1 of 10

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Kita semua berhak berada dalam suasana sekolah yang selamat, dihormati dan gembira.

​

  • Kadang kala kita mungkin bergurau dengan rakan namun jika gurauan itu menyebabkan rakan berasa sedih, malu atau takut. Itu bukan lagi gurauan. Itu adalah buli. Gurauan itu tidak boleh diterima dan perlu dihentikan.

​

  • Persahabatan yang sebenar ialah saling membantu, menyokong dan menghormati antara satu sama lain. Persahabatan sebenar dibina atas rasa hormat, empati dan saling membantu bukan dengan mengejek atau menyakiti. Kita tidak perlu menjatuhkan atau mengejek rakan untuk rasa gembira.

​

  • Sebagai rakan, kita perlu:

​

  1. Menghormati rakan dalam percakapan dan perbuatan.
  2. Berfikir dahulu sebelum bercakap supaya tidak menyakitkan hati orang lain.
  3. Menolak perbuatan buli walaupun dilakukan oleh kawan sendiri.
  4. Membantu rakan yang dibuli supaya mereka rasa selamat dan tidak keseorangan.

​

  • Kesimpulannya sekolah ialah tempat untuk semua murid berasa selamat, dihargai dan disayangi. Ini hanya boleh dicapai jika kita semua memilih untuk menjadi kawan yang baik, saling menghormati dan menolak buli.

​

1

2 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Pilih untuk menghormati bukan membuli. Setiap daripada kita perlu memahami bahawa menghormati rakan adalah asas kepada hubungan yang baik.

​

  • Apa sahaja yang kita kata atau lakukan sama ada gurauan, panggilan nama atau tindakan boleh memberi kesan kepada perasaan orang lain.

​

  • Jika sesuatu itu membuat rakan berasa sedih, malu atau takut itu bukan lagi gurauan tetapi sudah menjadi buli.

​

  • Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kita perlu berfikir sebelum bercakap dan bertindak. Jadilah insan yang beradab, penyayang dan bertanggungjawab.

​

  • Sentiasa menggunakan bahasa yang sopan serta mengelakkan perbuatan yang boleh menyakiti hati rakan.

​

  • Selain itu, kita juga perlu berani menolak dan tidak menyokong perbuatan buli walaupun dilakukan oleh kawan sendiri.

​

  • Lebih penting, jika kita melihat rakan dibuli, jangan hanya berdiam diri. Kita boleh membantu dengan memberi sokongan, melaporkan kepada guru atau menenangkan rakan tersebut supaya mereka tidak berasa keseorangan.

​

  • Kesimpulannya, ingat! Hormati rakan dan jadikan sebagai amalan. Jika kita ingin dihormati maka hormatilah orang lain terlebih dahulu.

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

2

3 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Kita pilih persahabatan berbanding permusuhan. Di sekolah, setiap orang datang daripada latar belakang yang berbeza. Jadi adalah penting untuk kita saling memahami, menghormati dan menerima perbezaan tersebut.

​

  • Menjadi kawan bermaksud kita bercakap dengan baik, membantu rakan yang menghadapi kesukaran dan memberi sokongan apabila mereka memerlukan. Kata-kata yang positif seperti pujian, semangat dan nasihat yang baik boleh membuatkan rakan berasa dihargai dan gembira berada di sekolah.

​

  • Sebaliknya, jika kita memilih untuk bermusuhan seperti bergaduh, mengejek atau memulaukan rakan ini akan mewujudkan suasana yang tidak selamat dan menyedihkan.

​

  • Oleh itu, murid perlu mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang matang, contohnya berbincang secara baik atau mendapatkan bantuan guru.

​

  • Selain itu, kita juga bertanggungjawab untuk menjadi agen kebaikan dengan mengajak rakan melakukan perkara positif dan membantu menghentikan buli. Jika melihat rakan dalam kesusahan, hulurkan bantuan supaya mereka tidak berasa keseorangan.

​

  • Kesimpulannya, apabila kita memilih untuk menjadi kawan, kita bukan sahaja membina hubungan yang baik malah kita juga mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan penuh dengan nilai kasih sayang untuk semua.

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

3

4 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Kita perlu memilih untuk membantu bukan menghina atau menambah kesakitan rakan. Apabila seseorang dibuli, mereka biasanya berasa sedih, takut dan keseorangan. Jika kita turut mengejek atau hanya melihat tanpa membantu, kita sebenarnya menyumbang kepada perbuatan buli tersebut.

​

  • “Bantu bukan hina” bermaksud kita perlu bertindak dengan empati iaitu memahami perasaan mangsa dan berusaha meringankan beban mereka. Bantuan yang kecil pun sangat bermakna dan boleh membuatkan rakan rasa lebih selamat dan dihargai.

​

  • Contohnya:

Jika rakan dibuli, kita datang menyokong atau mengajak mereka menjauh dari situasi tersebut;

  1. Kita tidak ketawa atau menyokong pembuli, walaupun orang lain buat begitu
  2. Kita melaporkan kepada guru atau kaunselor supaya tindakan boleh diambil
  3. Kita memberi kata semangat kepada mangsa seperti “Saya ada untuk awak”
  4. Ini menunjukkan bahawa kita bukan sekadar penonton, tetapi individu yang berani memilih kebaikan dan menolak buli.

​

  • Kesimpulannya, setiap murid mempunyai pilihan sama ada untuk menjadi sebahagian daripada masalah atau sebahagian daripada penyelesaian. Apabila kita memilih untuk membantu dengan empati, kita sedang menghentikan buli dan membina sekolah yang lebih selamat, harmoni dan penuh kasih sayang untuk semua.

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

4

5 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Melaporkan perbuatan buli adalah tindakan yang betul dan berani. Jika kita melihat atau mengalami buli, kita tidak perlu berdiam diri kerana tindakan ini boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

​

  • Kita mesti berani bersuara dan tidak takut untuk menyatakan kebenaran.

​

  • Apabila kita melapor, kita sebenarnya membantu melindungi diri sendiri dan rakan-rakan daripada terus menjadi mangsa buli.

​

  • Sebagai murid, kita perlu faham bahawa:

​

  1. Melaporkan bukan “mengadu” sebaliknya tindakan membantu
  2. Berdiam diri boleh menyebabkan buli berterusan
  3. Guru dan pihak sekolah ada untuk membantu dan melindungi murid
  4. Kita membantu mewujudkan sekolah yang selamat apabila berani bertindak

​

  • Jika berlaku buli, murid boleh memberitahu guru, Guru Bimbingan dan Kaunseling atau ibu bapa, berkongsi dengan orang dewasa yang dipercayai dan tidak menyimpan masalah seorang diri.

​

  • Kesimpulannnya murid yang berani melapor adalah murid yang hebat dan bertanggungjawab. Tindakan ini bukan sahaja membantu diri sendiri malah melindungi rakan lain dan menjadikan sekolah tempat yang lebih selamat untuk semua.

​

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

5

6 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Buli tidak mempunyai tempat di sekolah, buli adalah jenayah dan mesti dihentikan oleh semua murid.

​

  • Perbuatan buli adalah salah dan tidak boleh diterima sama sekali di sekolah.

​

  • Setiap murid berhak untuk belajar dalam keadaan selamat, tenang, gembira tanpa rasa takut dan bebas daripada gangguan.

​

  • Murid perlu berani bersuara dan melaporkan buli

​

  • Oleh itu, kita perlu menolak buli,

​

  1. mengamalkan sikap hormat dan menyokong rakan yang melakukan kebaikan.
  2. Menolak sebarang bentuk buli tanpa kompromi
  3. Berani bertindak dan melapor apabila melihat kesalahan
  4. Sentiasa memilih untuk berbuat baik dan menghormati orang lain

​

  • Kesimpulannya, sekolah akan menjadi tempat yang selamat dan harmoni apabila semua murid bersama-sama memilih untuk tidak membuli, berani bertindak dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

​

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

6

7 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Menghentikan buli adalah tanggungjawab bersama semua murid, guru dan pihak sekolah. Setiap daripada kita mempunyai peranan penting dalam menghentikan buli.

​

  • Murid yang hebat ialah yang melindungi rakan. Ini bermaksud kekuatan dan kemampuan kita untuk berbuat baik, mengawal diri dan menjaga orang lain bukan yang menyakiti mereka.

​

  • Setiap tindakan murid akan memberi kesan kepada keseluruhan suasana sekolah.

​

  • Siapa kita ditentukan oleh pilihan kita, sama ada memilih untuk membuli atau melindungi.

​

  • Setiap murid adalah contoh kepada rakan lain, tindakan kita boleh mempengaruhi orang sekeliling

​

  • Menghentikan buli bermula dengan diri sendiri, tidak menunggu orang lain untuk berubah dahulu

​

  • Kesimpulannya, apabila kita memilih untuk menghentikan buli dan menyokong rakan, kita sebenarnya sedang membina identiti sebagai murid beradab, berkeyakinan, berdaya tahan dan bertanggungjawab serta membantu mewujudkan sekolah yang benar-benar selamat untuk semua.

​

​

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

7

8 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Berani jadi baik ialah kita berani melakukan perkara yang betul walaupun orang lain mungkin tidak melakukannya.

​

  • Kita perlu berani membuat pilihan yang baik dalam kehidupan seharian. Contohnya, apabila melihat rakan dibuli, kita berani membantu atau melaporkan kepada guru walaupun orang lain hanya melihat kejadian tersebut.

​

  • Selain itu, kita tidak ikut kawan mengejek atau menyakiti rakan lain walaupun dianggap gurauan.

​

  • Kita juga boleh membantu rakan yang sedih dengan bertanya khabar atau memberi semangat supaya mereka rasa dihargai dan tidak keseorangan.

​

  • Kita boleh menunjukkan sikap baik melalui perkara kecil seperti:

​

  1. Mengucapkan terima kasih dan maaf apabila perlu
  2. Berkongsi barang atau membantu rakan dalam pelajaran
  3. Mengajak rakan yang bersendirian untuk bersama-sama
  4. Mengawal emosi apabila marah dan tidak bertindak kasar

​

  • Kesimpulannya, apabila kita berani menjadi baik dalam setiap tindakan, kita sebenarnya sedang membina diri sebagai murid yang matang dan berakhlak mulia serta membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat, harmoni dan penuh dengan kasih sayang untuk semua.

​

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

8

9 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Sebelum melakukan sesuatu tindakan, kita perlu berfikir tentang kesan kepada orang lain bukan hanya ikut perasaan atau kepuasan diri sendiri. Kadang kala, kita rasa seronok mengejek atau bergurau tetapi kita tidak sedar bahawa perbuatan itu boleh menyakitkan hati dan memberi kesan buruk kepada rakan.Berfikir dahulu sebelum bertindak. Ini kerana setiap tindakan ada akibat.

​

  • Perbuatan menyakiti rakan adalah salah dan perlu dielakkan. Kita perlu belajar mengawal diri dan membuat pilihan yang baik. Contohnya, jika marah, kita tidak terus menjerit atau memukul. Bertenang dan bercakap dengan baik.

​

  • Jika ingin bergurau, pastikan gurauan itu tidak memalukan atau menyakitkan hati rakan. Kita juga perlu fikir, “Kalau saya di tempatnya, saya suka tak diperlakukan begitu?”

​

Selain itu, kita boleh:

​

  1. Berfikir dahulu sebelum bercakap atau bertindak
  2. Mengawal emosi supaya tidak bertindak secara kasar
  3. Memilih kata-kata yang baik dan sopan
  4. Menghormati perasaan rakan dalam setiap situasi

​

  • Kesimpulannya, murid yang bijak ialah murid yang berfikir tentang kesan sebelum bertindak. Apabila kita memilih untuk tidak menyakiti orang lain, kita membantu mewujudkan sekolah yang selamat, harmoni dan penuh dengan sikap saling menghormati.

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

9

10 of 10

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

KETERANGAN

​

  • Buli bukan satu budaya atau kebiasaan yang perlu diteruskan walaupun ada yang menganggapnya sebagai “tradisi” atau gurauan biasa.

​

  • Buli adalah perbuatan yang menyakitkan, salah dan perlu dihentikan sepenuhnya. Kesan sebenar buli menyebabkan rakan berasa takut, tertekan dan keseorangan .

​

  • Kita semua perlu menjadi individu yang prihatin, berani membantu dan menyokong rakan yang dalam kesusahan.

​

  • Sebagai murid, kita perlu faham bahawa:

​

  1. Tidak semua perkara lama itu betul untuk diteruskan
  2. Menyakiti rakan bukan satu hiburan atau kebiasaan yang baik
  3. Kita boleh memilih untuk mengubah budaya kepada lebih positif

​

Contohnya:

  1. Jika ada kawan mengejek junior, kita tidak ikut serta dan menasihati dengan baik
  2. Jika nampak rakan dibuli, kita datang membantu atau melaporkan kepada guru
  3. Kita mengajak rakan lain untuk berbuat baik dan saling menghormati

​

  • Kesimpulannya, kita mesti berani menolak perkara yang salah walaupun perkara itu dianggap biasa dan memilih untuk menjadi insan yang penyayang, bertanggungjawab dan membantu orang lain. Dengan itu, kita dapat menjadikan sekolah tempat yang selamat, aman, harmoni dan bebas daripada buli.

​

​

PESANAN SAFE HENTIKAN BULI

​

10