Objektif Pembelajaran
Para pelajar Pengajian Am, Semester 2 boleh:
TengSH/PTE (SMKBL)/Pengajian Am / Semester 2/2021
1: MENGENAL PASTI JENIS MEDIA dan
Kata Kunci
MEMBINA JADUAL
Mempunyai TBS yang lengkap;
T: Tajuk Utama (UPPERCASE)
(Salin semula tajuk selepas perkataan ‘menunjukkan’ tanpa menggugur atau membuang apa-apa perkataan kecuali nama negara/tempat kerana telah ditulis di bahagian depan tajuk)
B: Butiran
Butiran data besertakan unit yang lengkap
S: Sumber
(spt dlm petikan)
6. GRAF GARIS MEMESONG
Kata kunci:
Contoh:
… sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sector terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan). (STPM 2015)
MEMESONG
Kadar Pertumbuhan Tahunan KDNK
0
Tahun
2010 - 2011
MALAYSIA: KADAR PERUBAHAN TAHUNAN KELUARAN DALAM NEGARA KASAR MENGIKUT SEKTOR TERPILIH DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013 (RAMALAN)
(%)
2
8
6
4
-2
-4
-6
-8
Petunjuk:
Pertanian
Perlombongan dan kuari
Perkilangan
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)
2010 - 2011
2010 – 2011 (Ramalan)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tajuk
Label
Unit
Petunjuk
Label
Tidak Lupa Untuk Lakukan Pemeriksaan
Memindah data/maklumat teks linear kepada teks bukan linear
Bahagian B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan peratusan
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut jenis aktiviti ekonomi dari suku pertama tahun 2012 hingga tahun 2015 di Malaysia.
Perubahan peratusan KDNK mengikut jenis aktiviti ekonomi sepanjang suku pertama tahun 2012 hingga suku pertama tahun 2015 menunjukkan aliran tidak konsisten. Bagi sektor pertanian, perubahan peratusan KDNK tertinggi adalah pada suku pertama tahu8n 2014, iaitu sebanyak 12.8% kerana pengeluaran tanaman makanan yang tinggi. Namun begitu, keadaan ini kekal selama setahun sebelum merosot kepada
-8.2% pada suku pertama tahun 2015. Perubahan peratusan KDNK sector pertanian bagi suku pertama 2012 dan suku pertama 2013 masing-masing sebanyak -8.5% dan -6.1%.
Perlombongan dan pengkuarian bermula dengan perubahan peratusan yang tinggi, iaitu 15.0% pada suku pertama 2012 sebelum mengalami perubahan peratusan yang negetif, iaitu -2.3% pada suku pertama tahun berikutnya. Kemerosotan ini ekoran daripada penguncupan dalam pengeluaran minyak mentah. Pada suku pertama tahun 2014, perubahan peratusan perlombongan dan pengkuarian ialah 9.2% dan menurun ke tahap -5.6% pada suku pertama tahun terakhir.
Sektor pembuatan mencatat perubahan peratusan KDNK yang positif, iaitu 6.0% pada suku pertama tahun 2012 kerana sokongan daripada industri berasaskan eksport. Bagaimanapun perubahan peratusan tersebut merosot pada suku pertama 2013 kepada -0.7%. Permintaan yang tinggi terhadap kelengkapan pengangkutan meningkatkan perubahan peratusan sektor ini kepada 9.8% pada suku pertama 2014. Pada suku pertama tahun berikutnya, perubahan peratusan sektor ini merosot sebanyak 5.4% berbanding pada suku pertama tahun sebelumnya.
Perubahan peratusan sektor pembinaan adalah menggalakkan terutamanya pada suku pertama tahun 2012 dan suku pertama 2014 apabila masing-masing mencatatkan perubahan peratusan sebanyak 22.2% dan 21.4%. Perubahan peratusan suku pertama tahun 2013 kurang sebanyak 7.2% berbanding dengan suku pertama 2012. Perubahan peratusan sektor pembinaan pada suku pertama 2015 menyusut sebanyak 8.4% berbanding suku pertama tahun sebelumnya.
Prestasi menggalakkan subsektor kewangan dan insurans menyebabakan perubahan peratusan sektor perkhidmatan paling tinggi pada suku pertama 2012, iaitu sebanyak 9.1%. Pada suku pertama tahun berikutnya, perubahan peratusanya merosot sebanyak 2.4% berbanding dengan suku pertama 2012 tetapi meningkat sebanyak 2.2% pada suku pertama tahun 2014 berbanding suku pertama tahun sebelumnya. Pada suku pertama tahun 2015, perubahan peratusan sektor perkhidmatan ialah sebanyak 7.3%.
(Disesuaikan daripada Akaun Negara KDNK Suku Pertama 2015,
Jabatan perangkaan Malaysia)
MALAYSIA: POLA PERUBAHAN PERATUSAN KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK) MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI DARI SUKU PERTAMA TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2015
Suku Pertama Tahun Aktiviti Ekonomi | Perubahan Peratusan Keluaran Dalan Negeri Kasar (%) | |||
2012 | 2013 | 2014 | 2015 | |
Pertanian | -8.5 | -6.1 | 13.8 | -8.2 |
Perlombongan dan Pengkuarian | 15.0 | -2.3 | 9.2 | -5.6 |
Pembuatan | 6.0 | -0.7 | 9.8 | 4.4 |
Pembinaan | 22.2 | 15.0 | 21.4 | 13.0 |
Perkhidmatan | 9.1 | 6.7 | 8.9 | 7.3 |
(Disesuaikan daripada Akaun Negara KDNK Suku Pertama 2015,
Jabatan perangkaan Malaysia)
TengSH/PTE (SMKBL)/Pengajian Am / Semester 2/2021
0
Suku Pertama Tahun
2012
(%)
5
20
15
10
-5
-10
-15
Petunjuk:
Pertanian
Perlombongan dan Pengkuarian
Pembuatan
(Disesuaikan daripada Akaun Negara KDNK Suku Pertama 2015,
Jabatan perangkaan Malaysia)
2013
2014
MALAYSIA: POLA PERUBAHAN PERATUSAN KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK) MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI DARI SUKU PERTAMA TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2015
Pola Perubahan peratusan Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK)
2015
-20
-25
25
Pembinaan
Perkhidmatan
Tajuk
Label
Unit
Label
Petunjuk
Tidak Lupa Untuk Lakukan Pemeriksaan
Bahagian B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna di negara–negara ASEAN dari tahun 1996 hingga tahun 2000.
Ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dunia, terutama sekali masalah kemelesetan ekonomi dan kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia dalam tempoh masa dari tahun 1996 hingga tahun 2000. Keadaan ini telah mempengaruhi petunjuk sosioekonomi, iaitu indeks harga pengguna.
Pada tahun 1996, kadar perubahan indeks harga pengguna di Malaysia ialah 3.5%. Kadar perubahan ini telah menurun sebanyak 0.7% pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula kepada 5.3% pada tahun 1889. Indeks harga pengguna telah merosot semula kepada 2.8% pada tahun 1999 dan terus menurun sebanyak 1.2% pada tahun 2000.
Indeks harga pengguna bagi negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia agak tinggi berbanding dengan Malaysia. Pada tahun 1996, indeks harga pengguna di Indonesia ialah 6.5% sebelum meningkat kepada 11.1% pada tahun 1997. Walau bagaimanapun, pada tahun 1998 indeks ini menurun semula kepada 7.6% sebelum menurun lagi sebanyak 5.6% pada tahun 1999. Pada tahun 2000 pula, perubahan indeks harga pengguna di Indonesia meningkat semula sebanyak 7.4% berbanding dengan tahun sebelumnya.
Thailand juga turut merasa bahang masalah ekonomi dunia. Indeks harga pengguna di Thailand pada tahun 1996 adalah ketiga tertinggi selepas Filipina dan Indonesia, iaitu sebanyak 5.9%. Pada tahu 1997, kadar perubahannnya merosot sebanyak 0.3% sebelum meningkat semula kepada 8.1% pada tahun berikutnya. Pada tahun 1999, suatu perubahan drastik telah berlaku terhadap indeks harga pengguna di Thailand. Indeks harga pengguna telah menurun kepada 0.3% sahaja. Walau bagaimanpun, pada tahun 2000 kadar ini meningkat semula sebanyak 1.3%.
Filipina menunujkkan kadar perubahan indeks harga pengguna yang tinggi berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain. Pada tahun 1996 indeks harga pengguna ialah pada 9.0% tetapi menurun sedikit kepada 5.9% pada tahun berikutnya, Walau bagimanapun, pada tahun 1998 kadar ini telah meningkat kepada 9.7%, iaitu tahap tertinggi dalah tempoh lima tahun. Pada tahun 1999, kadar indeks harga pengguna di Filipina menurun sebanyak 3.0% dan terus menurun ke tahap 4.4% pada tahun berikurnya.
Singapura agak berbeza daripada negara ASEAN yang lain kerana mempunyai indeks harga pengguna yang rendah. Pada tahun 1996, kadar indeksnya ialah 1.4% dan apabila berlaku kegawatan kadar tersebut meningkat kepada 2.0% pada tahun 1997. Singapura telah mengalami kadar perubahan yang negetif, iaitu menurun ke tahap -0.3% pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya kekal selam setahun sebelum meningkat kepada 0.1% pada tahun 1999 dan meningkat lagi kepada 1.3% pada tahun 2000.
Indeks harga pengguna di Brunei agak rendah pada tahun 1996, iaitu pada 2.0% sahaja, dan terus menurun dua tahun berturut-turut kepada 1.7% dan -0.4%. Pada tahun 1999, keadaannya masih kekal pada tahap -1.0% sebelum meningkat kepada 1.2% pada tahun 2000.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001,
Jabatan Peerangkaan Malaysia