1 of 38

EPM414

PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUTOR

SUHASNI BIN DOLLAH

2 of 38

2

BAB 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

3 of 38

1.2 Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

PENTAKSIRAN

  • Suatu proses mengumpulmaklumatdaripada pelbagai sumbertentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar(Huba dan Freed, 2000).

  • Pentaksiran dalam Bahasa Melayu dapat memberi gambaran tentang prestasi pelajar dalam bahasa berkenaan, aktiviti pembelajaran, kemahiran serta sikap/nilai yang dimilik

4 of 38

PENGUJIAN

  • Penggunaan instrument atau alat yang cuba menguji sebahagian tingkah laku pelajar.

  • Kita mengambil sampel kebolehan dan keupayaan murid tentang kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

1.2 Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

5 of 38

Proses Pentaksiran

6 of 38

PENGUKURAN

  • Pengukuran ialah pemberian skor atau markah atau menyatakan band yang menunjukkan tahap pencapaian.

  • Contohnya, jika Siew Lanmendapat Band 5 dalam ujian bacaan dan Mei Ling mendapat Band 4, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tahap bacaan Mei Ling lebih rendah berbanding Siew Lan.

1.2 Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

7 of 38

PENILAIAN

  • Untuk membuat penilaian, kita perlukan maklumat, dan diperoleh dengan mengukur menggunakan alat yang boleh dipercayai.

  • Apa yang diukur terhadap suatu kriteria yang ditentukan dan untuk memastikan sama ada kemahiran telah dicapai, bersesuaian, bagus, dapat diterima, sah dan sebagainya.

1.2 Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

8 of 38

9 of 38

Pentaksiran Formatif

  • Selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam subjek atau suatu titik pada program tersebut.

Pentaksiran Sumatif

  • Bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program (kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun)

10 of 38

UJIAN RUJUKAN NORMA

  • Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma(norm referenced)adalah untuk mengklasifikasi pelajar.

  • Ujian-ujian ini direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan diantara dan dalam kalangan pelajar agar menghasilkan darjat pelajar secara berurutan sepanjang suatu kontinum pencapaian daripada pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah (Anastasi, 1988).

11 of 38

UJIAN RUJUKAN KRITERIA (CRITERION-REFERENCED)

  • Dapat memastikan apa yang pelajar boleh buat atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain (Anastasi, 1988).

  • Ujian rujukan kriteria melapor prestasi pelajar berbanding tahap prestasi yang ditentukan pada suatu set matlamat atau hasil pembelajaran yang termaktub dalam kurikulum

12 of 38

OBJEKTIF PENGAJARAN

  • Untuk memperkembangkan kemahiran ‘bacaan inferen’; iaitu murid dapat memahami mesej tersirat dalam bahan yang dibaca.

  • Tetapi dalam bilik darjah guru mengutamakan pengajaran bacaan pada tahap literal atau mesej tersuratsahaja.

  • Pentaksiran yang selaras dengan objektif, bertumpu kepada pengujian kemahiaran inferen murid.

13 of 38

14 of 38

Latihan Kendiri

15 of 38

16 of 38

  • Menentukan tahap kefasihan murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis bahasa Melayu.
  • Mengenal pasti aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada murid
  • Membantu guru menilai keberkesanan strategi pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah.
  • Menempatkan murid kepada kumpulan, aliran dan peringkat sesuai dengan kebolehan dan keupayaan masing-masing
  • Mengenal pasti murid yang memerlukan tindakan pemulihan supaya tidak terus ketinggalan
  • Memastikan band atautahap penguasaan dapat dicapai sebaik-baiknya.
  • Mengenal pasti murid berkebolehan istimewa(lemah atau pintar) dan mengaturkan peluang untuk mereka terus berjaya

17 of 38

18 of 38

UJIAN TITIK DISKRIT

  • Digunakan dengan andaian bahawa kemahiran Bahasa (mendengar, bertutur, membaca & menulis) boleh dibahagikan kepada komponen-komponen linguistik kecil dan diuji secara berasingan.
  • Contohnya, ujian aneka pilihan adalah salah satu ujian titik diskrit yangdigunakan untuk menguji penguasaan tatabahasa.
  • Setiap soalan menguji hanya satu unit kecil tatabahasa seperti penambanan “me”atau “pe”.

19 of 38

UJIAN INTEGRATIF

  • Cuba menilai keupayaan murid menggunakan beberapa komponen kecil bahasa serentak dalam situasi sebenar.

  • Contoh, ‘ujian integratif’ seperti kloz, esei, imlak, terjemahan membaca, lisan, ucapan dan sebagainya

20 of 38

  1. Item atau Soalan Aneka Pilihan Item atau Soalan Aneka Pilihan atau Multiple-Choice Questions (MCQ) digunakan dengan meluas dalam pelbagai keadaan sebab boleh mengukur hasil pembelajaran kognitif tahap rendah serta juga hasil pembelajaran kognitif yang kompleks
  2. Item atau Soalan Salah –Betul -Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan, iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

21 of 38

3) Soalan atau Item Padanan Soalan atau item padanan atau suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek, perkara atau pernyataan yang berkaitan.

Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek, perkara atau pernyataan yang berkaitan di sebelah kiri (Jalur A) dengan objek, perkara atau pernyataan di sebelah kanan(Jalur B)

4) Soalan Melengkapkan Penyataan Soalan atau item melengkapkan pernyataan digunakan dengan meluas dalam pentaksiran Bahasa Melayu.

5) Soalan Melengkapkan Cerita - Untuk menguji kebolehan murid membaca, memahami dan membuat ramalan daripada bahan yang dibaca, murid diberikan ujian melengkapkan cerita.

22 of 38

6) Soalan Mengisikan Tempat Kosong -Soalan mengisikan tempat kosong juga merupakan jenis ujian yang digunakan dengan meluas dalam pentaksiran Bahasa Melayu.

7) Soalan Respons Bebas- Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menulis satu atau dua patah perkataan sahaja (jawapan sendiri ) pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan.

8) Soalan Memurnikan Hasil Tulisan- Soalan juga boleh dikemukakan yang menguji kebolehan murid mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripda aspek imbuhan, kata majmuk dan tanda bacaan

23 of 38

  • Ujian integratif terdiri daripada teknik-teknik menguji bahasa dalam konteks dan keadaan yang autentik.

  • Ujian integratif mencantumkan komponen-komponen bahasa dan menyampaikan keadaan yang lebih realistik dan autentik.

  • Ujian integratif menguji keupayaan murid menggunakan komponen-komponen kecil bahasa serentak.

24 of 38

Latihan Kendiri

25 of 38

26 of 38

  • Perkataan 'pentaksiran' jarang digunakan di sekolah-sekolah Malaysia kerana perkataan yang lebih kerap digunakan ialah "ujian", "ujian bulanan" "peperiksaan semester", peperiksaan akhir tahun. UPSR, PMR dan sebagainya.
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan yang merupakan pentaksiran yang bersifat holistikyang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • PBS mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan konsep 'assessment for learning' dan 'assessment of learning’

27 of 38

28 of 38

29 of 38

30 of 38

  • Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari.

  • Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)yang terdapat dalam standard prestasi.

  • Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.

31 of 38

32 of 38

  • Penulisan
  • Persembahan
  • Bahan cetkan
  • Foto
  • Grafik
  • Artifak
  • Laporan
  • Model
  • Produk
  • Rakaman
  • Proses
  • Bahan Informasi ICT

33 of 38

Fail Showcase

  • Fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.
  • FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.
  • FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

34 of 38

35 of 38

Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard

  • Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard.

  • Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi gambaran holistik tentang individu.

36 of 38

  • Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
  • Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkankeadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.
  • Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
  • Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiranialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

37 of 38

38 of 38

Latihan Kendiri