PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
Penerapan Jurulatih Kanan Negeri2022
JABIT BIN SOPINING
STANLEY ANAK VINCENT
SOALAN 3
Tajuk :Perkhemahan Kecemerlangan Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022.
Sasaran : Murid Tingkatan 4
Peruntukkan : OS42000 sebanyak RM4, 500.00
OS21000 sebanyak RM1,800.00
Tempoh : 4 hari 3 malam
Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri (Kem Santubong)
Taklimat Urus Setia &
Penyelarasan program : 8.00 Pagi
Pendaftaran Peserta :10.30 pagi
1.0 TAJUK
Perkhemahan Kecemerlangan Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022
2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan Yang Berbahagia Datu Dr. Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak berhubung cadangan menganjurkan program serta punca kuasa bagi melaksanakan program tersebut
3.0 LATAR BELAKAN
Pusat Kokurikulum Negeri merupakan pusat latihan berasaskan pendidikan luar yang dapat mendedahkan murid, pelajar dan guru kepada situasi sebenar berkaitan dengan alam semulajadi dengan mempraktikkan teori-teori yang djpelajari dalam bilik darjah. Program ini merupakan salah satu program wajib Pusat Kokurikulum di peringkat negeri yang telah diselaraskan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementeriari Pendidikan Malaysia untuk djlaksanakan oleh Pusat Kokurikulum Negeri.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan interektual maka pendidikan luar diwujudkan sebagai pelengkap proses pengajaran dan pemberajaran melalui aktiviti-aktiviti pendidíkan luar yang terancang. Peserta akan melalui sendiri pengalaman sebenar sekaligus dapat membentuk sahsiah, jati diri serta nilai-nilaí murni yang dísasarkan.
4.0 PERINCIAN CADANGAN/STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 OBJEKTIF
Melalui program perkhemahan ini, diharap para peserta akan dapat :
4.1.1 Kognatif
4.1.2 Psikomotor
4.1.3 Afektif
4.2 Tarikh dan Tempat Perlaksanaan
4.2.1 Tarikh Dan Tempat Pelaksanaan
4.3 Kumpulan Sasaran
4.4 Kríteria Pemilihan Peserta
Peserta hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti di berikut :
4.4.1 Terdiri daripada murid Tingkatan 4
4.4.2 Tahan lasak, sihat fizikal, mental
4.4.3 Boleh Berbasikal
4.4.4 Mempunyai minat dalam aktiviti ruar dan tidak pernah mengikuti perkhemahan di Pusat Kokurikulum Negeri.
4.5 Bilangan Penyertaan Mengikut Daerah
4.6 Bilangan Penyertaan Mengikut Sekolah
4.7 Tentatif Program
5.0 ASAS PERTIMBANGAN
Program ini diharap dapat melahirkan murid yang berkualiti dan berwawasan. Perkhemahan ini bertujuan mempertingkatkan amalan dalam membantu mempertingkatkan prestasi akademik murid dengan memberi motivasi dan dorongan kepada murid-murid. Seterusnya meningkatkan kesedaran diri yang positif dalam diri setiap murid.
Melatih murid supaya berfikir secara positif iaitu Aku Boleh! Memandangkan prestasi murid adalah lemah dalam pelajaran mereka diberi pendedahan dalam aspek Belajar Cara Belajar yang berkesan dan seterusnya menjadi budaya belajar kepada murid-murid disamping meningkatkan tekad dan azam diri murid-murid untuk mencapai kecemerlangan. Seterusnya kem in dapat membantu murid-murid meningkatkan Kecemerlangan dan semangat belajar dikalangan murid-murid.
6.3 Risiko Penyakit Berjangkit
6.3.1 Pihak penganjur dan peserta wajib menjalankan saringan kendiri sebelum menghadiri program. Pegawai dan peserta yang bergejala tidak dibenarkan menghadiri program.
6.3.2 Hanya pegawai yang tetah menerima vaksinasi lengkap Covid-19 (3 dos) dibenarkan hadir bertugas.
6.3.3 Semua pegawai dan peserta dikehendaki mematuhi SOP Protokol Kesihatan yang berkuatkuasa.
6.3.4 Penginapan pegawai dan peserta adalah tertakluk kepada kapasiti mang dengan penjarakan fizikal.
6.4 Risiko Ketidakhadiran Peserta I Jurulatih I Urusetia
6.4.1 Pihak pengelola menyediakan peserta ganti dari sekolah terdekat atau sekolah-sekolah yang bersedia menyediakan peserta ganti untuk memenuhi kuota.
6.4.2 Pengetola akan mendapat maklum balas awal jurulatih yang dilantik bertugas dan mencari ganti bagi yang tidak dapat hadir bertugas.
6.5 Pengurusan Peserta Sakit / Berjangkit
6.5.1 Ahli Jawatankuasa Kecemasan akan bertindak membawa pesakit ke klinik berdekatan atau hospital. Pegawai dan peserta yang bergeja!a ketika program sedang berlangsung akan dirujuk ke hospital yang terdekat.
6.6 Keadaan Cuaca Di Luar Jangkaan I Kebakaran
6.6.1 Peserta akan dikumpulkan di tempat khas semasa kecemasan dan laluan Kecemasan akan diterangkan dalam taklimat awal program.
7.0 Kesimpulan
Pertimbangan dan kelulusan untuk melaksanakan Perkhemahan Kecemerlangan Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022 di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak adalah usaha untuk memupuk dan meningkatkan nilai murni serta jati diri murid selaras dengan hasrat pendidikan yang holistik.
TERIMA KASIH
Sekian pembentangan Kertas Kerja Penerapan Jurulatih Kanan Negeri Sarawak 2022.