1 of 56

KSSM SEJARAH TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 56

BAB 4:

PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI

MELAYU TIDAK BERSEKUTU

SEJARAH TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

3 of 56

3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

BAB 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU

TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)

Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

  • Kerajaan Perlis
  • Kesultanan Kedah
  • Kesultanan Kelantan
  • Kesultanan Terengganu
  • Kesultanan Johor

Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • Faktor Peluasan Kuasa British Strategi Peluasan Kuasa
  • Perjanjian Bangkok 1909

Peluasan Kuasa British Johor

  • Kemajuan dan Kemakmuran Johor
  • Strategi British Menguasai Johor

Sistem Pentadbiran NNMTB

  • Latar Belakang NNMTB
  • Pentadbiran NNMTB
  • Perkembangan Pentadbiran

01

02

03

04

4 of 56

4.1

PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU

DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU

DAN JOHOR

Pada akhir pembelajaran,

murid akan dapat:

  • Menyatakan pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

5 of 56

5

PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU

Pemerintahan Kesultanan Melayu membentuk sistem pentadbiran yang tersusun dan diwarisi sejak turun-temurun

Kebijaksanaan pemerintah tempatan membolehkan perkembangan ekonomi, sosial dan politik berlaku di setiap negeri

Sebelum kedatangan kuasa British,

pemerintahan kesultanan merupakan asas terpenting yang membawa kemakmuran

Sultan sebagai puncak kuasa dan

kedaulatan turut diperkuat dengan dukungan para pembesar

Sistem kesultanan yang diamalkan dalam pemerintahan di negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor menjadi tonggak yang sangat penting

01

02

03

05

04

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

6 of 56

6

KERAJAAN PERLIS

LATAR BELAKANG

  • Perlis wilayah yang terpisah dengan Kedah (1842)
  • Maharaja Siam iktiraf Syed Hussin Jamalullail di Bangkok sebagai Raja Perlis pertama (1843) - digelar Phya Songkhram Rama Wichit Willis Asmara Phya Pelit
  • Istiadat pengisytiharan diadakan di istana Arau - pemberitahuan kepada rakyat seluruh negeri Perlis

PENTADBIRAN

  • Raja Syed Hussin Jamalullail bentuk pasukan pentadbiran berwibawa - kalangan pembesar tempatan
  • Tuan Syed Abdullah ibni Syed Harun Jamalullail dilantik sebagai Raja Muda Perlis, Dato’ Arau sebagai Perdana Menteri (gelaran Dato’ Belat Paduka Seri Perdana Menteri)
  • Negeri Perlis dibahagikan kepada 22 buah mukim

HUBUNGAN LUAR

  • Hubungan dengan Siam terus berjalan dengan baik
  • hubungan ini menjadi strategi Perlis untuk tidak diganggu gugat oleh kuasa lain

PERUNDANGAN

  • Berdasarkan Undang- Undang Kesultanan Kedah sebagai rujukan.
  • Pelaksanaannya menitikberatkan kebajikan terhadap rakyat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

7 of 56

7

KERAJAAN KEDAH

01

03

02

04

  • Kerajaan Kedah bermula sejak abad ke-7 dan merupakan antara kerajaan terawal di negara ini - terus kekal hingga hari ini
  • Pertapakan Islam di Kedah sejak abad ke-12 telah memulakan sistem pemerintahan Islam (pusat pemerintahan di Kota Bukit Meriam). Pemerintah pertama yang bergelar sultan ialah Sultan Mudzaffar Shah

LATAR BELAKANG

  • Diketuai oleh Sultan, pembesar dan disokong oleh undang-undang yang kemas dan teratur
  • Membolehkan negeri ditadbir dengan berkesan, pembahagian wilayah diwujudkan - diletakkan di bawah pengawasan pembesar daerah
  • Di setiap daerah, diwujudkan mukim - dikendalikan oleh penghulu
  • Pada abad ke-19, terdapat 128 mukim di Kedah

PENTADBIRAN

  • Kedah menjalinkan hubungan luar dengan Siam sebagai strategi mempertahankan negeri daripada ancaman Burma
  • Hubungan dua hala ini berlaku dalam pelbagai cara - hubungan diplomatik, pentadbiran dan kewangan

HUBUNGAN LUAR

  • Kanun undang-undang Kedah yang pertama ditulis pada tahun 1650 - memberikan hak kepada raja dan golongan pemerintah.
  • Terdapat 5 bab undang-undang Kedah (rujuk buku teks ms 87)

PERUNDANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

8 of 56

8

KERAJAAN KELANTAN

01

LATAR BELAKANG

  • Wujud sebelum abad ke-17. Semasa pemerintahan Long Yunus (1776-1794) Kelantan berjaya disatukan
  • Pertelingkahan Kelantan dengan Terengganu dan pengaruh Siam - berlaku perubahan pada 1812
  • Sultan Muhammad I buat persetiaan dengan Siam - mengelakkan ancaman Terengganu dan Siam meluaskan pengaruhnya di Kelantan hingga 1909

02

PENTADBIRAN

  • Sultan dibantu oleh para pembesar dalam Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Sultan Muhammad II (1839-1886)
  • Dalam pentadbiran wilayah, Kelantan dibahagikan kepada jajahan tertentu.
  • Terdapat 3 jajahan (1904), iaitu Selatan Batu Mekebang, Pasir Puteh dan Pasir Mas
  • Pada peringkat paling bawah, pentadbiran dijalankan oleh Tok Kweng yang turut dibantu oleh imam

03

HUBUNGAN LUAR

  • Hubungan dengan kerajaan Siam dijalinkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I
  • Kelantan juga menjalin hubungan dengan Terengganu, Kedah, Patani dan negeri-negeri Melayu yang lain

04

PERUNDANGAN

  • Pelaksanaan undang-undang syarak di Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II -Kelantan berada dalam keadaan aman dan makmur sebagai pusat perdagangan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

9 of 56

KERAJAAN KELANTAN

10 of 56

10

KERAJAAN TERENGGANU

  • Diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I (1708-1733)
  • membawa kemajuan negeri dan memelihara kedaulatan kerajaan
  • Terengganu merupakan negeri paling akhir menerima Penasihat British

LATAR BELAKANG

01

02

03

04

  • Sultan dibantu pembesar (penasihat sultan atau dalam urusan pentadbiran wilayah serta daerah)
  • Sistem penghulu dikemas semasa Sultan Omar memerintah (1839-1876)
  • Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim
  • Terdapat pembesar bergelar Dato’ Mata-mata (bertugas sambut kedatangan pelawat atau orang kenamaan Terengganu)
  • Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan (dianggotai oleh Ahli Mesyuarat) dibentuk - putuskan hukuman atau perisytiharan negeri

PENTADBIRAN

  • Jalinkan hubungan dengan Siam sejak abad ke-18
  • Menjalinkan hubungan dengan negeri Kelantan, Patani dan Johor - kedudukan sebagai sebuah negeri berdaulat diakui oleh negeri-negeri lain

HUBUNGAN LUAR

  • Berasaskan prinsip keadilan Islam
  • Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu digubal dan diamalkan pada 1911
  • Hakim mahkamah dipilih secara teliti- individu berkebolehan dan pengetahuan agama yang luas
  • Melantik Tengku Musa - Ketua Jabatan Mahkamah

PERUNDANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

11 of 56

KERAJAAN TERENGGANU

12 of 56

12

KERAJAAN JOHOR

  • Maharaja Abu Bakar jalinkan hubungan dengan NNM termasuk Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor
  • Baginda juga menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar - lawatan ke Eropah dan Jepun
  • Kesannya, kuasa-kuasa ini mengiktiraf kedudukan Johor

HUBUNGAN LUAR

  • Jurai keturunan Sultan Melaka berakhir (1699). Kesultanan Johor diperintah oleh keturunan Bendahara
  • Konflik politik berlaku membolehkan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah di Johor.
  • Kedudukan ini digantikan oleh anakanda baginda (Daeng Abu Bakar) menjadi Sultan Johor pada tahun 1885

LATAR BELAKANG

  • Zaman pemodenan - Maharaja Abu Bakar
  • Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan -mewujudkan Majlis Jemaah Diraja Johor, Jemaah Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan
  • Pembesar-pembesar kerajaan (Dato’ Seri Amar Diraja dan Dato’ Bentara Dalam) berperanan membantu pemerintahan sultan
  • Jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran

PENTADBIRAN

  • Kesultanan Johor memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan (1895) digunakan sebagai aturan dalam pemerintahan

PERUNDANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

13 of 56

KERAJAAN JOHOR

14 of 56

14

KESIMPULANNYA

Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mempunyai sistem

pemerintahan dan pentadbiran tersusun yang menjadi asas kemajuan kesultanan tersebut

01

02

03

04

05

Dalam sistem ini, raja menjadi tonggak paling penting. Gandingan pemerintahan oleh raja dan pembesar memacu kemakmuran negeri

Selain itu, sistem undang-undang dilaksanakan dengan teratur dan teliti

Kita perlu menyedari bahawa kestabilan politik amat penting bagi mewujudkan keamanan negara

Pentadbiran yang sistematik menyumbang kepada kemajuan negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

15 of 56

Sikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab penting dalam kehidupan. Bincangkan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.5)

CAKNA MINDA

15

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

16 of 56

16

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Pentadbiran yang sistematik menyumbang kepada kemajuan negara. Bahaskan.

17 of 56

4.2

PELUASAN KUASA BRITISH DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU

Pada akhir pembelajaran,

murid akan dapat:

  • Menghuraikan peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

17

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

18 of 56

FAKTOR PELUASAN KUASA BRITISH

18

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

01

02

03

04

05

Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil

Menghalang Kemasukan Kuasa Barat Lain

Kedudukan yang Strategik

Beban Orang Putih

Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang

19 of 56

19

1. KEDUDUKAN YANG STRATEGIK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

  • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berhadapan dengan pengaruh Siam
  • Pada abad ke-19, hubungan antara British dengan Siam memberikan kesan besar kepada negeri-negeri ini
  • Kedudukan strategik dan kemakmuran negeri-negeri ini menarik perhatian British
  • Selagi negeri-negeri ini di bawah naungan Siam, British tidak akan mampu untuk meluaskan kuasanya

Kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British

01

Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura

02

20 of 56

20

2. MENGHALANG KEMASUKAN KUASA BARAT LAIN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

British perlu menguasai negeri-negeri ini - menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut

Kuasa Barat (Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia) cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara

Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu - penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan

Kemaraan kuasa Barat dapat dilihat dari aspek yang berikut:

  • ingin menguasai bahan mentah - cabar penguasaan British di NNM
  • Jerman berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi
  • Amerika Syarikat berhasrat meluaskan pengaruhnya di Terengganu
  • Perancis berminat untuk meluaskan kuasa ke kawasan di Segenting Kra - matlamat mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa
  • Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang

01

02

03

04

21 of 56

21

3. KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN SUMBER HASIL

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Kelantan dan Terengganu, aktiviti pembuatan (pertukangan dan pembinaan kapal) menjadi sangat penting. Kedua-dua negeri ini menjadi pembekal pelbagai barang dagangan kepada pedagang Singapura

Kedah dan Perlis, hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan - memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang yang dikuasai oleh British

01

02

Manuskrip Pembinaan Kapal Melayu di Muzium Ketenteraan Sepanyol, Bacerlona

22 of 56

22

4. HUBUNGKAN BURMA DENGAN PULAU PINANG

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

British berhasrat menghubungkan Burma yang dikuasainya dengan

Pulau Pinang dan Singapura

Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan

Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India

Hal ini sangat penting bagi perdagangan dan keselamatan British

01

02

03

23 of 56

23

5. BEBAN ORANG PUTIH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

British mendapati Siam melakukan kekejaman di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya

01

02

24 of 56

24

STRATEGI PELUASAN KUASA BRITISH

  • British menggunakan strategi perjanjian untuk memastikan kejayaannya
  • Dengan menggunakan kedudukannya di Pulau Pinang, British memantau perkembangan yang berlaku di NNM sebelum bertindak mengadakan perjanjian dengan Siam
  • Peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dijalankan secara berperingkat-peringkat
  • British menyedari bahawa negeri-negeri ini berada di bawah naungan Siam dan tindakan agresif akan menimbulkan masalah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

01

02

25 of 56

25

KE ARAH PERJANJIAN BANGKOK 1909

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Menyedari konfrontasi secara bersemuka akan merugikan, British gunakan strategi perjanjian bagi luaskan kuasa

Tahun 1826, terdapat beberapa siri perjanjian libatkan British dan Siam - menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu

Perjanjian ini diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 - British meluaskan kuasa di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu jalin hubungan rapat dengan Siam - negeri naungan, perlu hantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali (ufti-tanda pertuanan). Sebaliknya, negeri ini anggap ufti tanda persahabatan

Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri ini kurang menyenangkan pihak British

Matlamat utama British -pastikan laluan perdagangan di antara India dan China berada dalam keadaan selamat

01

02

03

06

05

04

26 of 56

26

SIRI PERJANJIAN BRITISH-SIAM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

  • Ditandatangani pada 6 April 1897
  • British pastikan tidak ada kuasa lain luaskan pengaruhnya ke atas Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • British akui hak pertuanan Siam ke atas negeri tersebut

PERJANJIAN SULIT 1897

  • Ditandatangani pada 29 November 1899
  • Perjanjian ini tetapkan sempadan di antara sempadan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah
  • Perjanjian ini selesaikan masalah sempadan di antara Perak (British) dan Reman (Siam)

PERJANJIAN SEMPADAN

  • Ditandatangani pada 6 Oktober 1902
  • Siam kawal hubungan luar negeri Kelantan dan Terengganu
  • Negeri-negeri ini tidak boleh serahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam
  • Pengisytiharan ini merupakan langkah penting bagi peluasan kuasa British di Negeri Melayu Utara

PERJANJIAN 1902

01

02

03

27 of 56

PERJANJIAN BRITISH-SIAM

28 of 56

28

PERJANJIAN BANGKOK 1909

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

  • Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani oleh British dan Siam pada 10 Mac 1909
  • Perjanjian ini berikan kesan besar kepada Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Perjanjian ini buka laluan kepada British untuk kuasai negara kita tanpa gangguan daripada kuasa luar yang lain
  • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu terima seorang Penasihat British
  • Tahap awal, Kelantan dan Terengganu menolak kehadiran penasihat ini

RENTETAN PERISTIWA PERJANJIAN BANGKOK 1909

29 of 56

Kestabilan politik menyumbang kepada keamanan negara. Bahaskan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.6)

CAKNA MINDA

29

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

30 of 56

30

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan. Buktikan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

31 of 56

4.3

PELUASAN KUASA BRITISH DI JOHOR

Pada akhir pembelajaran,

murid akan dapat:

  • Menilai peluasan kuasa British di Johor

31

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

32 of 56

32

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

01

02

03

04

Sistem pemerintahan dan pentadbiran Johor teratur sejak sebelum campur tangan British

Kebijaksanaan pemerintah Johor membangunkan negeri, British tiada alasan meluaskan kuasa di Johor

Johor telah mencapai tahap kemakmuran yang tinggi

Penguasaan British terhadap Singapura

menyebabkan kedudukan Johor terancam

33 of 56

33

KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN JOHOR

  • Kemajuan, kemakmuran dan pemodenan yang dilaksanakan dalam pentadbiran jadi faktor penting Johor kekalkan kedaulatannya hingga tahun 1914
  • Johor terima kesan daripada pelaksanaan sistem pentadbiran Barat di Singapura secara tidak langsung
  • Kebijaksanaan pemerintah dan pembesar Johor memajukan dan memakmurkan negeri, British tidak dapat manipulasi keadaan untuk campur tangan di Johor

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah

Berlakunya perkembangan

pesat dalam ekonomi komersial terutamanya dalam sektor pertanian

Kemunculan golongan pentadbir

yang komited dan jalankan

tugas dengan berkesan makmurkan ekonomi Johor

Pemodenan Johor dalam pelbagai bidang (pentadbiran, infrastruktur dan sosial) bawa kemajuan dan kemakmuran

02

01

04

03

34 of 56

34

STRATEGI BRITISH MENGUASAI JOHOR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

01

02

  • Kemajuan ekonomi Johor - faktor British mula merangka strategi kuasai Johor
  • British bimbang kerana Johor menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat yang lain
  • British jalankan strategi secara tersusun untuk kuasai Johor
  • Peluasan kuasa British di Johor:
  • Perjanjian
  • manipulasi
  • Douglas Graham Campbell dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor
  • Pelantikan ini tukarkan taraf Johor daripada negeri bebas dan berdaulat kepada negeri naungan British
  • Perkembangan ini tidak jejaskan kedudukan Sultan Johor – British akui kedudukan dan kedaulatan sultan

35 of 56

35

STRATEGI BRITISH MENGUASAI JOHOR

Perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim - sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh sultan, Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada British

Perjanjian Setia 1885 antara Johor dengan British – Johor terima seorang ejen (peranan menyamai seorang pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat). Hal ehwal luar dikawal oleh British

Gabenor NNS (1879) cadangkan untuk tempatkan Residen British di Johor

British manipulasi kedudukan kewangan Johor - tawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor (biayai pembinaan kereta api) - tidak berjaya cadangan tidak diterima - akan menjejaskan ekonomi Johor

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Gabenor NNS (1879) cadangkan British tempatkan Residen British di Johor

12 Mei 1914, Sultan Ibrahim tandatangan perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor NNS - jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British

01

02

03

04

06

05

36 of 56

36

KESIMPULANNYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Kemampuan anak tempatan diterajui oleh Sultan Johor - dibantu oleh gandingan pemimpin berwibawa membolehkan Johor berjaya kekang asakan British

Asakan berterusan ini gagal dihalang dan British berjaya luaskan kuasanya di Johor

Sikap jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pembesar Johor sangat penting dalam memastikan kedaulatan Johor terus terjamin

Kewibawaan pemimpin amat penting dalam memperjuangkan maruah bangsa

01

02

03

04

37 of 56

Pentadbiran yang sistematik penting untuk kemajuan negara. Bincangkan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.7)

CAKNA MINDA

37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

38 of 56

38

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Pemimpin bijaksana rakyat sejahtera. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

39 of 56

4.4

SISTEM PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Pada akhir pembelajaran,

murid akan dapat:

  • Merumuskan sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

39

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

40 of 56

40

LATAR BELAKANG NNMTB

PENGENALAN

Perjanjian Bangkok 1909 bawa perubahan dalam sejarah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kedudukan Johor berubah apabila menerima Penasihat Am (1914). 5 negeri ini dikenali sebagai NNMTB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Pentadbiran NNMTB bersifat longgar, tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran tunggal

Tiada perjanjian khas wujudkan

“gabungan”, lebih bersifat membezakan pentadbiran 5 negeri ini dengan NNMB

5 negeri ini amalkan pemerintahan beraja yang bebas dan punya kuasa autonomi

Raja di NNMTB punya kuasa lebih besar berbanding kuasa raja di NNMB

Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua

5 negeri ini terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi NNMB (Gabenor NNS)

Usaha British gabungkan kedua-dua sistem pentadbiran gagal kerana tentangan raja Melayu di NNMTB

01

02

03

04

05

06

07

41 of 56

41

PENTADBIRAN NNMTB

01

  • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan
  • Majlis Mesyuarat Negeri jalankan pentadbiran (dipengerusikan oleh raja)
  • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. (1931, 3 orang pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis).
  • Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting

PENTADBIRAN DI PERLIS

02

  • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan
  • Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan bertulis sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri
  • Majlis Mesyuarat Negeri jalankan pentadbiran yang diwujudkan sejak tahun 1905
  • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan
  • Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting

PENTADBIRAN DI KEDAH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

42 of 56

42

PENTADBIRAN NNMTB

03

  • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan
  • Sultan pengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota Majlis
  • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan pegang jawatan tertentu sahaja
  • Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri

PENTADBIRAN DI KELANTAN

04

  • Pentadbiran negeri berlandaskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (1911)
  • Undang-undang - ketetapan atau perundangan yang dilaksanakan tidak boleh dipinda
  • Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan
  • Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri - laksanakan pentadbiran kerajaan
  • Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan pegawai Eropah dihadkan dalam pentadbiran

PENTADBIRAN DI TERENGGANU

05

  • Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  • Sultan tidak dibenarkan serah negeri kepada kuasa asing
  • Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar, Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu (menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi)
  • Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri bantu sultan jalankan pentadbiran.
  • Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi penuhi jawatan pentadbiran

PENTADBIRAN DI JOHOR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

43 of 56

43

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Penerusan sistem

pentadbiran tradisional

Pengekalan kedudukan sultan

Pengenalan birokrasi Barat

01

02

03

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

44 of 56

44

1. PENGEKALAN KEDUDUKAN SULTAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Perubahan berlaku dalam sistem pentadbiran di NNMTB tidak ubah kedudukan sultan

Sultan punya kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu

Pembesar tiada hak kutip cukai dan pajak - diberikan elaun dan pencen

Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri

Kedudukan pembesar dikekalkan - bidang

tugasnya telah berubah

01

02

03

04

05

45 of 56

45

2. PENERUSAN SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Sistem pentadbiran tradisional (Sistem Jemaah Menteri, Majlis Negeri) dan peraturan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan

01

02

03

04

05

Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri

British bantu melalui peminjaman pegawai daripada

Perkhidmatan Awam NNMB dan NNS

5 negeri ini punya sistem perkhidmatan awamnya sendiri

Kerajaan Kedah buat perjanjian dengan kerajaan British - semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah

46 of 56

46

3. PENGENALAN BIROKRASI BARAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Jabatan baharu diperkenalkan di setiap negeri

Pasukan polis diwujudkan

Urusan pentadbiran negeri amalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan dan pegawai British dibawa masuk sebagai pegawai

pentadbiran kerajaan

Penasihat British tentukan dasar pentadbiran negeri sehingga kurangkan

kuasa sultan dan pembesar

01

02

03

04

47 of 56

47

KESIMPULANNYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

Peluasan kuasa British di NNMTB bawa perubahan dalam sistem pentadbiran

01

02

03

04

Pembentukan sistem Penasihat British -

asas penting peluasan kuasa British di 5 negeri ini

Kedaulatan negeri masih dipegang oleh sultan - kuasa semakin terhakis

Pembaharuan dan sistem pentadbiran yang sistematik - penentu kepada kemajuan dan pembangunan negara

48 of 56

Kewibawaan pemimpin penting dalam menjayakan perjuangan mempertahankan maruah

bangsa. Bahaskan.

APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K7.4.8)

CAKNA MINDA

48

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

49 of 56

49

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Sistem Penasihat British dilaksanakan di NNMTB bukti British telah berjaya meluaskan kuasanya. Bincangkan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

50 of 56

LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 4

“Work hard in silent. Let success

do the noise”

(Unknown)

#USAHATANGGAKEJAYAAN

#SELAMATMAJUJAYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

51 of 56

1. Mengapakah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911

diperkenalkan?

  1. Menyaingi kedudukan Johor
  2. Memastikan keamanan negeri
  3. Menghalang kemaraan kuasa British
  4. Mengukuhkan kuasa dan kedudukan Sultan

2. Apakah tugas Dato’ Mata-mata semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III di Terengganu?

  1. Mengawal istana
  2. Menangkap orang salah
  3. Menjaga keselamatan sultan
  4. Menyambut kedatangan orang kenamaan

3. Antara berikut yang manakah merupakan perjanjian yang ditandatangani antara British dengan Siam

sebelum tahun 1909?

  1. Perjanjian Bangkok 1909
  2. Perjanjian Pangkor 1874
  3. Perjanjian Burney 1826
  4. Perjanjian Persetiaan 1885

4. Apakah kesan Perjanjian Bangkok 1909 terhadap negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan

Terengganu?

  1. Pengekalan kuasa sultan di peringkat negeri
  2. Menerima seorang Penasihat British
  3. Pentadbiran negeri seragam
  4. Bantahan besar-besaran rakyat di negeri-negeri tersebut

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

51

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

52 of 56

5. Antara berikut yang manakah merupakan faktor peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan

dan Terengganu?

  1. Isu sempadan dengan Siam
  2. Mendapatkan hak mutlak mengutip cukai
  3. Menghalang kemasukan kuasa Barat lain
  4. Dasar perluasan kuasa British

6. Bagaimanakah British menjalankan peluasan kuasa di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu?

  1. Bertindak secara agresif tanpa menimbulkan masalah
  2. Melalui tipu muslihat
  3. Melalui perbincangan dengan sultan dan pembesar
  4. Melalui perjanjian

7. Mengapakah British tidak mempunyai sebarang alasan untuk meluaskan kuasa di Johor?

  1. Kemakmuran pelabuhan Singapura
  2. Kebijaksanaan pemerintah tempatan memakmurkan negeri
  3. Johor di bawah naungan Siam
  4. Pasukan tentera Johor yang kuat

8. Berikut merupakan kesan langsung daripada perkembangan sejarah yang berlaku melibatkan NNMTB iaitu

  1. Askar Timbalan Setia Negeri dikekalkan
  2. Sultan berkongsi kuasa pentadbiran bersama Penasihat British
  3. Wakil British dalam Majlis Mesyuarat Negeri
  4. Pengekalan hari Jumaat sebagai cuti umum

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

52

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

53 of 56

1. Sebelum kedatangan kuasa British, sistem pemerintahan

Kesultanan Melayu merupakan asas terpenting dalam

sistem kerajaan Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan

Johor yang membawa kemakmuran kepada negeri.

Gambar 1: Buku Sejarah Kesultanan Kelantan

a) Nyatakan kedudukan sultan dalam sistem pemerintahan

Kesultanan Melayu. (1m)

..………………………………………………………………

b) Bagaimanakah sultan memperkukuhkan kedaulatan? (1m)

………………………………………………………………..

c) Jelaskan bagaimana hubungan luar Perlis dengan Siam

memberikan manfaat kepada Perlis? (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

d) Maharaja Abu Bakar adalah Bapa Pemodenan Johor.

Buktikan. (2m)

………………………………………………………………..

………………………………………………………………..

d) Kestabilan politik menjamin kesejahteraan rakyat dan

keamanan negara. Bincangkan. (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

53

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

54 of 56

2. Perjanjian Bangkok 1909 membawa perubahan penting

dalam sejarah di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan

dan Terengganu.

Gambar 2: Perjanjian Bangkok 1909

a) Bilakah perjanjian ini ditandatangani? (1m)

.......………………………………………………………

b) Namakan pihak yang terlibat dalam perjanjian di atas?

(1m)

………………………………………………………………...

c) Senaraikan dua faktor British meluaskan kuasa di empat

negeri tersebut? (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

d) Nyatakan dua kesan perjanjian ini kepada empat negeri

tersebut? (2m)

………………………………………………………………..

………………………………………………………………..

e) Kebijaksanaan pemimpin menjamin memakmuran negara.

Bincangkan. (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………...............

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

54

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

55 of 56

1. Johor memiliki sistem pemerintahan dan pentadbiran

yang teratur sejak sebelum campur tangan British serta

merupakan sebuah negeri yang kemakmuran.

a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemajuan

dan kemakmuran Johor sebelum kedatangan British. (6m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

b) British mengatur strategi yang tersusun dan strategik untuk

menguasai Johor. Buktikan. (8m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

c) Bandingkan pentadbiran kerajaan negeri Johor sebelum

dan selepas kedatangan British. (6m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

55

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN ESEI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN JOHOR

56 of 56

TERIMA KASIH

BPK Peneraju Pendidikan Negara

Unit Sejarah

+603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula