TAJUK:�MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOKO MOTOR HALUS MURID PRASEKOLAH MELALUI PENDEKATAN TIGA JARI UTAMA�
JARIATHUL ANNOR BINTI JALALUDIN
SK AMINUDDIN BAKI
PENGENALAN
Kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi antara otot-otot kecil di tangan, pergelangan tangan dan jari mereka dalam koordinasi dengan mata.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Menentukan sejauhmana pendekatan tiga jari utama dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus.
Objektif Khusus
�SOKONGAN LITERATUR�
Pengkaji sangat menitik beratkan perkembangan motor halus. Menurut pengkaji kemahiran motor halus sangat penting kepada kanak-kanak seawal usia untuk kesediaan mereka terutamanya bagi memasuki tahap pendidikan yang seterusnya, persekolahan formal (Syafril et al., 2018) kerana melibatkan keupayaan memegang objek kecil, meramas, membutang baju, mengikat tali kasut, menulis dan lain-lain (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2017). Kemahiran ini umumnya ialah merupakan keupayaan menggunakan sekumpulan otot kecil (Pradipta & Dewantoro, 2019)
Adakah kaedah pendekatan tiga jari utama dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak peringkat awal persekolahan?
Adakah kaedah pendekatan tiga jari utama yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak yang baru melangkah ke alam persekolahan?
Adakah pendekatan tiga jari utama berkesan terhadap kemahiran motor halus murid dalam pembelajaran dan pengajaran?
SOALAN KAJIAN
METODOLOGI
PESERTA KAJIAN
-Kajian yang dijalankan ini adalah terhadap murid prasekolah yang berumur enam tahun.
-Peserta kajian yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Pengkaji lebih sesuai melakukan proses pengumpulan data melalui kaedah kualitatif.
-Murid ini belum pernah menerima ilmu pendidikan di mana-mana tadika atau pusat
asuhan
KAEDAH ANALISIS DATA
MAC | MEI | JULAI |
Belum menguasai | Sedang menguasai | Telah menguasai |
Enam orang murid yang baru memasuki prasekolah | Tiga orang daripada enam orang murid yang telah diajar menggunakan pendekatan tiga jari utama untuk menguatkan moto halus. | Enam orang murid prasekolah setelah diperkenalkan dengan kemahiran pendekatan tiga jari utama di kelas prasekolah |
Jadual 2
Menunjukkan hasil dapatan yang diperolehi setelah di analisis terhadap enam orang murid mengikut bulan.
Bulan | Peratus penguasaan loko motor halus enam orang murid yang menjadi populasi kajian. |
Mac | 0% |
April | 30% |
Mei | 50% |
Jun | 80% |
Julai | 100% |
Jadual 3
Berikut menunjukkan peratus tahap penguasaan murid setelah menggunakan pendekatan tiga jari utama dalam pdp di prasekolah mengikut bulan
Rajah 2 :
Menunjukkan graf tahap kemahiran murid menguasai motor halus mengikut bulan
PERANCANGAN
Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1948)
�
REFLEKSI
TINDAKAN
PEMERHATIAN
INTERVENSI
Pengkaji bertindak untuk melaksanakan perancangan terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian tindakan. Pengkaji melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang. Pengumpulan maklumat dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik kajian dan serta analisis dokumen.
DAPATAN KAJIAN
Bagi memudahkan murid untuk belajar sambil bermain, pengkaji bertindak untuk menggabungkan semua peralatan dalam satu tempat iaitu dipanggil Kit “Tiga Jari Utama”. Manakala teknik memegang gunting juga penting dan ianya juga dipanggil Gunting “Tiga Jari Utama”.
“Kit Tiga Jari Utama”
Pengkaji telah mencipta suatu bahan bantu mengajar yang diberi nama “Kit Tiga Jari Utama”. Ianya digunakan oleh murid untuk menguatkan motor halus. Peralatan yang saya sediakan ialah antaranya kepala paip, zip pakaian, klip buku, tali kasut, hensel pintu dan lain-lain lagi. Peralatan yang pengkaji pilih ini semuanya menggunakan jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu sebagai fungsi utama menggerakkan jari-jemari.
Gunting “Tiga Jari Utama”
Suatu lagi kaedah yang diguna pakai oleh pengkaji untuk menguatkan motor halus murid ialah kaedah Gunting “Tiga Jari Utama”. Kaedah menggunting amat penting diajar kepada murid seawal usia lima tahun lagi. Ini kerana kaedah menggunting dapat menguatkan jari jemari terutama jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu
PERBINCANGAN
Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh tiga elemen utama iaitu kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek, koordinasi mengawal jari untuk bergerak dan sensori untuk mengesan jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak.
Pengkaji berjaya menyelesaikan masalah amalan pedagogi yang terdahulu melalui kaedah pendekatan tiga jari utama ini.
Melalui pendekatan tiga jari utama pengkaji dapat menilai sejauhmana perkembangan murid yang baru melangkah ke alam persekolahan.
Penggunaan Kit yang menggunakan pendekatan tiga jari utama dan gunting jelas dapat membezakan jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu memainkan peranan masing-masing untuk menguatkan loko motor halus.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, kaedah pendekatan menggunakan tiga jari utama dan tunjuk cara yang digunakan amat mempengaruhi proses PdP yang dilaksanakan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
RUJUKAN
Sharifah Nor Putih & Azliza Ali.(2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah.Malay
Languange Journal Education MyLEJ).Vol.1, bil 1-15
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2017). Buku Penerangan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Kspk) (Semakan 2017).
Pradipta, R.F., Dewantoro, D.A. (2019). Origami and fine motoric ability of intellectual disability students. International Journal of
Innovation, 5(5), 531-545.
Mohd Sharif, M. H., Che Azid, M. N., & Wan Kamaruddin, W. A. N (2021). Penerapan Kaedah
Tunjuk Cara dalam Aktiviti Fizikal dan Estetika untuk Meningkatkan Kemahiran Menggunting Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan
awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10(2), 85-102.
Kemmis, S & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria Australia: Deakin University Press.
Arasoo, V.T. (1989). Pembelajaran Kemahiran Motor Dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Malaysia: Siri Pendidikan Fajar Bakti
Shofoyeke, A. D. (2012). The impact of teaching methods on pre-primary school pupils’ learning achievement in protection issues in
selected nursery and primary schools in Ondo West Local Government. Journal of Elementary Education, 25(2), 45-60.
Landy, J. M., & Burridge, K. R. (1999). Ready-to-use fine motor skills & handwriting activities for young children. The Center for Applied
Research and Education
Zakiah Mohamad Ashari, Alina Mohd. Kosnin & Yeo Kee Jiar, (2014). Keperluan Aktiviti Bermain dan kepentingannya Terhadap Motivasi
Kanak-kanak Prasekolah: Jurnal pendidikan Malaysia. 34(2), 156-168
LAMPIRAN
Rajah 9 : Gambar menunjukkan cara Gunting “Tiga Jari Utama” yang dilatih untuk menguatkan motor halus murid
LAMPIRAN
Rajah 10 : Gambar menunjukkan hasil kerja murid setelah 5 bulan menggunakan pendekatan tiga jari utama dalam pdp di prasekolah.