1 of 25

EEM443�TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

TUTOR

SUHASNI BIN DOLLAH

2 of 25

BAB 7��PENGARUH FAKTOR SOSIAL KESAN KEMPEN MEDIA TAK NAK MEROKOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

3 of 25

  • Merokok dalam kalangan remaja dikatakan didorong oleh pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada pembabitan remaja terhadap gejala yang tidak sihat ini.

  • Pengaruh sosial, pengaruh persekitaran, pengaruh psikologi dan sebagainya dikatakan antara pengaruh yang menyumbang kepada remaja untuk merokok.

  • Gejala ini juga mendatangkan kesan bukan sahaja kepada remaja, masyarakat mahupun negara kerana jumlah remaja merokok yang kian hari semakin meningkat.

4 of 25

  • Pada tahun 2004, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan kempen antimerokok yang dinamakan sebagai Kempen Tak Nak Merokok.

  • Titik permulaan pelaksanaan kempen ini adalah atas berikutan peningkatan bilangan penduduk yang terlibat dalam aktiviti merokok.

5 of 25

  • Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen “Anti Merokok Tak Nak” (2004) telah menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada merokok antaranya ialah kanser paruparu, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong, kanser mulut dan tekak, kanser esophagus, strok, crohn’s disease, penyakit jantung iskemia, kanser pundi kencing, artherosclerosis, ulser pepetik, kanser pancreas dan pneumonia.

  • Selain dari itu, merokok juga mempercepat proses penuaan dan memendekkan usia seseorang

6 of 25

  • Mulai 1 Januari 2020 Malaysia melaksanakan larangan menghisap rokok dan vape di semua premis makan atau restoran. Perintah itu di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

  • Namun, sejak diberi kebenaran untuk dine in di restoran baru-baru ini, peraturan itu sudah dilupakan oleh sebilangan perokok. Mereka tidak lagi segan-silu merokok di meja makan walaupun tahu perbuatan itu salah.

7 of 25

  • Tabiat merokok dalam kalangan remaja pada hari ini begitu membimbangkan semua pihak.

  • Malah remaja yang merokok bukan sahaja membabitkan remaja lelaki bahkan kini sudah menular dalam kalangan remaja perempuan di negara ini.

  • Terdapat kempenkempen anti merokok telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan bagi membendung masalah ini. Namun kempen ini dikatakan gagal.

8 of 25

  • Faktor-faktor pengaruh sosial yang mendorong remaja untuk merokok adalah pengaruh peribadi atau dorongan diri sendiri.

  • Pengaruh sosial kedua tertinggi yang mempengaruhi remaja untuk merokok adalah pengaruh rakan sebaya.

  • Rakan sebaya sememangnya memainkan peranan dalam kehidupan remaja hari ini. Masa banyak dihabiskan bersama rakan-rakan. Hal ini disokong oleh Kamaludin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka

9 of 25

  • Pengaruh sosial ketiga tertinggi adalah pengaruh keluarga .Keluarga sememangnya institusi yang amat penting dalam kehidupan remaja. Pincang sebuah keluarga, pincanglah kehidupan anak-anak.

  • Pendapat ini disokong oleh Proescholdbell, Chassin dan Mackinnon (2000) berkaitan hubungan merokok dengan peraturan merokok dalam keluarga dan para sarjana mendapati setelah kajian dibuat, iaitu terdapat hubungan kuat antara tabiat tidak merokok dengan larangan ibu bapa mereka sendiri.

  • Kajian yang dilakukan bersandarkan andaian bahawa ibu bapa mensosialisasikan anak-anak meraka tentang pelbagai tingkah laku iaitu jika ibu bapa merokok, anak-anak juga mempunyai peratusan yang tinggi untuk merokok dan jika ibu bapa tidak merokok, maka kemungkinan besar anak-anak mereka juga tidak akan merokok.

10 of 25

BAB 8

HUBUNGAN SEKSUAL REMAJA

11 of 25

  • Trend masa kini menampakkan isu dara atau keperawanan sudah tidak begitu relevan dengan fenomena remaja hari ini. Malah, remaja-remaja kini juga aktif melakukan hubungan seks lebih dari seorang pasangan.

  • Sebagai contoh, kajian oleh Schutt-Aine dan Maddaleno (2003), mendapati 50 peratus remaja di Amerika di bawah umur 17 tahun aktif melakukan hubungan seksual

12 of 25

Siapakah yang berisiko?

  • Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
  • Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
  • Kurang berminat dengan sekolah
  • Sejarah penderaan fizikal atau seksual
  • Kurang pengawasan ibu bapa

13 of 25

Apakah kesan-kesannya?

  • Dari aspek perubatan:
    • Kehamilan yang tidak diingini
    • Pengguguran anak yang tidak selamat
    • Pembuangan bayi
    • Jangkitan seksual

  • Dari aspek psikologi dan sosial:
    • Masalah perhubungan.
    • Mengalami gangguan emosi
    • Tiada keharmonian keluarga dan sosial
    • Implikasi undang-undang

14 of 25

Apakah implikasi undang-undang yang ada?

  • Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minimum untuk kesalahan tertentu.

  • Perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.

  • Contohnya, umur minimum untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai “Statutory rape” .

15 of 25

  • Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF, 2006), perkahwinan sebelum usia 18 tahun didefinisikan sebagai perkahwinan kanak-kanak.

  • Di Malaysia, bagi orang bukan Islam, Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 memperuntukkan bahawa umur minimum untuk berkahwin bagi perempuan ialah 18 tahun.

  • Perkahwinan bagi perempuan yang telah mencapai umur 16 tahun dibenarkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah dan Ketua Menteri.

16 of 25

  • Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, tinjauan yang dilakukan oleh NHMS pada tahun 2022, seramai 154 ribu remaja di Malaysia dilaporkan pernah melakukan huhungan seks dan 75% menyatakan mereka masih aktif melakukan hubungan tersebut.

  • Lebih mengejutkan, 33% daripada jumlah tersebut telah mula berhubungan seks sebelum tingkatan 2 lagi dan 88% tidak menggunakan sebarang perlindungan.

  • 11% daripada jumlah keseluruhan juga menyatakan bahawa mereka mempunyai lebih daripada satu pasangan. Perkara ini sangat membimbangkan dan perlu ditangani segera supaya generasi akan datang tidak terikut-ikut.

17 of 25

KESAN SEKS SEBELUM NIKAH

1. HAMIL SEBELUM NIKAH

  • Walaupun ada segelintir yang memilih untuk memakai kondom ketika melakukan seks tetapi risiko untuk mengandung tetap tinggi.

2. RISIKO PENYAKIT KELAMIN

  • HIV boleh membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia dan punca utama adalah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

18 of 25

BAB 9�GANGTERISME DAN LUMBA HARAM

19 of 25

  • Di Malaysia, individu yang dilabel sebagai Mat Rempit adalah suatu istilah yang diberikan kepada remaja yang terlibat dalam aktiviti lumba haram.

  • Mereka dilabel sebagai seorang yang ganas, agresif, dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

  • Tindakan tersebut telah membahayakan diri sendiri dan orang lain.

20 of 25

  • Terdapat beberapa definisi yang menjelaskan pengertian terma Mat Rempit dalam kalangan belia.

  • Terma rempit berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘remp-it’ yang mencirikan pelumba yang sedang memeras minyak di jalan raya (litar) yang mana menjadi nama jolokan bagi individu yang terlibat (Rozmi, 2005).

  • Menurut Yahya Don (2009), Mat Rempit adalah penunggang motorsikal yang melakukan aksi-aksi berbahaya.

  • Dalam erti kata yang lain, Mat Rempit adalah kumpulan belia yang terbabit dalam perlumbaan haram dengan menggunakan motorsikal kapcai, menunggang motorsikal secara berbahaya di jalan raya yang membahayakan pengguna dan menggugat ketenteraman (Samsuddin, 2007).

21 of 25

  • Fenomena ini, bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia yang mana insiden-insiden sedemikian seringkali dikaitkan dengan masalah dadah, pengedaran dadah, keganasan dan jenayah terancang.

  • Namun begitu, gelaran atau istilah yang diguna pakai untuk kumpulan remaja bermotorsikal ini berbeza berdasarkan persepsi masyarakat, kaum dan budaya sesebuah negara atau kawasan.

  • Contohnya di Amerika terkenal dengan Night Rider, Ghost Rider, Max Cam dan sebagainya (Clark, 2005; Scott, 2005; McLaren, 2004; Woods, 2004).

22 of 25

  • Antara kejadian dan tindakan ganas gang rempit yang berlaku dan dipaparkan di media-media tempatan antara ialah tindakan mat rempit menyerang balai polis Kubang Semang, Bukit Mertajam, Seberang Prai.

  • Kejadian ini berpunca apabila rakan mereka yang berumur 19 dan 20 tahun, pelajar politeknik di tahan kerana terlibat dalam perlumbaan haram (Utusan Malaysia, 17 Oktober 2006).

  • Mat rempit melanggar anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2008),

23 of 25

Menurut Abidin (2005), agresif mempunyai tiga ciri penting, iaitu:

  • Agresif merupakan tingkah laku yang bersifat membahayakan, menyakitkan, dan melukai orang lain.
  • Agresif merupakan suatu tingkah laku yang dilakukan seseorang dengan bertujuan untuk melukai, menyakiti, dan membahayakan orang lain atau dengan kata lain dilakukan dengan sengaja.
  • Agresif tidak hanya dilakukan untuk melukai korban secara fizikal, tetapi juga secara psikologi, misalnya melalui kegiatan yang menghina atau mencaci.
  • Contoh tingkah laku agresif seperti merompak, memeras ugut, meragut, penyalahgunaan dadah, perlakuan seks bebas, lumba haram dan gejala sosial lain (Mahmood Nazar, 2009)

24 of 25

  • Kajian Mansor dan Mat (2011) telah mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi belia untuk melibatkan diri dalam perlumbaan haram. Keputusan analisis memberikan alasan yang jelas untuk penglibatan dalam lumba haram.

  • Hipotesis dirumuskan dalam kajian tersebut yang simetri kepada mereka yang telah dibincangkan oleh orang awam menunjukkan mempunyai hubungan yang signifikan.

  • Oleh itu, unsur-unsur seperti tekanan, ganjaran, rakan-rakan dan gambaran psikologi memberikan penjelasan yang baik dan signifikan untuk penglibatan belia dalam lumba haram.

25 of 25

SEKIAN TERIMA KASIH