1 of 16

CERPEN : JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

KARYA : MASKIAH HAJI MASROM

NUR NADHIRAH

NURSYAWADAH

KELAS : 4 IBNU SINA

2 of 16

SINOPSIS :

Cerpen ini ditulis oleh Maskiah Hj Masrom mengisahkan pengembaraan watak utama Mas ke negara Turki. Mas merupakan seorang wanita cantik yang mengikuti pakej percutian ke Turki. Beiau telah memperuntukkan sejumlah wang untuk berbelanja di Turki. Dengan nilai RM1800 beliau menukarkan wang RM menjadi USD400 sahaja. Niat Mas hanyalah membeli cenderamata untuk kawan-kawan pejabatnya, keluarganya dan para pensyarah yang mengajarnya di peringkat sarjana sahaja. Idea untuk membeli jaket kulit kijang langsung tiada dalam agenda perancangannya semasa berbelanja.

​

Semasa Mas dan rakannya yang lebih dewasa seperti Kak Chah, Syahmeem, Dr. Liza dan Hajah Zalehon serta Hajah Normah berjalan di Grand Bazaar mereka telah memasuki salah sebuah bazar yang menjual jaket kulit. Pemuda Turki selaku pelayan kedai itu melayan mereka seperti puteri raja dengan disajikan jus epal. Akhirnya kawan-kawan Mas telah membeli jaket kulit dan beberapa barang perhiasan lain. Jurujual Turki itu sengaja mempelawa Mas mencuba salah sehelai jaket kulit kijang di kedainya. Mas pun mencuba dan memang kena dengan bentuk badannya. Oleh kerana tiada keperluan selain harganya USD300 Mas tidak berminat untuk membeli jaket tersebut. Penjual tersebut menghina Mas dan menyebut "You can go to hell" apabila Mas tidak jadi membeli jaket kulit tersebut.�

3 of 16

Semasa Mas sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus seorang lelaki tua telah menjual jaket kulit kijang di pasaran gelap kepada Shahneem dengan harga USD120. Oleh kerana jaket itu saiz S' maka Syahmeem menjualnya kepada Mas dengan harga USD100. Mas terpaksa membeli jaket kulit kijang itu untuk membantu Syahmeem walaupun dia kesal kerana beberapa ekor kijang telah dikorbankan untuk mendapatkan sehelai jaket seperti itu. Oleh itu, Mas berniat semasa pulang ke tanah air dia akan menjual jaket kulit kijang itu di kedai harga terpakai dan bercadang mendermakan wang itu ke mana-mana zoo yang ada kijang di dalamnya.�

SINOPSIS :

4 of 16

TEMA :

Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

5 of 16

PERSOALAN :

Persoalan tentang kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan liar.

Persoalan tentang sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Persoalan tentang aktiviti pelancongan yang banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan.

Persoalan tentang idea dan amanat penulis terdahulu yang wajar dicontohi.

6 of 16

WATAK DAN PERWATAKAN :

Penulis (Mas) (Watak Utama)

​

  • Seorang yang bersopan santun
  • Seorang yang baik hati
  • Seorang yang berhemat ketika berbelanja
  • Seorang yang suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor
  • Seorang yang mencintai hidupan liar
  • Seorang yang penyabar

​

Lelaki Turki (Watak Sampingan)

​

  • Seorang peniaga yang berniaga di Grand Bazaar, Istanbul
  • Seorang yang berpura-pura untuk memenangi pelanggan
  • Seorang yang tidak beretika ketika berniaga

​

​

​

7 of 16

Shahmeem

  • Rakan kepada Mas
  • Seorang yang baik hati

​

​

Mavlana Celaleddin Ar-Rumi

  • Seorang penulis tersohor
  • Beliau berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya
  • Beliau telah menulis lebih 25 000 buah puisi sufi sepanjang hayatnya
  • Hasil karyanya banyak membicarakan perihal kasih saying dan kemanusiaan
  • Beliau menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya sehingga Islam tersebar

Nasreddin Hodja

  • Seorang penulis tershor pada zaman pemerintahan Sultan Timur Leng
  • Beliau dilahirkan di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki
  • Beliau mengamalkan cara hidup sederhana dan merupakan tokoh pendidik yang berjiwa humoris
  • Beliau tidak suka pembaziran dan kemewahan
  • Jenakanya bersifat intelektual

8 of 16

LATAR :

Latar Tempat :

  • Istanbul, Turki.
  • Grand Bazaar.
  • Sebuah kedai di Grand Bazaar
  • Bas

Latar Masa :

  • Hari keenam lawatan ke Turki
  • Hari kelima lawatan ke Turki
  • Malam terakhir di Istanbul

Latar Masyarakat :

  • Masyarakat yang suka melancong
  • Masyarakt yang baik hati
  • Masyarakat peniaga yang tidak beretika
  • Masyarakat yang suka membaca
  • Masyarakat yang mencintai hidupan liar

​

9 of 16

BINAAN PLOT :

  1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.
  2. Permulaan atau pengenalan cerpen ini dimulai apabila penulis menyertai sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis memerihalkan duit bekalan yang dibawanya dan perancangannya untuk membeli cenderamata bagi kaum keluarga dan sahabat handainya.
  3. Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali sebagai Grand Bazaar. Mereka dinasihati oleh pemandu pelancong agar lebih berhati-hati kerana tidak mahu mereka terjerat oleh tipu muslihat peniaga di situ.
  4. Tahap perumitan bermula apabila seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati terhadap penulis yang tidak membeli jaket yang telah dicubanya. Peniaga tersebut menuduh penulis sebagai perempuan muslim yang tidak baik selain mengeluarkan kata-kata kesat.
  5. Klimaks cerpen ini adalah apabila penulis ingin menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi menghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebernanya membeli barangan terpakai.
  6. Peleraian cerpen ini bermula apabila penulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kendang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan.

10 of 16

TEKNIK PLOT :

Teknik Pemerian. Contohnya :

Sebernanya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jakaet yang kini terletak di katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.

Teknik Dialog. Contohnya :

“Nak beli ke?” tanya Kak Chah.

“Macam nak beli. Untuk abang saya. Tak tanya harga lagi.Takut kena tipu.” jawabku sambil membetul-beulkan tali beg silang di bahu.

11 of 16

Teknik Imbas Kembali. Contohnya:

Kisah aku akhirnya ‘terbeli’ jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima lawatanku ke Turki. Aku sengaja menggunakan perkataan ‘terbeli’kerana aku benar-benar tidak ada niat untuk membelinya.

12 of 16

GAYA BAHASA DAN UNSUR BAHASA :

Simile :

  • Seperti diri sendiri
  • Seperti gaya putera raja
  • Bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai
  • Seperti lambing pendewaan dan pemujaan diri

Bahasa Inggeris :

  1. “Hello lady! Assalamualaikum. Where Are you come from? Singapore? Malaysia? We have many leather jackets. Come in. You want to try?
  2. “Please come in, all Muslim ladies. There are many colours and design inside. I will give all of you the best price.” Pujuk pekedai Turki itu lagi.

Perulangan kata :

  1. Kasih sayang sesama insan sepatutnya disebarkan secara meluas. Tanpa mengira apa bangsa, apa agama, apa negara setiap manusia perlu dilayan dengan sebaik bicara.

13 of 16

NILAI :

Baik hati

Kebijaksanaan

Kesabaran

Keprihatinan

Berhemah tinggi

Kerajinan

Belas kasihan

Kegigihan

14 of 16

PENGAJARAN :

Kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman apabila melancong ke luar negara.

Kita perlulah bijak merancang perbelanjaan.

Para peniaga sewajarnya mematuhi etika perniagaan dan tidak mengugut atau menggunakan kekerasan terhadap pelanggan.

Kita hendaklah menghargai jasa penulis-penulis dahulu yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan.

15 of 16

Kita perlulah berwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat pelanggan.

Kita perlulah berusaha menyelematkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan.

Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin.

Kita perlulah rasional ketika berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan.

16 of 16

TERIMA KASIH