1 of 26

BAB 10 BENTUK MUKA BUMI DAN SALIRAN DI ASIA TENGGARA

GEOGRAFI TINGKATAN 1 KSSM

2 of 26

10.1 NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA

3 of 26

NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA

  • Asia Tenggara terletak di bahagian tenggara Benua Asia.
  • Kedudukannya antara latitud 11° S hingga 28° U dan longitud 93° T hingga 135° T
  • Terdapat 11 buah negara di Asia Tenggara
  • Asia Tenggara meliputi kawasan seluas 4 506 600 km persegi.

4 of 26

5 of 26

10.2 BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA

6 of 26

BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA

  • Bentuk muka bumi di Asia Tenggara terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah dan kawasan pinggir laut.
  • Terdapat juga gunung berapi di beberapa kawasan di Indonesia dan Filipina.

Indonesia

Thailand

7 of 26

8 of 26

PINGGIR LAUT

  • Semua negara di Asia Tenggara mempunyai pinggir laut kecuali Laos
  • Laut yang terdapat di Asia Tenggara adalah seperti Laut Andaman, Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulawesi dan Laut Sulu
  • Pinggir laut di Asia Tenggara cetek dan dikenali sebagai pentas benua.

Laut Andaman

9 of 26

TANAH PAMAH

  • Tanah pamah banyak terdapat di delta dan lembah sungai
  • Kawasan yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian seperti penanaman padi.

Delta Mekong

10 of 26

TANAH PAMAH

  • Kawasan ini berpenduduk padat kerana petempatan dan jaringan perhubungan mudah dibina
  • Sebagai contoh, Delta Sungai Mekong (Vietnam), Delta Sungai Irrawaddy (Myanmar) dan Lembah Menam Chao Phraya (Thailand).

Delta Sungai Irrawaddy

11 of 26

TANAH TINGGI

  • Tanah tinggi di Asia Tenggara terdiri daripada banjaran gunung lipat muda dan banjaran gunung lipat tua.
  • Banjaran tinggi berpunca dari Banjaran Himalaya di utara dan menganjur ke Asia Tenggara bermula di Banjaran Arakan Yoma (Myanmar)
  • Banjaran-banjaran lain adalah seperti Banjaran Annam (Vietnam), Banjaran Bilauktaung (Thailand) dan Banjaran Crocker (Malaysia).

Banjaran Annam (Vietnam),

12 of 26

GUNUNG BERAPI

  • Kebanyakan gunung berapi terdapat di Indonesia dan Filipina
  • Beberapa gunung berapi yang masih aktif di Indonesia ialah Gunung Merapi, Gunung Kerinci dan Gunung Krakatau
  • Gunung Mayon dan Gunung Pinatubo pula merupakan gunung berapi yang masih aktif di Filipina.

Gunung Merapi

13 of 26

10.3 SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA TENGGARA

14 of 26

SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA TENGGARA

  • Terdapat banyak sungai dan tasik di Asia Tenggara yang mengairi pelbagai bentuk muka buminya
  • Sungai dan tasik mempunyai peranan dan kepentingannya kepada penduduk di Asia Tenggara.

15 of 26

SUNGAI MEKONG

  • Sungai yang terpanjang di Asia Tenggara (4 880 km).
  • Sungai ini berpunca dari Dataran Tibet di utara, mengalir melalui Yunan (China), Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan berakhir di Vietnam.

16 of 26

SUNGAI MEKONG

  • Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama pesawah padi.
  • Kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan pertanian.
  • Lebih 140 000 km persegi padi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.

17 of 26

SUNGAI IRRAWADDY

  • Sungai yang terpenting dan terpanjang di Myanmar (2 293 km).
  • Sungai ini mengalir dari utara hingga ke selatan dan berakhir di Laut Andaman.

18 of 26

SUNGAI IRRAWADDY

  • Sungai ini merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan serta menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air dan sumber protein.
  • Delta Irrawaddy sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk penanaman padi.

19 of 26

MENAM CHAO PHRAYA

  • Sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand (372 km).
  • Sungai ini mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam.
  • Lembah Chao Phraya kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi.

20 of 26

MENAM CHAO PHRAYA

  • Sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand.
  • Bandar raya Bangkok terkenal dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan ‘Venice Timur’.
  • Sungai ini juga penting untuk mengangkut kayu balak dan barangan pukal.

21 of 26

TONLE SAP

  • Tonle Sap terletak di bahagian barat Kemboja merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara (2 569 km persegi).
  • Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja
  • Sistem pengairan berpunca dari tasik ini membentuk terusan yang digunakan untuk penanaman padi secara meluas.

22 of 26

TONLE SAP

  • Perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpenting dan dijalankan sepanjang tahun.
  • Pada musim kemarau, tasik ini akan menjadi cetek dan kegiatan perikanan giat dijalankan.
  • Tasik ini juga merupakan kawasan pelancongan dan kapal dapat mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong.

23 of 26

DANAU TOBA

  • Danau Toba terletak di Sumatera Utara, Indonesia yang terkenal sebagai kawasan pelancongan.
  • Tasik ini terbentuk di kawasan pergunungan
  • Tasik ini merupakan tasik vulkanik yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi antara 73 000 hingga 75 000 tahun yang lalu.

24 of 26

DANAU TOBA

  • Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar serta dianggarkan sedalam 500 m menjadikannya tasik vulkanik paling dalam di dunia.
  • Terdapat sebuah pulau yang besar di tengah-tengah tasik ini, iaitu Pulau Samosir yang terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik.
  • Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian.

Pulau Samosir

25 of 26

26 of 26

TAMAT