1 of 17

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM BAHASA MELAYU

TUGASAN ESP323

2 of 17

FORMAT TUGASAN

  • Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)
  • Gunakan Font New Times Roman, saiz 12
  • Gunakan muka hadapan seperti dilampirkan dan jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK.

3 of 17

MUKA HADAPAN

4 of 17

TUGASAN ESP323

  • TUGASAN INI TERDIRI DARIPADA 3 BAHAGIAN

  • BAHAGIAN A : 10% ( 5 HALAMAN)
  • BAHAGIAN B : 20% ( 8 HALAMAN)
  • BAHAGIAN C : 30% ( 15-20 HALAMAN)

  • MARKAH KESELURUHAN : 60%

5 of 17

BAHAGIAN B

Bahagian B: [20%] 8 halaman

 

Dengan mengemukakan beberapa contoh perkataan dalam bahasa Melayu, bincangkan tentang contoh perkataan tersebut dengan menggunakan Teori Logik Simbolik. Ulasan perbincangan berkaitan teori yang digunakan mesti disandarkan kepada beberapa pandangan tokoh dan mengemukakan rajah yang sesuai bagi memperlihatkan wujudnya komponen makna bagi setiap perkataan tersebut.

6 of 17

TEORI LOGIK SIMBOLIK

  • Teori ini mendefinisikan bahasa sebagai sejenis sistem lambang. Ciri-ciri situasi dan tingkah-laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu.
  • Teori ini menyatakan bahawa sesuatu perkataan memperoleh makna melalui apa yang disebut dan berkait dengan situasi semasa perkataan itu digunakan.Bagi teori ini, bahasa bukan sahaja petunjuk apa yang ada dalam fikiran seseorang semata-mata tetapi berkaitan dengan situasi dan tingkah laku.

7 of 17

TEORI LOGIK SIMBOLIK

  • TEORI LOGIK SIMBOLIK mengkaji bukan sahaja daripada perkataan, malah kepada ayat dan reaksi manusia terhadap sesuatu sebutan. teori ini membahagikan kajian makna kepada 3 bahagian iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik.
  • Semantik iaitu kajian mengenai hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan hubungan antara perkataan dengan benda. rujukan atau benda tidak terhad banyak di dalam sesuatu bahasa dan sesuatu simbol pula biasanya dirujukkan kepada kumpulan bendabendabenda yang ada persamaannya. contoh: perkataan manusia dirujuk kepada makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dn sifatsifat-sifat yang berbeza daripada binatang.
  • Sintaktik ialah mengkaji hubungan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lainnya yang boleh menentukan makna. hubungan itu dilihat pada konteks yang lebih besar (misalnya di dalam ayat dan frasa) sebagai contoh : perkataan orang dan besar apabila wujud berurutan boleh menghasilkan dua makna iaitu orang besar (orang saiznya besar) dan orang besar yang dimaksudkannya kepada orang yang berpangkat tinggi
  • Pragmatik ialah mengkaji hubungan di antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan-perkataan perkataanyang ditujukan kepadanya. Contoh: perkataan saya , aku , patik , beta misalnya dirujukan kepadan benda atau perkara yang sama iaitu rujukan kepada orang pertama tunggal.

8 of 17

TEORI LOGIK SIMBOLIK

Sintaktik

Pragmatik

Semantik

9 of 17

Teori logik simbolik

  • Menurut teori ini, ciri-ciri situasi dan tingkah laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu.
  • Takrif makna seperti ini adalah takrif fungsional.  Ia adalah pendekatan yang lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya.
  • Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan. 
  • Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku.  Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan setakat petunjuk apa yang ada dalam fikiran manusia semata-mata

10 of 17

Semantik

  • Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda.  
  • Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain.  
  • Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan

11 of 17

Contoh semantik

  • Teori Logik Simbolik (a) Semantik • Kajian hubungan antara simbol dengan rujukan.��Perkataan ‘manusia’��Simbol��- Makhluk bernyawa - Ada akal - Sifat berbeza dengan binatang

12 of 17

Sintaktik

  • Sintaktik pula merupakan bidang kajian yang mengkaji hubungan di antara perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna.  
  • Makna sesuatu ayat bukan hanya diperoleh dengan mencampurkan makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam ayat itu.  
  • Sebaliknya, makna ayat juga bergantung kepada susunan perkataan dalam ayat.  Contohnya istilah ‘orang kecil’ boleh membawa maksud orang yang saiz badannya kecil atau juga orang yang berpangkat rendah atau biasa sahaja.  
  • Selain itu misalan seperti rantai tangan dengan tangan rantai, itik telur dengan telur itik dan Korea Selatan dengan Selatan Korea mempunyai tafsiran yang berbeza.

13 of 17

Contoh sintaktik

  • Contoh kajian sintaktik dari segi perkataan Perkataan "orang" dan "besar" apabila wujud berurutan boleh menghasilkan dua makna, iaitu "orang besar"�� orang yang saiznya besar  orang yang berpangkat tinggi

14 of 17

Contoh sintaktik

  • Contoh kajian sintaktik dari segi ayat Ayat "anak abang saya yang sulung" boleh bermaksud; anak abang saya / yang sulung��anak / abang saya yang sulung��anak sulung abang saya
  • anak kepada abang sulung saya

15 of 17

Pragmatik

  • Manakala pragmatik pula ialah bidang kajian yang mengkaji hubungan antara lambang dengan tingkah laku.  
  • Jika dibandingkan dengan kedua-dua sub-bahagian teori Logik Simbolik di atas, pragmatik didapati lebih menarik kerana dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut adakah makna itu sampai kepada penerimanya atau tidak.  
  • Justeru, kajian makna jenis ini bergantung kepada bagaimana perkataan menyebabkan manusia bertindak balas melalui tingkah laku.

16 of 17

contoh

  • Contohnya, seperti panggilan perempuan, wanita dan betina.  Wanita ialah perkataan paling manis untuk seorang perempuan, manakala betina ialah panggilan untuk seorang perempuan yang rendah akhlaknya.  
  • Ketiga-tiga panggilan ini merujuk kepada makna yang sama, iaitu seseorang yang mempunyai jantina perempuan.
  • Bagaimanapun, konteks keadaan individu itu mempengaruhi cara ia dipanggil. Reaksi yang diberi tentulah berbeza-beza apabila dipanggil sebagai wanita, perempuan atau betina.

17 of 17

Contoh pragmatik

  • Perkataan "saya", "aku", "patik", "beta” misalnya, walaupun dirujuk kepada benda atau perkara yang sama, iaitu "rujukan kepada orang pertama tunggal", boleh membawa reaksi yang pelbagai.