1 of 12

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM BAHASA MELAYU

TUGASAN ESP323

2 of 12

FORMAT TUGASAN

  • Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)
  • Gunakan Font New Times Roman, saiz 12
  • Gunakan muka hadapan seperti dilampirkan dan jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK.

3 of 12

MUKA HADAPAN

4 of 12

TUGASAN ESP323

  • TUGASAN INI TERDIRI DARIPADA 3 BAHAGIAN

  • BAHAGIAN A : 10% ( 5 HALAMAN)
  • BAHAGIAN B : 20% ( 8 HALAMAN)
  • BAHAGIAN C : 30% ( 15-20 HALAMAN)

  • MARKAH KESELURUHAN : 60%

5 of 12

BAHAGIAN C

Kajian semantik merujuk kepada perkembangan perubahan makna dan melihat masalah deskriptif serta struktur semantik. Di samping itu, pembentukan istilah baharu membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu.

 

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

 

Menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan semantik dalam memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia.

6 of 12

PENDAHULUAN

  • Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam manamana bahasa didunia ini. Oleh sebab itu, sifat dinamis dan evolusi, serta akibat akan terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktorfaktor sosial seperti kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan juga bidang teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.
  • Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu.

7 of 12

Faktor-faktor perubahan Makna

  • Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;
  • i. Perubahan disebabkan perkembangan bahasa
  • ii. Perubahan tanggapan penutur
  • iii. Perubahan perluasan maksud
  • iv. Perubahan pembatasan atau penyempitan maksud
  • v. Perubahan tujuan simbolik dan stilistik

8 of 12

Perubahan disebabkan perkembangan bahasa

  • Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut.
  • Misalnya, , perkataan “ sahaya” berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud “abdi” dan “sahaya” itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada “ hamba” dengan cara yang halus. Tetapi kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.
  • Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako

9 of 12

Perubahan disebabkan Tanggapan Penutur

  • Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu.

  • Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu, ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya.

10 of 12

Perubahan disebabkan Perluasan Maksud

  • Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain
  • Sebagai contoh disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Hidupan Liar.

11 of 12

Perubahan disebabkan Pembatasan atau Penyempitan Maksud

  • Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu.
  • Sebagai contoh perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”
  • Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” ditujukan secara khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat

12 of 12

Perubahan disebabkan tujuan simbolik dan stilistik

  • Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi.
  • Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga = perampuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.
  • Selain daripada itu, unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”