Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban
Cabaran Kelestarian Etika
Dan Peradaban
Di Malaysia
Topik 9
Sinopsis Topik 9
Kelestarian etika dan peradaban sejagat senantiasa tercabar dan terkesan oleh proses hakisan sosial. Ini kerana perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas dan sukar dikawal, sama ada dari segi sosial, ekonomi, politik, alam sekitar, teknologi, dan lain-lain.
Kepesatan pembangunan ekonomi banyak membawa implikasi positif dalam peningkatan pendapatan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat. Namun begitu ketidakseimbangan pembangunan negara membawa implikasi negatif terhadap persekitaran fizikal, alam sekitar dan kesihatan masyarakat.
Pada dekad awal kemerdekaan berlakunya shared poverty (kemiskinan bersama), namun setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik dan menjadi pemangkin kepada shared prosperity (kesejahteraan bersama) yang terangkum di dalamnya kesepaduan nasional. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi telah membawa cabaran dalam penghayatan etika dan peradaban di Malaysia.
Justeru, persoalan penting yang ingin dibincangkan dalam Topik 9 ini ialah bagaimana etika dan peradaban Malaysia boleh diperkasa dalam konteks hubungan antarabangsa demi meluaskan ruang sivik ke arah mengukuhkan pembinaan negara bangsa.
Hasil Pembelajaran Dan Objektif
Objektif |
|
Hasil Pembelajaran Dan Objektif |
|
Peta Minda
CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN
Masyarakat Kepelbagaian
Matlamat Pembangunan Lestari
Wawasan Kemakmuran Bersama
Hubungan Antarabangsa
Negara-bangsa
a)Defisit Sosial
b)Tadbir Urus & Pembangunan
c)Black Economy & Rasuah
Kandungan Kursus
a) Defisit sosial
b) Tadbir Urus dan Pembangunan
c) Black Economy dan rasuah
a) Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari
1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia
Pengenalan
Malaysia’s ‘civilised society’ is to be admired, says Imran Khan
FMT News, Sean Augustin, February 4, 2020 5:37 PM
Etika dan peradaban di zaman dan negara mana sekalipun adalah dinamik, mengukuh, berubah-ubah dan tidak kekal. Memahami bentuk etika dan peradaban ini dan memberi penjelasannya secara kritis, analitikal dan dalam kerangka saintifik adalah tugas pelajar dan sarjana bersama.
Etika dan peradaban Malaysia telah berkembang dari tapak peradaban Alam Melayu dengan kewatanan Melayu dan bumiputera sebagai terasnya.
Tapak etika dan peradaban pribumi ini telah bergaul dengan peradaban majmuk dari luar melalui gelanggang Selat Melaka sebagai titik pertemuan masyarakat sedunia dari China, India, Timur Tengah dan Barat.
Peradaban majmuk ini berperanan dalam membina negara bangsa dan ketamadunan acuan Malaysia pada hari ini.
Daripada peradaban majmuk ini, Malaysia membina etika dan peradaban beracuan sendiri dengan menyulam kepelbagaian etika dan peradaban dalam melahirkan sebuah negara yang damai, stabil, maju dan sejahtera.
Obama, mantan Presiden Amerika Syarikat mempotretkan Malaysia sebagai sebuah negara masyarakat Islam yang moderat dan maju dan terbaru Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan pula mengatakan Malaysia sebuah masyarakat bertamadun.
1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia
Oleh kerana pembinaan tamadun sesebuah bangsa itu bukan perkara mudah, dan ia tidak dijamin berkekalan, maka masyarakat Malaysia perlu mengambil iktibar dari sejarah. Sejarah mungkin berulang bagi mereka yang tidak mengkaji, tidak mengambil iktibar dan tidak menjadikannya panduan hidup.
Pengalaman sedunia dari zaman purba hingga zaman kontemporari menunjukkan kedinamikan berlaku dan tiada satu peradaban kekal.
Kejatuhan sesebuah ketamadunan adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai yang terangkum dalamnya pelbagai konsep seperti etika, moral, adab, akhlak dan seumpamanya. Teras kepada nilai ini adalah keadilan dan kebaikan manakala kezaliman, kekejaman dan penganiayaan membawa kehancuran nilai kemanusiaan dan ini pasti menamatkan mana-mana ketamadunan.
1. Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia
Dalam suasana kedinamikan etika dan peradaban ini, maka kita perlu sentiasa memahami, prihatin serta insaf dan secara sedar untuk merancang dan melaksanakan institutional reform dan iniatitif bagi memastikan etika mandarah daging dalam setiap rakyat Malaysia demi memastikan peradaban Malaysia terus unggul.
1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia
Etika dan peradaban di Alam Melayu dan timur dari China, India dan Timur Tengah adalah berteraskan nilai. Nilai-nilai utama yang menjadi adab, di antaranya, adalah tanggungjawab, keperihatinan, amanah, bertolak ansur, kedamaian, keadilan, kebaikan, disiplin, kerajinan, muafakat dan kemajuan. Etika dalam sebuah peradaban membina adab, adat, adat resam dan adat istiadat berdasar nilai-nilai yang sesuai dengan persekitaran geografi, ekonomi, sosio-budaya dan politik setempat.
Kedatangan penjajah barat membawa dimensi baru dalam etika dan peradaban di mana agama dipisah dari politik, dan rasionaliti, legal dan perkiraan keuntungan menjadi matlamat setiap individu.
Kekuatan setiap peradaban ini telah disulam ke dalam peradaban Malaysia dengan etika dan peradaban Melayu dan Islam sebagai terasnya.
2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia�
2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia�
2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia�
3. DEB pemangkin Sharing Poverty�tetapi gagal membawa Shared Prosperity�
4. Hakisan Sosial ke atas Kelestarian�Etika dan Peradaban�
a) Defisit sosial
b) Tadbir Urus dan Pembangunan
c) Black Economy dan rasuah
4. Hakisan sosial ke atas kelestarian�etika dan peradaban�
Kehilangan etika pasti merosak negara dan peradaban.*
Golongan miskin tanpa mengira etnik di bandar dan dalam sektor pertanian serta negeri-negeri yang masih terperangkap dengan kemiskinan,
Mereka masih berhadapan dengan masalah peluang dan akses kepada pendidikan dan kesihatan yang terbatas;
Defisit sosial dalam pembinaan bangsa/Nation-building:
isu-isu berkaitan etnik, bahasa, budaya, agama, kekeluargaan, raja, Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri, sejarah semakin dibahaskan tanpa memahami Perlembagaan Persekutuan itu sendiri;
b) Tadbir Urus dan Pembangunan: Keadilan, keterangkuman, kegagalan mengurus B40, media sosial menghasut etnik, agama dan Perlembagaan Persekutuan. Perlu diurus demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan negara
c) Black Economy dan rasuah: Perdagangan manusia, pekerja asing tanpa dokumen, pelacuran, judi, dadah, pembalakan, pecemaran alam sekitar seperti hutan, sungai, sampah dll, dan rasuah dalam kalangan agensi-agensi keselamatan dan pembangunan negara terus berlaku.
5. Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi Pembangunan Negara Bangsa dan Ketamadunan Malaysia�
Kelangsungan kelestarian etika dan peradaban Malaysia tertakluk kepada pembinaan negara bangsa yang tersimpul dalam membina bangsa Malaysia dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai asasnya serta tadbir urus dan pembangunan negara dengan adil dan terangkum untuk mengurang defisit sosial.
Pengukuhan kedua-dua aspek ini akan mengukuhkan keterikatan kolektif merentas etnik dan negeri hingga terbina kesepaduan nasional.
Pembinaan negara bangsa yang menetapi sejarah dan warisan simbol-etno negara akan melahirkan keharmonian dan kestabilan negara.
Manakala tadbir urus baik dan pembangunan akan mengukuhkan kualiti hidup dan kesepaduan nasional rakyat.*
Perancangan masa depan dalam aspek di bawah:
a) Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari
5a. Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari�
Wawasan Kemakmuran Bersama 2020-2030 adalah satu wawasan untuk mengambil kira ketidakseimbangan sosio-ekonomi di negara berdasar keperluan, dan juga dalam kalangan Melayu dan Bumiputera yang tinggal di luar bandar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pendekatan pembangunan ekonomi model Brazil, Russia, India dan China yang menguntung pemilik ekuiti korporat asing dan golongan T20 Malaysia masih diteruskan tetapi diimbangani dengan kesedaran golongan B40 yang tidak bersuara dan kuasa sering dipinggirkan kepada peluang dan akses kepada sumber material negara.
Penggubalan RMK12 perlu mengutamakan pembangunan dengan pengagihan demi memastikan rakyat diutamakan hingga kualiti hidup yang meningkatkan akan membina budaya moden dan disulami dengan nilai norma sejagat sebagai proses membina bangsa Malaysia.
Kelestarian etika dan peradaban Malaysia yang berpaksikan nilai yang mengutamakan kesepaduan nasional dan perpaduan dalam negara pasti akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan damai dan kelangsungan pembangunan pasti akan berlaku. Mereka akan berkongsi nilai bersama keadilan, keterangkuman, keadilan, tolak ansur, bertanggung jawab dan prihatin dengan keperluan kebajikan sesama mereka terjamin.
5b. Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara�
Tadbir urus dan pembangunan yang baik akan membina kesepaduan nasional hingga berlaku pengukuhan kepada perpaduan negara. Etika dan adab seperti amanah, bertanggung jawab, prihatin dengan kebajikan, bertolak ansur dsbnya. pasti akan mengikat mereka untuk hidup aman, damai dan harmoni bersama.
Kegagalan melaksanakan pembangunan dan tadbir urus dengan adil hingga melebar jurang kaya-miskin, bandar-desa dan kumpulan etnik-agama pasti akan lahir kumpulan bukan sahaja miskin, terpinggir dan terabai tetapi juga kumpulan yang renggang dengan kerajaan. Budaya kerenggangan ini akan melahirkan budaya “kepembangkangan” dalam kalangan rakyatnya hingga menolak dan, akhirnya, bertindak sebagai pelampau dan ganas terhadap pemerintah. Dalam suasana politik sedemikian, selalunya etika dan adab terhadap negara akan dicalar dengan tanggapan buruk dan dalam dunia digital kini, berita-berita memburukkan kepimpinan dan parti pemerintah, walaupun palsu, akan ditularkan tanpa mengambil kira sensitiviti terhadap rakyat pelbagai etnik dan agama.
Dalam suasana sosial kepinggiran sedemikian, kepimpinan politik dan NGO akan mengemblingkan dimensi etnik dan agama demi mendapat pengaruh dan undi. Dengan kualiti hidup dan ekonomi yang tidak terjamin pasti akan berterusan kegelisahan dan ketegangan sosial dalam masyarakat, jika tidak ditangani segera akan melahirkan perpecahan, ketidakstabilan politik dan ini akan membantut kemajuan negara.
5c. Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan Kemajuan Ketamadaunan Sejagat�
5c. Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan Kemajuan Ketamadunan Sejagat
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO �MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN �INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM)
Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)
Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)
Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS)
Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR)
Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)