1 of 62

ASAS KERJA BINAAN�SKKB 1122

MAZLAN MANSOR

PROGRAM KESIHATAN AWAM

ILKKM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK

2 of 62

BAHAN UNTUK PEMBINAAN

KONKRIT DAN SIMENFERO

3 of 62

4 of 62

Beam dan Column Bangunan

5 of 62

Objektif Pembelajaran

  1. Menyenaraikan bahan-bahan bancuhan konkrit
  2. Menerangkan ciri-ciri konkrit
  3. Menerangkan kaedah pembinaan simenfero

6 of 62

Takrifan KONKRIT

Takrifan :

  • Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen, batu baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut  kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur.
  • Nisbah bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan kekuatan yang diperlukan.
  • Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya.

7 of 62

8 of 62

Ciri-Ciri Konkrit

Selain dari sifatnya yang keras dan padat, konkrit mempunyai ciri-ciri lain yang menjadikan sebagai suatu bahan binaan digunakan secara meluas. Ciri-ciri dimaksudkan adalah

  1. Bancuhan konkrit boleh mengeras dengan kehadiran air sama ada di udara atau di dalam air.
  2. Tidak berkarat atau reput.
  3. Boleh dibentuk kepada sebarang bentuk.
  4. Tidak jejas oleh cuaca, kulat, pengkaratan atau serangan serangga.
  5. Tahan panas dan tidak terbakar.
  6. Bahan menyatukannya mudah dan murah.
  7. Tahan lasak.
  8. Mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi.

9 of 62

Bahan-bahan bancuhan konkrit

Bahan yang menghasilkan konkrit

  1. Simen – Simen Portland
  2. Batu baur – aggregate pembinaan (batu kelikir)
  3. Pasir
  4. Air �

10 of 62

Simen

  • Simen Portland merupakan simen paling biasa digunakan.
  • Ia merupakan bahan asas bagi konkrit, mortar pembinaan dan plaster. Jurutera British, Joseph Aspdin Mepaten simen Portland pada tahun 1824, dan ia dinamakan sempena tebing batu kapur di Kepulauan Portland Isle of Portland di England disebabkan warnanya, menyerupai batu yang di kuari di situ.
  • Ia terdiri daripada campuran kalsium oksidasilikon dioksida dan aluminium oksida.
  • Simen Portland dan bahan seumpamanya dihasilkan dengan memanaskan batu kapur (sumber kalsium) dan selut dengan mengiling bahan ini (dikenali sebagai klinker), dengan sumber sulfat (biasanya gipsum). Apabila bercampur air, serbuk yang terhasil akan membentuk hidrate pepejal selepas tempoh tertentu.
  • Aplikasi suhu tinggi, seperti oven batu-bata dan seumpamanya, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan konkrit pantulan, disebabkan konkrit berasaskan simen Portland mampu musnah atau dirosakkan oleh suhu tinggi, tetapi konkrit refraktori (refractory concretes) mampu tahan keadaan seperti itu.

11 of 62

Simen

Simen Portland terdiri daripada beberapa jenis:

    • Simen Portland Biasa/Ordinary Cement
    • Simen Portland Cepat Mengeras/rapid hardening
    • Simen Portland Putih dan Berwarna
    • Simen Portland Blast Furnace
    • Simen Portland kalis air/Waterproof cement
    • Simen Portland Penahan Sulfat/Sulphate – resisting
    • Simen Portland Extra Rapid Hardening
  1. Di antara Yang tersenarai, Simen Portland Biasa, Simen Portland cepat mengeras dan simen lebih alumina adalah  sesuai dan sering digunakan.
  2. Simen ini dihasilkan daripada campuran yang disebatikan antara kapur dan tanah liat. Simen jenis ini menepati Piawaian M.S 522

12 of 62

Proses Untuk Menghasilkan Konkrit

AIR

SIMEN

Tindak balas kimia hidratan

Pasta simen

KONKRIT

Batu baur

13 of 62

Batu Baur

  • Merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit.
  • Kandungannya meliputi 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim konkrit.
  • Bahan yang biasa digunakan seperti pasir, habuk kuari, batu kelikir, pecahan batu, sanga (tahi leburan bijih), batu hangus dan sebagainya.
  • Hendaklah daripada jenis yang keras, tahan lasak dan bersih.
  • Bentuk dan tekstur pada permukaan batu baur juga akan mempengaruhi kualiti konkrit.
  • Batu baur yang berbentuk kasar dan tidak sekata akan menjadikan ikatan di antara batu baur dengan simen lebih kuat, daripada batu baur yang berbentuk bulat dan licin.

14 of 62

FUNGSI BATU BAUR

  1. Merupakan sumber kekuatan dan kelasakan konkrit
  2. Batu baur yang mempunyai permukaan kaca dan licin dapat memberikan kesenangan kerja yang baik tetapi ,kekuatan ikat yang rendah.
  3. Batu baur yng mempunyai tekstur permukaan yang kasar dan berlubang menghasilkan kesenangan kerja yang rendah tetapi, kekuatan ikatan antara simen dan batu baur adalah tinggi.
  4. Crusher run : digunakan untuk membuat premix. (batu goreng)
  5. Saiz 3 1/4 : digunakan untuk membuat konkrit.

Crusher run

15 of 62

Jenis batu Baur

Batu baur dibahagikan kepada dua jenis :

  • Batu Baur Halus
  • Batu Baur Kasar

16 of 62

Jenis Batu Baur

  • Batu Baur Halus (Pasir)
    • Disebut sebagai pasir, ianya sama ada pasir semula jadi atau pasir yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di kuari. 
    • Adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. 
    • Pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan.
    • Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai, lombong dan tepi pantai.
    • Pasir yang di perolehi daripada pantai tidak sesuai di gunakan untuk kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang tinggi dan boleh merosakkan kualiti konkrit. 
    • Pasir mestilah bersih dari sebarang kotoran seperti tanah, lumpur dan bahan-bahan organik. Pasir yang kotor akan menghalang simen dari mengikat zarah-zarah pasir yang akan mengakibatkan konkrit menjadi lemah. 

17 of 62

  • Tujuan menggunakan Batu baur Halus :
    1. Untuk mendapatkan bancuhan konkrit yang padat, dapat menggabungkan antara bahan-bahan dan menghasilkan kemasan yang seragam.
    2. Dapat menutup atau mengisi liang-liang udara dan ruang-ruang yang wujud dalam konkrit.
    3. Bertindak sebagai agen kebolehkerjaan.
  • Jenis –jenis batu baur halus
    • Pasir Lombong
    • Pasir Sungai
    • Pasir laut

18 of 62

Jenis –jenis batu baur halus (Pasir)

  • Pasir Lombong
    • Diguna dengan meluas dalam industri pembinaan dan penggunaannya cukup sesuai.
    • Pelbagai warna seperti merah, merah tua, kuning/kelabu dan keputihan/perak iaitu Pasir Bersih dan Pasir mengandungi tanah liat.
    • Mengandugi tanah liat lebih bersifat pekat, lembut dan liat. Dalam keadaan ini ianya tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja konkrit.
    • Bentuknya bulat dan lemah pegangan serta tidak mempunyai kekuatan ikatan yang sama seperti pasir bersih. Bagi kerja bancuhan konkrit hanya pasir bersih yang boleh digunakan .

 

19 of 62

Pasir Sungai

    • Pasir sungai biasa digunakan dan paling sesuai kerana kurang dari kotoran kimia.
    • Bentuk butir pasirnya seakan-akan bulat.
    • Mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah sukar dikerjakan.
    • Oleh itu, sejenis bahan tambah yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-kadang digunakan untuk menambahkan kebolekerjaan dalam penyediaan mortar atau konkrit itu.
    • Bancuhan mortar akan memerlukan lebih banyak simen untuk mendapatkan kebolekerjaan jika tidak menggunakan pasir sungai.

20 of 62

Pasir Pantai/pasir laut

  • Boleh diperolehi dari pantai atau “shingle” pasir dibawah laut.
  • Pasir ini dikorek dan diambil dengan menggunakan jentera pengorek.
  • Tidak boleh digunakan kerana mengandungi kadar garam yang tinggi.
  • Bagaimanapun ia masih boleh digunakan dengan syarat dibasuh untuk menyingkirkan kandungan garam terlebih dahulu.

21 of 62

Batu Baur Kasar

Batu Baur Kasar (Batu Kerikil)

  • Saiz >5mm (50, 37.5, 25, 20, 14mm) - batu sungai, lombong, kuari
  • Batu kelikir yang terbentuk secara semula jadi atau pemecahan batu kasar dari kuari.
  • Batu hangus dan tahi leburan besi – sesuai untuk konkrit ringgan.
  • Batu-batu yang tidak lolos melalui ayak 4.07 mm.
  • Saiz tak lebih 20 mm untuk kegunaan konkrit tetulang.
  • Saiz sehingga 40 mm masih boleh digunakan untuk kerja konkrit biasa.

22 of 62

AIR

  • Digunakan bagi menghasilkan konkrit.
  • Nisbah air berbanding simen (w/c ratio - water to cement) merupakan faktor utama menentukan kekuatan konkrit.
  • Nisbah w/c akan menghasilkan konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah w/c lebih tinggi menghasilkan konkrit dengan kekuatan yang kurang. 
  • Simen merupakan bahan yang terbentuk hasil campuran air dan bahan bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat atau sokongan.
  • Kelenturan atau kelikatannya ditentukan oleh kandungan air, jumlah kandungan pes simen dalam campuran keseluruhan dan ciri-ciri fizikal (saiz maksima, bentuk dan gred) agregats.

23 of 62

Air

  • Air adalah diperlukan untuk proses penghidratan simen serta meningkatkan kebolehkerjaan konkrit.
  • Air tidak boleh mengandungi banyak bendasing kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada pengerasan, kestabilan isipadu dan kelasakan serta boleh menyebabkan konkrit peroi dan berlaku perubahan warna.

3 peranan Air dalam kerja-kerja konkrit:

  • Menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
  • Memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
  • Agen tindakbalas kimia dalam simen untuk mengikat semua batu dalam bancuhan konkrit.

24 of 62

Kualiti bahan yang digunakan

  • Bahan yang bermutu
  • Pasir laut tidak sesuai begitu juga dengan air laut kerana mengandungi garam.
  • Pasir sungai
  • Air tawar yang bersih

25 of 62

5.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KONKRIT

  1. Kualiti bahan-bahan yang digunakan.
  2. Nisbah bancuhan.
  3. Penggredan batu baur.
  4. Amaun air yang digunakan.
  5. Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.
  6. Pengawetan yang dilakukan setelah mengeras.
  7. Cara mencampur dan mengangkut.
  8. Kualiti acuan yang digunakan.

26 of 62

Proses Dalam Kerja Konkrit

  • Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
      • Membancuh konkrit
      • Mengangkut konkrit
      • Menempat/menuang konkrit
      • Memadat konkrit
      • Pengawetan konkrit�

27 of 62

5.2 Bancuhan Konkrit

5.2.1 Kaedah Bancuhan – Terdapat 3 kaedah membancuh konkrit

  1. Cara tangan / kaedah insani/ tenaga manusia. Dengan penyodok, mesin gaul konkrit atau siap dibekal dari kilang
  2. Disukat dengan menggunakan kotak penyukat.
  3. Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air.
      • Nisbah bancuhan - 1 : 2 : 4 (simen ; pasir ; batu baur), 1 : 3 : 6 dan 1 : 5 : 10

28 of 62

Bancuhan Konkrit

Membancuh dengan mesin penggaul konkrit

1. Batch mixer.

  • Jenis yang biasa digunakan dalam mana-mana pembinaan.
  • Terdapat dalam bentuk yang mudah dibawa atau diubah (portable).
  • Mesin pembancuh jenis ini mempunyai beberapa saiz mengikut kadar muatannya.
  • Saiz yang biasa ialah 5 : 3 T, 7 : 5 T dan 10 : 7 T mengikut ukuran kaki padu. 

Portable batch mixer (mesin campur jungkit)

29 of 62

5.2.2 Nisbah Bancuhan Konkrit

Bermaksud campuran antara simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air.

2 jenis nisbah bancuhan konkrit

  1. Nisbah bancuhan konkrit norminal
    • Nisbah bancuhan yang biasa ialah 1:2:4 dan 1:3:6
    • Pengukuran/ penyukatan bahan menggunakan kaedah isi padu atau berat.
    • Menggunakan cara tangan ( kaedah insani ) atau mesin.
    • Bancuhan di buat di tapak bina.��

30 of 62

2 jenis nisbah bancuhan konkrit

  1. Nisbah bancuhan konkrit direka
    • Nisbah bancuhan adalah mengikut gred seperti gred 15, 20 dan 25.
    • Di kenali sebagai konkrit siap bancuh (ready mixed).
    • Bancuhan di buat di loji. - Sesuai untuk projek pembinaan konkrit seperti jambatan, jalan raya dan lantai.

31 of 62

5.2.3 Cara Menyukat Nisbah Bancuhan

  1. Cara timbangan - Mesin timbang digunakan
      • Simen - 1 kampit (50kg)
      • Batu baur halus (pasir) - 50 x 2 = 100kg
      • Batu baur kasar - 50 x 4 = 200kg
  2. Cara pengelompokan (batching) mengikut isipadu atau berat konkrit di tapak binaan -
  3. Isipadu - Pasir dan batu baur diukur mengikut isipadunya menggunakan satu kotak penyukat yang isipadu 0.035 m3. Sesuai untuk bancuhan tangan dan mesin gaul.

32 of 62

Nisbah air dan simen (NAS)

  • Memastikan sukatan air tepat bagi menentukan sesuatu adunan – mudah dikerjakan / hasilkan jisim konkrit yg kuat, lasak serta halus.
  • Apabila dituang ke dalam acuan, ia mudah memenuhi ruang, mengkonsolidasi, mudah dipadatkan dan senang dikemaskan permukaan.
  • Sifat konkrit yang dihasilkan dengan menggunakan NAS;
    • Terlalu cair – Terlalu banyak air lantas hasilkan kelikatkan simen yg rendah. Konkrit ini mungkinan mudah pecah.
    • Terlalu kering – Air sedikit akan sukar dikerjakan dan dikemaskan.
    • Lebih pasir – Konkrit dihasilkan adalah lemah, mudah pecah dan tidak ekonomik.
    • Terlebih batu baur kasar – Sukar dikerjakan dan dikemaskan.
    • Paling sesuai – Bahan bancuhan seimbang. Disukat mengikut nisbah campuran NAS yang betul.

33 of 62

UJIAN PENURUNAN

  • Bertujuan mendapatkan keseragaman bancuhan konkrit.
  • Mengetahui penurunan sesuatu bancuhan mengikut sesuatu NAS yg digunakan. NAS bancuhan konkrit adalah berbeza antara satu binaan dengan binaan lain.
  • Alatan yang diperlukan adalah;
    • Sebuah kon keluli
    • Kayu atau pita pengukur
    • Sebatang rod keluli 12 mm garis pusat yang ditajamkan satu drp hujungnya seperti gambarajah sebelah.

34 of 62

2. Ujian Runtuhan (Slump Test)

35 of 62

2. Ujian Runtuhan (Slump Test)

UKURAN RUNTUHAN

36 of 62

2. Ujian Runtuhan ( Slump Test )

37 of 62

5.3 Cara Memampatkan Konkrit

  • Tempatkan segera konkrit setelah dibancuh.
  • Buang segala kekotoran, habuk kayu dsb dari acuan.
  • Acuan hendaklah dibasahkan dahulu.
  • Boleh juga disapu minyak atau air sabun supaya konkrit tak lekat pada acuan.
  • Tuang ke dalam acuan dengan perlahan-lahan.

Rujuk - https://youtu.be/ZO84xU0I3-M

38 of 62

ACUAN DISAPU DGN RELEASING AGENT

( MINYAK ACUAN )

SAMPEL KONKRIT DIPADAT DALAM

3 LAPISAN

39 of 62

5.3. Kaedah Pemampatan Konkrit

  • Alat Getar Dalam
  • Alat Getar Luar
  • Alat Getar Pentas

  • https://youtu.be/DNOdoOnl94s

40 of 62

5.3.1 Alat Getar Dalam

  • Dijalankan oleh kuasa elektrik atau kuasa enjin petrol/diesel.
  • Mempunyai sebatang besi (pin )yang lakukan getaran.
  • Pin dimasukkan ke dalam bancuhan konkrit sehingga air naik ke permukaannya.
  • Kelebihan : Hasilkan konkrit bermutu tinggi, tahan lasak, mudah dibawa, saiz pin boleh ditukar.

41 of 62

5.3.2 Alat Getar Luar

  • Getaran alat getar ini dilakukan di sebelah luar acuan konkrit sehingga bancuhan menjadi mampat.
  • Biasanya ia digunakan di dalam bengkel dan dijalankan oleh kuasa elektrik untuk membuat genting , cerucuk , paip air yang besar, blok konkrit dan rasuk.

42 of 62

5.3.3 Alat Getar Pentas

  • Alat ini berupa sebuah meja yang permukaanya disokong oleh beberapa spring yang dijalankan oleh kuasa elektrik yang membolehkan muka meja itu bergetar.
  • Biasa diguna dalam bengkel untuk hasil konkrit tuang dahulu.
  • Bahagian binaan konkrit hendaklah dibuat dalam acuan konkrit dan ditempatkan di atas meja itu untuk digetar sehingga mampat.
  • Kegunaan terhad kerana tak mudah alih.

43 of 62

5.3.4. Cara Mengawet Konkrit

  • Tujuan : mengelakkan penghidratan konkrit akibat penghasilan haba semasa tindakbalas air : simen yang mengurangkan kualiti konkrit.
  • Cara :
      • Konkrit ditutup dgn guni, jerami.
      • Rendam konkrit dalam air.
      • Basahkan konkrit dengan air.
      • Sapu bahan kimia.
      • Wap air

44 of 62

PERMUKAAN KIUB KONKRIT DIRATAKAN & KEMUDIAN DITANDA

PROSES PENGAWETAN KIUB KONKRIT

45 of 62

5.4 Konkrit Bertetulang

  • Bagi berupaya menanggung tegasan tekanan dengan lebih berkesan.
  • Gunakan besi / keluli :
      • Keluli lembut
      • Bar berbunga
      • Tetulang anyaman
      • Dawai keluli

46 of 62

  1. Komponen-komponen dikonkrit tuang di situ (cast in-situ) sepenuhnya
  2. Komponen separa dikonkrit tuang di situ dan menggunakan unit pratuang (precast unit) spt hollow core slab (eg: projek Lapangan Terbang Terengganu)
  3. Komponen-komponen sebahagian besar menggunakan unit-unit pratuang spt tiang, rasuk dan papak.

Jenis-jenis Binaan Konkrit Bertetulang

47 of 62

5.5 Konkrit Prategasan

  • Bagi mewujudkan tegasan tekanan dalam konkrit untuk menentang tegasan tegangan akibat beban ditanggung.
  • Dua cara :

1. Tegas dahulu

2. Tegas kemudian

48 of 62

Tegas-dahulu

  • Tetulang keluli ditempatkan dalam acuan konkrit dan dipasak kedua hujung melalui 2 blok tambatan.
  • Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1 : 11/2 : 3
  • Keluli ditegangkan dengan jek hidraulik sebelum bancuhan konkrit dituang.
  • Setelah konkrit capai kekuatan, baru keluli dilepas dari blok tambatan.

49 of 62

Konkrit Prategasan

50 of 62

Tegas-kemudian (post-tensioning)

  • Tetulang digris serta dibalut dan ditempatkan dalam konkrit.
    • Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum bancuhan konkrit dituang.
    • Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.
  • Tegangan keluli dilakukan dengan gunakan jek hidraulik bila konkrit mencapai kekuatan yang cukup.
  • Kedua-dua hujung dipasak.

51 of 62

SIMENFERO

52 of 62

Simenfero

  • Sejenis struktur binaan yang tersendiri daripada motar (campuran pasir, simen dan air) yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli.
  • Istilah simenfero bermaksud kombinasi bahan ferus (besi) dan simen.
  • Sejarah simenfero telah dipelopori oleh Joseph Louis Lombot, seorang berbangsa Perancis pada tahun 1848 dan telah dipatenkan pada tahun 1852.
  • Beliau telah membina beberapa struktur seperti sampan-dayung, pasu bunga dan bangku dari sejenis bahan yang dipanggil 'Ferciment’.
  • Teknologi ini kemudiannya telah dikembangkan oleh Professor Pier Luigi Nervi, Jurutera Arkitek dari Italy.

Joseph Louis Lombot

Pier Luigi Nervi

53 of 62

Kelebihan Simenfero

  • Banyak struktur 'Hardscape' sesuatu senitaman dibina menggunakan teknologi simenfero kerana ianya mudah dibentuk.
  • Struktur simenfero juga tahan terdedah kepada hujan dan panas, mempunyai daya aliran haba yang rendah, kukuh, mudah diperbaiki dan tidak memerlukan peralatan yang canggih untuk kerja-kerja pembinaan.
  • Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan struktur simenfero mudah didapati dan murah harganya.

54 of 62

Keburukan Simenfero

  • Terlalu berat untuk diubah
  • Kos mengupahnya mahal
  • Perlu kemahiran melorek perlu kemahiran mengecat
  • Perlu kreatif

55 of 62

Simenfero

  • Kombinasi simen dengan ferum (besi).
  • Struktur campuran simen dipasang ke jejaring dawai (BRC).

56 of 62

Bahan-bahan Simenfero

Terdiri daripada motar (campuran pasir, simen dan air), tetulang, jejaring dan dawai keluli yang telah di bentuk mengikut struktur yang dikehendaki.

Bancuhan perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan struktur simenfero boleh memenuhi mutu yang dikehendaki.

  1. Simen
  2. Pasir halus
  3. Dawai Keluli
  4. Jejaring dawai atau dawai mata punai (BRC)
  5. Air
  6. Cat
  7. Bahan pengilat

57 of 62

58 of 62

59 of 62

Fungsi Jaring (BRC)

  • Menjadi asas dan membentuk struktur binaan

60 of 62

Kaedah untuk menghasilkan simenfero

  1. Membuat lakaran objek yang mahu dibentuk
  2. Tentukan jenis dan saiz objek
  3. Tentukan anggaran kuantiti bahan binaan
  4. Membuat rangka

61 of 62

Kaedah untuk menghasilkan simenfero

  1. Membancuh mortar (simen)
  2. Melepa pertama (lapisan nipis mortar)
  3. Melepa kedua (lapisan tebal mortar)
  4. Melorek atau mengukir
  5. Mengecat atau mewarna
  6. Mengilat

62 of 62

Terima kasih..