1 of 44

BAB 5 BUMI

GEOGRAFI TINGKATAN 1 KSSM

OLEH CIKGU NUR SHAZLINDA BT AB RAHMAN

2 of 44

5.1 SISTEM FIZIKAL BUMI

3 of 44

SISTEM FIZIKAL BUMI

  • Bumi ialah planet yang berbentuk sfera dan mempunyai anggaran keluasan permukaan 510 juta km persegi
  • Air meliputi 71% daripada permukaan bumi manakala 29% ialah daratan.
  • Komponen yang membentuk bumi terdiri daripada atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera.

4 of 44

SISTEM FIZIKAL BUMI

  • Atmosfera
  • Litosfera
  • Hidrosfera
  • Biosfera

5 of 44

ATMOSFERA

  • Atmosfera ialah lapisan udara yang menyelubungi bumi.
  • Lapisan ini mengandungi pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap serta wap air.

6 of 44

HIDROSFERA

  • Hidrosfera meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi
  • Bahagian tersebut merangkumi air laut, air tasik, air sungai, air bawah tanah, air paya danlitupan ais.

7 of 44

5.2 STRUKTUR BUMI

8 of 44

STRUKTUR BUMI

  • Kerak Bumi
  • Mantel
  • Teras Bumi

9 of 44

KERAK BUMI

  • Lapisan bumi yang paling keras dan pejal
  • Terdiri daripada dua lapisan, iaitu sial (silika dan aluminium) dan sima (silika dan magnesium)
  • Sial terletak di bahagian atas kerak bumi dan membentuk benua di permukaan bumi.
  • Sima terletak di bawah sial dan di dasar lautan.

10 of 44

MANTEL

  • Terletak di bawah lapisan kerak bumi
  • Merangkumi dua pertiga jisim bumi
  • Bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair

11 of 44

TERAS BUMI

  • Merupakan lapisan yang paling dalam
  • Mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang sangat tinggi
  • Terbahagi kepada dua, iaitu teras luar dan teras dalam

12 of 44

BIOSFERA

  • Biosfera ialah kawasan yang didiami oleh semua benda hidup, iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.
  • Kawasan tersebut melibatkan bahagian kerak bumidan atmosfera.

13 of 44

LITOSFERA

  • Litosfera ialah lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel.
  • Bahagian tersebut mengandungi pelbagai jenisbatuan dan mineral.

14 of 44

5.3 BENUA, LAUTAN, LAUT UTAMA DAN SELAT

15 of 44

BENUA, LAUTAN, LAUT UTAMA DAN SELAT

  • Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi.
  • Terdapat tujuh benua yang dikelilingi oleh lima lautan luas. Selain lautan, terdapat juga laut utama dan selat yang penting.

16 of 44

17 of 44

BENUA AMERIKA UTARA

  • Benua yang ketiga terbesar di dunia
  • Meliputi kawasan seluas kira-kira 24.5 juta kilometer persegi

18 of 44

BENUA AMERIKA SELATAN

  • Benua yang keempat terbesar di dunia o 23 0 o 23 66 o o U S S Peta 5.1 Lokasi benua Benua Asia Afrika Amerika Selatan Antartika
  • Benua terbesar di dunia
  • Meliputi keluasan kira-kira 55.8 juta kilometer persegi Benua Afrika
  • Benua yang kedua terbesar di dunia
  • Meliputi keluasan kira-kira 30 juta kilometer persegi
  • Meliputi kawasan seluas kira-kira 17.8 juta kilometer persegi

19 of 44

BENUA ANTARTIKA

  • Benua yang terletak paling selatan
  • Meliputi kawasan seluas kira-kira 14 juta kilometer persegi

20 of 44

BENUA EROPAH

  • Benua yang kedua terkecil di dunia
  • Meliputi keluasan kira-kira 10.4 juta kilometer persegi

21 of 44

BENUA AUSTRALIA

  • Benua yang paling mendatar di dunia
  • Meliputi keluasan kira-kira 7.6 juta kilometer persegi

22 of 44

BENUA AFRIKA

  • Benua yang kedua terbesar di dunia
  • Meliputi keluasan kira-kira 30 juta kilometer persegi

23 of 44

BENUA ASIA

  • Benua terbesar di dunia
  • Meliputi keluasan kira-kira 55.8 juta kilometer persegi

24 of 44

25 of 44

LAUTAN PASIFIK

  • Lautan terbesar di dunia
  • Purata kedalaman 4300 m

26 of 44

LAUTAN ARTIK

  • Lautan terkecil dan tercetek di dunia
  • Terletak berdekatan dengan Kutub Utara

27 of 44

LAUTAN ATLANTIK

  • Lautan kedua terbesar di dunia
  • Memanjang dari utara ke selatan dan membentuk seakan-akan huruf ‘S’

28 of 44

LAUTAN HINDI

  • Lautan ketiga terbesar di dunia
  • Bersempadan dengan benua Asia, Afrika dan Australia
  • Purata kedalamannya 3900 m

29 of 44

LAUTAN SELATAN

  • Lautan yang mengelilingi benua Antartika

30 of 44

LAUT CHINA SELATAN

  • Terletak dalam lingkungan Lautan Pasifik
  • Merangkumi perairan bermula dari Selat Melaka hingga ke Selat Taiwan

31 of 44

LAUT SULU

  • Terletak di bahagian barat daya Filipina, berhampiran Pulau Borneo

32 of 44

SELAT MELAKA

  • Terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera (Indonesia)
  • Selat terpanjang di dunia

33 of 44

SELAT TEBRAU

• MERUPAKAN KAWASAN PERAIRAN SEMPIT YANG MEMISAHKAN SEMENANJUNG MALAYSIA DENGAN SINGAPURA

34 of 44

5.4 KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI

35 of 44

KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI

  • Permukaan bumi terdiri daripada lapisan kerak bumi yang dikenali sebagai plat
  • Plat tersebut terbahagi kepada dua, iaitu plat daratan dan plat lautan
  • Lapisan plat bumi berada di atas lapisan mantel.
  • Pengaruh arus perolakan di lapisan mantel menyebabkan plat bumi bergerak.

36 of 44

KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI

  • Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan proses pertembungan dan pencapahan.
  • Proses ini seterusnya menyebabkan pelbagai kesan kepada pembentukan muka bumi.

37 of 44

HANYUTAN BENUA

  • Pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan berlakunya perubahan kedudukan benua.
  • Walaupun proses pemisahan plat terjadi dengan sangat perlahan, ahli sains membuktikan kemungkinan kedudukan benua pada masa sekarang adalah kesan daripada hanyutan benua.

38 of 44

39 of 44

GUNUNG LIPAT

  • Pergerakan dan pertembungan plat bumi akan menyebabkan berlakunya pembentukan gunung lipat
  • pada kerak bumi
  • Pergerakan dan pertembungan itu berlaku apabila terdapatnya daya mampatan
  • Tolakan serta himpitan dua plat dari arah bertentangan akan menyebabkan kerak bumi termampat, seterusnya membentuk banjaran gunung lipat.

40 of 44

GUNUNG BONGKAH

  • Gunung bongkah terbentuk akibat pergerakan kerak bumi yang disebut gelinciran atau sesaran.
  • Proses gelinciran biasanya berlaku di sempadan plat bumi di daratan atau di lautan akibat pengaruh daya tegangan atau mampatan.

41 of 44

GEMPA BUMI

  • Gempa bumi berlaku apabila wujudnya daya tekanan akibat pertembungan dan himpitan antara plat.
  • Proses tersebut akan menghasilkan gegaran di kawasan sempadan plat
  • Kejadian gempa bumi di dasar laut berpotensi mengakibatkan tsunami.

42 of 44

GUNUNG BERAPI

  • Gunung berapi terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang mewujudkan zon benam
  • Salah satu plat akan terjunam ke bawah seterusnya bertemu dengan lapisan mantel.
  • Proses tersebut akan membentuk magma dan lava.

43 of 44

GUNUNG BERAPI

  • Plat yang terangkat akibat pertembungan akan membentuk gunung dan rekahan
  • Cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi seterusnya membentuk gunung berapi.

44 of 44

TAMAT