1 of 51

SKKB 1122 ASAS KERJA BINAAN�BAHAN UNTUK PEMBINAAN �(KAYU DAN BATA)

SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH, ULU KINTA

2 of 51

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Menyatakan kegunaan kayu dalam pembinaan bangunan

2. Menyatakan jenis-jenis bata

3. Menerangkan jenis-jenis ikatan bata

3 of 51

KAYU

  • Sejenis bahan organik berserat yang dijumpai dalam batang dan akar pokok atau tumbuh-tumbuhan.
  • Tumbuhan saka yang kekal. Ia telah digunakan selama beribu tahun sebagai bahan bakar dan bahan pembinaan.
  • Serat selulosa kompositnya (yang kuat dalam tegangan) tersirat dalam matriks lignin yang tahan tekanan.
  • Dalam pokok yang hidup, kayu mempunyai fungsi sokongan, membolehkan pokok tersebut menegak dan membesar tinggi. Ia juga menjadi pengantara pemindahan air dan nutrien ke daun dan tisu membesar lain.
  • Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal di dunia

4 of 51

KEGUNAAN KAYU DALAM PEMBINAAN BANGUNAN

Bahan binaan

Perabut

Cerucuk

Jambatan

Landasan keretapi

Tiang

lantai

Dinding

Siling

Rangka bumbung

Pintu

Tingkap

PAPAN GENTIAN

Papan lapis

Papan gypsum

Papan lapis vinil

5 of 51

Kumpulan kayu tempatan

Kayu keras dan berat (Heavy Hardwood)

Kayu keras dan sederhana berat (Medium hardwood)

Kayu keras dan ringan (Light hardwood)

Kayu lembut (Softwood)

Malaysian Timber Council (MTC)

6 of 51

Kayu keras dan berat

Mempunyai daun yang lebar

Biji benih berkulit Tumbuh di kawasan tropika dan hawa sederhana 

Cengal

Kekatong

Belian

Balau / Selayan batu

Merbau

Tembusu

Resak

GRED A

Kapal, rangka ukiran

Rasuk, rangka pintu / tingkap, pemegang alat lantai parket dan panel.

Kerja hiasan, parket, perabot, vernir dan pemegang alat.

Jambatan, landasan keretapi, cerocok, gelegar, lantai dan perabot

Kerja hiasan, parket, perabot, vernir dan pemegang alat.

Pembinaan berat, lantai parket dan perabot

Pembinaan berat, tiang rasuk, cerucuk, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu/tingkap, landasan

7 of 51

Kayu keras dan sederhana berat

Kempas

Kapur

Keruing

Tualang

GRED B

Pembinaan berat, tiang, gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerucuk dan pemegang alat.

Kekuda, rasuk, tiang.

Pembinaan umu, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori.

Tiang, rasuk, parket, lantai dan perabot

8 of 51

Kayu keras dan ringan

Nyatuh

Jelutung

Sepetir

Ramin

Meranti

Kayu getah

GRED C

Pintu, tingkap, rasuk tiang, lantai, siling dan perabot.

Pensel, patung, bingkai gambar dan pemegang berus

Gerobok, panel dan perabot.

Perabot, panel, parket dan susur tangga.

Pembinaan ringan, lantai, venir, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel.

Hiasan perabot, dinding dalam dan panel.

9 of 51

Kayu lembut

Damar minyak

  • Tumbuhan berbentuk kon
  • Daun berbentuk jarum
  • Biji benih tanpa kulit

GRED D

Panel hiasan, venir, papan lapis dan perabot.

10 of 51

Kecacatan Kayu

FAKTOR SEMULAJADI

  • Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami disepanjang pertumbuhannya.
  • Lumut menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap.
  • Serangga merosakkan kayu dengan memakannya.

FAKTOR LUARAN

  • Kecacatan berlaku semasa pengeringan.
  • Kecacatan berlaku semasa pembelahan. �

11 of 51

KESAN KECACATAN SEMULAJADI

KESAN KECACATAN PENGERINGAN

12 of 51

PAPAN GENTIAN

Produk kayu kejuruteraan yang diperbuat daripada gentian kayu.

Jenis papan gentian (mengikut urutan peningkatan ketumpatan) termasuk papan partikel, papan gentian berketumpatan sederhana dan papan keras

13 of 51

Papan gentian

Mempunyai struktur, berat dan saiz tersendiri

Saiz besar, permukaan rata serta mempunyai dimensi yang stabil dibandingkan dengan kayu padu.

Sesuai digunakan untuk pembinaan dinding, perabot dan pintu

Jenis papan gentian yg biasa digunakan

Papan lapis

Papan gipsum

Papan gentian

Papan lapis vinil

14 of 51

Papan lapis

Merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang- seli.

Sekurang-kurangnya 3 lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang antara satu sama lain (untuk lebih kekuatan)

Setiap lapis kayu mungkin lebih tebal

Kualiti papan lapis bergantung kepada jenis glu dan jenis kayu venir

Jenis glu :

Urea-formaldehid

Melamin formaldehid

Fenol formaldehid

Resorsinol formaldehid

15 of 51

16 of 51

17 of 51

Papan gipsum

Merupakan papan lepa yang mengandungi satu lapisan lepa gipsum di tengah-tengah dengan mukanya dilapik dengan kertas.

Tebalnya antara 9 mm hingga ke 20 mm.

Berupaya menebat panas dan bunyi (siling & dinding).

18 of 51

19 of 51

Papan gentian

Diperbuat daripada gentian kayu.

Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan

Terdapat 2 jenis :

Papan serau (soft board)

Tebal 12 – 24mm

Panjang 1.8 m – 3.6 m dan lebar 0.9 – 1.2 m

Papan gentian keras (hard board)

Tebal 2 – 5mm

Panjang 1.8 – 4.2 m dan lebar 1.2 – 1.35 m

20 of 51

Papan lapis vinil

Satu lapisan venil plastik dilapik pada kepingan papan lapis. Lapisan plastik itu biasanya dibuat daripada melamin

Banyak warna pilihan

Lasak dan kalis air

Sesuai dibuat permukaan meja, perabot dapur dan pembinaan panel.

21 of 51

BATA

  • Bata merupakan salah satu bahan utama dalam pembinaan bangunan.
  • Berbentuk segiempat tepat, dibuat daripada bahan tak organik yang keras dan lasak.
  • Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan.
  • Ukuran panjang 2 kali ukuran lebarnya, campur dengan tebal 1 lapisan ikatan mortar, ukuran tebalnya ialah lebih kurang 2/3 ukuran lebarnya.
  • Pelbagai jenis dan bentuk, bergantung kepada jenis dan punca bahan mentah, cara pengilangan dan kegunaannya.

22 of 51

Saiz piawaian bagi bata adalah seperti di bawah:

23 of 51

JENIS-JENIS BATA

Bata Tanah Liat

Bata Simen

Bata Silica / Pasir Kapur

24 of 51

Bata Tanah Liat

Diperbuat daripada campuran tanah liat dan simen pasir

Digunakan untuk kerja-kerja umum dan pembinaan tembok-tembok muka yang akan dilepa

Hendaklah diperbuat melalui proses mesin dan dawai pemotong mengikut kehendak Piawai Malaysia MS76

25 of 51

Bata simen

Diperbuat daripada simen dan pasir.

Dihasilkan dengan menggunakan acuan

Bata yang baru dicetak itu hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama 2 minggu sebelum ianya sesuai digunakan.

26 of 51

Bata silika/pasir kapur

Diperbuat daripada pasir dan kapur.

Kedua-dua bahan mentah ini dibancuh dengan pewarna (selain warna putih)

Dibentuk dengan mesin tekanan kepada saiz bata yang dikehendaki.

27 of 51

PRINSIP PENGIKATAN BATA

Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus, baik di permukaan mahupun di dalam tembok

Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk

Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. 

Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.

28 of 51

Prinsip Pengikatan Bata

  • Batu bata ini di ikat dengan mengunakan simen mortar yang terdiri daripada campuran pasir kasar dan simen dengan nisbah 3:1 dan campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. 

Ikatan mengunakan simen mortar

29 of 51

PRINSIP PENGIKATAN BATA

  • Seterusnya bolehlah memasang batu bata.
  • Setiap 4 lapis batu bata kontraktor hendaklah memasang dawai exmet.
  • Exmet ini mesti di sapu dengan minyak supaya tidak berlaku pengaratan terhadapnya.
  • Tujuan pemasangan exmet ini adalah untuk menjadikan dinding bangunan lebih kukuh dan menghalang berlakunya keretakan ke atas struktur dinding.

Dawai Exmet

30 of 51

BAHAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI TETULANG DALAM KERJA BATA

Besi Bulat

31 of 51

PENGGUNAAN KASA EXMET

32 of 51

JENIS KERATAN BATA

33 of 51

JENIS IKATAN BATA

SISI BATA

KEPALA BATA

INGGERIS

FLEMISH

DUTCH

34 of 51

  • Digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata
  • Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada kepalanya
  • Lekapnya ialah ½ bata
  • Pembinaan bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya.
  • Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi.
  • Oleh sebab itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok tandas, bilik dan sebagainya.

IKATAN SISI BATA

35 of 51

IKATAN SISI BATA

36 of 51

https://youtu.be/qmNb3h0yBlo

https://youtu.be/PpX_Qwu87As

https://youtu.be/XJNgvdmYig4

IKATAN SISI BATA

37 of 51

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja.

Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V

Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

IKATAN KEPALA BATA

38 of 51

IKATAN KEPALA BATA

39 of 51

IKATAN INGGERIS

40 of 51

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan.

Disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang-seli

Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata.

IKATAN INGGERIS

BPS

BPS

KB

KB

SB

SB

SB

41 of 51

IKATAN INGGERIS

Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lepak yang seragam iaitu suku bata (1/4)

Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang

Dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan.

42 of 51

IKATAN INGGERIS

43 of 51

IKATAN FLEMISH

Mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang-seli dalam satu lapisan yang sama

Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan luar

Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼.

44 of 51

IKATAN FLEMISH

KB

SB

SB

KB

KB

BPS

BPS

45 of 51

IKATAN FLEMISH

Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’

Jika sebelah permukaan menunjukkan susunan Flemish dan sebelah lain menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’

Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

46 of 51

IKATAN FLEMISH

47 of 51

IKATAN FLEMISH

48 of 51

Satu perubahan daripada ikatan Inggeris

Ikatannya mengandungi 1 lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli dengan tiap-tiap lapisan sisi bata itu bermula dengan bata kerat 3 suku.

Tiada bata penutup setengah digunakan dalam ikatan ini

IKATAN DUTCH

KB

SB

SB

SB

KB

49 of 51

IKATAN DUTCH

K

K

K

K

K

PS

PS

PS

PS

S

S

S

S

S

50 of 51

TERIMA KASIH

NEXT Topic - Bahan Untuk Pembinaan

4.2 Konkrit dan simenfero

51 of 51

SOALAN

  • Namakan lima(5) jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai kayu.
  • Apakah tujuan pengeringan kayu?
  • Terangkan kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan serta beri contoh-contohnya.
  • Apa perbezaan antara papan lapis dan papan gentian?
  • Apakah yang menyebabkan simen cepat mengeras?
  • Namakan dua tempat ikatan kepala bata yang sesuai digunakan dalam kerja bata?
  • Nyatakan dua peraturan utama yang mesti dipatuhi semasa membina satu tembok dengan ikatan Flemish.
  • Lakarkan perbezaan ikatan sisi bata, Inggeris dan Flemish dari pandangan sisi dan pandangan atas.