salasilah Atau Tarikh Kerajaan Kedah ditulis oleh Wan Yahya bin Wan Muhammad Taib
  • catatkan secara kronologi maklumat jurai pemerintah negeri Kedah dari tahun 630 M hingga tahun 1911
  • paparkan perkembangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan Kedah menerusi pembahagian daerah
  • Syair Sultan Maulana dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845) - kisah perang tentera Kedah
  • dipersembahkan dalam bentuk syair

20 of 44

20

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KARYA SEJARAH

  • 1914 - Hikayat Seri Kelantan dipercayai telah ditulis
  • mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah hingga tahun 1900
  • 1971- Detik2 Sejarah Kelantan ditulis oleh Sa’ad Shukri bin Haji Muda
  • catatkan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan dan peristiwa penting setiap pemerintah

21 of 44

21

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESENIAN

  • aspek warisan tersebut termasuklah seni ukir, seni bina, seni pertukangan dan barang perhiasan, seni kraf tangan, seni persembahan dan seni silat

03

02

01

  • pengasasan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis menyumbang kepada warisan kesenian
  • warisan kesenian - identiti unik setiap kerajaan ini masih kekal hingga hari ini

22 of 44

22

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESENIAN

  1. Warisan Seni Ukir

  • banyak diwarisi di Kelantan dan Kedah
  • motif haiwan dalam karya digantikan dengan motif alam yang bersesuaian dengan amalan Islam
  • kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan bangunan seperti masjid

23 of 44

23

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESENIAN

  1. Warisan Seni Bina

  • berupa binaan istana serta hiasan ukiran daripada kayu berkualiti
  • keunikan binaan rumah tradisional Melayu - tebar layar berbentuk “V” terbalik yang dihiasi ukiran bermotif alam
  • banyak tiang gunakan hasil hutan tempatan dan berdaya tahan dengan perubahan cuaca

24 of 44

24

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESENIAN

  1. Warisan Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan

  • pertukangan perhiasan daripada emas dan perak serlahkan kreativiti masyarakat tempatan
  • pertukangan senjata tradisional seperti keris berkembang pesat terutamanya di Kelantan

25 of 44

25

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESENIAN

  1. Warisan Seni Kraf Tangan

  • berkaitan dengan kreativiti hasil kraf tangan masyarakat seperti anyaman tikar dan bakul rotan
  • Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik

26 of 44

26

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESENIAN

  1. Warisan Seni Persembahan

  • keunikan pada setiap kerajaan
  • Awang Batil - penglipurlara di Perlis
  • wayang kulit telah diangkat - warisan kebangsaan di bawah kategori warisan tidak ketara
  • Mek Mulung - teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini

27 of 44

27

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESENIAN

  1. Warisan Seni Silat

  • seni atau kepandaian berjuang dengan gunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri
  • kini - sebagai persembahan istimewa dalam sesuatu majlis dan menjadi acara yang dipertandingkan pada peringkat antarabangsa

28 of 44

28

9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN

NEGERI SEMBILAN

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang keunikan adat dan pemerintahan Negeri Sembilan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

29 of 44

29

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN

  • keserumpunan Alam Melayu - bawa perantau dari Minangkabau menetap di kawasan Rembau, Sungai Ujong dan Johol di Negeri Sembilan serta Naning
  • masyarakat ini bawa bersama-sama amalan tradisi dan adat resam asal - Adat Perpatih
  • walaupun pada hari ini Adat Perpatih terima perubahan semasa - masih tetap kekalkan warisan keunikannya aspek keunikan ini berkaitan dengan:
  • jurai keturunan sebelah ibu
  • pelaksanaan hukuman
  • perkahwinan
  • upacara kedim
  • wanita mewarisi harta pusaka

30 of 44

30

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN ADAT PERPATIH

Jurai Keturunan Sebelah Ibu

  • kaum perempuan dianggap Ibu Soko - ibu yang melahirkan anggota masyarakat
  • setiap anak merupakan anggota suku ibunya
  • anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu

31 of 44

31

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN ADAT PERPATIH

Pelaksanaan Hukuman

  • bersifat pemulihan - berikan pertimbangan terhadap pesalah ke arah kebaikan
  • utamakan perasaan dan kepentingan pesalah
  • sekiranya berlaku kesalahan kecil, maka boleh diselesaikan dengan saling bermaafan ataupun denda yang ringan

32 of 44

32

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN ADAT PERPATIH

Perkahwinan

  • sesama suku tidak digalakkan - dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara
  • galakkan perkahwinan di luar suku - wujudkan hubungan persaudaraan antara suku
  • seseorang lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isterinya - digelar “orang semenda” (orang mendatang)
  • wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat
  • jika hendak mengembalikan hak perlu menjalankan adat memulih pusaka

33 of 44

33

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN ADAT PERPATIH

Upacara Kedim

  • terima orang dari suku lain atau orang luar jadi ahli suku
  • seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli suku yang akan disertai serta dibuat penghebahan

“Darah dicecah

Doa ditampung

Sumpah dilabuh

Quran dijunjung.”

34 of 44

34

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN ADAT PERPATIH

Wanita Mewarisi Pusaka

  • wanita akan warisi harta pusaka termasuk tanah dan rumah bertujuan supaya wanita tidak terabai
  • diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan

35 of 44

35

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

  • sistem pentadbiran adat di Negeri Sembilan yang menggunakan sistem Adat Perpatih merupakan amalan pentadbiran adat yang unik
  • terdapat 3 kumpulan utama dalam masyarakat di Negeri Sembilan - Perut, Suku dan Luak yang berkuasa melantik penyandang pesaka adat atau pemimpin

36 of 44

36

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

Pelantikan Pemimpin

  • pemimpin dalam Adat Perpatih - ketua adat seperti Ibu Soko, Buapak, Lembaga, Undang dan Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar
  • penyandang pesaka adat pada semua peringkat dipilih hasil permuafakatan

Yang di-Pertuan Besar

Anak Buah dan Ibu Soko

Buapak

Lembaga

Undang

37 of 44

37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

Luak

  • daerah atau jajahan merupakan kumpulan ketiga dan terbesar dalam susunan masyarakat Minangkabau

Perut

  • unit terkecil yang ahlinya daripada keturunan sebelah ibu

Suku

  • merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat Perpatih
  • dibentuk oleh beberapa Perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar

38 of 44

38

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

  1. Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

  • Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang Yang Empat
  • berperanan sebagai ketua negeri
  • menjadi lambang kesatuan dan persekutuan

39 of 44

39

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

  1. Undang

  • Ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga
  • Undang Yang Empat
  • Undang Sungai Ujong
  • Undang Jelebu
  • Undang Johol
  • Undang Rembau
  • Undang Yang Empat akan berkerapatan bagi memilih seorang yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin - menjadi Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar

40 of 44

40

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

  1. Lembaga

  • Ketua Suku dan dilantik oleh Buapak
  • peranan Lembaga:
  • memilih Undang dan Penghulu
  • menjaga keamanan dan keselamatan
  • menyelesaikan pertelingkahan antara suku
  • mengurus pembahagian harta pusaka

41 of 44

41

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

  1. Buapak

  • anak buah dalam Perut akan melantik seorang ketua yang digelar Buapak
  • Buapak menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum

42 of 44

42

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

  1. Ibu Soko

  • mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya
  • terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan Buapak dalam kelompok yang diwakilinya
  • jika tiada Ibu Soko, semua peringkat pelantikan pemimpin adat di Negeri Sembilan tidak boleh dilaksanakan

43 of 44

43

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KEUNIKAN PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

  • pelantikan pemimpin secara muafakat oleh ketua yang bergelar Ibu Soko, Buapak, Lembaga dan Undang
  • merupakan amalan demokrasi pengekalan pegangan Adat Perpatih dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan hingga hari ini merupakan penghargaan terhadap warisan adat ini

44 of 44

44

Unit Sejarah

603-8884 2000

http://bpk.moe.gov.my/

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN SELANGOR

TERIMA KASIH