1 of 50

SEJARAH

Tingkatan

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

4

2 of 50

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Perlu Ambil Tahu !!!

10.1 Pengertian Kemerdekaan

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran

Kemerdekaan Negara

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

3 of 50

BAB

10

10.1 Pengertian Kemerdekaan

  • Tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan 5 Safar 1377 Hijrah
  • Merdeka membawa erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing; bebas menentukan pemerintahan & hala tuju Negara
  • Menurut Kamus Dewan pula; bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. Merdeka juga bermakna negara yg berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi

“Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan

(jinsiyyah) & cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyah). Beliau yakin, rakyat

perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dgn bersatu padu bagi

mempertahankan maruah diri, agama & bangsa” �- Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

“ Kedaulatan & kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Baginya, kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan

sistem khalifah & menghapuskan ikatan perkauman” Rashid Rida

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

4 of 50

BAB

10

10.1 Pengertian Kemerdekaan

“ Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi & moral. Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni” Mahatma Ghandi

“ Kebebasan bukan hanya pertempuran utk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas daripada perhambaan, kemiskinan & penderitaan. Seluruh rakyat haruslah bersatu dlm satu negara menuju masa depan– Nelson Mendela

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

5 of 50

BAB

10

“ Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa menjajah, jika berfikir bangsa yg dijajah Itu akan terus mendominasi oleh mereka. Rakyat yg dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas & kasta” – Soekarno

10.1 Pengertian Kemerdekaan

“ Kemerdekaan ibarat tempat perhentian perjalanan yg jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu,berusaha dengan tenaga & fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dgn cita-cita keadilan & kebebasan” – Tunku Abdul Rahman

“ Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan terjamin & menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Di samping itu, dengan kemerdekaan ini kita dapat mengatasi ancaman komunis” �- Tun Temenggong Jugah anak Barieng

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

6 of 50

BAB

10

“ Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara & penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Usaha pembangunan yg pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu masyarakat” – Tun Fuad Stephens

10.1 Pengertian Kemerdekaan

“ Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati & sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun.” �– Tun Dr. Mahathir Mohamad

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

7 of 50

  1. Pernyataan berikut berkaitan dengan pemimpin-pemimpin Negara. T4 B10 ms 234-235

Apakah persamaan sumbangan mereka ?

  1. Pengenalan pentadbiran moden
  2. Penentangan terhadap pembesar
  3. Perjuangan kearah kemerdekaan
  4. Penggubalan sistem perundangan

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

C

  • Soekarno
  • Nelson Mandela
  • Tunku Abdul Rahman

SOALAN OBJEKTIF

8 of 50

  1. Pembinaan ciri-ciri Negara bangsa telah berlaku sejak perkembangan kerajaan Alam Melayu.
  2. Jelaskan maksud pengertian kemerdekaan menurut sumber berikut :
  3. Bahasa Melayu. [1 markah]
  4. Kamus Dewan. [1 markah]
  5. Mengapakah terdapat pelbagai tafsiran berkaitan pengertian kemerdekaan ? [4 markah]

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

SOALAN STRUKTUR

9 of 50

  1. Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian kemerdekaan menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.����Bagaimanakah anda menyokong pengertian kemerdekaan tersebut ? [4 markah]

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Menurutnya merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi Negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk Negara ini dengan apa-apa cara sekalipun.

10 of 50

1. A (i) Jelaskan maksud pengertian kemerdekaan menurut sumber berikut :

  1. Bahasa Melayu. [1 markah]�Takrifan kemerdekaan menurut Bahasa Melayu ialah bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju Negara.

  • Kamus Dewan. [1 markah]�Takrifan kemerdekaan menurut kamus dewan ialah bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. Negara yang merdeka juga bermakna Negara yang berdaulat.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

11 of 50

  1. Mengapakah terdapat pelbagai tafsiran berkaitan pengertian kemerdekaan ? [4 markah]��Maksud kemerdekaan mempunyai pelbagai tafsiran kerana setiap tokoh mempunyai pengalaman sejarah yang berbeza.��Selain itu, mereka juga mempunyai perbezaan dari segi pendapat dan idea. Mereka juga mempunyai latarbelakang pendidikan yang berbeza dan juga berada dalam komuniti yang masyarakat yang berlainan.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

12 of 50

  1. Bagaimanakah anda menyokong pengertian kemerdekaan tersebut ? [4 markah]��Sebagai rakyat Malaysia saya amat menyokong pendirian Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya akan berani mempertahankan Negara dan akan mempertingkatkan semangat cinta akan Negara. Perpaduan Negara perlu diperkukuhkan dan perlu sentiasa menghormati undang-undang Negara.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

13 of 50

BAB

10

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Tumpuan acara adalah di Padang Kelab Selangor & Stadium Merdeka. Pada 8 Julai 1957 Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri PTM telah berucap dlm Radio Malaya menyeru seluruh rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan negara. Pada 3 Ogos 1957, jam 7.33 pagi, Dato’ Abdul Razak memaklumkan tentang atur cara sambutan kemerdekaan 31 Ogos 1957 melalui Radio Malaya

14 of 50

BAB

10

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

Bagi menonjolkan identiti negara maka

telah dibina sebuah stadium utk meraikan

kemerdekaan & istana negara

Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan telah

dibentuk yg dipengerusi oleh Tunku Abdul Rahman &

dibantu oelah Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan

Penerangan). Lagu Negaraku berasal daripada Lagu Terang

Bulan, lagu negeri Perak yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari

Bendera kebangsaan telah dicipta oleh Mohamed Hamzah,

kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan mula

dikibarkan secara rasminya pada 26 Mei 1856 di Istana Sultan

Selangor

Pengunaan Jata Negara diperkenankan oleh Majlis Raja-raja

Melayu pada 30 Mei 1957

Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman

sebagai bunga kebangsaan

a

b

c

d

e

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

15 of 50

BAB

10

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Jawatankuasa Sambutan

Jawatankuasa ini berperanan memeriahkan sambutan kemerdekaan.

Bangunan di sekitar bandar, jalan raya & Padang Kelab Selangor

dihiasi lampu. Sebanyak 75 ribu bendera PTM ditempah khas dari kilang kain di Jepun

a

Menteri & pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ilham

Tunku Abdul Rahman iaitu “baju muskat” hitam bersongket, bersamping & tengkolok untuk jemaah menteri

b

Kursus protokol telah diberikan kepada 300 org pegawai kerajaan

selama 3 hari. Mereka bertindak sebagai pegawai penerangan &

pegawai pengiring tetamu dan serta pegawai jemputan luar negara

Semua pegawai & kakitangan awam diberi gaji seminggu lebih awal utk memberi peluang menyambut kemerdekaan. Tiket keretapi & tiket bas habis ditempah untuk menghadiri sambutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

d

c

Contoh baju muskat

Kedah (Sultan)

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

16 of 50

  1. Antara berikut, yang manakah lambang Negara Malaysia ? T4 B10 ms 236
  2. Wau
  3. Keris
  4. Jata Negara
  5. Lagu Kebangsaan
  6. I dan II
  7. I dan IV
  8. II dan III
  9. III dan IV

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

D

SOALAN OBJEKTIF

17 of 50

  1. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah mula dikibarkan secara rasmi pada 26 Mei 1950.�Di manakah lokasi bendera tersebut dikibarkan. T4 B10 ms 236
  2. Bandar Hilir, Melaka
  3. Tugu Negara, Kuala Lumpur
  4. Stadium Medeka, Kuala Lumpur
  5. Perkarangan istana Sultan Selangor

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

D

SOALAN OBJEKTIF

18 of 50

  1. Pernyataan berikut berkaitan dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada 3 Ogos 1957. T4 B10 ms 237

Apakah protokol yang dipelajari pegawai tersebut ?

  1. Mengiringi tetamu
  2. Memasang bendera
  3. Mengacara majlis
  4. Menyediakan teks ucapan

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

A

Seramai 300 orang pegawai kerajaan diberi kursus khas berkaitan dengan protokol.

SOALAN OBJEKTIF

19 of 50

  1. Gambar berikut menunjukkan laungan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

  1. Bagaimanakah tindakan kerajaan menyeru rakyat meraikan Hari Kemerdekaan ketika itu. [2 markah]

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

SOALAN STRUKTUR

20 of 50

  1. Nyatakan lambang Negara yang dibentuk untuk meraikan Hari Kemerdekaan itu. [2 markah]

  • Sekiranya anda turut berada di situasi tersebut, apakah perasaan anda ketika mendengar laungan kemerdekaan tersebut ? [2 markah]

  • Bagaimanakah anda menyambut hari kemerdekaan Negara ? [4 markah]

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

21 of 50

  1. a) Bagaimanakah tindakan kerajaan menyeru rakyat meraikan Hari Kemerdekaan ketika itu. [2 markah]��Kerajaan telah menggunakan saluran radio untuk membuat hebahan. Tunku Abdul Rahman juga telah berucap dalam radio Malaya.�Dato’ Abdul Razak Hussien juga telah memaklumkan kepada rakyat menerusi Radio Malaya.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

22 of 50

  1. Nyatakan lambang Negara yang dibentuk untuk meraikan Hari Kemerdekaan itu. [2 markah]��Antara lambing Negara yang dibentuk ialah Bendera kebangsaan. Selain itu, jata Negara, Bunga Raya dan Lagu Kebangsaan.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

23 of 50

  1. Sekiranya anda turut berada di situasi tersebut, apakah perasaan anda ketika mendengar laungan kemerdekaan tersebut ? [2 markah]��Sebagai rakyat yang cinta pada Negara sudah pasti saya mempunyai perasaan yang sangat gembira. Saya juga rasa berbangga akan kemerdekaan ini. Namun, perasaan sedih turut ada apabila mengenangkan semangat perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan Negara.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

24 of 50

  1. Bagaimanakah anda menyambut hari kemerdekaan Negara ? [4 markah]��Cara yang yang lakukan ketika menyambut hari kemerdekaan ialah dengan mengibarkan jalur gemilang samaada di rumah,di kenderaan mahupun tempat bekerja. Saya juga akan sama-sama menyertai perarakan hari kemerdekaan.�Tidak dilupakan saya akan menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat dan melaungkan perkataan keramat “Merdeka” dengan semangat.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

25 of 50

BAB

10

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Menjelang malam 30 Ogos 1957 tersebut jalan sekitar Kuala Lumpur sesak dgn kenderaan dan pejalan kaki menuju ke Padang Kelab Selangor utk meraikan upacara di situ.

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.00 malam

Wakil dari Parti Perikatan berbaju Melayu hitam yg diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk

10.30 malam

300 org pemuda membentuk perbarisan kehormat menghadap Jalan Raja (menara jam) yg diketuai oleh Ismail Bontak

11.58 malam

Seluruh lampu dipadam di kawasan majlis utk menghitung detik jam 12.00

12.00 malam

Detik 12.00 malam lampu dibuka & diikuiti dgn laungan “Mereka”. Seterusnya upacara menurunkan bendera Union Jack oleh Tahir Abdul Majid diiringi dgn lagu God Save The Queen. Bendera Kebangsaan dinaikkan diiringi dgn lagu Negaraku. Sorakan “Merdeka “ dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman

26 of 50

BAB

10

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

12.10 malam

Tunku Abdul Rahman telah dikalungkan dgn Pingat Emas yang tertulis “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” dan dilaungkan gelaran tersebut sebanyak tiga kali

12.25 malam

Tunku Abdul Rahman

menyampaikan ucapan

dgn bersemangat

12.55 malam

Majlis diakhiri dgn

bacaan doa selamat

oleh Tn. Hj. Massood

Hayati

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

27 of 50

BAB

10

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

Upacara sambutan kemerdekaan telah diadakan pada 31 Ogos 1957 dengan kehadiran orang ramai berjumlah 20 ribu orang. Mereka telah datang seawal jam 6.00 pagi. Di atas pentas, kelihatan ketibaan Raja-raja Melayu dan wakil Queen Elizabeth II iaitu Duke of Gloucester serta beberapa pegawai tinggi British dipayungi oleh biduanda

8.15 pagi

  • Ketibaan Tunku Abdul Rahman disusuli dgn ketibaan Raja-raja Melayu, YDPA dan Permaisuri serta Duke & Duchess of Gloucester. Kedengaran bunyi nafiri setiap kali pembesar negara tiba.
  • Duke of Gloucester memberikan ucapan & menyerahkan Serahan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kpd Tunku Abdul Rahman.

8.15 pagi

  • Tunku Abdul melaungkan “Merdeka” sebanyak 7 kali.
  • Diikuti dgn laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari.
  • Seterusnya upacara menaikkan bendera PTM sambil diiringi lagu Negaraku.
  • Sebanyak 101 das tembakan meriam menandakan negara telah merdeka

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

28 of 50

BAB

10

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

11.00 pagi

  • Istiadat Mengangkat Sumpah YDPA di Balairong Seri, Istana Negara.
  • Ikuti upacara perlantikan Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Hakim Besar & Gabenor Melaka & Pulau Pinang

1.30 tengah hari

  • Majlis jamuan di Residensi bagi mengucapkan selamat jalan kpd Bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray

5.25 petang

  • Sir Donald MacGillivray & isteri berlepas Dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur Ke London dgn penghormatan permaidani merah

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

29 of 50

BAB

10

Kemerdekaan PTM 1957

Keadaan di Stadium Merdeka

Kehadiran YDPA & isteri

Laungan “Merdeka” 7 kali

Pemasyhuran

Kemerdekaan

Berita tentang Merdeka

di akhbar

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

30 of 50

BAB

10

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

POLITIK

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan

  • Negara kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan. YDPA sebagai ketua negara

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan

  • Sistem pentadbiran ini memberi rakyat kuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya. Parlimen berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat persekutuan. Dewan Undangan Negeri berkuasa mengubal undang-undang di peringkat negeri

Bangunan

Parlimen

Istana Negara

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

31 of 50

BAB

10

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

POLITIK

Pentadbiran Negara

  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri PTM. Beliau telah melantik Dato’ Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri. Jawatan Menteri Luar juga disandang oleh Tunku Abdul Rahman

Cabaran Kerajaan Persekutuan

  • Tunku Abdul Rahman & Dato’ Abdul Razak Hussein telah menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan memegang jawatan penting dalam pentadbiran PTM.

Jemaah Menteri PTM

Pertama (1957)

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

32 of 50

BAB

10

PERINGKAT ANTARABANGSA

Dasar Luar

  • Tahun 1957, kumpulan pegawai kerajaan pertama dihantar ke Britain utk mendapatkan latihan bagi memantapkan Kementerian Luar. Tokoh utama menjadi Menteri Luar: Tan Sri Muhamad Ghazali Shafie & Dr. Ismail Abdul Rahman. Negara kita juga menjalinkan hubugan baik dgn Indonesia, India, Australia, New Zealand, Mesir & Jepun

Menganggotai Komanwel

  • PTM telah diterima menyertai pertubuhan Komenwel yg dapat merapatkan hubungan sosioekonomi dgn ahli lain. PTM mampu mempamerkan komitmen terhadap isu yg dihadapi oleh negara anggota

Pertahanan Negara

  • Setelah merdeka, PTM masih mengekalkan kerjasama pertahanan dgn Britain dan negara Komanwel. Negara yang memerlukan kekuatan pertahanan akan memeterai perjanjian pertahanan (Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun tahun 1957

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

33 of 50

BAB

10

PERINGKAT ANTARABANGSA

Penyertaan dalam Blok Sterling

  • PTM menjadi negara yg berpendapatan tinggi daripada hasil getah & bijih timah yg mengukuhkan kedudukan mata wang Pound Sterling. Penyertaan PTM dalam sistem Keutamaan Tarif Komanwel (Commenwealth Preferential Tariff System) turut memperkukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahlinya yg lain

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • PTM telah diterima sebagai ahli PBB pada 17 September 1957 & merupakan ahli PBB yg Ke-82. Bendera PTM dikibarkan secara rasmi di ibu pejabat PBB pada 15 Oktober 1957. Secara tidak langusng PTM menjunjung prinsip PBB melindungi hak asasi manusia

Misi Pengaman PBB

  • Pengiktrafan & kepercayaan PBB, PTM turut terlibat dlm misi pengaman PBB di Conggo

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

34 of 50

  1. Mengapakah lagu God Save The Queen dimainkan pada malam sambutan kemerdekaan. T4 B10 ms 238
  2. Bukti kekuatan pengaruh British
  3. Tanda berakhirnya pentadbiran British
  4. Lambang penguasaan kerajaan British
  5. Simbol hormat kepada kerajaan British

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

B

SOALAN OBJEKTIF

35 of 50

  1. Apakah acara yang dilakukan selepas Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali ?. T4 B10 ms 240
  2. Nafiri dimainkan
  3. Melaungkan azan
  4. Menaikkan bendera
  5. Nyanyian lagu negaraku

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

B

SOALAN OBJEKTIF

36 of 50

  1. Sistem pemerintahan berikut diamalkan di Malaysia sejak tahun 1957. T4 B10 ms 242����Bagaimanakah kedudukan raja dalam system pemerintahan tersebut ?
  2. Bukti kekuatan pengaruh British
  3. Tanda berakhirnya pentadbiran British
  4. Lambang penguasaan kerajaan British
  5. Simbol hormat kepada kerajaan British

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

B

SOALAN OBJEKTIF

Sistem Raja Berperlembagaan

37 of 50

  1. Setelah mencapai kemerdekaan, Negara kita telah melaksanakan hubungan peringkat antarabangsa.
  2. Nyatakan dua pertubuhan antarabangsa yang telah disertai oleh Persekutuan Tanah Melayu. [2 markah] T4 B10 ms 240
  3. Berikan dua buah Negara luar yang menjalinkan hubungan dengan Negara kita selepas mencapai kemerdekaan. [2 markah] T4 B10 ms 243
  4. Nyatakan tokoh yang terlibat dalam dasar luar Negara ketika mencapai kemerdekaan. [2 markah] T4 B10 ms 243
  5. Jelaskan manfaat yang diperoleh Malaysia melalui hubungan dengan pertubuhan dunia dan Negara luar. [4 markah] KBAT

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

SOALAN STRUKTUR

38 of 50

  1. Setelah mencapai kemerdekaan, Negara kita telah melaksanakan hubungan peringkat antarabangsa.
  2. Nyatakan dua pertubuhan antarabangsa yang telah disertai oleh Persekutuan Tanah Melayu. [2 markah] T4 B10 ms 240�i - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)�ii - Komanwel�
  3. Berikan dua buah Negara luar yang menjalinkan hubungan dengan Negara kita selepas mencapai kemerdekaan. [2 markah] T4 B10 ms 243�i - Indonesia�ii - Jepun�iii – India�iv – Australia

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

SOALAN STRUKTUR

39 of 50

  1. Nyatakan tokoh yang terlibat dalam dasar luar Negara ketika mencapai kemerdekaan. [2 markah] T4 B10 ms 243�i – Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie�ii – Dr Ismail Rahman
  2. Jelaskan manfaat yang diperoleh Malaysia melalui hubungan dengan pertubuhan dunia dan Negara luar. [4 markah] KBAT�Manfaat yang diperoleh Malaysia seperti merapatkan hubungan sosioekonomi dengan Negara ahli. Selain itu, Negara kita juga mendapat bantuan ketenteraan. Rakyat dan Negara kita juga akan dijamin keselamatan serta dapat memelihara kepentingan nasional.

BAB

10

Jom Ingat Semula !

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

SOALAN STRUKTUR

40 of 50

Rancangan Malaya Pertama

1956-1960

  • Bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dgn tumpuan sektor luar bandar.
  • Mempelbagaikan keluaran pertanian.
  • Tidak bergantung kpd getah.
  • Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

  • Ditubuhkan pada tahun 1956 utk memajukan tanah baharu secara besar-besaran bagi pertanian & penempatan semula masyarakat.
  • Kawasan yang diusahakan untuk tanaman getah & kelapa sawit.
  • Kemudahan perumahan & kemudahan asas disediakan utk peneroka

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

EKONOMI

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

41 of 50

Institusi Kewangan Tempatan

  • Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu merupakan bank pertama khusus utk org Melayu yg ditubuhkan oleh Maarof Zakaria.
  • Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959 bagi menstabilkan kewangan & pertumbuhan ekonomi yang baik.
  • Kwong Yik Bank ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur.

Pembangunan Luar Bandar

  • Kementerian Luar Bandar diwujudkan pada 17 November 1959, bertanggungjawab membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi luar bandar.
  • Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan di peringkat negeri & daerah utk merancang dan selaraskan projek pembangunan luar bandar khususnya menyediakan kemudahan asas.

EKONOMI

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

42 of 50

Rancangan Buku Merah

  • Dilancarkan pada 25 januari 1961, utk memantau projek penyediaan kemudahan asas spt jalan kampung, jambatan, bekalan air dan elektrik. Buku ini diletakkan di Bilik Gerakan Kemajuan Negara

Kekurangan peruntukan menyebabkan program pembangunan spt pembinaan sekolah, pusat kesihatan , penyediaan bekalan air dan elektrik terhalang.

EKONOMI

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

43 of 50

SOSIAL

Pendidikan

  • Kerajaan telah mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
  • Penyata ini memberi penekanan kpd Bahasa Melayu sbg bahasa pengantar di sekolah.

Penubuhan Dewan Bahasa & Pustaka

DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, di bawah Kementerian Pelajaran utk mengukuhkan Bahasa Melayu sbg. bahasa kebangsaan (Fasal 1 Perkara 152) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Rahman Talib

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

44 of 50

Jabatan Penerangan

  • Penubuhannya utk menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam & di luar negara.
  • Hal ini selaras dgn fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan utk menerangkan kpd rakyat tentang falsafah, dasar & wawasan negara terutamanya menjelang merdeka

Kesihatan

  • Pusat kesihatan & hospital bertujuan meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar.
  • Ketika mencapai kemerdekaan tahun 1957, negara mempunyai sebanyak 65 buah hospital.
  • Kementerian kesihatan berperanan utk memulihkan isu sosial serta pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat

SOSIAL

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

45 of 50

Kemudahan Asas

Penyediaan kemudahan asas & infrastruktur diberikan perhatian oleh kerajaan pada awal kemerdekaan. Kemudahan ini disediakan utk meningkatkan taraf hidup & disamping merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dgn bandar, Antara kemudahan yang disediakan ialah bekalan elektrik & air bersih.

SOSIAL

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

46 of 50

Wilayah Pengaruh

  • merujuk kepada kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk PTM
  • PTM terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan,Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pulau Pinang dan Melaka
  • Setiap negeri berdaulat diketuai oleh Sultan atau Raja atau Yang di-Pertuan Besar & Yang Dipertua Negeri.

Kerajaan

  • merupakan institusi bertanggungjawab mengurus & mentadbir negara.
  • Kerajaan terbahagi kepada tiga kompenan utama iaitu Badan Perundangan,Badan Eksekutif & Badan Kehakiman
  • Kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yg dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

47 of 50

Kedaulatan Undang-Undang

  • bermaksud kerajaan & rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang.
  • Kedaulatan undang-undang ini penting utk memastikan keamanan negara dapat dikekalkan.
  • Kandungan perlembagaan PTM 1957 menjadi asas kedaulatan negara yg merdeka & memelihara hak rakyat

Lambang Kebangsaan

  • seperti Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan & bunga kebangsaan merupakan identiti & jati diri rakyat.
  • Lambang ini menjadi simbol perpaduan.
  • Lambang ini mempunyai kedaulatannya tersendiri dan kita perlu memberi penghormatan kepada simbol rasmi negara

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

48 of 50

Pengiktirafan sebagai rakyat

  • Membolehkan kita mendapat hak asasi, iaitu hak yg dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti kebebasan bersuara & mengeluarkan pendapat.
  • Sebagai warganegara kita perlulah mematuhi perlembagaan.
  • Semua pihak bertanggungjawab utk menggunakan hak masing-masing dgn bijak bagi mengekalkan keharmonian & kemakmuran negara

Dewan Rakyat

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

49 of 50

1. Antara berikut merupakan kesan kemerdekaan dari segi sosial di negara kita, kecuali

  1. Jabatan Penerangan dimajukan
  2. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. Perkhidmatan kesihatan ditingkatkan
  4. Pendidikan Inggeris diutamakan

SOALAN OBJEKTIF

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Jom Ingat Semula !

50 of 50

SOALAN OBJEKTIF

2. Apakah kandungan Rancangan Buku Merah yang dilancarkan pada 25 Januari 1961?

  1. Menerangkan tentang kewangan Negara
  2. Mengandungi projek berkaitan kemudahan asas
  3. Ia mengandungi maklumat berkenaan pentadbiran Negara
  4. Memberi maklumat tentang sistem pendidikan negara kita

BAB

10

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Jom Ingat Semula !