1 of 52

Penyiasatan Kes

Prosedur Penguatkuasaan SKPP 1212

Oleh : Mazlan Bin Mansor

Program Kesihatan Awam

ILKKM SAS

2 of 52

Case

3 of 52

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan media berkata, satu operasi penguatkuasaan secara besar-besaran akan diadakan di seluruh negara bermula 11 April ini.�

“Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes 2016 akan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara bermula 11 April 2016 sehingga 10 Jun 2016.�“Denda maksima RM 500 akan dikenakan sekiranya terdapat tempat pembiakan nyamuk ditemui,” kata kenyataan itu hari ini.

4 of 52

  • Apakah persediaan?
  • Apakah tindakan?

5 of 52

6 of 52

TERKINI!!

7 of 52

Objektif Am

Dalam bab ini, anda akan mengetahui

teknik Penyiasatan Kes

untuk kes jenayah.

8 of 52

Objektif Khusus

Pada hujung sesi ini anda dapat:

    • Menerangkan definisi penyiasatan.
    • Menerangkan jenis penyiasatan jenayah.
    • Menerangkan tujuan siasatan.
    • Menerangkan prinsip siasatan.
    • Menerangkan proses siasatan.
    • Menerangkan dokumen yang perlu disediakan.
    • Menerangkan cara siasatan yang dijalankan.
    • Menerangkan sifat-sifat Penyiasat yang baik.
    • Menerangkan peranan Pembantu Kesihatan Awam dalam penyiasatan

9 of 52

Pengenalan.

  • Siasatan - proses memungut maklumat - mencapai beberapa matlamat.
  • Penyiasatan jenayah cari petunjuk dan bukti menentukan samada jenayah berlaku
  • Sekira berlaku, penyiasatan jenayah meneliti latar belakang tertuduh dan cuba mendedahkan siapa yang melakukan jenayah
  • Pegawai penyiasat mungkin menjalankan tugas seorang diri atau meminta agensi penguatkuasaan lain, pakar perubatan atau pegawai-pegawai lain
  • Agensi polis dan penguatkuasa undang-undang terikat kepada pelbagai penyiasatan jenayah
  • Ramai individu mula melakukan penyiasatan jenayah dengan bantuan penyiasat profesional

10 of 52

Penyiasatan yang baik

  • Lengkap, rapi dan adil
  • Cukup keterangan untuk mensabitkan pesalah

11 of 52

KEPERLUAN ASAS

Bagi menghasilkan satu Kertas Siasatan yang lengkap, rapi dan adil, seseorang pegawai penyiasat perlu:

  • SIKAP yang positif
    • Jujur, adil, disiplin, inisiatif, minat, inquisitive, imaginative, observant, meticulous
  • Pengetahuan undang-undang
    • Undang-undang jenayah – ingredients
    • Keterangan – admissibility/kebolehterimaan, relevancy
    • Kuasa – semua tindakan mestilah berpandukan peruntukan undang-undang/prosedur
    • Kanun Prosedur Jenayah

12 of 52

  • Pengetahuan lain
    • Saintifik, Human behaviour, Criminology, Pengetahuan am, Perakaunan, Perniagaan, etc.
    • Common sense
  • Resourceful

Ialah kemahiran mengenalpasti sumber pelbagai dan memanfaatkannya dalam melaksanakan tugas menuju kejayaan

  • Perhubungan awam
    • Orang ramai
    • Rakan sekerja/anggota bawahan
    • Jabatan/organisasi lain – networking
  • Banyak sumber maklumat – informants
  • Teknik soal-siasat
  • Teknologi moden, cth. ICT

13 of 52

Definisi penyiasatan

Penyiasatan - proses memungut maklumat atau bukti tentang sesuatu jenayah supaya dapat:

  1. Menentukan sekiranya sesuatu jenayah telah berlaku;
  2. Mengenalpasti orang yang melakukan;
  3. Menangkap orang yang melakukan; dan
  4. Memberi bukti untuk menyokong mensabitkan orang yang dituduh di mahkamah.

14 of 52

  • Penyiasatan jenayah juga ibarat sesuatu ‘jigsaw puzzle’, di mana pegawai penyiasat mempunyai bebarapa keping ‘jigsaw’ dan tiada gambar untuk menunjuk kepada mereka di mana sesuatu kepingan itu dimiliki
  • Pegawai penyiasatan dikehendaki mencari punca untuk mengumpul seberapa banyak kepingan yang boleh supaya dapat meletakkannya untuk membentuk ‘gambar’ jenayah yang lengkap.

15 of 52

  • Penyiasatan jenayah biasanya dilakukan oleh pihak polis.
  • Terdapat agensi lain yang mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan dan melancarkan pertuduhan jenayah.
  • Di negara kita, ini termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigrsen, SPRM dan lain-lain.
  • Polis dan pegawai lain mungkin menggunakan pelbagai cara untuk menjalankan penyiasatan jenayah.
  • Teknik saintifik mungkin digunakan semasa penyiasatan jenayah.

16 of 52

KUASA PENYIASATAN

  • Pengetahuan undang-undang prosedur
    • Kanun Prosedur Jenayah
  • Sebarang tindakan yang tidak sah di sisi undang-undang mungkin “back-fire”, keterangan yang diperolehi mungkin juga tidak boleh diterima oleh Mahkamah.

17 of 52

Jenis Penyiasatan Jenayah

Jenis penyiasatan jenayah termasuk ;

  1. Penyiasatan penipuan,
  2. Penyiasatan merogol,
  3. Penyiasatan jenayah seksual,
  4. Penyiasatan pencurian,
  5. Penyiasatan menculik,
  6. Penyiasatan serangan,
  7. Penyiasatan pembunuhan dan lain-lain.

18 of 52

Penyiasatan boleh diklasifikasi kepada;

    • ‘Proactive’ (intelligence-driven) atau
    • ‘reactive’ (complaint-driven) dan
    • Sebagai rahsia (covert) atau
    • Terbuka (overt). 

Penyiasatan ‘proactive’ adalah operasi rahsia dan satu umpan (polis bertindak sebagai mangsa) atau ‘sting’ (polis bertindak sebagai pembeli atau penjual). 

Penyiasatan ‘reactive’ biasanya berdasarkan pengaduan seseorang penduduk, dan melibatkan penyiasatan pendahuluan dan susulan (atau latent).

19 of 52

Tujuan penyiasatan .

  • Untuk menentukan sekiranya sesuatu jenayah telah dilakukan (committed).
  • Mendapat maklumat dan bukti secara sah untuk mengenalpasti orang yang tanggungjawab.
  • Tangkap suspek.
  • Mempersembahkan kes paling baik kepada pendakwa (Present the best possible case to the prosecutor).

20 of 52

Prinsip siasatan

  • Siasatan menentukan rantaian keterangan tidak terputus sepanjang proses pembicaraan semasa pendakwaan.
  • Bahan bukti relevan akan dikemukakan ke mahkamah melalui saksi-saksi semasa perbicaraan.

21 of 52

Unsur-unsur jenayah

Semua undang-undang jenayah, samada negeri atau persekutuan mengandungi elemen-elemen tertentu yang mesti dibuktikan dan dikemukakan di mahkamah supaya mensabitkan seseorang atau sesuatu entiti ke atas sesuatu kesalahan.

Contoh,, untuk menuduh PEMBUNUHAN DARJAH PERTAMA (first degree murder), mesti buktikan orang yang melakukannya menyebabkan kematian seseorang (elemen pertama)

samada dengan niat atau pengetahuan bahawa tindakan beliau boleh menyebabkan kematian (elemen kedua).

22 of 52

Penyiasatan yang berjaya.

  • Menurut satu turutan yang logik
  • Semua bukti fizikal diperolehi secara sah
  • Saksi ditemuramah dengan efektif
  • Semua suspek disoal secara sah dan efektif
  • Semua penunjuk (leads) dibentuk secara mendalam (are thoroughly developed)
  • Semua perincian (details) direkod dan dilapurkan dengan tepat

23 of 52

Proses penyiasatan

1. Membentuk rancangan penyiasatan.

a) Tugas asas pegawai penyiasat - mengumpul bukti dan membuat keputusan tentang fakta dan cadangan sesuai kepada pihak atasan. Sebelum mendapat maklumat - harus membentuk rancangan penyiasatan yang mengandungi;

(1) Kefahaman fakta yang diperlukan untuk mencapai kesimpulan,

(2) Suatu strategi untuk mendapat bukti.

24 of 52

Proses penyiasatan

b. Pegawai penyiasat harus bermula penyiasatan dengan mengenalpasti maklumat yang sudah ada dan menentukan maklumat tambahan yang diperlukan sebelum keputusan dan cadangan boleh dibuat kepada pihak atasan.

25 of 52

2. Sumber maklumat.

  • Sumber maklumat mungkin dari;
      • Dokumen,
      • Barang kes atau
      • Manusia.
  • Sumber dokumen termasuk apa jua jenis kertas atau sumber elektronik seperti lesen, rekod, dokumen kewangan dan sebagainya.
  • Sumber barang kes adalah barangan yang terdapat di tempat kejadian atau tempat lain.
  • Sumber manusia adalah sumber maklumat yang berharga untuk pegawai penyiasat.
  • Biasanya maklumat yang diberi adalah maklumat latar belakang.
  • Perkara terpenting yang dipertimbangkan tentang maklumat sumber manusia ialah boleh dipercayai.

26 of 52

i) Keterangan fizikal iaitu bukti dokumen dan barang kes/eksibit.

Bab V

Akta Keterangan 1950 menyebut tentang keterangan dokumen.

  • Nota
  • Gambar
  • Lakaran
  • Pemerhatian dan huraian
  • Barang kes atau eksibit

27 of 52

ii) Keterangan ‘testimonial’ iaitu keterangan saksi

Seksyen IX, Akta Keterangan 1950, menyebut tentang saksi.

    • Temuramah
    • Menyoal (Interogate)
    • Pemeriksaan poligraf

28 of 52

RAKAMAN PERCAKAPAN

  • Sekyen 111/112, KPJ
    • Sebarang orang yang dirasai tahu tentang fakta / keadaan kes
    • Dikesan dan ditemubual,
    • Jika perlu, rakamkan percakapan.

  • “SPEED IS THE ESSENCE OF WAR.” Take advantage of the enemy's unpreparedness – Sun Tzu, WAS A CHINESE GENERAL, MILITARY STRATEGIST AND PHILOSOPHER IN ANCIENT CHINA
      • KEPANTASAN IALAH Intipati PERANG. Ambil kesempatan daripada ketidaksediaan musuh.

29 of 52

iii) Mengakhiri penyiasatan

  • Persediaan keputusan dan cadangan.
  • Selepas semua keterangan telah diambil, pegawai penyiasat akan mengkaji semula dan membuat keputusan.
  • Pegawai penyiasat mesti mempertimbangkan
    • Bukti secara mendalam dan adil,
    • Membuat keputusan tentang fakta,
    • Cadangan yang disokong oleh fakta,
    • Mematuhi arahan pihak atasan.

30 of 52

iv) Memelihara keterangan

  • Tanggungjawab pegawai penyiasat utama untuk memastikan segala tindakan berjaga-jaga diambil untuk memelihara keterangan dalam keadaan asal sehingga ia disusunkan.
  • Melindungi keterangan dan kurangkan potensi untuk menukar.
    • Penting untuk memakai sarung tangan dan memegang keterangan dengan cermat, menggunakan bekas bersih dan pastikan tidak berlaku pencemaran silang atau tertukar.
    • Apabila keterangan telah diambil dengan teliti, pegawai penyiasat hendaklah menjaga rantaian bukti dan simpan keterangan dengan teliti di persekitaran yang sesuai.

31 of 52

Dokumen yang perlu disediakan

  1. Diari siasatan
    • Satu dokumen yang merekodkan aktiviti harian yang dijalankan oleh seorang pegawai yang terlibat dalam kes yang disiasat.
    • Ia merangkumi perkara-perkara berikut:  
        • Pegawai yang terlibat termasuk:
        • Nama, No. kad pengenalan, nama jawatan dan pejabat bertugas
        • Masa dan tarikh siasatan dijalankan
        • No. butir siasatan
        • Butir-butir siasatan yang dijalankan
        • Tandatangan pegawai yang mencatat

32 of 52

  • Perkara-perkara yang perlu dicatitkan dalam ID:
    • Tarikh dan masa arahan / siasatan
    • Tempat dilawati
    • Butir-butir siasatan
    • Pendapat / hasil siasatan
    • Keterangan mengenai perkara / barang yang dijumpai dan butir-butirnya
    • Pergerakan / serah-menyerah barang kes
    • Pengendalian barang kes - bungkus, label, hantar, daftar, simpan dsb
    • Arahan yang diberi - eg ambil gambar, kesan cap jari
  • Jika pegawai / anggota lain jalan siasatan, misalnya jumpa barang kes, ⇒ dapatkan ID

33 of 52

  • s. 119 KPJ butir-butir penyiasatan.
  • Refreshing memory – kadang-kadang perbicaraan diadakan bertahun-tahun selepas penyiasatan – butir-butir telah dilupa.
  • S.119 KPJ - ID ditulis setiap hari ⇒ maka ditandatangani setiap hari.
  • Buku catitan

34 of 52

Bentuk diari siasatan (ID)

35 of 52

CONTOH DIARI PENYIASATAN  �Nama : Norazhar Bin Jamaluddin�No. Kad Pengenalan : 710125-01-5465�Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam�Pejabat : Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Jalan Kota 41000 Klang Muka Surat :1�

Tarikh & Masa

No. Butir Siasatan

Butir-butir Siasatan

Tanda tangan

05/04/01

8.30 pagi

1

Saya membuat persiapan di pejabat untuk pergi ke lapangan bagi membuat kajian aedes. Saya memeriksa alat-alat untuk memastikan bahawa semua alat adalah lengkap dan dalam keadaan bersih dan baik. Saya keluar bersama PKA En. Bakri Sahrif.

9.00 pagi

2

Saya bersama PKA En. Bakri Sahrif sampai ke rumah No. 3, Jalan 21, Pandamaran Jaya, Pelabohan Klang, 41000 Klang, Selangor.

9.05 pagi

3

Saya menemui seorang perempuan dewasa berbangsa India bernama Pn Sena Papa a/p Ankku yang mengaku sebagai tuan punya rumah. tersebut. Saya memperkenalkan diri saya sebagai pegawai diberi kuasa bawah Sek 5(1), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan menunjukkan kad kuasa dan diikuti oleh PKA En. Bakri Sahrif kepada tuan punya rumah tersebut.

36 of 52

Tarikh & Masa

No. Butir Siasatan

Butir-butir Siasatan

Tanda tangan

9.10 pagi

4

Saya memberitahu tujuan kedatangan saya ke premis beliau iaitu untuk membuat pemeriksaan larva nyamuk aedes

9.15 pagi

5

Setelah mendapatkan kebenaran dari tuan untuk membuat pemeriksaan diluar dan dalam premis tersebut bersama PKA En. Bakri Sahrif diiringi oleh tuanpunya rumah.

9.45 pagi

6

Saya tidak menemui sebarang tempat pembiakan larva nyamuk Aedes diluar rumah

10.10 pagi

7

Saya dan PKA En. Bakri telah memeriksa dibahagian dalam rumah tersebut dan mendapati pembiakan larva nyamok Aedes didalam sebuah kolah mandi yang berisi air berwarna putih dalam bilik mandi rumah tersebut.

8

Saya kemudiannya menunjukkan tempat pembiakan larva nyamuk itu kepada tuan punya rumah dan mengarahkan pembantu PKA En Bakri memungut larva nyamuk Aedes tersebut

37 of 52

Tarikh & Masa

No. Butir Siasatan

Butir-butir Siasatan

Tanda tangan

9

Saya telah menunjukkan botol yang mengandungi larva nyamok tersebut kepada tuan punya rumah tersebut

10

Saya telah meminta Kad Pengenalan dari tuan punya rumah untuk mencatatkan butir-butir peribadi beliau dalam borang Laporan APSPP 1975

11

Saya kemudian mencatatkan butir-butir tuan rumah bersama dan juga butir –butir tempat pembiakan larva nyamuk dalam surat perakuan pungutan dan meminta tuan rumah tersebut untuk menanda tangani surat

12

Saya menyerahkan sesalinan surat tersebut kepada tuan punya rumah.

13

Saya kemudian juga mencatatkan butir-butir tuan punya pada keping label dan menyerahkan kepada PKA En Bakri untuk dilekatkan dibotol yang mengandongi larva nyamok Aedes No: PU19/10

38 of 52

Tarikh & Masa

No. Butir Siasatan

Butir-butir Siasatan

Tanda tangan

14

Saya mengarahkan PKA En Bakri menyimpan botol tersebut dalam begnya

15

Saya kemudian nya telah membuat peta lakar untuk menunjukkan rumah dan tempat pembiakan larva nyamok yang di temui.

16

Kemudian saya telah mengambil mengambil gambar tempat pembiakan iaitu kolah mandi

10.20 pagi

17

Saya dan pembantu saya meninggalkan rumah tersebut

Tanda tangan

PEGAWAI PENYIASAT

39 of 52

2) Fakta kes

  • Fakta ringkas kes (Brief facts of the case) dikemukakan setelah pengakuan salah tertuduh direkodkan oleh Mahkamah.
  • Fakta kes ini perlulah diakui oleh tertuduh yang mana kemudiannya Mahkamah akan merekodkan pengakuan terhadap fakta tersebut.
  • Adalah menjadi tanggungjawab pegawai pendakwa untuk memastikan bahawa fakta kes yang dikemukakan olehnya dan kemudiannya diakui oleh tertuduh menyokong dan membuktikan setiap intipati pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh.

40 of 52

  • Sekiranya tertuduh mengaku salah, pihak pendakwa hendaklah mengemukakan fakta-fakta kes.
  • Tertuduh mesti ditanya sama ada dia mengaku akan fakta–fakta kes.
  • Sekiranya tertuduh mengaku terhadap fakta kes tersebut dan juga barang kes yang dikemukakan; Mahkamah seterusnya akan merekod sabitan terhadap tertuduh (finding of guilt) tertuduh dan kemudiannya akan mendengar rayuan tertuduh terhadap hukuman.
  • Sekiranya tertuduh tidak mengakui atau mempersoalkan fakta tersebut samada keseluruhannya atau sebahagiannya; Mahkamah akan menolak pengakuan salah tertuduh dan menetapkan kes tersebut untuk dibicarakan.
  • Begitu juga sekiranya Mahkamah berpendapat bahawa fakta kes tersebut tidak membuktikan kesalahan yang dituduh.

41 of 52

Penyediaan fakta kes

  1. Sekiranya kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah suatu kesalahan yang mudah dan jelas, fakta adalah seperti di dalam pertuduhan.
  2. Fakta kes tersebut perlulah mengandungi kesemua intipati kesalahan yang perlu dibuktikan oleh pegawai pendakwa.
  3. Fakta kes tidak semestinya panjang akan tetapi ianya perlulah ringkas dan padat.

42 of 52

BUTIR-BUTIR FAKTA KES

  • Fakta kes hendaklah menunjukkan kesalahan seperti dalam pertuduhan
  • Fakta kes mesti mengandungi semua intipati kesalahan
  • Hendaklah megandungi fakta yang boleh dibuktikan oleh pendakwaan dan yang diperlukan dalam pertuduhan
  • Tidak perlu suatu cerita yang panjang lebar
  • Panjang sesuatu fakta kes bergantung kepada jenis kes, intipati kes dan pertuduhan

43 of 52

CARA SIASATAN YANG DIJALANKAN.

  1. Penyiasatan permulaan.
    • Tiba tempat kejadian – tentukan jenis kesalahan, tarikh dan masa kejadian
    • Mencari bukti/keterangan mengenai suspek
    • Mengukur, mengambil gambar, merakam video dan melukis empat kejadian jenayah
    • Mengenalpasti dan mengutip, memeriksa dan memproses bukti fisikal
    • Menyoal mangsa
    • Merakamkan semua pernyataan dan pemerhatian dalam nota
    • Membuat penyelidikan rapi
    • Membuat kesimpulan cara mana prosedur dilakukan

44 of 52

  1. Penyiastan peringkat pertengahan dan akhir

Kaji semula siasatan 5W 1H

Dapatkan satu kesimpulan bagaimana kejadian berlaku:

    • Apa yang berlaku
    • Bagaimana berlaku + Jenis kesalahan
    • Bila berlaku
    • Di mana dilakukan
    • Siapa yang melakukan
    • Kenapa berlaku

45 of 52

  • Kaji keterangan daripada pendapat pakar, ahli kimia dll
  • Dapat rekod polis untuk mencari suspek
  • Dapat nasihat pegawai atasan
  • Kaji senarai suspek
  • Tangkap dan buat soal periksa
  • Siapkan dokumen, kertas siasatan
  • Siapkan kes untuk dibawa ke mahkamah

46 of 52

CIRI-CIRI PEGAWAI PENYIASAT YANG EFEKTIF.

Ciri intelektual

  • Kebolehan mendapat dan menyimpan maklumat
  • Kebolehan untuk menggunakan pengetahuan teknik
  • Berterusan minda terbuka
  • Berterusan objektif

47 of 52

CIRI PSIKOLOGIKAL

  • Pengimbangan emosi baik
  • Ingin tahu
  • Mensyaki
  • Tidak sombong
  • Disiplin diri

48 of 52

CIRI FIZIKAL

  • Sihat
  • Sesuai secara fizikal
  • Mempunyai penglihatan dan pendengaran baik

49 of 52

Kesimpulannya ?

50 of 52

Kesimpulan…

  • Kejayaan sesuatu penyiasatan tidak bergantung semata-mata kepada kecerdikan otak seorang pegawai penyiasat atau nasib.
  • Hasil kerja tungkus rumus (painstaking and labourious hard work), kadang kala juga sedikit nasib
  • Memerlukan sikap positif dan kejujuran

51 of 52

Kelemahan / kekurangan dalam penyiasatan boleh membawa kepada ketidak-adilan.

    • Pendakwaan tidak dapat dilakukan atau jika dilakukan kes tidak dapat dibuktikan
    • Kesan, Ketidak-adilan kepada mangsa / masyarakat / negara

52 of 52

Sekian,� terima kasih