1 of 41

KSSM SEJARAH �TINGKATAN 2

WARISAN NEGARA

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2 of 41

2

BAB 8�KERAJAAN KEDAH,

KELANTAN,

NEGERI SEMBILAN

DAN PERLIS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

SEJARAH TINGKATAN 2

3 of 41

3

KERAJAAN KEDAH,

KELANTAN,

NEGERI SEMBILAN

DAN PERLIS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

8.1 Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

    • Pengenalan
    • Kerajaan Kedah
    • Kerajaan Kelantan
    • Kerajaan Negeri Sembilan
    • Kerajaan Perlis

8.2 Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

    • Pengenalan
    • Asas Hubungan
    • Hubungan Diplomatik
    • Hubungan Perdagangan

4 of 41

4

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN,

NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

5 of 41

5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN

  • pengasasan kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis - penerusan kegemilangan kerajaan-kerajaan Alam Melayu
  • Kerajaan Kedah - kerajaan terawal diasaskan di negara kita
  • Kerajaan Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diasaskan setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka

6 of 41

6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

  • diasaskan oleh keturunan raja yang datang dari Parsi
  • sekitar tahun 630 M - Maharaja Derbar Raja dari Parsi datang ke Kuala Sungai Merbok, Kedah
  • Tan Dermadewa dan Tun Perkasa - ketua orang Melayu di Kedah menghadap dan lantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah

7 of 41

7

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

  • pemasyhuran Maharaja Derbar Raja sebagai Raja Kedah telah disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi, iaitu nobat
  • kini, nobat diwarisi sebagai antara alat kebesaran kerajaan Kedah
  • baginda kemudiannya telah membina pusat kerajaan di Sungai Mas

8 of 41

8

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

  • kawasan pemerintahan kerajaan Kedah berkembang menerusi pembukaan kota atau pusat pentadbiran baharu setelah seseorang pemerintah menaiki takhta
  • tindakan - strategi dalam hadapi ancaman dari dalam dan dari luar
  • 1282 - Kota Siputih telah dibuka oleh Tunku Ahmad (Raja Muda) - hadapi ancaman daripada Siam dan Acheh di utara
  • Kota Siputih - tempat bersemayam oleh Sultan Kedah yang keenam, Sultan Ibrahim (1321-1373)
  • Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) - pemerintah yang masyhur
  • baginda asaskan Alor Setar - diisytiharkan sebagai ibu negeri Kedah

9 of 41

9

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KEDAH

  • kedudukan Kuala Sungai Merbok yang menghala ke Selat Melaka dan Gunung Jerai - puncak tertinggi di Kedah tarik kehadiran pedagang
  • kawasan tumpuan pedagang - Kedah jadi pusat perdagangan dan muncul sebagai sebuah negeri yang makmur
  • sekitar abad ke-7 - kerajaan Kedah yang diasaskan kekal hingga kini menerusi penggantian pemerintah daripada jurai keturunan pengasasnya

10 of 41

10

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

  • sebuah wilayah yang pernah dikuasai dan bergabung dengan kerajaan Patani
  • pengasasan kerajaan Kelantan - hasil daripada penyatuan 2 wilayahnya oleh putera pemerintah tempatan

11 of 41

11

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

1650 - Kelantan sebahagian daripada Negara Patani Besar yang diasaskan oleh Raja Sakti I

1670 - kemangkatan pemerintah terakhir Negara Patani Besar, Raja Bahar sebabkan Kelantan berpecah kepada 2 wilayah pemerintahan

Kelantan Barat

● berpusat di Kota Kubang Labu

Kelantan Timur

● berpusat di Kota Pangkalan Datu

12 of 41

12

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

  • 1762 - Long Yunus, putera pemerintah di Kota Kubang Labu telah berjaya satukan kedua-dua wilayah ini dan asaskan kerajaan Kelantan
  • baginda naiki takhta - gelaran Yang di-Pertuan Kelantan
  • baginda dapat pengiktirafan daripada Sultan Terengganu
  • 1777- baginda telah pindahkan pusat pentadbiran ke Kota Galoh di timur tebing Sungai Kelantan
  • baginda arahkan pembinaan Masjid Kampung Laut - simbol pentadbiran Islam di Kelantan

13 of 41

13

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

  • Sultan Muhammad II (1837-1886) - antara pemerintah yang masyhur
  • 1844 - baginda asaskan Kota Bharu - pusat pemerintahan Istana Balai Besar dibina - tempat bersemayam dan pentadbiran kerajaan Kelantan
  • baginda kuatkuasakan undang-undang syarak - Kelantan jadi negeri yang aman
  • Kelantan makmur - pusat perdagangan yang jadi tumpuan para pedagang dari negara jiran dan negeri Melayu yang lain
  • keturunan Long Yunus telah warisi pemerintahan kerajaan Kelantan hingga kini

14 of 41

14

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN KELANTAN

Puteri Saadong

  • 1667 - pemerintah wilayah di Kota Jelasin kini dikenali sebagai Kampung Kota
  • baginda pernah ditawan dan dibawa ke Siam

Legenda pemerintahan Raja Perempuan

dalam kerajaan Kelantan

Che Siti Wan Kembang

  • awal abad ke-17 - pemerintah wilayah tebing Sungai Lebir - kini dikenali sebagai Kampung Chali
  • kijang - binatang kesayangan baginda telah dijadikan sebagai antara simbol pemerintahan kerajaan Kelantan

15 of 41

15

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

  • kehadiran masyarakat Minangkabau ke beberapa wilayah di Negeri Sembilan - bawa kepada pengasasan kerajaan Negeri Sembilan oleh Raja Melewar
  • pada asalnya - naungan Kesultanan Johor Riau

  • sejak awal abad ke-15 - masyarakat Minangkabau berasal dari Sumatera telah merantau dan mendiami beberapa wilayah di Negeri Sembilan

16 of 41

16

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

  • 1770 - 4 Penghulu Luak (Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau) hantar utusan untuk jemput anak raja Minangkabau di Sumatera bagi dirajakan di Negeri Sembilan
  • Raja Minangkabau bersetuju utuskan Raja Melewar - pemerintah di Negeri Sembilan

  • 1773 - Raja Melewar asaskan kerajaan Negeri Sembilan yang berpusat di Seri Menanti
  • baginda memakai gelaran Yamtuan Seri Menanti
  • dapat pengiktirafan daripada pemerintah Kesultanan Johor Riau

17 of 41

17

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

  • Yamtuan Antah (1872-1888) - antara pemerintah yang masyhur
  • baginda berusaha jamin keamanan negeri daripada campur tangan kuasa luar
  • kestabilan pemerintahan bolehkan Negeri Sembilan perluas hubungan perdagangan dengan kerajaan lain

18 of 41

18

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

  • tradisi lantik pemerintah dari Minangkabau berakhir dengan kemangkatan Yamtuan Lenggang
  • 1830 pertabalan Yamtuan Radin (putera Yamtuan Lenggang - bermulanya sistem penggantian waris pemerintah tempatan daripada keturunan Yamtuan Radin
  • kuasa pilih Yamtuan kekal ditentukan oleh Undang Yang Empat - Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.
  • Seri Menanti kekal jadi tempat bersemayam Yamtuan Besar Negeri Sembilan hingga kini
  • istana di Seremban merupakan istana hinggap

19 of 41

19

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

  • sejarah pembentukan kerajaan Perlis libatkan pengaruh Kedah dan Siam
  • pelantikan Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah - asas kepada pembentukan kerajaan Perlis

20 of 41

20

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

  • pada peringkat awal, Perlis - sebahagian daripada wilayah Kedah
  • Sultan Kedah - Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II - jadikan Perlis sebagai pusat pemerintahan kerajaan

21 of 41

21

  • Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Kedah Ke-14 (1651-1661) - bina Kota Sena yang jadi asas kepada perkembangan bandar Kangar
  • Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, Sultan Kedah Ke-15 (1661-1688) asas dan bangunkan Kota Kayang -merangkumi kawasan pelabuhan Kuala Perlis dan Kota Keran
  • 1688 - baginda mangkat dan dimakamkan di Kota Kayang, Perlis

Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II - Sultan Kedah Ke-21 (1798 - 1804)

  • bangunkan Kota Kayang II semasa jadi Raja Muda
  • 1798 bentuk Mukim Arau - lantik Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

22 of 41

22

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

  • 1839 - semasa di bawah pengaruh Siam - wilayah Kedah dipecahkan kepada 4 unit pentadbiran - Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah
  • Perlis ditadbir oleh Syed Hussin Jamalullail
  • 1843 - Siam iktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah negeri Perlis dengan gelaran Phya Songkhram Ramu Wichit Willis Asmara Phya Pelit

23 of 41

23

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KERAJAAN PERLIS

  • Syed Hussin Jamalullail jadikan Arau sebagai pusat pentadbiran
  • pelantikan Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah - jadikan Perlis negeri berdaulat
  • keturunan Jamalullail yang bergelar Syed perintah kerajaan Perlis hingga kini dengan gelaran Raja Perlis

24 of 41

24

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang hubungan kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sermbilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang lain.

8.2 HUBUNGAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN,

NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

25 of 41

25

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

PENGENALAN

  • Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis muncul sebagai kerajaan yang berdaulat
  • setiap kerajaan berusaha mantapkan pemerintahan masing-masing - jalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain
  • hubungan terjalin dalam aspek diplomatik dan perdagangan terdapat 3 asas hubungan ini - keserumpunan, geografi dan agama

26 of 41

26

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

TUJUAN

  • pada peringkat awal pengasasan, setiap kerajaan jalinkan hubungan luar - hendak perkukuh kedaulatan
  • pemerintah hantar utusan ke negeri Melayu yang lain - dapatkan pengiktirafan kedaulatan kerajaan
  • kestabilan dalam negeri kemudiannya dorong pemerintah berusaha jalinkan hubungan luar untuk kemakmuran negeri

27 of 41

27

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

  1. Keserumpunan

  • persamaan dalam aspek bahasa dan budaya dorong wujud hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain
  • persamaan ini mudahkan interaksi sesama kerajaan
  • setiap kerajaan bersikap toleransi dalam terima amalan budaya kerajaan lain

28 of 41

28

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

2. Geografi

  • sempadan antara negeri yang berjiran mudahkan perhubungan
  • antara tarikan perhubungan termasuklah hasil sumber alam dan sumber bumi
  • sungai penting sebagai laluan perhubungan yang dikongsi secara bersama-sama antara negeri
  • kepentingan sungai ini dorong setiap negeri berusaha jamin keselamatan laluan tersebut
  • pembentukan pelabuhan di pinggir sungai - galakkan hubungan dengan negeri berjiran dan kuasa luar

29 of 41

29

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

ASAS HUBUNGAN

3. Agama

  • berlaku melalui penerimaan Islam oleh pemerintah
  • diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama
  • berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah

30 of 41

30

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN DIPLOMATIK

  • Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis jalinkan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Melayu yang lain
  • hubungan diplomatik dijalinkan menerusi pengiktirafan kerajaan Melayu yang lain, bantuan pertahanan dan perkahwinan diraja

31 of 41

31

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

CARA JALINAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

  1. Pengiktirafan

  • bertujuan absahkan sultan sebagai pemerintah wujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat punya taraf yang sama
  • abad ke-15, Sultan Mahmud Shah, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka iktiraf kerajaan Kedah kerajaan yang berdaulat - kerajaan Kedah akui pertuanan Sultan Melaka
  • 1775 - Sultan Terengganu iktiraf kerajaan Kelantan yang telah disatukan di bawah pemerintahan Long Yunus

32 of 41

32

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

CARA JALINAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

2. Pertahanan

  • aspek penting dalam pastikan kelangsungan sesebuah kerajaan
  • hubungan pertahanan yang diwujudkan dapat kekalkan kedaulatan sesebuah kerajaan daripada campur tangan kuasa lain
  • Long Yunus dapat bantuan ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dan kerajaan Reman di Hulu Perak dalam usaha untuk satukan Kelantan
  • pelantikan Long Gaffar dari kerajaan Reman - Perdana Menteri Kelantan merangkap Panglima Perang bantu kekalkan keamanan di Kelantan

33 of 41

33

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

CARA JALINAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

3. Perkahwinan

  • perkahwinan diraja antara sesebuah kerajaan - amalan tradisi kerajaan negeri-negeri Melayu
  • perkahwinan diraja akan kukuhkan hubungan dan jamin kedaulatan sesebuah kerajaan
  • Onang Kening (puteri Kelantan) dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka
  • hasil perkahwinan - lahirkan Raja Muzaffar (Sultan Perak yang pertama)
  • Che’ Ku Wan (puteri Long Yunus) dikahwinkan dengan Tengku Muhammad (putera Sultan Terengganu)
  • Raja Syed Hussin (Raja Perlis) berkahwin dengan Tengku Nor Asiah (cucunda kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah, Sultan Kedah Ke-20)

34 of 41

34

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

  • Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis juga jalinkan hubungan perdagangan dengan negeri-negeri Melayu yang lain
  • hubungan perdagangan dijalinkan menerusi pembinaan pelabuhan dan hasil perdagangan tempatan

35 of 41

35

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

1. Pelabuhan

  • hubungan antara kerajaan berlaku melalui aktiviti perdagangan di pelabuhan
  • pelabuhan-pelabuhan ini asas kepada pembentukan hubungan dengan pedagang tempatan - Melaka, Perak dan Johor serta pedagang luar dari Siam, China, Arab dan Kemboja

36 of 41

36

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Kedah

  • Pangkalan Lembah Bujang, Pangkalan Kuala Merbok terletak di Sungai Merbok
  • Pangkalan Kuala Muda di Sungai Muda
  • Sultan Muhammad Jiwa (1472-1506) - perkemaskan penggunaan mata wang Kedah di pelabuhan

Kelantan

  • Pangkalan Galoh - Pangkalan Permata dibina di Sungai Kelantan
  • 1181- gunakan mata wang logam dinar dalam urusan perdagangan

37 of 41

37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Perlis

  • Pelabuhan Kuala Perlis di Sungai Perlis
  • Pekan Kangar yang terletak di pertemuan cabang anak Sungai Perlis menjadi tempat pertemuan pedagang

Negeri Sembilan

  • Pangkalan di Sungai Linggi
  • pedagang Rembau kuasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar

38 of 41

38

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

2. Barang Dagangan

  • kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian jenis barang dagangan jadi tarikan pedagang tempatan dan dari luar Alam Melayu
  • keperluan terhadap barang dagangan ini dorong berlakunya hubungan perdagangan antara kerajaan

39 of 41

39

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Kedah

  • perdagangkan beras, garam, damar, kapur barus dan emas urai
  • pedagang dari Perak dan Melaka bawa barang dagangan seperti arang kayu, papan dan ikan kering
  • pembekal gading dan gajah bagi perdagangan entrepotnya

Kelantan

  • perdagangkan emas
  • dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Kepulauan Melayu

40 of 41

40

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Perlis

  • perdagangkan beras dan bijih timah dengan negeri jiran dan Siam

Negeri Sembilan

  • perdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus dengan Johor dan Melaka

41 of 41

41

UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN SELANGOR

TERIMA KASIH

Unit Sejarah

603-8884 2000

http://bpk.moe.gov.my/

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula