1 of 33

ESP313

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

2 of 33

BAB 1

​

  • PENGENALAN
  • Menerangkan asal perkataan ‘Melayu’
  • Mengenal pasti kronologi perkembangan bahasa Melayu;
  • Menerangkan dengan terperinci ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
  • Menghurai pengaruh bahasa-bahasa awal ke atas Bahasa Melayu Kuno
  • Menjelaskan ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden

3 of 33

PERKATAAN MELAYU

  • Tidak dapat dipastikan dengan tepat asal perkataan „Melayu‟. Berdasarkan tulisan Cina yang ditulis sekitar 644 SM yang merekod bahawa terdapat kerajaan „Mo-lo-yeu‟ di Daerah Jambi (selatan Sumatera).
  • I Tsing melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang
  • Perkataan „Malayu‟ juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang ditemui di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari (Sumatera Selatan) bertarikh 1286 SM.
  • Dalam buku Sejarah Melayu perkataan Melayu dihubungkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu
  • Zuber Usman (1976), perkataan Melayu bersasal daripada perkataan „Himalaya‟ yang telah disingkatkan kepada „Malaya‟ dan kemudian berubah kepada „Melayu‟.

4 of 33

ZAMAN-ZAMAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

5 of 33

BUKTI BERTULIS BAHASA MELAYU KUNO

  • Bukti tulisan Bahasa Melayu Kuno diperoleh daripada “batu bersurat” (atau prasasati) yang menggunakan aksara (abjad) Palawa (juga dieja Palava atau Pallawa), sejenis tulisan yang berasal daripada India selatan.
  • Antata batu bersurat terkenal ialah:
  • Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang).
  • Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang)
  • Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka)
  • Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi).

6 of 33

BAHASA MELAYU KLASIK

  • Asmah Hj.Omar (1985:33), “bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”

​

  • Abad ke-13 dan 14 telah menjadi zaman peralihan di Kepulauan Melayu. Penyebaran agama Islam ke rantau ini telah mempercepatkan proses perkembangan bahasa Melayu.

​

7 of 33

ZAMAN SEBELUM KERAJAAN MELAYU MELAKA

  • Dari segi perkembangan bahasa Melayu pada zaman ini terdapat beberapa batu bersurat yang penting:
  • Batu Bersurat Pagar Ruyong Minangkabau: Batu bersurat ini bertarikh 1356 Masihi dan ditulis dalam huruf India. Maklumat di dalam batu bersurat ini ialah perintah raja dalam bentuk proses Melayu Kuno dan beberapa sajak Sanskrit.
  • Batu Nisan di Minye Tujoh Acheh. Batu bersurat ini bertarikh 1350M. Ia juga ditulis dalam huruf India dengan beberapa perkataan Arab. Maklumat di dalam batu ini merupakan warta dan doa yang dibuat dalam bentuk sajak Sanskrit.
  • Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu. Ia ditulis di antara 1303 dan 1397 Masihi. Ia dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang dan ditulis dalam huruf Jawi

8 of 33

ZAMAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

  • Bahasa Melayu klasik mencapai zaman kegemilangannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan zaman kesultanan Johor-Riau.
  • Bahasa ini menjadi bahasa baku dalam pemerintahan negara yang berpusat di istana dan hubungan dengan dunia luar. Bahasa ini mempunyai taraf dan mutu yang tinggi dan mengandungi laras bahasa yang banyak dan dapat digunakan di dalam berbagai-bagai bidang ilmu seperti undang-undang, perubatan, sejarah, agama dan seni sastera.

9 of 33

ZAMAN BAHASA MELAYU PRAMODEN

  • Zaman bahasa Melayu pramoden ini wujud dalam abad ke-19 Masihi.
  • Ia merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa Melayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden
  • Pada masa ini, tamadun Barat dan budaya Barat sudah berjaya meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu

10 of 33

ZAMAN BAHASA MELAYU MODEN

​

  • Zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 setelah kedatangan penjajah Inggeris

​

  • Hasil karya Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden

11 of 33

BAB 2

RUMPUN BAHASA DI ASIA

Apakah Bahasa?

Rumpun Bahasa Asia

Bahasa Rasmi

Kepupusan Bahasa

12 of 33

APAKAH BAHASA?

  • Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi.

​

  • Bahasa ialah sistem bunyi-bunyi vokal dan konsonan dengan urutan bunyi yang digunakan dalam komunikasi oleh sekumpulan manusia.

​

Bahasa digunakan oleh manusia untuk menyampaikan maklumat serta menerima maklumat

13 of 33

RUMPUN BAHASA ASIA

  • Dijangkakan terdapat kira-lira 7000 bahasa yang digunakan oleh manusia dimerata dunia
  • Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama
  • Secara umum bahasa-bahasa yang dikelompokkan dalam sesuatu ‘rumpun’ berkongsi kosa kata asas dan morfologi.

​

14 of 33

RUMPUN SINO-TIBET

​

​

  • Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina, Bahasa Bahasa Tibet dan Bahasa Burma

15 of 33

RUMPUN ALTAIC

​

​

  • Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki, Mongolia, Tungusic, Japonic dan Korea. Rumpun bahasa ini mendapat namanya daripada Pergunungan Altai di Asia Tengah

​

16 of 33

RUMPUN INDO-EROPAH

​

  • Rumpun ini terdiri daripada ratusan bahasa dan dialek dan merupakan rumpun bahasa yang paing besar. Seramai 3 billion manusia dalam dunia bertutur dalam salah satu rumpun bahasa indo-eropah.
  • Semua bahasa di Eropah dikelompok sebagai rumpun indoeropah dan anataranya ialah bahasa Sepanyol, Inggeris, Jerman, Rusia, Portuguese, Perancis dan Itali

17 of 33

RUMPUN SEMITIK

​

​

  • Rumpun ini terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk merentasi Timur Tengah, Utara Africa dan Semenanjung Africa (Horn of Africa)
  • Bahasa Arab yang ditutur oleh 206 juta penduduk yang tinggal di Arab Saudi, Yemen, Oman, Kesatuan Emiriyah Arab, Jordan, Syria, Kuwait dan Oman

18 of 33

RUMPUN AUSTRO-ASIATIC

​

​

  • Rumpun ini terdiri daripada 168 bahasa yang ditutur di negara-negara Asia Tenggara.
  • Bahasa Vietnamese (Vietic) ialah bahasa rasmi di Vietnam. Bahasa Vietnamese telah meminjam banyak perkataan daripada bahasa Cina dan dipengaruhi oleh bahasa Perancis.
  • Bahasa Khmer ditutur oleh kira-kira 10 juta penduduk Khmer di Cambodia. Bahasa Khmer dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan juga bahasa Thai, Lao dan Vietnamese

19 of 33

RUMPUN TAI-KADAI

  • Pada suatu ketika, rumpun bahasa Tai-Kadai dikelompok bersama rumpun Sino-Tibet tetapi kini diklasifikasikan sebagai rumpuan berasingan.
  • Rumpun bahasa terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China, Vietnam, Thailand, Myanmar da Assam (India).
  • Ini termasuk bahasa Thai yang merupakan bahasa rasmi Thailand, dan bahasa Lao yang merupakan bahasa rasmi Laos.
  • Kira-kira 100 juta penduduk bertutur dalam kedua-dua bahasa ini.

20 of 33

RUMPUN AUSTRONESIA

  • Rumpun ini terdiri daripada 1,268 bahasa yang ditutur oleh kira-kira 380 juta orang di Indonesia, Malaysia dan Filipina.
  • Bahasa Austronesia juga ditutur di New Zealand (bahasa Maori), Pulau Hawaii dan Madagascar (bahasa Malagasi).
  • Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil : Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

21 of 33

RUMPUN DRAVIDIAN

  • Terdiri daripada kira-kira 85 jenis bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan India, kawasan tertentu di timur dan pertengahan India

​

  • Bahasa Tamil ditutur di wilayah Tamil Nadu dan bahagian utara Sri Lanka. Bahasa Tamil ialah bahasa yang paling tua selepas bahasa Sanskrit di India.

​

  • Bahasa Telegu ditutur dengan meluas di wilayah Andhra Pradesh. Bahasa Telegu telah memimjam banyak perkataan daripada Sanskrit. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tulisan-tulisan Telegu wujud pada 400 S.M

22 of 33

BAHASA RASMI

  • Oleh kerana penduduk Asia bertutur dalam pelbagai jenis bahasa, komunikasi di antara penduduk dalam sesebuah negara boleh terjejas.
  • Kadang-kala orang yang tinggal berhampiran tidak memahami sama sendiri kerana bahasa atau dialek yang digunakan adalah berlainan.
  • Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan di negara tertentu telah memperkenalkan „Bahasa Rasmi‟. Contohnya, di India bahasa rasmi ialah Hindi (bersama Bahasa Inggeris) manakala di China, bahasa rasmi ialah Mandarin. Di Filipina, bahasa rasmi ialah Bahasa Tagalog dan di Indonesia, bahasa rsami ialah Bahasa Indonesia.

23 of 33

BAHASA-BAHASA YANG TERANCAM KEPUPUSAN

  • Bahasa yang terancam kepupusan adalah kerana tidak ada orang lagi yang bertutur dalam bahasa berkenaan atau orang berpindah penggunaan sesuatu bahasa kepada bahasa yang lain dan mengabaikan bahasa asal.
  • Akhirnya, bahasa berkenaan akan pupus.
  • Dianggarkan bahawa hampir 50% daripada 7000 bahasa dalam dunia akan pupus dalam tempoh 100 tahun. Separuh daripada 3054 bahasa yang menghadapi masalah kepupusan adalah bahasa-bahasa Asia.

24 of 33

BAB 3

  • TEORI-TEORI PERUBAHAN BAHASA
  • 3.1 Pengenalan
  • 3.2 Perubahan Leksikal
  • 3.3 Konteks dalam Leksikal
  • 3.4 Perubahan Ejaan
  • 3.5 Perubahan Sintaksis
  • 3.6 Perubahan Fonetik
  • 3.7 Perubahan Semantik
  • 3.8 Perubahan Budaya
  • 3.9 Penyeragaman Bahasa

25 of 33

PENGENALAN

  • Bahasa Melayu sendiri mengalami proses perubahannya yang sangat ketara. Bermula dengan bahasa Melayu Purba, kemudian bahasa ini mengalami proses evolusi menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya menjadi bahasa Melayu Klasik sebelum wujud bahasa Melayu seperti mana yang dipertuturkan pada hari ini
  • Pengkaji bahasa seperti Weinreich, Labov dan Herzog (1968) melihat perubahan bahasa perubahan dari segi fonologi dalam linguistic

​

26 of 33

PERUBAHAN LEKSIKAL

  • Perubahan ‘leksikal’ atau ‘makna’ merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia.
  • Oleh kerana sifat kedinamikannya, evolusinya dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, kemasukan idea-idea baru dan perkembangan ilmu-ilmu baru seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna

​

27 of 33

PERUBAHAN LEKSIKAL DALAM KONTEKS

  • Wittgenstein (1953) dalam bukunya Philosophical Investigations menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks penggunaannya.
  • Demikian juga, Ullmann (1957) telah berhujah bahawa, makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya sahaja.
  • Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu-satu ujaran atau tulisan.

28 of 33

PERUBAHAN EJAAN

  • Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad ke-19
  • Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya.
  • Beberapa kaedah atau sistem ejaan rumi telah dihasilkan dan di antaranya ialah:
  • Sistem Ejaan Wilkinson
  • Sistem Ejaan Latin Pegafetta
  • Sistem Ejaan rumi Swettenham (1881)
  • Sistem Ejaan Rumi Howison (1800)
  • Sistem Ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701)
  • Sistem Ejaan Maxwell (1882)
  • Sistem Ejaan Kongres (1956)
  • Sistem Ejaan Negeri-Negeri Selat (1878)
  • Sistem Ejaan Rumi Zaaba (1924)
  • Sistem Ejaan Rumi Baru (ERB)

29 of 33

PERUBAHAN SINTAKSIS

  • Sintaksis merujuk kepada perubahan struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar
  • Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
  • Proses transformasi tersebut mengakibatkan pengguguran, penyusunan dan perluasan.

​

30 of 33

PERUBAHAN FONETIK

  • Perubahan sesuatu bahasa juga dapat dilihat dari aspek sebutan atau fonologinya. Tujuan perubahan tersebut adalah untuk memudahkan penyebutannya (ease of articulation).
  • Hal ini dapat ditemui sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam perubahan fonem. Terdapat dua bentuk perubahan fonem iaitu:
  • proses kehilangan fonem yang disebut sebagai deletion (pemotongan)
  • proses asimilasi fonem

31 of 33

PERUBAHAN SEMANTIK

  • Perubahan semantik (perbendaharaan kata/kosa kata) juga perlu difahami dalam konteks perkembangan Bahasa

​

  • Dalam perancangan Bahasa Melayu misalnya, perkataan-perkataan yang sudah kuno atau usang telah ‘dihidupkan’ kembali dan perubahan bahasa ini telah menambah perbendaharaan kata dalam bahasa tersebut.

32 of 33

PERUBAHAN BUDAYA

  • Crawford (1995) telah mengemukakan beberapa petanda untuk mengenal pasti jika sesuatu bahasa itu telah berubah dengan sepenuhnya.
  • Dalam hal ini, beliau telah membuat tiga andaian iaitu:
  • Kefasihan sesuatu bahasa meningkat selaras dengan peningkatan usia sesebuah komuniti. Bagaimanapun pada peringkat generasi muda, mereka lebih gemar bertutur dalam bahasa kumpulan sendiri (slanga).
  • Perubahan bahasa ini berkait rapat dengan perubahan budaya bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat terus berubah, penggunaan bahasa halus dan bahasa diraja yang dianggap susah dan tidak lagi digunakan orang kecuali dalam upacara-upacara rasmi sahaja.

33 of 33

PENYERAGAMAN BAHASA

  • Punca perubahan sintaksis di atas adalah kerana penyeragaman kepada penambahan bahasa (regularization or rule extension). Perubahan bahasa di atas hanya berlaku dalam morfologi, leksikal dan juga sintaksis.
  • Fasold (1993); perubahan bahasa melibatkan keupayaan sesuatu bahasa menjadi semakin ringkas dan semakin mudah untuk dituturkan.