1 of 7

PROGRAM MENTOR MENTEE

2 of 7

Pengenalan

  • Merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
  • Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

3 of 7

Objektif

    • Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.
    • Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
    • Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

4 of 7

Kaedah Pelaksanaan

Wajib untuk semua murid SR/ SM

01

02

Sebagai aktiviti rasmi ikut kesesuaian masa samada di waktu perhimpunan rasmi, waktu kokurikulum atau selepas waktu persekolahan.

03

Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.

04

Melaksanakan berdasar Modul Pelaksanaan Mentor Mentee

5 of 7

Strategi Pelaksanaan

    • Mentor - Guru (sekurang- kurangnya 2 guru satu kelas)
    • Mentee- Murid

Tugas Mentor

a. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.

b. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.

c. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.

d. Membantu mentee yang memerlukan perhatian.

e. Mengambil kehadiran mentee.

f. Mengisi borang pertemuan mentor mentee.

6 of 7

Perbincangan dgn GB

Laksanakan pada masa perhimpunan rasmi,minggu terakhir pada setiap bulan.

Masa: 7.40pg -8.10pg

Modul Mentor- mentee dan senarai mentor ikut kelas akan disediakan.

kecuali cuti sekolah

Setiap perjumpaan perlu tulis laporan ringkas dan tanda kehadiran.

Setiap Kelas ada 2 mentor maka mentor hendak bergilir- gilir menjalankan aktiviti.

7 of 7

Terima Kasih