1 of 63

WARISAN NEGARA

KSSM SEJARAH TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

BAB 10�SARAWAK DAN SABAH

2 of 63

2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

SARAWAK DAN SABAH

10.1 Sarawak dan Sabah di Alam Melayu

    • Pengenalan
    • Hubungan Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu

10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan

    • Pengenalan
    • Sarawak
    • Sabah

10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah

    • Pengenalan
    • Sarawak
    • Sabah

10.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah

    • Pengenalan
    • Masyarakat Bumiputera Sarawak
    • Masyarakat Bumiputera Sabah
    • Kepentingan Sungai
    • Kesenian
    • Perayaan
    • Tarian
    • Seni bina

3 of 63

10.1 Sarawak dan Sabah di Alam Melayu

3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang Sarawak dan Sabah di Alam Melayu

4 of 63

PENGENALAN

4

  • Sarawak dan Sabah terletak di Alam Melayu - di barat daya hingga utara pulau Borneo
  • kedudukannya - berkait rapat dengan perkembangan yang berlaku di Alam Melayu terutama dalam aspek perdagangan dan keagamaan
  • di kedua-dua kawasan ini - muncul beberapa pelabuhan seiring dengan kemunculan kerajaan masyhur seperti Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara
  • kepesatan kerajaan yang masyhur ini - dorong kemajuan kegiatan perdagangan di Sarawak dan Sabah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

5 of 63

5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • sejak sebelum Masihi - penduduk di Sarawak dan Sabah punyai hubungan dengan Alam Melayu dan dunia luar
  • kemunculan pusat pembuatan tembikar di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah
  • penduduk di Bukit Tengkorak jalankan kegiatan perdagangan dengan kawasan di luar Sabah
  • abad ketiga muncul Chu-Po, iaitu pelabuhan di utara Sabah - pelabuhan ini jadi tempat eksport besi ke Funan dan Champa

6 of 63

6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • abad ketujuh - Santubong muncul sebagai pusat perdagangan utama di Sarawak
  • terdapat penemuan barangan tembikar zaman Dinasti T’ang dan Sung di Santubong
  • pelabuhan ini bekalkan kapur barus, kayu laka, lilin, lebah madu dan kulit penyu
  • abad ke-13, muncul industri peleburan bijih besi di Santubong
  • terdapat beberapa pusat perdagangan muncul di Sarawak - Gedong, Bukit Sandong dan Kalka
  • pusat perdagangan ini jalankan kegiatan perdagangan dengan kerajaan Siam, Vietnam dan China

7 of 63

7

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • kemajuan pesat perdagangan di Sarawak dan Sabah jadi tarikan kepada kerajaan Alam Melayu untuk luaskan pengaruhnya
  • beberapa kawasan di pesisir pantai barat laut Borneo jadi kawasan pengaruh kerajaan Alam Melayu
  • kerajaan Srivijaya pernah luaskan pengaruhnya di selatan Sarawak - kawal perdagangan di Laut China Selatan

Kerajaan Srivijaya

8 of 63

8

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • kerajaan Majapahit punyai pengaruh di Sarawak dan di utara Sabah
  • jumpaan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah - buktikan terdapat hubungan perdagangan antara kerajaan Majapahit dengan penduduk di utara Sabah

9 of 63

9

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • kemerosotan Majapahit telah membawa kepada perkembangan pengaruh kerajaan Sambas, Brunei dan Sulu di kawasan barat dan utara pantai Pulau Borneo.
  • Sarawak - berlaku penyebaran kuasa oleh kerajaan Sambas dan Kesultanan Melayu Brunei
  • kerajaan Sambas ambil peluang daripada kemerosotan Majapahit dengan meluaskan pengaruhnya ke Samarahan, Sadong, Sarawak (Sungai Sarawak), Saribas dan Kalka

10 of 63

10

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • abad ke-14, Kesultanan Melayu Brunei telah muncul dan jalinkan persahabatan dengan kerajaan Sambas
  • persahabatan ini membolehkan kerajaan Sambas serahkan wilayahnya di Sarawak kepada Kesultanan Melayu Brunei
  • Kesultanan Melayu Brunei luaskan pengaruhnya ke utara Borneo
  • kemunculan Kesultanan Sulu di utara Borneo membawa kepada tersebarnya pengaruh mereka di pantai timur laut Borneo

11 of 63

11

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • kebangkitan Kesultanan Melayu Brunei melemahkan pusat perdagangan di Sarawak - tumpuan perdagangan dialihkan ke Brunei
  • Kesultanan Sulu muncul pada abad ke-15 telah tingkatkan kegiatan perdagangan di utara Sabah
  • kawasan ini kaya dengan hasil laut dan hutan terutama sarang burung - jadi tarikan pedagang China
  • kedua-dua kesultanan ini kemudian mengalami kemerosotan menjelang abad ke-19 apabila bersaing dengan kuasa Barat

12 of 63

12

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • Sarawak dan Sabah juga dipengaruhi oleh kedatangan agama Hindu, Buddha dan Islam
  • pengaruh agama ini dibawa secara tidak langsung oleh kerajaan Alam Melayu di kedua-dua kawasan ini
  • pada zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya terdapat tinggalan objek-objek agama Buddha di Santubong
  • terdapat penemuan patung Ganesha di Limbang

13 of 63

13

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

  • pengaruh Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak dan Sabah - bawa penyebaran agama Islam di pesisir pantai Sarawak dan Sabah
  • kesan ketara penyebaran Islam -penerimaan agama Islam oleh kebanyakan penduduk pesisir pantai Sarawak dan Sabah
  • Kesultanan Sulu mainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam di pantai timur Sabah

14 of 63

14

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

KESIMPULAN

  • hubungan antara Sarawak dan Sabah dengan kerajaan Alam Melayu dan pedagang luar - tunjukkan sikap keterbukaan masyarakat di kedua-dua kawasan ini menerima pengaruh dari luar
  • sikap keterbukaan penduduk di kedua-dua kawasan ini - bantu kemajuan perdagangan dan tunjukkan sikap toleransi dalam terima pengaruh agama dari luar

15 of 63

10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan

15

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang kemunculan pemerintahan tempatan

16 of 63

PENGENALAN

16

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • Sarawak dan Sabah - telah wujud beberapa bentuk pemerintahan tempatan yang tersusun dan tersendiri
  • bentuk pemerintahan ini wujud berdasarkan kawasan geografi, iaitu:
  • pedalaman
  • lembah sungai

17 of 63

SARAWAK

17

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • pemerintahan tempatan di Sarawak dibentuk di:
  • pedalaman - bentuk sistem kepimpinan kesukuan mengikut kaum masing-masing
  • lembah terdapat pemerintahan tempatan - berubah kepada pemerintahan wilayah kuasa besar Alam Melayu seperti kerajaan Sambas dan Kesultanan Melayu Brunei

18 of 63

SARAWAK

18

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

1. Kepimpinan Kesukuan

  • di kawasan pedalaman Sarawak - terdapat kepimpinan kesukuan yang berbeza daripada kawasan muara sungai
  • setiap kaum punyai ketuanya yang bebas daripada kawalan mana-mana kuasa dari luar
  • masyarakat Iban - dikenali sebagai Tuai Rumah
  • kaum Kayan - dikenali sebagai Kelunan Maren atau Hipun Uma
  • kaum Kenyah - digelar Peran Lepo
  • kaum Kelabit - dikenali sebagai Laih Rayeh

2. Kepimpinan Lembah Sungai

  • Hubungan dengan kerajaan Alam Melayu membentuk pemerintahan di Sarawak
  • kerajaan
  • wakil raja

19 of 63

SARAWAK

19

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2. Kepimpinan Lembah Sungai

(a) Kerajaan

  • terdapat kerajaan di kawasan lembah sungai - Sawaku, Samadong, Kalka, Saribas dan Melano
  • wujud interaksi antara kerajaan ini dengan kerajaan luar
  • kerajaan ini telah muncul sejak abad ketujuh dan berakhir pada sekitar abad ke-14

(b) Wakil Raja

  • pengaruh kerajaan di Alam Melayu ke atas Sarawak - terbentuknya sistem wakil raja
  • bermula dengan pengaruh kerajaan Majapahit
  • Kerajaan Sambas sambung sistem ini - lantik pemimpin tempatan sebagai wakil mereka
  • Kesultanan Melayu Brunei lantik 2 wakil sama ada wakil terus dari Brunei atau pemimpin tempatan
  • kawasan kekuasaan mereka adalah di sekitar dan sepanjang sungai yang mereka wakili
  • wakil-wakil raja ini jalankan pemerintahan dalam aspek kehakiman, kebajikan dan menjaga keamanan kawasan mereka
  • mereka juga kutip cukai daripada penduduk dan aktiviti perdagangan
  • semasa pentadbiran Kesultanan Melayu Brunei - usaha telah dibuat untuk kuatkan hubungan mereka dengan kaum-kaum di pedalaman
  • Suku kaum di pedalaman ini diiktiraf oleh Kesultanan Melayu Brunei dan diberi gelaran Orang Kaya
  • lokasi mainkan peranan dalam pembentukan pemerintahan tempatan di Sarawak
  • penduduk di lembah sungai ditadbir menerusi kerajaan dan wakil raja
  • penduduk di kawasan pedalaman bentuk pentadbiran berdasarkan suku kaum dan puak tertentu
  • kedua-dua bentuk kepimpinan ini menjelaskan bahawa penduduk Sarawak punyai pentadbiran yang tersusun dan teratur

20 of 63

SABAH

20

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • masyarakat di Sabah punyai sistem pemerintahan tempatan berdasarkan lokasi tertentu
  • masyarakat di kawasan pedalaman Sabah bentuk kepimpinan kesukuan yang hampir sama antara satu kaum dengan kaum yang lain
  • kawasan lembah sungai - pentadbiran kerajaan diketuai oleh wakil raja dan ketua bebas

1. Kepimpinan Kesukuan

  • masyarakat pedalaman punyai kepimpinan kesukuan yang tersusun dan bebas daripada kawalan kuasa-kuasa luar
  • boleh dilihat dalam kepimpinan kesukuan kaum Kadazandusun, Murut dan Orang Sungai
  • kaum Kadazandusun, Murut dan Orang Sungai punyai bentuk kepimpinan yang sama
  • kedua-dua kaum mempunyai seorang ketua - dikenali sebagai Orang Tua
  • Bobohizan/Bobolian bagi kaum Kadazandusun
  • Babalian bagi kaum Murut
  • akan mengurus soal adat dan pantang larang
  • kewujudan petempatan di pedalaman Sabah bentuk kepimpinan kesukuan yang berdasarkan kaum-kaum tertentu
  • keterbukaan kawasan lembah sungai bawa kepada kemunculan 3 corak kepimpinan yang berbeza ikut pengaruh Kesultanan Melayu Brunei, Kesultanan Sulu dan ketua bebas

21 of 63

SABAH

21

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2. Kepimpinan Lembah Sungai

  • kawasan lembah sungai di Sabah terdedah kepada pengaruh Kesultanan Melayu menerusi wakil Brunei, wakil Sulu dan ketua bebas

(a) Wakil Raja

  • pengaruh dari Brunei dan Sulu di Sabah adalah menerusi wakil-wakil raja
  • kuasa pemerintah wakil raja ini adalah dalam aspek kehakiman, menjaga keamanan dan kebajikan penduduk
  • mereka kutip cukai daripada penduduk dan aktiviti perdagangan

(b) Ketua Bebas

  • kepimpinan ini diketuai - seorang ketua bebas tadbir wilayah di muara sungai
  • ketua-ketua bebas terdiri daripada:
  • Syarif Osman - kuasai kawasan Marudu
  • Datu Kurunding - kuasai kawasan Tungku
  • ketua bebas tegakkan kekuasaan dan jalankan undang-undang sendiri
  • punyai pertalian dengan keluarga diraja sama ada dari Brunei, Sulu atau keturunan Arab Sharif
  • penduduk di bawah pemerintahan mereka terdiri daripada pengikut mereka

22 of 63

10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah

22

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak dan Sabah

23 of 63

PENGENALAN

23

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • kedudukan dan tempat tinggal masyarakat di Sarawak dan Sabah pengaruhi kegiatan harian mereka

  • bentuk muka bumi di Sarawak dan Sabah ini boleh dibahagikan kepada 3 kawasan, iaitu:
  • pedalaman
  • muara sungai atau lembah sungai
  • pesisir pantai

24 of 63

SARAWAK

24

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Lokasi

Kegiatan

Kaum

Pedalaman

  • Mengutip hasil hutan
  • Memburu haiwan liar
  • Menanam padi
  • Kenyah
  • Kayan
  • Iban
  • Kelabit
  • Penan
  • Punan

Lembah Sungai

  • Menanam padi
  • Menanam buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Melayu
  • Melanau
  • Iban
  • Bidayuh
  • Bisaya

Pesisir Pantai

  • Perdagangan
  • Menangkap ikan
  • Membuat perahu
  • Perusahaan sagu
  • Melayu
  • Melanau
  • Kedayan

25 of 63

SABAH

25

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Lokasi

Kegiatan

Kaum

Pedalaman

  • Mengutip hasil hutan
  • Memburu haiwan liar
  • Mengutip sarang burung
  • Murut

Lembah Sungai

  • Menanam padi
  • Menanam buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Kadazandusun
  • Rungus
  • Orang Sungai

Pesisir Pantai

  • Perdagangan
  • Menangkap ikan
  • Membuat perahu
  • Perusahaan sagu
  • Melayu Brunei
  • Bajau
  • Iranun
  • Suluk

26 of 63

RUMUSAN

26

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • masyarakat Sarawak dan Sabah bijak memanfaatkan alam sekitar dalam mengembangkan kegiatan ekonomi mereka

  • kebijaksanaan ini telah mendorong mereka mempelbagaikan sumber keluaran harian dan sumber ekonomi demi kelangsungan kehidupan

27 of 63

10.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah

27

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang keunikan masyarakat bumiputera Sarawak dan Sabah

28 of 63

PENGENALAN

28

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

penduduk Sarawak dan Sabah yang berbilang kaum dan budaya menyebabkan kawasan ini memiliki keunikan tradisi dan warisan yang tersendiri

29 of 63

MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

29

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • keunikan masyarakat bumiputera di Sarawak boleh dilihat dari segi kepelbagaian kaumnya seperti Iban, Melayu, Orang Ulu, Bidayuh dan Melanau
  • terdapat beberapa lagi kaum bumiputera yang lain seperti Bisayah, Bukitan, Dusun, Kedayan, Kajang, Kejaman, Lahanan, Lisum, Lugat, Sebop, Sekapan, Sipeng, Tagal, Tanjong dan Ukit
  • kepelbagaian ini disebabkan oleh sejarah budaya setiap kaum yang berbeza-beza
  • kepelbagaian kaum ini juga merupakan keunikan masyarakat Sarawak yang berlainan latar belakang

30 of 63

MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

30

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Iban

  • berasal dari Sungai Kapuas
  • mula berhijrah
  • menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang hingga Sungai Baram

Melayu

  • bermula dengan kemunculan kerajaan-kerajaan awal di Sarawak
  • menetap di kawasan pesisir pantai Sarawak

31 of 63

MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

31

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Bidayuh

  • berasal dari Sungkung, Kalimantan
  • berhijrah ke selatan Sarawak

Melanau

  • sejak dari dahulu mendiami kawasan tengah Sarawak

Orang Ulu

  • terdiri daripada pelbagai kaum
  • mendiami kawasan pedalaman Sarawak
  • terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Punan
  • kaum Kayan dan Kenyah berasal dari Sungai Kayan
  • berhijrah ke kawasan hulu Sungai Rajang, Balui, Baram dan Hulu Kemena

32 of 63

PENGENALAN

32

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • masyarakat bumiputera Sabah unik dari segi kepelbagaian kaumnya
  • kepelbagaian sejarah budaya setiap kaum menyebabkan masyarakat di Sabah mempunyai keunikan tradisi yang tersendiri
  • keunikan kaum ini boleh dilihat mengikut kaum-kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau, Suluk dan Orang Sungai
  • terdapat beberapa kaum lain di Sabah seperti Balabak atau Molbog, Binadan, Bisaya, Bulungan, Idahan, Kadayan, Berunai, Iranun, Cocos, Lundayeh, Rungus, Tagaas dan Tatana

33 of 63

MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH

33

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kadazandusun

  • mendiami kawasan Penampang, Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau
  • menurut catatan sejarah - nama Dusun diberi oleh orang Brunei - bermaksud petani pedalaman berhijrah ke selatan Sarawak

Bajau/Sama

  • terdapat 2 pendapat tentang asal usul kaum Bajau/ Sama, iaitu dari:
  • Sambaungan (Zamboanga)
  • Johor
  • menetap di kawasan pantai timur dan pantai barat Sabah
  • keunikan bagi tinggal di kawasan pantai barat Sabah - budaya menunggang kuda

34 of 63

MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH

34

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Murut

  • tinggal di kawasan Tenom hingga Kalabakan
  • menurut catatan sejarah, nama Murut diberikan oleh orang Brunei - bermaksud orang bukit atau orang dari pedalaman pergunungan yang terpencil

Suluk

  • berasal dari Kepulauan Sulu
  • ramai yang menetap di Kawasan pantai timur Sabah

Orang Sungai

  • kebanyakannya tinggal di Sungai Kinabatangan, Sungai Sugut, Sungai Paitan dan Sungai Labuk
  • dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat tinggal seperti Dumpas dan Buludupi

35 of 63

KEPENTINGAN SUNGAI

35

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • sungai memainkan peranan penting kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah sejak turun temurun
  • kepentingannya boleh dilihat hingga hari ini
  • sungai digunakan dalam kegiatan harian penduduk seperti:
  • alat perhubungan
  • kawasan petempatan
  • sumber rezeki
  • kegiatan perdagangan
  • aktiviti rekreasi
  • sungai pengaruhi kehidupan masyarakat di Sarawak dan Sabah fungsi sungai masih kekal hingga hari ini
  • kepentingan sungai menunjukkan terdapat persamaan dengan petempatan awal dan pengasasan kerajaan Alam Melayu

36 of 63

KEPENTINGAN SUNGAI

36

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kegunaan Harian

  • sumber bekalan air untuk minum, mandi dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk

Pengangkutan

  • sampan dan bot jadi pengangkutan utama untuk membawa penumpang dan barang melalui sungai

Petempatan

  • sungai jadi kawasan petempatan yang dikenali sebagai kampung air

37 of 63

KEPENTINGAN SUNGAI

37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kegiatan Rekreasi

  • sungai menjadi tempat kegiatan rekreasi seperti pesta regata dan acara perahu berhias

Perdagangan

  • masyarakat menjalankan kegiatan perdagangan dan jual beli di sungai sejak zaman-berzaman

Sumber Rezeki

  • sungai merupakan sumber rezeki kepada penduduk di kawasan sekitar sungai

38 of 63

KESENIAN

38

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • penghasilan barang kesenian merupakan keunikan masyarakat di Sarawak dan Sabah
  • barangan yang dihasilkan mempunyai pelbagai kegunaan dan dihiasi dengan pelbagai motif yang menarik
  • pada peringkat awal, barangan kesenian yang dihasilkan adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual secara kecil-kecilan untuk sara diri
  • apabila terdapat lebihan dan permintaan, barangan kesenian ini dikomersialkan dan didagangkan
  • kegiatan ini menambahkan pendapatan masyarakat

39 of 63

SARAWAK

39

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Tenunan Kain

  • Pua Kumbu - hasil kerja tangan kaum Iban yang dibuat daripada kain kapas
  • Pua Kumbu - digunakan dalam pelbagai majlis seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian
  • Keringkam - kerja tangan kaum Melayu yang dibuat daripada pelbagai jenis kain seperti kain kapas dan kain sutera
  • kain tersebut disulam dengan benang emas, perak dan tembaga

40 of 63

SARAWAK

40

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kraf Tangan

  • basong untuk memburu
  • Sintung Duduk dihasilkan oleh kaum Iban untuk bawa benih padi
  • lanji untuk bawa hasil padi
  • Orang Ulu pula hiasi bakul mereka dengan manik
  • simbol-simbol naga, manusia, burung kenyalang dan harimau yang dihiasi pada bakulnya digunakan oleh golongan atasan

  • kaum Melanau hasilkan
  • penutup kepala - terendak. digunakan semasa kerja-kerja harian dan adat tertentu, termasuk Pesta Kaul.

41 of 63

SARAWAK

41

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pertukangan

  • Tiang Totem dihasilkan oleh Orang Ulu yang melambangkan status masyarakat
  • hanya mayat golongan atasan boleh diletak tinggi di atas tiang ini
  • Patung Burung Kenyalang - lambang kepahlawanan kaum Iban
  • ukiran patung ini digunakan sebagai pemberi semangat kepada pahlawan Iban
  • patung ini jadi penjaga rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit

42 of 63

SABAH

42

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Tenunan Kain

  • kaum Rungus menggubah Inavol dan hasilkan selendang yang berwarna-warni
  • kaum Iranun hasilkan kain dastar yang biasa digunakan sebagai tanjak

43 of 63

SABAH

43

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kraf Tangan

  • masyarakat di kawasan pedalaman hasilkan bakul yang punyai pelbagai kegunaan seperti
  • wakid untuk bawa barang yang besar
  • tayen untuk bawa hasil dari kebun dan barang hantaran perkahwinan
  • buan sebagai tempat simpan barang
  • kaum Bajau/Sama hasilkan pelbagai barangan yang berwarna-warni daripada daun serdang seperti tikar pandan dan duang (tudung saji)

44 of 63

SABAH

44

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pertukangan

  • kaum Bajau/Sama masih mewarisi cara pembuatan barangan besi seperti
  • Guuk dan Badi' untuk memotong rumput
  • Pida' untuk upacara perkahwinan

45 of 63

PERAYAAN

45

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • merupakan warisan masyarakat Sarawak dan Sabah yang unik sambutan perayaannya penuh dengan adat yang diamalkan sejak zaman-berzaman dan kekal hingga hari ini
  • setiap perayaan mempunyai sejarah tradisinya yang tersendiri dan unik

46 of 63

PERAYAAN

46

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • punyai pelbagai perayaan yang berdasarkan kaum
  • kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu merayakan Pesta Menuai atau Gawai Dayak
  • bagi masyarakat Iban - upacara Miring diadakan semasa Gawai Dayak
  • upacara ini dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada petara atau tuhan
  • salah satu keunikan Gawai Dayak - acara Kumang dan Keling Gawai, iaitu pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan

Sarawak

47 of 63

PERAYAAN

47

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sarawak

  • kaum Bisaya dan Kadayan - adakan Pesta Babulang dan Makan Tahun
  • Pesta Babulang - pesta menuai
  • Makan Tahun diadakan sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani
  • kaum Melanau adakan Pesta Kaul bertujuan - elak malapetaka buruk oleh roh jahat yang dipanggil sebagai Ipok

48 of 63

PERAYAAN

48

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

  • salah satu perayaan unik dalam masyarakat Sabah - Pesta Kaamatan
  • dari segi sejarah dan budaya, perayaan ini diraikan oleh penduduk Kadazandusun dan Murut
  • perayaan ini - simbol kesyukuran untuk raikan semangat padi atau Bambaazon atau Bambarayon
  • upacara kesyukuran kepada semangat padi ini dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian
  • dengan melakukan upacara kesyukuran ini, penduduk berharap agar tahun hadapan mereka akan dapat lebih banyak hasil tuaian padi
  • antara acara yang diadakan dalam pesta ini termasuklah pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau
  • acara ini berkaitan dengan asal usul pengorbanan Huminodun

49 of 63

PERAYAAN

49

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

  • Pesta Regata Lepa - perayaan memperingati peranan lepa dalam kehidupan kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah
  • dalam perayaan ini, kaum Bajau/Sama menghiasi lepa
  • pelbagai acara lain diadakan - perlumbaan perahu

50 of 63

TARIAN

50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sarawak

  • kepelbagaian kaum di Sarawak membawa kepada kelahiran pelbagai persembahan tarian yang unik dan menarik
  • dapat dilihat dengan kepelbagaian pakaian, alatan tarian dan rentak tariannya yang berbeza-beza antara satu kaum dengan kaum yang lain

51 of 63

TARIAN

51

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sarawak

Ngajat

  • ditarikan oleh kaum Iban dan Orang Ulu
  • terdapat beberapa jenis tarian Ngajat Iban seperti Ngajat Indu dan Ngajat Lesung
  • ditarikan sebagai pemberi semangat kepada para pejuang yang hendak pergi berperang

Tarian Datun Julud

  • berasal daripada kaum Orang Ulu
  • lambang kegembiraan dan terima kasih
  • penarinya - wanita yang memakai pakaian berwarna-warni dengan perhiasan kepala
  • bulu burung kenyalang digunakan semasa menari
  • diiringi oleh alat muzik tradisional - sape.

Bermukun

  • acara bergendang
  • keunikannya - gendangnya yang dipalu oleh wanita dan penarinya hanya lelaki
  • biasa ditarikan semasa majlis perkahwinan
  • smasa bermukun, para pemukul gendang akan berbalas pantun

52 of 63

TARIAN

52

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

  • memiliki pelbagai jenis tarian yang diwarisi sejak zaman-berzaman
  • setiap kaum memiliki tarian yang unik dan berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain
  • begitu juga dengan hiasan baju penari, peralatan yang digunakan dan gerak tarinya

53 of 63

TARIAN

53

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

Sumazau

  • tarian kaum Kadazandusun
  • terdapat variasi tarian ini ikut kawasan seperti di Penampang dan Papar
  • ditarikan semasa Pesta Kaamatan dan majlis keramaian
  • perkataan Sumazau diambil daripada perkataan “sazau” - merujuk pergerakan tangan penari seperti seekor burung helang

Magunatip

  • ditarikan oleh kaum Murut di kawasan pedalaman
  • tarian menggunakan 2 batang buluh
  • ditarikan semasa majlis keramaian

Limbai

  • tarian kaum Bajau/Sama dari pantai barat Sabah
  • ditarikan secara berpasangan
  • pasangan wanita akan memakai sarimpak (hiasan kepala)
  • ditarikan semasa majlis perkahwinan dan majlis keramaian

54 of 63

SENI BINA

54

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • dalam aspek seni bina, masyarakat Sarawak dan Sabah mempunyai sejarah pembinaan rumah yang unik
  • setiap seni bina ini walaupun kelihatan mempunyai persamaan tetapi terdapat ciri-ciri tersendiri dan unik

55 of 63

SENI BINA

55

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sarawak

  • terdapat tiga bentuk seni bina yang unik, iaitu rumah panjang, rumah tinggi dan rumah baruk
  • seni bina rumah di Sarawak punyai persamaan dari segi bahan binaannya, iaitu menggunakan sumber hutan
  • setiap kaum menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk membentuk seni bina yang tersendiri

56 of 63

SENI BINA

56

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sarawak

Rumah Panjang

  • seni bina kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu
  • dibina untuk tujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk
  • di rumah panjang
  • fungsi:
  • jadi tempat tinggal,
  • tempat berinteraksi
  • adakan acara-acara perayaan
  • bahan pembuatan:
  • Kayu keras digunakan - kayu belian
  • Atapnya dibuat daripada daun tebal - daun rumbia

57 of 63

SENI BINA

57

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sarawak

Rumah Tinggi

  • hasil binaan unik kaum Melanau
  • fungsi:
  • dibina tinggi - 10 meter dari aras tanah
  • untuk elak serangan musuh
  • bahan pembuatan:
  • kayu keras dan bulat - belian jadi bahan utama dalam pembuatan rumah ini

58 of 63

SENI BINA

58

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sarawak

Rumah Baruk

  • seni bina tersendiri yang dihasilkan oleh kaum Bidayuh
  • seni bina baruk - bulat dan berbentuk kon dengan puncaknya dihiasi dengan lambang burung kenyalang
  • fungsi:
  • jadi tempat menyimpan tengkorak, menyimpan senjata, pusat ritual, mesyuarat dan majlis sosial yang lain
  • bahan pembuatan:
  • kayu keras - belian digunakan untuk membina baruk
  • atapnya ditutup dengan daun rumbia
  • dinding diperbuat daripada buluh.

59 of 63

SENI BINA

59

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

  • terdapat juga rumah panjang
  • rumah panjang ini direka dengan beberapa ciri tersendiri dan unik
  • keunikan seni bina masyarakat Sabah ini terserlah lagi dengan menjadikan perahu sebagai kediaman di kawasan pantai timur Sabah
  • pembinaan rumah masyarakat Sabah sangat unik
  • mereka menggunakan kebijaksanaan untuk hasilkan rumah yang punyai ciri-ciri budaya mereka sendiri

60 of 63

SENI BINA

60

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

  • rumah panjang kaum Rungus - dikenali sebagai Vinatang
  • keistimewaannya - bilik tidur dibina dengan kedudukan kepala pada sudut tepat arah Gunung Kinabalu
  • fungsi:
  • menjadi kediaman
  • kubu pertahanan daripada serangan musuh
  • mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-ahlinya
  • bahan pembuatan:
  • kayu bulat, buluh, kulit kayu dan daun nipah

Rumah Panjang Rungus

Apad – tempat berkumpul untuk majlis-majlis tertentu dan tempat santai bersana-sama penghuni rumah panjang

Ongkob – merupakan ruang bilik keluarga

61 of 63

SENI BINA

61

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

  • kaum Murut juga membina rumah panjang
  • terdapat pelbagai nama merujuk rumah panjang Murut seperti Tulus dan Pahun
  • fungsi:
  • dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan
  • keunikan rumah panjang ini boleh dilihat dengan pintu rumahnya yang dibina di tepi rumah
  • terdapat ruang memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga
  • di bahagian tengah, terdapat tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran
  • bahan pembuatan:
  • kayu bulat, kulit kayu dan daun tolidus.

Rumah Panjang Murut

62 of 63

SENI BINA

62

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Sabah

  • merupakan perahu yang dibuat oleh kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah
  • untuk mengangkut barang
  • dijadikan tempat kediaman
  • bahan pembuatan:
  • diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir
  • bahagian atapnya pula diperbuat daripada daun nipah
  • apabila lepa hendak dibuat beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti hari dan bulan untuk mengambil kayu dan bahan lain untuk membuatnya

Lepa

63 of 63

TERIMA KASIH

Unit Sejarah

603-8884 2000

http://bpk.moe.gov.my/

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN SELANGOR