1 of 19

���������WARISAN NEGARA��KSSM SEJARAH �TINGKATAN 2

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

2 of 19

2

BAB 4�AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISAN

MASYARAKAT KERAJAAN

ALAM MELAYU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

SEJARAH TINGKATAN 2

3 of 19

3

4.1 Agama dan Kepercayaan

4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

  • Kepercayaan awal
  • Penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam sebelum abad ke-15
  • Perkembangan agama
  • Sistem pemerintahan beraja
  • Kebijaksanaan pemerintah
  • Kegiatan ekonomi
  • Perkembangan sosiobudaya
  • Amalan beragama

AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISAN

MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

4 of 19

4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan agama dan kepercayaan masyarakat kerajaan Alam Melayu

5 of 19

5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang memberikan panduan dalam kehidupan seharian mereka. Pemerintah kerajaan Alam Melayu berperanan penting untuk memastikan pengukuhan dan kelangsungan agama dalam kerajaannya

KEPERCAYAAN AWAL

Animisme

  • Kepercayaan setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat.
  • Percayakan makhluk halus dan sembah roh nenek moyang yang telah meninggal dunia (hyang)
  • Penyembahan roh nenek moyang penting untuk memastikan keluarga dapat kebaikan dan terhindar dari kesusahan

Dinamisme

  • kepercayaan terhadap kekuatan yang dikenali sebagai mana atau semangat
  • setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana - boleh mempengaruhi kehidupan seseorang
  • contohnya, diadakan pemujaan semangat tanaman untuk memperoleh tanaman yang subur dan banyak

6 of 19

6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Peta penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam Sebelum Abad Ke-15 ke Alam Melayu.

PENYEBARAN AGAMA HINDU, BUDDHA DAN ISLAM SEBELUM ABAD KE-15

  • Hindu dan Buddha tersebar sebelum Masihi lalu mempengaruhi kehidupan masyarakat kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara

  • Islam tiba di Alam Melayu mulai abad ke-7. Islam seterusnya tersebar dan diamalkan dalam kerajaan Melayu seperti Champa, Majapahit, Kedah dan Pasai

  • Hindu, Buddha dan Islam tersebar ke Alam Melayu lazimnya berkait rapat dengan peranan mubaligh, pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa

  • Beberapa aspek kehidupan mendapat pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih diamalkan dan disesuaikan dengan agama Islam seperti:
  • sistem pemerintahan
  • bahasa
  • persuratan
  • seni bina

7 of 19

7

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

PERKEMBANGAN AGAMA

  • Agama Hindu dan Buddha tersebar sejak abad pertama
  • Fan Shih Man berperanan kembangkan agama Buddha
  • Candi Go Cay Thi merupakan bukti penyebaran agama Buddha
  • Agama Hindu
  • tersebar dalam kalangan masyarakat Champa ketika pemerintahan Bhadravarman (abad ke-4)
  • mendirikan candi Hindu di Lembah Mi Son yang dikenali sebagai Siva-Bhadresvara
  • Candi Hindu turut dibina di Po Nagar
  • Agama Buddha
  • Candi Dong Duong pula merupakan bukti penyebaran agama Buddha
  • Agama Islam
  • Penemuan batu bersurat bertarikh 1035 dan batu nisan bertarikh 1039 di Panduranga
  • Islam mulai tersebar luas semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin pada abad ke-14
  • Agama Hindu
  • menjadi anutan utama sejak kerajaan ini diasaskan
  • menjadi gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II
  • Candi Hindu yang termasyhur Angkor Wat
  • Agama Buddha
  • mengambil alih peranan agama Hindu semasa pemerintahan Jayavarman VII pada abad ke-12

Kerajaan Funan

Kerajaan Champa

Kerajaan Angkor

8 of 19

8

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

PERKEMBANGAN AGAMA

  • merupakan pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ke-7
  • pendeta Buddha bernama I-Tsing dari China pernah datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha
  • antara candi Buddha tinggalan kerajaan Srivijaya yang masyhur termasuklah Candi Muara Jambi, Candi Bahal dan Candi Muara Takus
  • Agama Hindu dan Buddha
  • berkembang serentak dan saling mempengaruhi masyarakat kerajaan Majapahit
  • Hayam Wuruk menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha yang dipanggil Tripaksa pada abad ke-14
  • Antara candi tinggalan kerajaan Majapahit yang masyhur termasuklah Candi Jabong, Candi Sukuh dan Candi Brahu
  • Agama Islam
  • tersebar di Majapahit sejak abad ke-14
  • Buktinya, Wu Ping pegawai kerajaan Ming beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap di Majapahit
  • Gan Eng Chou, pegawai yang beragama Islam juga pernah dilantik sebagai ketua kaum Cina di Tuban (kota pelabuhan Majapahit)

Kerajaan Srivijaya

Kerajaan Majapahit

Setelah kerajaan Majapahit runtuh, kerajaan Demak muncul dan menjadi pusat pengajian agama Islam terbesar di Jawa pada abad ke-16

9 of 19

9

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

PERKEMBANGAN AGAMA

Agama Buddha

  • telah diamalkan sejak abad kelima
  • menjadi anutan utama

Agama Hindu

  • turut tersebar selepas agama Buddha

Agama Islam

  • mula menerima pengaruh Islam pada abad ke-12
  • Pemerintah Kedah yang ke-9, iaitu Maharaja Derbar Raja II telah memeluk agama Islam pada tahun 1136
  • Masyarakat kerajaan Gangga Nagara menganut agama Buddha
  • dibuktikan dengan penemuan arca-arca Buddha di Lembah Kinta
  • Turut ditemui ialah patung Buddha, Avalokitesvara di Bidor, Perak
  • Arca-arca Buddha ini bertarikh abad ke-6 hingga ke-9 Masihi

Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Gangga Nagara

10 of 19

10

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menghuraikan keunikan warisan kerajaan Alam Melayu

11 of 19

11

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Keunikan warisan bermaksud legasi kebijaksanaan dan keunggulan yang ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu untuk diwarisi oleh generasi seterusnya. Keunikan warisan inilah yang menjadikan tamadun Melayu gemilang seperti tamadun-tamadun dunia yang lain

perkembangan sosiobudaya

KEUNIKAN WARISAN

sistem pemerintahan beraja

kebijaksanaan pemerintah

amalan beragama

perkembangan kegiatan ekonomi

12 of 19

12

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Sistem Pemerintahan Beraja Kerajaan Alam Melayu

berasaskan sistem beraja

keunikan warisan - pemerintah mengasimilasikan pengaruh agama dalam pentadbiran

raja menjadi tonggak utama kerajaan

Kedudukan raja diperkukuh dengan dibantu oleh para pembesar

memperoleh ketaatan daripada rakyatnya

13 of 19

13

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

1. Pemilihan Raja

  • berasaskan keturunan
  • pengesahan pembesar
  • keturunan diraja dianggap suci dan
  • berdaulat
  • boleh dipilih daripada golongan tentera (kerajaan Funan dan Champa)
  • Wanita keturunan diraja boleh dilantik sebagai pemerintah (kerajaan Majapahit)

2. Kedudukan Raja

  • semasa pengaruh Hindu dan Buddha, raja dianggap sebagai titisan dewa dan mesti dihormati
  • kedatangan Islam perkenalkan konsep khalifah
  • raja-raja sentiasa ditaati
  • ingkari raja dianggap ingkari tuhan dan perbuatan tersebut adalah derhaka

3. Gelaran Pemerintah

  • pengaruh Hindu dan Buddha -gelaran Raja dan Maharaja
  • kedatangan Islam - gelaran Sultan
  • Gelaran Raja (Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau) – untuk gambarkan kebesaran kuasa
  • terdapat golongan raja yang diberi gelaran ikut identiti dan keunikan kerajaan
  • contoh - Raja Funan, Champa,

Angkor dan Srivijaya yang

menggunakan gelaran Sanskrit

“varman”

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

14 of 19

14

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

KEBIJAKSANAAN PEMERINTAH

  1. Memilih dan membangunkan pusat pemerintahan
  2. pemerintah memilih lokasi yang strategik (pesisiran pantai dan lembah sungai)
  3. menggunakan alam sekitar untuk kegiatan pertanian seperti lembah sungai, (Angkor dan Majapahit)
  4. sungai berfungsi sebagai laluan pengangkutan utama
  5. tempat yang menjadi laluan antarabangsa, timur dan barat seperti pelabuhan Oc Eo di Funan dan Palembang di Srivijaya
  6. mengambil kira petunjuk arah yang memudahkan pedagang singgah di pelabuhan seperti bukit atau gunung dan teluk (Gunung Jerai yang menjadi mercu tanda kerajaan Kedah)
  7. bukit dan teluk juga membantu dalam aspek pertahanan

2. Menjalinkan Hubungan Diplomatik

  1. pemerintah jalinkan hubungan diplomatik yang berterusan bagi menjamin kemakmuran kerajaan
  2. bentuk hubungan diplomatic iaitu:
  3. hubungan persahabatan:
  4. Kerajaan Srivijaya mengirimkan utusan persahabatan ke China pada abad ke-7
  5. Kerajaan Majapahit menjalinkan persahabatan dengan China pada abad ke-14
  6. bantuan ketenteraan atau senjata:
  7. Maharaja Chola dari India hantar bantuan tentera ke Srivijaya untuk membantu selesaikan pemberontakan pada abad ke-11
  8. perkahwinan:
  9. perkahwinan pemerintah Majapahit, Raden Wijaya dengan puteri kerajaan Singhasari pada abad ke-13

15 of 19

15

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

KEGIATAN EKONOMI

1. Memanfaatkan Kesuburan Tanah

  • menjalankan kegiatan pertanian
  • tapak pertanian subur yang penting dan diwarisi dari zaman ke zaman
  • kawasan iaitu lembah
  • Sungai Mekong
  • Sungai Musi
  • Sungai Bengawan Solo
  • Sungai Brantas

2. Mencipta Sistem Pengairan

  • memiliki kemahiran mencipta sistem pengairan seperti baray
  • memastikan bekalan air mencukupi di kawasan pertanian
  • tanaman utama - padi, rempah-ratus dan tanaman sampingan dapat diusahakan sepanjang tahun
  • keunikan dalam kemahiran ini merupakan warisan penting terhadap perkembangan ekonomi tamadun Melayu.

3. Membina Pelabuhan

  1. mendirikan pelabuhan di lokasi yang strategik
  2. mudah dikunjungi oleh para pedagang dari timur dan barat
  3. pelabuhan berkembang dalam tiga bentuk iaitu:
  4. Pelabuhan pembekal:
  5. pelabuhan persinggahan untuk membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan kepada pedagang
  6. Pelabuhan kerajaan:
  7. pelabuhan pembekal yang berkembang - wujudnya pusat pentadbiran atau kerajaan di pelabuhan tersebut
  8. Pelabuhan entrepot:
  9. pelabuhan tumpuan pedagang
  10. berperanan sebagai pengumpul, pengendali dan pengedar barang dagangan – pedagang serantau dan antarabangsa

16 of 19

16

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA

1. Sistem Tulisan dan Bahasa

  • adaptasi pengaruh luar untuk kembangkan sistem tulisan dan bahasa
  • tulisan Palava dan Kawi berasal dari India digunakan sebagai medium tulisan bahasa tempatan dan Sanskrit
  • huruf-huruf Arab disesuaikan sehingga terbentuknya tulisan Jawi menjadi warisan sistem tulisan masyarakat Melayu hingga kini

2. Persuratan

  • mempamerkan keintelektualan melalui kegiatan persuratan
  • kegiatan ini berkembang dalam bentuk batu bersurat
  • lahir karya-karya dalam bentuk manuskrip
  • keunikan intelektual ini diwarisi dan diteruskan oleh kerajaan-kerajaan Melayu

3. Seni Bina

  • merupakan keunikan yang menjadi warisan kerajaan Alam Melayu
  • seni bina dihasilkan bagi memudahkan kehidupan (kegiatan pertanian, pelayaran, perdagangan dan keagamaan)
  • kehidupan di persisiran pantai dan lembah sungai melahirkan petukang-petukang kapal yang handal

17 of 19

17

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

AMALAN BERAGAMA

  1. Mengamalkan Sifat Terbuka dalam Amalan Beragama
  2. Kepercayaan awal disesuaikan dengan penyebaran agama Hindu dan Buddha
  3. Islam juga tersebar secara aman
  4. Kesannya, keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu tergambar melalui anutan pelbagai agama
  5. Contohnya, sebahagian masyarakat kerajaan Champa dan Angkor menganut agama Hindu dan sebahagian yang lain menganut agama Buddha pada masa yang sama

2. Sifat Toleransi

  • merupakan keunikan dalam amalan beragama masyarakat kerajaan Alam Melayu
  • penganut agama Hindu membina Candi Prambanan berdekatan dengan Candi Borobudur tempat ibadat penganut agama Buddha di Jawa Tengah
  1. Agama Menjadi Simbol Penyatuan Raja dan Rakyat
  2. Raja memerlukan golongan agama untuk kukuhkan kedudukan di atas takhta kerajaan
  3. golongan Brahmin mempunyai peranan yang besar semasa pertabalan raja
  4. pengasas kerajaan Angkor, Jayavarman II diisytiharkan kedudukan baginda sebagai Dewaraja oleh seorang Brahmin bernama Hiranyadama

18 of 19

18

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

  1. Golongan agama
  2. diberi tempat dan status istimewa dalam kerajaan
  3. dilantik sebagai pentadbir dan penasihat pemerintah (kerajaan Funan, Srivijaya dan Angkor)
  4. warisan ini diteruskan oleh kerajaan lain di Alam Melayu
  1. Penyebaran agama Islam
  2. masjid dibina sebagai pusat ibadat, pendidikan dan kebajikan
  3. Keunikan sistem pendidikan Islam melalui institusi pondok atau madrasah merupakan warisan yang diteruskan hingga hari ini
  1. Candi besar
  2. lambang keagungan sesebuah kerajaan
  3. dikagumi hingga hari ini
  4. buktinya dengan binaan Candi Borobudur, Angkor Wat, Candi Prambanan dan Candi Muara Jambi
  5. candi ini menjadi institusi agama
  6. Peranan - pusat ibadat, tempat pemujaan roh nenek moyang dan pusat perhimpunan para pendeta

AMALAN BERAGAMA

19 of 19

TERIMA KASIH�

Unit Sejarah

603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/

UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPWP LABUAN