1 of 49

BAB 4

PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

Disusun Oleh : Pisol bin Nasir

2022M/1443H

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

MPU 23052

2 of 49

PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Topik ini menjelaskan konsep syariah dan etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan prinsip syariah.

2. Menghuraikan peranan syariah.

3. Menerangkan prinsip etika Islam.

4. Membincangkan peranan prinsip etika Islam.

3 of 49

4.0 Pengenalan

Islam menyediakan panduan bukan sahaja dalam aspek peribadatan kepada Tuhan malah menyediakan garis panduan dalam seluruh aspek kehidupan manusia termasuk dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.

Melalui dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, para ulama telah menyimpulkan beberapa prinsip syariah dan etika Islam yang mesti diguna pakai oleh setiap muslim termasuk para saintis dalam pembangunan sains teknologi dan kejuruteraan.

4 of 49

4.1 PENGERTIAN PRINSIP SYARIAH

1. Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus (al-Jathiyah: 18).

2. Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.

3. Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

5 of 49

PRINSIP SYARIAH

1

Rabbaniah [Ketuhanan]

3

Tawazun [Keseimbangan]

5

Tetap & Anjal [Mutlak & Murunah]

2

Wasatiah [Kesederhanaan]

4

Mizan [Kesetaraan]

6 of 49

Prinsip syariah meliputi perkara-perkara berikut:

  • Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat.

  • Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
  • Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam milik-Nya.

Rabbaniah [Ketuhanan]

01

  • Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
  • Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia.

7 of 49

Prinsip syariah meliputi perkara-perkara berikut:

  • Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.

Wasatiah [Kesederhanaan]

02

  • Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.
  • Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.

8 of 49

Prinsip syariah meliputi perkara-perkara berikut:

  • Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi keperluan manusia di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.

Tawazun [Keseimbangan]

03

  • Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat.

  • Contohnya manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal, baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.

9 of 49

Prinsip syariah meliputi perkara-perkara berikut:

  • Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item- item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.

  • Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.

Mizan [Kesetaraan]

04

  • Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.
  • Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.

10 of 49

Prinsip syariah meliputi perkara-perkara berikut:

  • Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.

  • Contohnya arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya.

Tetap & Anjal [Mutlak & Murunah]

05

  • Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat.
  • Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Namun begitu, pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syar’i untuk menggunakannya.

11 of 49

PERANAN SYARIAH ISLAM

1.

Memelihara Agama.

5.

Memelihara Harta

2.

Memelihara Nyawa

4.

Memelihara Maruah dan Keturunan.

3.

Memelihara Akal

PERANAN SYARIAH ISLAM

12 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Agama.

  • Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya.
  • Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.
  • Andaikata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan.
  • Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.

13 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Agama.

Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama.

• Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat.

• Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk jenayah hudud.

14 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Nyawa

• Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.

• Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah hukuman qisas [Al-An'am: 151]

• Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.

15 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Nyawa

• Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.

• Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.

• Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia..

16 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Akal

• Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diprogramkan.

• Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadahminda.

• Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda.

17 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Akal

• Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda.

• Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.

• Saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.

18 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Maruah.

• Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia.

• Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat.

• Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar.

19 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Maruah.

• Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk menggadaikan maruah manusia atau maruah agama.

• Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia.

• Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang

20 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Keturunan

Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak,

• - Liwat

• - Istimta'/ Onani

• - Musahaqah/ Lesbian

• - Mendedahkan aurat

• - Berdua-duaan lelaki dan wanita

21 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Keturunan

• - Zina atau tuduhan melakukan zina

• - Bercakap atau menunjukkan aksi lucah

• - Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita

• - Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram

• - Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah.Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes hudud atau ta'zir.Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia.

22 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Harta

• Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal.

• Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap Muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.

23 of 49

4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Memelihara Harta

• Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya

bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu.

• Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta'zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini.

• Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.

24 of 49

PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM

Utamakan Yang Utama:

Contoh: Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Contoh: Duduk berdua-duaan lelaki dengan perempuan yang bukan mahram dengan tujuan untuk belajar.

Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat

Contoh: Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.

Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan

Contoh: Solat dengan permainan maka utamakan solat terlebih dahulu.

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat

Contohnya: Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Diharamkan pergaulan bebas lelaki dengan perempuan.

05

01

02

03

04

25 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Utamakan Yang Utama:

1. Islam menjadikan awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

2. Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.

3. Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.

4. Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.

26 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Utamakan Yang Utama:

5. Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah.

6. Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran.

7. Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

27 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

1. Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.

2. Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia.

3. Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.

28 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

4. Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.

5. Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.

29 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat

1. Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam membangunkan alam.

2. Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.

3. Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira kepentingan prinsip dan etika syariat Islam.

30 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat

4. Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam.

5. Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang minima.

31 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat

1. Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia.

2. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.

32 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat

3. Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.

4. Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.

33 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan

1. Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi Allah SWT tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksanaan hidup manusia.

2. Syariat adalah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat.

3. Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara.

34 of 49

4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan

4. Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.

5. Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak syariat.

35 of 49

4.4 PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

ETIKA

Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia.

•Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik.

AKHLAK

Berasal dari Bahasa Arab Khuluq

•Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan hidup.

•Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama dan tetap.

MORAL

Berasal dari bahasa latin Moralitas

•Memberi maksud tingkahlaku yang baik.

•Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah bangsa.

36 of 49

Prinsip etika Islam berpandukan asas utama Islam:

AKIDAH

•Keyakinan dan keimanan kepada rukun iman yang enam.

•Prinsip ini menuntut suatu keyakinan yang bersifat ghaib untuk memantau segala perbuatan manusia.

SYARIAH

Peraturan dan ketetapan hukum berdasarkan kepada Al Quran dan Al- Sunnah.

•Segala kajian yang melibatkan sains, teknologi dan kejuruteraan hendaklah menuruti ketetapan al- Qur’an dan Al- Sunnah.

AKHLAK

•Panduan tingkahlaku yang mulia melibatkan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam.

•Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan asas penting bagi mewujudkan keseimbangan yang harmoni.

37 of 49

Amalan terbaik etika Islam dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan:

Keyakinan bahawa rezeki datangnya daripada Allah SWT. Kita berusaha ke tahap yang sepatutnya namun rezeki dan hasilnya datang daripada Allah SWT.

• Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan manusia.

• Bersifat Ihsan. Ia merujuk kepada keyakinan bahawa Allah SWT akan memantau kerja manusia. Bukan majikan yang melihat kerja kita tetapi Allah yang melihatnya.

38 of 49

Amalan terbaik etika Islam dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan:

• Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang terbaik pasti terbaiklah pulangannya.

• Bermusyawarah dan bermuafakat dalam menentukan yang paling terbaik untuk kepentingan manusia. Tiada kepentingan individu dan bertujuan naik pangkat.

• Mengekalkan keseimbangan, bersederhana dan konsistensi dalam melaksanakan tugasan.

39 of 49

Amalan terbaik etika Islam dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan:

• Membangunkan teknologi dan segala penemuan yang canggih dan terkini yang memberi manfaat kepada alam dan manusia

• Menjauhi mafsadah atau kerosakan dan kehancuran kepada urusan manusia dan alam.

40 of 49

Kepentingan Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi

• Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat dalam melakukan penyelidikan dan penghasilan perkara-perkara yang baharu.

• Membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat dan jurutera dalam penyelidikan masing-masing. Apa jua kerja yang dilakukan hendaklah selaras dengan roh dan maksud syariat dan etika Islam.

• Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan hukum yang asasi bagi memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak syariat.

41 of 49

Kepentingan Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi

• Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan kerakusan para saintis, teknokrat dan jurutera yang mengancam keselamatan manusia. Tiada istilah matlamat menghalalkan cara.

• Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera yang berdisiplin tinggi, beradab dan mengerti peranan manusia sebagai khalifah di bumi.

• Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains, teknologi dan kejuruteraan agar benar pada matlamat, operasi dan metodologi pelaksanaannya

42 of 49

Perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia

  1. Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia.
  2. Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba.
  3. Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.
  4. Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.

43 of 49

Perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikannilai tambah kepada peningkatan kualiti

  1. Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit.
  2. Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah SWT.
  3. Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.
  4. Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.

44 of 49

Perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Penghasilan dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan rawatan

  1. - Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa.
  2. - Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan kesempurnaan atau mengembalikan fungsi.
  3. - Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa.

45 of 49

Perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat

  1. Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.
  2. Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
  3. Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal memberi kesan kepada kehidupan ekosistem manusia, flora dan fauna.
  4. Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah SWT dan mengubah identiti adalah dilarang.

46 of 49

Perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara

  1. Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
  2. Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.
  3. Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan.

47 of 49

Perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika

  1. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
  2. Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta.
  3. Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera.

48 of 49

KESIMPULAN

Islam agama yang meraikan sebarang bentuk pemodenan dan pembangunan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Namun, usaha ke arah pembangunan tersebut hendaklah mengikuti prinsip syariah dan etika Islam demi memastikan peranan atau objektif syariah terpelihara.

49 of 49

Rujukan: