1 of 28

EKM 322 KESUSASTERAAN MELAYU

TUGASAN (100%)

2 of 28

BAHAGIAN D (20 MARKAH) 7-8 halaman

Huraikan dua jenis sastera Melayu Tradisional berserta ciri-ciri utama dan contoh karya yang berkaitan

Jelaskan bagaimana karya tersebut mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu dahulu.

3 of 28

Pengenalan

  • Sastera ini bukan sekadar hiburan, tetapi merupakan arkib pemikiran, sistem nilai, dan struktur sosial masyarakat Melayu lama.

  • Secara umumnya, Sastera Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu Sastera Rakyat (Lisan) dan Sastera Istana (Tulisan).

4 of 28

Sastera Rakyat (Lisan)

  • Sastera rakyat merupakan hasil kreatif yang lahir daripada rakyat. Sastera rakyat bersifat kolektif dan disampaikan melalui pertuturan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Ciri-ciri Utama:

  • Penyampaian secara Lisan: Cerita disebarkan melalui mulut ke mulut. Hal ini menyebabkan munculnya pelbagai versi cerita yang sama mengikut daerah.
  • Bersifat Anonim: Identiti pengarang asal tidak diketahui kerana karya ini dianggap sebagai hak milik bersama masyarakat (kolektif).
  • Fungsi Didaktik dan Hiburan: Selain mengisi masa lapang, sastera rakyat berfungsi sebagai alat kawalan sosial dan pendidikan moral bagi kanak-kanak.
  • Penggunaan Bahasa Rakyat: Bahasanya mudah difahami, penuh dengan kiasan, peribahasa, dan dialek tempatan.

5 of 28

Contoh Karya:

  • Salah satu contoh yang paling ikonik ialah Cerita Jenaka, seperti Cerita Lebai Malang, Pak Pandir .

  • Selain itu, terdapat Cerita Binatang seperti Hikayat Sang Kancil dan Cerita Penglipur Lara/Pelipulara seperti Hikayat Malim Dewa.

6 of 28

INFOGambar Penglipulara

7 of 28

Sastera Istana (Tulisan/Epik)

  • Sastera istana muncul setelah masyarakat Melayu menerima pengaruh tulisan (mula-mula Pallawa/Sanskrit, kemudian Jawi).

  • Karya ini berkembang dalam lingkungan istana dan ditulis oleh pujangga atau khatib atas titah raja.

8 of 28

Ciri-ciri Utama Sastera Istana�

  • Istanasentrik: Cerita berpusat pada kehidupan raja, permaisuri, dan pembesar. Latar tempatnya adalah di istana atau kayangan.

  • Unsur Mitos dan Legenda: Seringkali memasukkan unsur luar biasa untuk mengangkat martabat raja (daulat). Contohnya, raja digambarkan berasal daripada keturunan dewa atau tokoh agung seperti Raja Iskandar Zulkarnain.

  • Bahasa Istana (Bahasa Dalam): Menggunakan kosa kata yang halus dan khusus seperti santap, beradu, titah, dan gerangan.

  • Tujuan Dokumentasi dan Propaganda: Berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah dan mencatatkan salasilah keturunan raja.

9 of 28

Ciri

Sastera Rakyat

Sastera Istana

Penyebar

Rakyat jelata/ Tukang Cerita

Pujangga Istana/ Penulis

Fokus

Kehidupan seharian/Alam binatang

Kedaulatan Raja/ Salasilah

Sifat Teks

Dinamik (berubah-ubah)

Statik (bertulis)

Nilai Utama

Keadilan sosial & Moral

Kesetiaan & Keperwiraan

10 of 28

Contoh Karya 1:

  • Karya agung yang paling tersohor ialah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah.

  • Karya-karya ini merupakan cerminan (mikrokosmos) kehidupan sosial, politik, dan ekonomi masyarakat Melayu tradisional.

11 of 28

Contoh 2: Pantun

  • Pantun merupakan genre puisi asli masyarakat Melayu yang paling popular dan masih digunakan hingga kini.
  • Ciri-ciri Utama: Struktur Terikat: Mempunyai pembayang (dua baris awal) dan maksud (dua baris akhir).
  • Rima Akhir: Mempunyai rima yang tetap, biasanya a-b-a-b untuk pantun empat kerat.
  • Menggunakan unsur alam sebagai simbolik untuk menyampaikan perasaan atau pemikiran.

  • Contoh: Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan;

Biar jauh di negeri satu,

Hilang di mata di hati jangan.

12 of 28

��Jelaskan bagaimana karya tersebut mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu dahulu.��

  • Karya-karya ini merupakan cerminan (mikrokosmos) kehidupan sosial, politik, dan ekonomi masyarakat Melayu tradisional.

  • Karya-karya sastera ini bertindak sebagai "cermin" yang memantulkan sosiobudaya masyarakat Melayu lama.

  • Melalui Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, kita melihat konsep "Kesetiaan Tidak Berbelah Bahagi". Kehidupan masyarakat dahulu sangat bergantung pada institusi beraja.

  • Hubungan antara raja dan rakyat diikat oleh kontrak sosial (Waadat) yang digambarkan dalam kisah Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Hal ini mencerminkan masyarakat yang sangat menghormati hierarki dan kedaulatan pemerintah.

13 of 28

Nilai Moral dan Kebijaksanaan (Sastera Rakyat)

  • Dalam sastera rakyat seperti Hikayat Sang Kancil, masyarakat Melayu dahulu menunjukkan penghargaan yang tinggi terhadap "Akal Budi". Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan gergasi atau buaya bukan dengan kekuatan fizikal, tetapi dengan kebijaksanaan.

  • Perkara ini mencerminkan realiti rakyat jelata yang mungkin lemah dari segi kuasa politik atau ekonomi, tetapi memuliakan kecerdikan untuk kelangsungan hidup.

14 of 28

Kepercayaan dan Kosmologi

  • Kedua-dua jenis sastera ini mencerminkan transisi kepercayaan masyarakat. Terdapat percampuran antara unsur animisme (semangat hutan), Hindu-Buddha (konsep dewa-dewi), dan Islam (konsep takdir dan syariat).

  • Contohnya, dalam sastera rakyat, unsur magis sangat tebal, menunjukkan masyarakat dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi dan menganggap alam mempunyai "nyawa" yang perlu dihormati.

15 of 28

INFO

Maksud Kosmologi dalam Sastera

  • Pandangan dunia masyarakat – bagaimana mereka memahami alam, manusia, dan kuasa ghaib.
  • Kepercayaan tentang asal-usul – cerita mengenai penciptaan dunia, manusia, dan makhluk lain.
  • Hubungan manusia dengan alam dan Tuhan – menekankan keseimbangan, keharmonian, serta rasa hormat terhadap kuasa yang lebih tinggi.
  • Simbol dan kiasan – digunakan untuk menjelaskan fenomena alam atau peristiwa ghaib yang sukar difahami secara logik.

16 of 28

INFO

Contoh Kosmologi dalam Sastera Melayu

  • Hikayat Merong Mahawangsa – mengisahkan asal-usul kerajaan Kedah dengan campuran unsur mitos naga dan kuasa luar biasa.
  • Cerita rakyat tentang Sang Kelembai– menggambarkan kuasa ghaib yang boleh mengubah manusia menjadi batu, melambangkan kepercayaan masyarakat terhadap kuasa alam.
  • Mitos penciptaan alam – dalam sesetengah cerita rakyat, dunia digambarkan bermula daripada air atau makhluk kosmik, menunjukkan pandangan kosmologi masyarakat tradisional.

17 of 28

Cerminan Ekonomi dan Cara Hidup

  • Latar tempat dalam cerita rakyat (sawah, sungai, laut) mencerminkan aktiviti ekonomi sara diri.

  • Cerita seperti Bawang Putih Bawang Merah menggambarkan kehidupan kampung yang terikat dengan norma kekeluargaan dan kejiranan, iaitu kejahatan (hasad dengki) akan sentiasa mendapat balasan, manakala kesabaran akan membuahkan hasil.

18 of 28

(Perkara yang perlu disertakan dalam esei ini), iaitu�Pendapat tokoh.

Contoh:

  • Menurut Ismail Hamid (1987), sastera rakyat berfungsi sebagai alat pendidikan yang paling berkesan dalam masyarakat tanpa tulisan.

  • Sastera istana pula, seperti yang dihujahkan oleh Mana Sikana (2015), bertujuan untuk melegitimasikan kuasa raja melalui naratif mitos.

19 of 28

Kesimpulan

  • Sastera Melayu Tradisional iaalah "suara" nenek moyang kita. Sastera rakyat membawa suara hati nurani dan didikan moral masyarakat awam, manakala sastera istana membawa visi politik dan identiti kenegaraan.

  • Dengan memahami kedua-duanya membolehkan kita melihat cara masyarakat Melayu dahulu membina tamadun melalui keseimbangan antara kuasa (istana) dan nilai murni (rakyat).

20 of 28

Kesimpulan

  • Sastera Melayu Tradisional bukan sekadar hiburan, malah merupakan wadah penyampaian ilmu, adab, dan sejarah.

  • Melalui watak seperti Hang Tuah, kita melihat nilai kesetiaan, manakala melalui Pantun, kita melihat kehalusan budi bahasa orang Melayu.

21 of 28

Rujukan

Anuar Rethwan. (2007). Sastera rakyat: Suatu pengenalan. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid. (1987). Perkembangan sastera rakyat Melayu. Fajar

Bakti.

Mana Sikana. (2015). Kritikan sastera: Teori dan kaedah. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman. (1974). Kesusasteraan Melayu lama. Federal

Publications.

Siti Zainon Ismail. (2003). Tekstur sastera dan budaya. Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

22 of 28

BAHAGIAN E: [30 markah] – Jawapan hendaklah ditulis kira-kira 10 halaman [tidak termasuk lembaran kerja, alat bantuan mengajar]

  • Untuk bahagian ini, anda kehendaki menggubal rancangan pelajaran untuk pengajaran ‘Sastera Melayu’. Berikan contoh ayat yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk.

Garis Panduan:

  • Pilih salah satu aspek dalam bidang sastera [contoh – puisi, sajak, syair, gurindam dan seloka]
  • Rancangan Pelajaran Harian – masa = 60 minit
  • Tentukan banyak mana aspek sastera yang boleh diajar dalam tempoh 60 minit.

23 of 28

24 of 28

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahun 4

  • Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
  • Tahun: 4
  • Tema: Seni Bahasa/Kebudayaan
  • Tajuk: Indahnya Pantun (Pantun Nasihat/Keluarga)
  • Fokus Utama: 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera (Pantun).
  • Standard Kandungan: 4.2.1 Melafazkan pantun yang mengandungi nasihat dengan intonasi yang betul dan memahami maksudnya 

  • Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran, murid dapat:
    • Melafazkan sekurang-kurangnya dua rangkap pantun dengan intonasi yang betul dan menarik.
    • Menjelaskan maksud pantun yang dipelajari dengan betul

25 of 28

Mata Pelajaran :

Bahasa Melayu

Tahun

4

Tema

Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

Tajuk

Indahnya Pantun (Pantun Nasihat/Keluarga)

Masa

60 Minit

Standard Kandungan

4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

Standard Pembelajaran

4.2.1 Melafazkan dan menjelaskan maksud pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

�1. Melafazkan sekurang-kurangnya dua rangkap pantun dengan intonasi yang betul dan menarik.

�2. Menjelaskan maksud bagi dua rangkap pantun yang dipelajari dengan betulnya.

Sistem Bahasa

Sebutan dan Intonasi, Rima Akhir.

Pengisian Kurikulum

Nilai Murni: Kasih sayang, menghormati ahli keluarga, kebijaksanaan.

EMK: Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan (bekerja dalam kumpulan).

Bahan Bantu Belajar

Klip video pantun, slaid PowerPoint, kad pantun, pembesar suara.

26 of 28

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 Minit)

Video/Audio Pantun

1. Guru menayangkan video persembahan pantun.

�2. Murid dan guru bersoal jawab: "Pernahkah anda mendengar puisi ini?"

�3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

BBB: Video/Audio

KB: Menghubung kait

Langkah 1

(15 Minit)

Teknik Melafaz Pantun

4. Murid dipaparkan slaid pantun sebagai contoh.

�2. Murid ditunjukkan cara oleh guru melafazkan pantun dengan sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.

�3. Murid mengikut lafazan guru secara kelas dan individu.

BBB: Slaid PPT

Teknik: Demonstrasi / Mimicry

27 of 28

Langkah 2

(15 Minit)

Bedah Maksud Pantun

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (Aktiviti Think-Pair-Share).

�2. Setiap kumpulan diberikan 'Kad Pantun Nasihat'.

�3. Murid berbincang untuk mencari maksud pantun berdasarkan 'maksud' (baris 3 & 4).

�4. Wakil kumpulan membentangkan maksud pantun.

BBB: Kad Pantun

PAK-21: Think-Pair-Share

Nilai: Kerjasama

Langkah 3

(20 Minit)

Aplikasi & Kreativiti

1. Aktiviti "Gema Pantun": Pertandingan melafaz pantun secara kreatif antara kumpulan.

�2. Murid digalakkan menggunakan gaya badan yang sesuai.

�3. Rakan-rakan memberi skor berdasarkan kriteria kelancaran dan sebutan.

PAK-21: Persembahan / Gallery Walk

KP: Muzikal / Linguistik

Penutup

(5 Minit)

Rumusan

Kognitif

Sosial

Guru dan murid merumuskan nilai murni yang terdapat dalam pantun (nasihat keluarga).

�2. Guru memberi pujian atas penglibatan aktif murid.

Nilai: Kasih Sayang

Pentaksiran: Pemerhatian

28 of 28

PERHATIAN

  1. Pastikan ada BBM yang dilampirkan.
  2. Sila baca semua maklumat berkaitan dengan

tugasan ini.